Kini, sudah dua bulan usia perkahwinan Hanna dan
Adi. Hanna tidak menyangka yang Adi adalah seorang yang sangat romantik. Dia
benar-benar bahagia di samping suaminya itu. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu
fikiran Hanna. Dia dapat melihat perubahan sikap Adi yang amat ketara.
Sejak
Adi pulang dari hospital dua minggu lalu akibat demam panas, dia sudah banyak
berubah. Adi selalu ada di rumah seperti tidak bekerja. Apabila ditanya, segala
kerjanya sudah selesai. Dia di beri cuti sebulan.
Kalau
difikirkan logik akal. Ada ke majikan yang beri cuti selama sebulan kalau tidak
diberhentikan. Hanna masih berfikir.
“Sayang,
kenapa muka berkerut macam tu sekali.” Tegur Adi sambil dia mencuit pipi Hanna
yang agak tembam. Nampak sangat comel. Dia suka melihat wajah Hanna.
“Tak
ada apa-apa. abang, bulan depan hari lahir abang kan?” Hanna ingin kepastian.
Dia tidak pernah menyambut hari lahir sesiapa tetapi Adi sangat istimewa
baginya. Pasti akan disambutnya.
Adi
terperanjat. Wajahnya jelas sekali terkejut.
“Kenapa
ni abang?” Hanna rasa bimbang.
Adi
benar-benar tidak ingat bulan depan adalah hari kelahirannya. Dia mula bimbang.
Dia tidak pernah bimbang seperti ini.
“Tak
ada apa-apa. Abang hampir lupa hari lahir abang sendiri. Betullah tu.” Wajah
Adi mendung. “Abang ke bilik air sekejap.” Adi meminta diri.
Dahi
Hanna berkerut. Tetapi dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan.
“Abang,
teman Hanna beli barang dapur, boleh tak?” pinta Hanna. Dia duduk sebelah Adi
yang baru sahaja menamatkan panggilan. Wajah lelaki itu serius sahaja apabila
menjawab.
“Abang
ada temujanji dengan pelanggan la sayang. Maaf. Hari ni je tak dapat teman.”
Jelas Adi. Dia memeluk bahu Hanna lantas Hanna melentokkan kepalanya di bahu
Adi.
“Tak
apalah. Hanna minta Maya temankan, boleh tak?” Hanna memandang Adi. Dia
merenung lama mata Adi. Entah mengapa dia suka melihat sinar mata Adi. Sangat
mendamaikan hatinya. Adi seorang lelaki yang baik dan selalu membahagiakannya.
Hanna
tersenyum.
“Awat
senyum tiba-tiba ni?” Adi menarik pipi Hanna.
“Sebab
abang ni comel sangat.” Hanna pula yang menarik kedua belah pipi Adi. Serentak!
Terperanjat
Adi tetapi akhirnya dia memeluk Hanna. “Pergilah sayang. Abang melepaskan
sayang pergi dari hidup abang dengan rela hati.” Bisik Adi di telinga Hanna.
Hana
terkejut. Ayat tersebut bagaikan Adi mahu berpisah dengannya sahaja.
“Abang...”
Hanna meleraikan pelukan dan ingin melihat muka Adi tetapi Adi menghalangnya.
Dia mengeratkan lagi pelukkannya.
“Abang
gurau je. Sayang pergilah dengan Maya ya? Bagus isteri abang, kalau keluar je
minta izin dengan abang.” Adi masih berbisik.
“Semestinya
bagus.” Hanna tersenyum. Dia teringat satu hadis.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah,
sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh
semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain
daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah
suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)
“Takut-takut!”
tiba-tiba Hanna bersuara.
“Eh,
takut apa ni?”
“Tak
ada apa-apa. Hanna pergi call Maya kejap ya?” Hanna meleraikan pelukan
suaminya.
Adi memerhati raut wajah
isterinya yang sedang bercakap di telefon. Wajah dan senyuman ini yang di rindu
saban hari. ‘Dapatkah aku melihat senyuman ini pada hari esok?’ Adi
tertanya-tanya.