Hanna berada di majlis perkahwinan kawan Maya. Sememangnya sejak kecil
Hanna suka pergi ke majlis perkahwinan walaupun ada kenangan pahit tetapi itu
sikit tidak mengganggu kesukaan Hanna.
Kenangan pahit yang berlaku itu,
Hanna buang jauh ke luar hatinya. Dia tidak mahu hidup dengan dendam pada
sesiapa pun. Dia juga berharap dapat hidup dengan lebih tenang dan berdoa
dikuatkan hati jika suatu hari nanti dia akan bertemu dengan orang-orang yang
sudah melukakan hatinya.
“Awak?” Hanna terkesima. Lelaki itu.
“Hanna...” Mikail juga terkejut
sebab bertemu dengan gadis itu di sini. Rambut Hanna yang panjang di biar
bebas. Cantik sekali rambut itu.
“Awak...” Hanna baru sahaja mahu
bertanya sebab Mikail berada di sini tetapi dia lupakan sahaja. Mikail mesti
berada di sini kerana ini perkahwinan sepupunya.
“Ya...” Mikail menanti dengan sabar.
“Tak ada apa-apa.” Hanna menundukkan
wajahnya. Dia sedang menunggu Maya.
“Tanya je la.” Mikail tidak berpuas
hati selagi Hanna tidak bertanya padanya. ‘Dulu bukan main lagi kau mengedik
dengan aku tetapi sekarang mahu melihat perangai tu pun susah. Adakah kau sudah
banyak berubah, Hanna?’ Mikail sendiri tidak pasti.
“Dah lupa pula.” Hanna tersengih.
Dia rasa tidak selesa apabila bersama Mikail kerana pelbagai soalan ingin
ditanya pada Mikail. Selain itu kegedikannya akan muncul. Dia tidak suka sikap
itu.
Hanna yang sedang duduk itu, kini
berdiri tegak. “Saya cari Maya sekejap.” Hanna ingin meminta diri.
“Tidak!” tiba-tiba Mikail menghalang
langkah Hanna.
“Tidak?” Hanna tidak faham apa yang
ingin dikatakan oleh Mikail. ‘Tidak untuk apa?’ Hanna mula keliru.
“Awak tidak boleh ke mana-mana
selagi awak tak bagi tahu saya apa yang awak nak cakap tadi.” Mikail mendekati
Hanna membuatkan gadis itu terduduk semula.
Mata Hanna terkebil-kebil memandang
Mikail. ‘Apa kena dengan lelaki ini? Lupa makan ubat ke?’ Desis hati Hanna.
“Ehem... Ehem...” ada suara yang
membuat Mikail dan Hanna tersentap.
“Kau orang buat apa ni?” soal Maya
dengan senyuman yang manis.
“Buat apa?” Mikail sengaja bertanya
semula. Dahinya sengaja dikerutkan. Dia pura-pura tidak mengerti dengan
pertanyaan Maya.
“Berbual. Berbual kosong,” jawab
Hanna. Dia tersengih. “Mana air aku, Maya?” soal Hanna pula. ‘Kalau terus dilayan
soalan yang Maya tanya, jawabnya sampai sudah aku tidak merasa nasi minyak
pengantin baru.’
“Air? Lupa la.” Maya pula yang
tersengih. “Aku jumpa kawan tadi. Terus tak ingat apa yang kau nak.”
“Apa punya kawan la? Tadi kau yang
beria-ia mahu ambilkan.” Hanna sedikit marah.
“Hanna nak apa? Saya ambilkan.”
Tawar Mikail.
“Eh!” Hanna tersentap. Dia serba salah. “Tak apa. Saya boleh ambil
sendiri.” Lagi sekali Hanna mahu berdiri tetapi Mikail sengaja berdiri rapat
dengan kerusi Hanna duduk membuat dia terduduk semula.
“Oh, abang Islam! Boleh! Boleh
ambilkan kami air yang paling sedap dan nasi minyak. Hanna ni suka makan nasi
minyak kalau abang nak tahu.”
“Ooo...” Mikail terus berlalu.
“Eh!” Tidak sempat Hanna mahu
menghalang Mikail, lelaki itu sudah pergi. “Apa ni Maya?”
“Apa apa pula ni?” Maya pura-pura
tidak faham.
“Tak baik buat orang macam tu,” kata
Hanna.
