Mikail berasa pelik. Pagi tadi Mikail ke rumah Hanna dan meletakkan bunga
serta kad istimewa untuk gadis itu. Sebaik sahaja Hanna keluar dari rumah, dia
mengambil bunga tersebut dan terus masukkan dalam tong sampah di luar rumahnya.
Siapa yang tidak panas hati...
“Ish! Dia tak suka bunga ke? Bukan
dulu masa sekolah dia sukakan bunga? Dia bagi aku bunga kan?” terlalu banyak
persoalan. Tak kan manusia berubah.
Mikail masih termenung. Awal pagi
dia sudah berada di depan rumah Hanna. Jam 7 pagi. Hampir dua jam lebih dia
menunggu Hanna keluar dari rumah. Entah-entah perempuan itu bangun lambat.
‘Anak dara apa ni?’
Mikail menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Apa yang dia nak buat hujung minggu seperti ini?
Tanpa dia sedari dia sudah berada di
The Mall.
“Mikail...” sapa Zyla.
“Zyla.” Mikail terkejut. “Ke mana
sahaja aku pergi, mesti ada kau. Kau ekori aku ke?” soal Mikail.
“Memang pun. Aku ekori kau.” Selamba
Zyla mengaku. “Jom Mikail, teman aku makan.” Zyla sudah memeluk lengan Mikail.
Pantas Mikail menolaknya. Rasa geli pula.
“Zyla, kau ni kenapa?” soal Mikail.
“Kau tak tahu lagi ke yang aku suka
kau. Nak kahwin dengan kau.” Zyla berterus terang.
“Biar aku bagitau kau. Aku tak suka
kau. Sikit pun tak ada dan aku suka Hanna” Jelas Mikail. Dia masih menolak
tangan Zyla yang begitu aktif memegang lengannya.
“Tolonglah Zyla!” tinggi suara
Mikail. Dia benar-benar rasa rimas. “Tolonglah...” Suara Mikail rendah kembali.
Mikail meninggalkan Zyla sendirian.
Zyla berasa geram. Dia mahu ke rumah Hanna dan selesaikan masalah ini juga.
****
Hanna baru sahaja sampai di rumah.
Jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Dia tidak menunaikan solat maghrib lagi.
Pantas dia membuka pintu pagar rumahnya untuk masukkan kereta.
Belum sempat Hanna masuk ke dalam
kereta semula, ada seseorang menyapanya.
“Hey perempuan!” Zyla
memanggil Hanna. Geram sungguh dia apabila mengetahui yang Mikail melayan Hanna
melebihi apa yang Mikail buat padanya.
“Cik Zyla! Ada apa datang rumah saya? Penting ke?” Soal
Hanna. Dia mengerling sekilas jam di pergelangan tangan kirinya. Alamak! Sudah
pukul 7.45. Aku tak solat lagi ni. Harap-haraplah minah cepat-cepat pergi.Doa
Hanna di dalam hati.
“Kau memang kurang
ajar!” serang Zyla. Kasar sungguh cara Zyla bercakap dengan Hanna.
Tiba-tiba sahaja Zyla
mengamuk. Disampuk hantu ke minah ni? Sudahlah waktu maghrib. Desis hati Hanna.
Dia cuba bersabar.
“Apa yang kurang
ajarnya? Walaupun mak saya tu tak sihat tapi saya rasa masa dia sihat, dia ajar
saya dengan baik sekali.” Hanna membalas kata-kata Zyla dengan berani. Apabila
teringat Halimah hatinya berasa sedih.
‘Bilalah mak nak
sembuh. Aku harus bersabar lagi.’ Hanna berkata dalam hati untuk kuatkan diri.Tiba-tiba
Zyla menolak tubuh Hanna sehingga dia jatuh kerana dirinya tidak bersedia.
“Aduh!” tangan kiri Hanna
tergeser atas tar jalan di depan rumah sewanya.
“Kau ni dah melampau!”
serta-merta Hanna dihambat rasa marah yang muncul entah dari mana entah. Dia
cuba bersabar walaupun marah. Hanya saya sudah bertukar kepada aku.
“Kenapa kau nak
dekat-dekat dengan Mikail. Kau dah tak kerja jual insurans kan? Yang kau masih
berjumpa dengan Mikail tu, kenapa? Nak menggatal kan?” bebel Zyla.
Hanna hanya senyum sinis.
“Sebabkan lelaki kau
tolak aku jatuh macam ni sekali. Kau memang gila!” geram Hanna.
Zyla kini bertambah
berang.
“Dia tak layak untuk
kau! Kau faham tak?” tiba-tiba Zyla menengking.
Hanna cuba menahan diri
dari mengeluarkan kata-kata pedas tetapi tidak berjaya.
“Dia tu yang cari aku.
Bukan aku yang cari dia. Untuk pengetahuan kau wahai Cik Zyla Monica. Sikit pun
aku tak ada hati pada lelaki yang bernama Mikail Islam tu! Sebab... Mesti kau
nak tahu sebab dia kan? Sebab aku dah ada orang yang aku suka!” Geram Hanna.
“Kalau kau nak, aku
boleh bagi kat kau. Bila-bila masa pun boleh. Kau nak sekarang ke? Aku tahu
yang kau ni gelojoh kan? Kau pergilah ambil. Pergilah!” kata Hanna lagi. Tangan
Hanna sengaja dikibaskan seperti menghalau Zyla.
Zyla mahu memberi
tindak balas dengan kata-kata Hanna
tetapi tidak sempat sebab Hanna terlebih dahulu bercakap.
“Dahlah! Aku malaslah
nak layan perempuan macam kau. Tak ada faedah langsung! Memang buang masa.
Okey, aku dah lambat nak sembahyang ni. Harap kau gembira apa yang aku katakan
tadi.” Hanna terus berlalu.
Zyla mengetap bibirnya.
Dia langsung tidak menyangka Hanna yang kelihatan lembut itu boleh mengeluarkan
perkataan kasar seperti itu. Berani membalas segala kata-katanya. Menderu nafas
Zyla menahan rasa marah.
Zyla merenung tajam
belakang Hanna yang masuk ke dalam kereta dan terus masuk ke dalam rumah.
Dendamnya masih bersarang. Dia tahu yang dia perlu melakukan sesuatu supaya
Mikail membenci gadis itu. Dia juga tidak akan sesekali tenang jika lelaki itu
terus mengejar Hanna. Rancangannya akan gagal. Dia perlu bertindak untuk
melangsaikan dendamnya walau dengan apa cara sekalipun!
“Gila rupanya pelanggan
insurans aku seorang ni.” Keluh Hanna. Dia menggantung kunci kereta di tempat
penyangkut kunci.
“Lebih baik aku pergi
mandi dan solat. Lepas tu boleh jenguk Mr.Gangster yang di sayangi itu.” Hanna
tersenyum manis. Rasa selesa dapat mandi.
“Mak, Hanna sayang
mak.” Air mata Hanna mengalir.