Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Zahrah buat hal lagi, Bencinya!

Syaa tergamam.

“Mama...”

“Oh, anak mama. Lama tak jumpa!” Zahrah ada di dapur. Dia sedang mengutip semua ubat-ubat yang pernah dia berikan pada Sazulee. Itu bahan bukti. Dia harus musnahkan.

“Ni buat air untuk siapa? Untuk mama ke?” Zahrah menghampiri Syaa.

Syaa pula, apabila melihat Zahrah di situ, dia terkaku. Kakinya tidak dapat bergerak kerana terlalu takut.

Zahrah menolak kasar tubuh Syaa sehingga mug di tangan Syaa terjatuh dan pecah.

Hanna yang berada di luar rumah terkejut. Dia berjalan masuk ke rumah Syaa.

“Kau memang bawa sial! Mug aku juga yang kau nak pecahkan. Aku tahu bapak kau kaya, tapi tak payah nak berlagak dengan aku!” tengking Zahrah. Dia tolak kepala Syaa dengan hujung jarinya.

“Mam yang tolak Syaa jatuh,” Syaa menjawab.

“Aku cakap, kau menjawab!” Zahrah menaikkan tangannya. Dia ingin menampar pipi Syaa.

Syaa pula hanya berserah jika pipinya jadi mangsa.

Belum sempat tangan Zahrah hinggap di pipi Syaa, tangan sudah di pegang oleh seseorang.

Zahrah tersentap. Dia merenung tajam pada Hanna.

“Oi mak cik! Kau nak aku telefon talian dera-dera ke? Kalau aku telefon, rasanya kau tak hidup lama kot.” Kasar Hanna. Dia tidak pedulikan sesiapa pun.

Hanna cukup mengenali Zahrah walaupun mereka baru jumpa sekali dan hanya sekejap saja.

“Kau siapa?!”

“Aku kawan Syaa.”

“Kau tak hormat langsung orang tua kan? Mesti mak bapa kau tak pernah ajar cara nak hormat orang yang lebih tua.”

Wajah Hanna membahang. Dia marah apabila perempuan kejam itu menghina ibu dan ayahnya.

“Mak bapa jangan sebut! Sedarpun diri tu dah tua. Cepat-cepatlah bertaubat!” sinis Hanna. Dia sendiri tidak tahan dengan perangai perempuan tua depannya ini.

“Kau jangan masuk campur dengan urusan aku! keluar dari rumah aku!”

“Aku tak kan keluar! Kau tak layak duduk rumah seindah ini.” Hanna tidak boleh menahan marahnya lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.