“Tak apa.” Maya masih tersenyum. Dia
duduk di sebelah Hanna. “Jadi ke kau nak berhenti?”
“Jadi. Aku dah tanya bos. Kalau
pelanggan bawah aku ada apa-apa yang dia nak tanya, aku serahkan pada kau. Kau
tak kisah kan? Aku rasa tak nak ada kaitan dengan insurans-insurans ni,” kata
Hanna.
“Ala, nanti aku mesti bosan kau tak
ada.” Wajah Maya muram. Dia rasa sedih tiba-tiba.
“Kenapa muka orang tu macam kena
tinggal laki je?” Mikail hadir dengan dua pinggan nasi.
“Kahwin pun belum lagi. Abang Islam
ni ada-ada tau.” Maya menyambut huluran pinggan nasi yang diberikan oleh
Mikail.
“Kalau bukan tu sebabnya, sebab apa
lagi?” Mikail mahu mengorek rahsia. Mesti ada kaitan dengan Hanna.
“Hanna ni, abang Islam.” Muncung
mulut Maya dihalakan pada Hanna.
“Aku pula!” Hanna rasa pelik dengan
muncung mulut Maya itu.
“Yalah. Kau nak berhenti kerja.
Tinggallah aku sendirian.” Wajah Maya masih mendung.
“Kenapa nak berhenti kerja?” soal
Mikail.
“Saja. Suka-suka hati mahu berhenti,
“ balas Hanna. Dia sendiri tiada alasan yang munasabah bagi keputusan yang
dibuat oleh dirinya.
“Kerja la dengan saya, nak?” tawar
Mikail.
Hanna tersentap. ‘Kenapa dengan dia
ni? Tiba-tiba sahaja ajak aku bekerja dengannya. Kalau hendak tahu, aku tidak
mahu jadi kuli. Aku mahu jadi bos. Jadi aku berhenti kerja supaya impianku
tercapai.’ Desis hati Hanna.
“Terima kasih Encik Mikail. Lagi pun
saya nak jaga mak saya yang tidak berapa sihat.” Tolak Hanna. Tapi itulah
hakikatnya yang Hanna mahu menjaga Halimah dengan sebaik mungkin.
“Awak jadi setiausaha saya, nak
tak?” tawar Mikail lagi. Entah mengapa dia begitu bersemangat untuk tawarkan
Hanna pekerjaan terutamanya bekerja di tempatnya.
“Encik Mikail buka perniagaan apa?”
soal Hanna. Dia sendiri tidak tahu apa-apa tentnang pekerjaan lelaki itu.
“Saya buka kilang balak.” Gurau
Mikail.
“Kilang balak!” jelas sekali Hanna
terkejut.
“Saya gurau je.” Mikail ketawa
kecil. “Saya buka perniagaan biasa sahaja.” Mikail rendah diri.
“Saya tahu semua orang buka
perniagaan biasa je tapi Encik Mikail ni niaga apa?” geram Hanna. Orang tanya
betul-betul, dia jawab main-main.
“Kalau Hanna nak tahu, datang ke
pejabat saya nanti.”
Maya yang mendengar perbualan mereka
mengeluh.
“Sebenarnya abang Islam ni agen
hartanah.” Selamba Maya memberitahu Hanna. Hanna tersenyum tetapi Mikail
menjeling tajam pada Maya.
“Tak boleh simpan rahsia langsung.”
Mikail memeluk tubuh.
“Ini bukan rahsia encik abang. Ini
namanya pengetahuan am.” Maya tersengih. ‘Seronok juga dapat kenakan abang
Islam.’
Wajah Mikail sedikit merah. Dia baru
sahaja mahu mengajak Hanna bekerja dengannya tetapi di halang dengan kata-kata
Maya.
“Saya tak minat bidang tu. Terima
kasih sahaja.” Tolak Hanna.
“Tapi Hanna...” Mikail cuba memujuk
lagi.
“Mikail....” seseorang memanggil Mikail
membuat percakapannya terhenti.
“Kak Zyla...” tegur Maya.
“Please... Jangan panggil I kakak. I
muda lagi. Panggil sahaja Zyla Monica. Mantap gitu.” Gedik Zyla sambil ketawa
manja.
“Ala, kak Zyla ni, macam tak biasa.
Dulu masa sekolah nama Bella, tiba-tiba jadi Zyla.” Maya membuka kisah Zyla.
“Eh, itu nama keramat tu. Jangan
sebut la.” Pantas tangan Zyla menekup mulut Maya.
