“Abang, bangun abang.
Kenapa ni?” rayu Hanna. Badan Adi terbaring atas katil hospital. Sebentar tadi
dia mendapat panggilan dari pihak hospital.
Kini, dalam fikiran
Hanna, pelbagai andaian yang timbul. Semuanya negatif. Hatinya berdebar
serentak dengan air matanya mengalir.
“Abang, bangun abang!”
rayu Hanna.
Air matanya makin laju mengalir.
“Hanna tak ada sesiapa lagi abang. Jangan buat Hanna macam ni.” Rintih Hanna.
“Chak!” Adi tersedar.
Dia ketawa semahunya.
Hanna pula tergamam.
Sandiwara apakah ini?
“Abang...” air mata
yang sedia mengalir ini makin laju meluncur keluar.
“Abang!!!” Hanna
meraung. Dia rasa bersyukur sebab Adi selamat. Dia memeluk Adi sekuat hatinya.
Dia takkan biarkan Adi pergi dalam hidupnya.
“Kenapa abang buat Hanna
macam ni? Nanti Hanna yang mati tengok abang mati.”
“Abang cuma nak tahu
yang Hanna sayang abang tak?”
“Tapi tak perlu uji
macam ni.”
“Kalau abang
betul-betul mati, macam mana nak tahu yang Hanna sayang Abang.” Adi tersenyum.
“Maafkan abang ya?” dia menyapu air mata Hanna. Jangan sedih lagi sayangku.
Hati Adi pula terasa pilu.