Adi dan Hanna
menginap di hotel. Esok mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya Hanna
rasa tenang datang di sini. Dia jarang dapat ke pantai. Inilah saat paling
bahagia dia rasa. ‘Terima kasih Adi sebab bahagiakan Hanna.’ Ucap Hanna sekadar
dalam hati.
Hanna tersenyum.
“Senyum sorang-sorang. Tak ajak kita
pun.” Sapa Adi yang sudah lengkap bersiap. Haruman mandian kesukaan Hanna juga
dapat dihidu.
“Meh la! Kita senyum ramai-ramai.”
usik Hanna.
Adi menghampiri Hanna yang sedang
duduk di sofa. Dia mencuit hidung mancung itu.
“Abang akan bahagiakan sayang,
hingga ke hujung nyawa, abang.” Kata Adi sambil memeluk isterinya. Rasa nyaman
di hati.
Dahi Hanna berkerut.
“Nak tanya la.”
“Tanya je la sayangku.”
“Kenapa abang suka cakap macam tu?”
Hanna meleraikan pelukan lalu memandang tepat ke wajah Adi. Lelaki itu sedang
tersenyum.
‘Murah betul buah hati aku ni dengan
senyuman.’ Hanna juga tersenyum.
“Sebab Hanna dah bahagiakan abang.
Jadi abang akan bahagiakan sayang sehingga nyawa abang yang terakhir.” Jelas
suaminya. Dahi Hanna dikucup lembut.
“Tapi abang, Hanna tak bahagiakan
abang sepenuhnya lagi. Hanna nak bagi abang anak. Anak itu bukti yang Hanna nak
abang bahagia.” Kata Hanna.
“Mana tahu pasal anak ni?” Adi agak
terperanjat.
“Mak yang cerita. Sampai hati tak
nak beritahu kita sendiri. Macamlah kita teruk sangat.” Ada muncung yang
terbentuk. Hanna terasa hati pula.
“Eh, comelnya mulut dia!” usik Adi.
Tahu sudah yang Hanna terasa hati padanya. “Sebenarnya abang sukakan
budak-budak. Kalau boleh abang nak 10 orang anak.”
“Banyaknya!” Hanna terkejut.
“Nak tahu sebab apa?”
“Sebab?”
“Sebabnya abang tak nak anak abang
rasa sunyi macam abang. Tak ada adik beradik langsung. Selalu di sisihkan oleh
ayah kandung sendiri.” Ada mendung di wajah Adi.
Hanna memeluk kembali tubuh Adi.
“Maaf. Hanna janji akan lahirkan
anak banyak-banyak untuk abang.” Hanna tersenyum. Pada masa yang sama terasa
lucu dengan kata-katanya sendiri. Dia bahagia.
“Terima kasih.”
“Eh, lupa!” Hanna terus meleraikan
pelukan lalu berdiri tegak.
“Kenapa ni sayang?” Adi terperanjat
dengan tindakan isterinya yang tiba-tiba. Dia merenung wajah lembut Hanna itu.
“Macam ni abang... pertama Hanna tak
mandi, tapi dah kena peluk dengan abang. Busuk si Hanna ni! Kedua Hanna kena
pergi mandi sebab kita nak pergi sarapan.” Jelas Hanna.
“Dan yang ketiga, abang mandikan
Hanna, boleh macam tu?” tambah Adi. Wajah Hanna sudah merah menahan malu.
“Tak payah nak mengada-ngada. Rajinnya
nak mandikan orang.” Hanna mencapai tuala yang tergantung dalam almari.
“Mana ada mengada-ngada. Kita nak
bermanja je.” Jelas Adi.
“Kalau nak mandikan orang sangat.
Tunggu ada anak sendiri. Tiap-tiap hari Hanna bagi abang mandikan anak.” Kata
Hanna dan terus berlari masuk ke bilik air. Adi hanya mampu tersenyum. Lagi
sekali dia bahagia di samping Hanna.
*****
Mikail
berjalan sendirian. Dia mencari kedai makan untuk sarapan. Tiba-tiba dia
ternampak Hanna dan Adi sedang makan di sebuah kedai. Dia berhentikan keretanya
dari jauh.
“Hanna...” Mikail merenung wajah
Hanna yang kemerahan sedikit kerana banyak ketawa. Mungkin Adi pandai
berjenaka.
“Hanna nampak bahagia. Kalau aku,
mampukah aku bahagiakan dia? Mampukah dia ketawa manja begitu jika bersama aku?”
entah mengapa Mikail tidak pasti tentang itu.
Mikail terus leka memerhati Hanna.
Akhirnya dia mengucap panjang. ‘Tengok isteri orang macam nak telan je.’
Mikail pun mengambil keputusan untuk
mencari tempat makan yang lain.
Hanna masih ketawa manja.
“Abang ni lawak la.” Kata Hanna. Dia
cuba mengawal ketawanya agar tidak kelihatan melampau sangat.
“Apa lawak-lawak ni sayang? Betullah
abang kata ni. Abang pernah terjun dalam lumpur macam terjun dalam kolam
renang.”
“Lepas tu abang lemas?” soal Hanna
masih ketawa.
“Lepas apanya. Habis satu badan
lekat lumpuh.”
“Abang buat terapi ke?” Hanna tidak
habis lagi mengusik suaminya itu. Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya
menangkap satu imej yang cukup dia kenali. Mikail Islam. Mikail sedang memandu
kereta dan dia sendiri tidak tahu lelaki itu ingin ke mana.
“Sebenarnya itu denda, tapi boleh
dikatakan terapi juga.” Adi pula yang ketawa.
Hanna cuba mengekalkan air mukanya
jelas terkejut. Apabila di kaitkan dengan Mikail. Dia mula tidak keruan. Gelabah
memanjang sahaja.
“Okey! Makanan dah sampai!” Kata
Hanna menutup kegelabahannya. Dia tersenyum. Adi tidak perasan itu semua.
Mereka berdua makan dengan penuh
selera.