“Kau nak bunuh sepupu aku ke, Zyla?”
tegur Mikail. Dia kasihan melihat wajah Maya merah kerana tidak dapat bernafas
dengan sempurna.
“Memang aku nak bunuh dia.” Gurau
Zyla sambil mendekati Mikail.
“Gurau biawak ni.” Hanna cakap
perlahan sekali tetapi mampu didengari oleh Maya.
Maya berbisik di telinga Hanna.
“Gurau biawak tu apa?”
“Gurau kasar la macam biawak. Biawak
kan kasar. Contoh dah ada macam yang Zyla buat pada kau tadi.” Jelas Hanna. Dia
terus makan dan makan tanpa mempedulikan Zyla yang mengedik dengan Mikail.
Mikail hanya mampu melihat Hanna
yang kuhsyuk makan tanpa melihat ke arahnya. Alahai Hanna...
Selepas menjamu selera, Hanna
mengajak Maya melihat pelamin pengantin. Cantik sangat. Dia sukakan tema yang
digunakan. Sangat menarik.
Warna ungu menjadi pilihan pengantin
muda ini. Keunikannya terserlah apabila Hanna mula faham tema yang digunakan.
“Mereka pilih tema makanan?” Maya
berkata.
Terkebil-kebil mata Hanna
memandangnya. Ada dua biji bantal berbentuk biskut oreo begitu menarik perhatian
Hanna.
Tambahan pula rendang-rendangnya
digubah menjadi seperti krim kek yang cantik. Kerusi pengantin yang berwarna
merah jambu cair itu menimbulkan lagi warnanya. Ia nampak begitu menarik di
pandangan mata Hanna.
Tiba-tiba kompang berbunyi menandakan
pengantin sudah sampai untuk duduk di pelamin.
“Mak ai!” ternganga mulut Hanna
melihat dua orang yang sangat sepadan.
“Jangan terkejut, Hanna. Ini kawan
Maya yang paling comel dan tembam. Walaupun dia berbadan besar tetapi ramai
peminat tau. Sweetnya.” Maya berkata.
“Gemuk juga tapi nampak sweet
sangat. Dengan tema pelaminnya ialah makanan. Sungguh menarik!” puji Hanna. Dia
teruja mahu mengenali pasangan ini tetapi dia terpaksa pulang awal kerana dia
ada sedikit urusan.
“Sweet kan? Nanti kita kahwin, lagi
sweet dari ni.” Ada seseorang berbisik di telinganya. Hanna tersentap dan
pantas berpaling ke belakang. Mikail!
“Kenapa buat muka terkejut ni? Saya
gurau je.” Mikail ketawa kecil. Rupanya comel wajah Hanna terkejut.
“Saya tahu encik Mikail bergurau.” Hanna
cuba tersenyum. ‘Sesuka hati dia buat aku tersentap. Nasib baik boleh kawal
lagi.’
“Pen merah, pen biru. You marah, I
love you.” Tiba tiba sahaja Mikail berpantun. ‘Pantun itu sememangnya popular
semasa aku di sekolah menengah dulu.’
“Saya tahu awak marah kan?” Mikail
inginkan kepastian.
“Pen merah, pen biru. You marah, I
tumbuk sampai biru.” Kasar nada suara Hanna. Dia sensitif bila orang
sebut-sebut ‘I Love You’ sebab dia akan
teringat tentang M. Hanna mengambil masa yang lama untuk melupakan M apabila ingatan
tentang lelaki itu hadir.
Mikail menahan ketawa. Dia mengetap
kasar bibirnya tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia melepaskan juga ketawa yang
besar.
Kening Hanna ternaik sebelah. Dia
tidak mengerti dengan ketawa Mikail.
“Bunga Kekwa, bunga kuning. You
ketawa, I pening.” Pantun Hanna lagi. “Jom Maya. Makin lama berbual dengan
abang sepupu kau ni, makin pening kepala aku.” Hanna menarik lengan Maya.
Mereka mahu pulang sahaja.
Mikail hanya mampu melihat pemergian
Hanna dan Maya. Ada senyuman yang terukir di bibir Mikail.
“Pandai juga Hanna berpantun. Ada
bakat terpendam.” Mikail tersenyum. Sebaik sahaja dia melihat kelibat Zyla yang
mencarinya, pantas dia melarikan diri ke kereta. Apa lagi, baliklah!