Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Bab 23

Hanna rasa berdebar. Memang dia akui yang hatinya belum terbuka untuk Adi kerana tersemat nama M, tetapi perasaan berdebar menjadi seorang isteri begitu mencengkam hatinya. Dia bimbang dia tidak dapat menjadi isteri yang baik pada Adi.

Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar. Dari jauh Hanna dapat melihat Adi yang begitu tenang dan yakin. Dengan sekali lafaz sahaja, Hanna sudah sah menjadi isteri Adi. Sekelip mata sahaja Hanna sudah menjadi milik Adi yang sah.

Air mata Hanna mengalir deras. Dia bukan sedih kerana Adi tetapi sedih kerana terpaksa melupakan M. M tidak boleh lagi ada dalam ingatannya kerana berdosa seorang isteri ingat pada lelaki lain sedangkan si suami melayannya dengan baik sekali.

Usai solat sunat, Adi menghampiri Hanna untuk menyarungkan cincin ke jari manis ketika majlis membatalkan air sembahyang.

“Dahlah jangan nangis.” Pujuk Adi.

Hanna merenung wajah Adi yang semakin hampir dengannya. Tangan Hanna dicapai oleh Adi untuk menyarung cincin perkahwinan kami. Bagaikan ada tarikan luar biasa membuatkan Hanna terus tunduk mengucup tangan Hafizi lama. Tanda hormat seorang isteri kepada suami. Walaupun mereka baru diijab kabul dalam 5 minit tetapi tanggungjawab yang digalas olehnya amat besar.

Hanna hanya memandang sebentuk cincin platinum dengan berlian bermata satu di jari manisnya dengan air mata yang masih bersisa. Amat cantik sekali. ‘Mana dia dapat duit yang banyak nak beli cincin ni? Tentu mahal ni.’ Teka Hanna.

Air mata Hanna mengalir lagi di situ. Hanna dengan rasa rendah diri menyerahkan seluruh hidupnya kepada lelaki yang bernama Adi Putra. Adi pula tunduk mengucup ubun-ubun Hanna dengan penuh kasih cinta yang tulus. Secara tidak langsung, jiwa Hanna terasa tenang dengan sentuhan lembut itu.

‘Aku tahu yang aku sudah boleh menerima kenyataan bahawa kehidupan hidup dan matiku hanya untuk Adi. Biarlah aku berbakti kepadanya pula.’ Bisik hati Hanna dengan penuh yakin.

Selesai sahaja, Hanna menghadap Halimah dan terus memeluk ibu tercintanya.

“Hanna!” panggil Maya yang baru sahaja tiba. “Dah habis ke?” soalnya. Hanna hanya angguk kepala. “Apa?!”

Suasana menjadi riuh-rendah apabila Maya merungut tidak dapat merakam gambar dan meminta Hanna bersama Adi mengulangi adengan mesra itu sekali lagi.

“Maya, aku rasa mahu tumbuk-tumbuk muka kau.” Wajah Hanna sedikit kemerahan. Dia malu.

“Jangan marah kawan. Aku gurau je. Kan Adi.” Kata Maya sambil kenyitkan mata.

“Jangan nak lebih-lebih. Nak kenyit mata, kenyit kat lelaki lain. Jangan pada laki aku.” Gurau Hanna.

“Gurau pun tak boleh ke?”

Akhirnya kami bertiga ketawa. Suasana semakin meriah. Namun dalam keriuhan itu, ingatan Hanna tiba-tiba menerpa pada M. ‘Tahukah dia aku sudah berkahwin? Di manakah dia sekarang? Bagaimana cinta dia selepas aku berkahwin?’ Hanna hilang punya.

“Hanna!” Bisikan Maya mematikan khayalan Hanna.

“Apa dia, Maya?”

“Abang sepupu aku bagi sesuatu.” Maya mengeluarkan satu kotak berwarna merah yang agak kecil saiznya. “Nanti buka ya.”

Tiba-tiba Hanna teringat mimpinya. Jodohnya adalah Mikail Islam tetapi antara dia dan Mikail tiada apa-apa perasaan walaupun cinta.

Hanna cuba tersenyum.

“Maya, jemput makan ya?” jemput Hanna.

Tidak ramai yang datang ke majlis perkahwinan mereka. Sebelah pagi mereka buat akad nikah dan sebelah petang majlis persandingan mereka. Walaupun tiada pelamin tetapi baju pengantin yang ditempah khas oleh Adi, terpaksa Hanna memakainya.

Penat melayan tetamu sememangnya tidak boleh lari jika membuat majlis seperti ini. Hanna cuba mempamerkan senyuman.

“Hanna gembira tak dengan perkahwinan ni?” soal Adi. Dia merenung penuh minat wajah Hanna. Tangan Hanna digenggamnya sentiasa.

“Kalau mak Hanna gembira. Itulah kegembiraan Hanna.” tanpa sedar, Hanna melafazkannya sambil merenung wajah Halimah dari jauh yang sedang melayan tetamu.

“Hati Hanna pula?” nada suara Adi serius. Dia menanti penuh sabar.

“Apa Adi?” Hanna bagaikan baru tersedar.

“Hanna...”

“Okey... Okey... tentulah Hanna gembira dan sayang pada suami tercinta ini.” Hanna tersenyum. ‘Kini kehidupan aku untuk kau dan aku akan cuba untuk menyayangi kau sepenuh hati aku, Adi Putra.’ Bisik hati Hanna.

“Terima kasih, sayang.” Adi mencuit pipi Hanna.



“Muka Adi selamba sahaja lafazkan semalam.” Hanna ketawa manja.

“Apa?!” Adi menarik Hanna duduk di atas pahanya.

Menggeletar seluruh tubuh Hanna dibuatnya. Dia serta-merta sedar bahawa semua ini harus dibiasakan. Selalu Hanna mengingatkan yang Adi adalah suaminya dan seharusnya dia melayan Adi dengan baik. Maka, Hanna memberi reaksi atas tindakan Adi dalam melahirkan rasa kasih dan sayang kerana dirinya sudah menjadi milik Adi.

“Betullah...” Hanna cuba tersenyum. Padahal dia sedang menyembunyikan rasa getar yang maha hebat di dalam hatinya.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.