Pada mulanya Mikail tidak kisah dengan kedatangan Hanna ke pejabatnya
tetapi makin lama, makin rasa tidak selesa.
“Aku mesti membuat penghitungan
dengan Zyla.” Kata Mikail. Dia segera keluar dari pejabatnya.
Dia tahu di mana tempat yang sesuai
untuk mencari Zyla. Dia memandu keretanya dan terus menuju ke tempat yang
disangkanya itu.
Sebaik sahaja dia sampai, kelihatan
Zyla sedang berehat sambil mengelap peluhnya.
“Mikail!” Zyla terkejut dengan
kehadiran lelaki itu di gym.
“Zyla, apa kau dah cakap dengan
Hanna?” kata Mikail dengan nada yang kasar.
“Cakap apa?” kata Zyla yang
pura-pura keliru. Dia dapat meneka apa yang Mikail maksudkan.
“Jangan pura-pura nak tanya pula.
Kau tahu apa yang aku maksudkan.” Tajam pandangan Mikail. Mana boleh sabar jika
ada orang lain masuk campur dalam urusan peribadinya. Tidak dapat di maafkan!
“Kau gila ya? Aku kata aku tak faham
atau kau yang tak faham apa yang aku cakap?” putar belit Zyla. “Biar aku
fahamkan kau yang aku ni tak faham apa yang kau katakan ini.” jelas sekali
suara Zyla menahan kegeraman.
Zyla meninggalkan alat senaman yang
digunakan sebentar tadi. Dia mahu masuk bilik persalinan perempuan.
“Zyla!” pantas Mikail menyambar
lengan Zyla.
“Lepaslah! Kau tu! Aku suka kan kau
sejak kecil lagi tapi perempuan tu baru je muncul dalam hidup kau, kau dah suka.
Kau ingat aku ni apa?” tiba-tiba Zyla melenting.
“Zyla, kau kena faham. Aku dah
anggap kau macam adik aku sendiri. Kau jangan salah faham dengan perhatian aku
tu.” Jelas Mikail.
“Salahkah aku suka pada lelaki yang
dah selamatkan aku? Yang buat aku rasa selamat bila bersamanya. Salah ke?” air
mata Zyla mengalir. Dia rasa sangat sedih.
Mikail tersepit.
“Ikut suka
kaulah!” Mikail tidak dapat teruskan kata-katanya. Dia terus berlalu.
Zyla masuk
ke dalam bilik persalinan. Dia terduduk. Air mata yang mengalir tidak dapat
disekanya. Dia tidak mampu. Hatinya benar-benar sedih. Bukan kehendak dia jadi
begini. Sosial sehingga maruahnya menjadi taruhan dan Mikail yang
selamatkannya.
Zyla terus
menangis.
*****
Mikail terus ke tempat letak kereta.
Dia terus masuk ke dalam keretanya. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Peluh
mula mengalir di dahinya.
“Rahsia tetap rahsia. Aku tak boleh
bongkar.” Mikail bagaikan menyimpan rahsia besar mengenai Zyla.
Fikirannya melayang ke peristiwa
beberapa tahun lalu ketika dia menyelamatkan Zyla.
“Tak guna punya kawan!” marah
Khairul.
“Qynyong, sudahlah! Mati dia nanti!”
halang Mikail. Khairul merupakan sahabat baiknya tetapi dipanggil nama
timang-timangan yang pelik.
“Biar dia mati! Dia cuba nak rogol
Zyla. Manusia bertopeng syaitan.” Khairul menumbuk lagi wajah Ali.
“Kau pergi tengok Zyla. Dia okey
tak?” arah Khairul.
“Baiklah Qynyong.” Mikail terus
menghampiri Zyla. Zyla dalam separuh sedar.
“Mikail...” perlahan sahaja suara
Zyla apabila melihat wajah Mikail dalam pandangan yang kabur. Dia akhirnya
pengsan.
“Zyla!” panggil Mikail sambil
goncang tubuh Zyla. “Zyla, pengsan!” Mikail memberitahu Khairul.
“Mik, kita ke hospital segera. Aku
risau ada apa-apa yang terjadi pada Zyla.” Wajah Khairul penuh kerisauan.
“Tapi kau akan tertinggal kapal
terbang nanti.” Mikail cuba ingatkan Khairul.
“Aku...” Khairul buntu mahu membuat
keputusan.
“Jangan risau. Aku akan jaga dia
untuk kau. Zyla kan sepupu aku.” Mikail berkata.
“Tapi Mik, macam mana aku nak pergi
kalau keadaan dia macam tu.” Jelas sekali Khairul bimbangkan Zyla.
“Tak apa. Aku akan jaga dia untuk
kau. Kau pergilah dengan hati yang tenang. Nanti aku email kau.”
“Baiklah!”
Khairul menuju ke lapangan terbang
manakala Mikail membawa Zyla ke hospital.
Sejak itu Zyla menukar namanya Bella
menjadi Zyla Monica.
Mikail memandu tanpa tujuan.
Tiba-tiba dia ternampak Hanna berjalan dengan seseorang yang tidak di kenali.
Pantas Mikail mencari tempat letak
kereta. Dia mengekori Hanna. Walaupun mereka kelihatan tidak banyak bercakap
tetapi hatinya cemburu melihat Hanna bersama lelaki lain.
*****
Selepas berjumpa dengan Mikail tadi, Hanna terus bertemu dengan Adi pula.
Apabila berbual dan mengenali Adi, Hanna berasa senang dengan lelaki yang
sentiasa tersenyum. Murah dengan gelak ketawa serta usik mengusik. Sudah lama
dia tidak ketawa begitu bersama dengan lelaki kecuali M.
Mata Hanna berair. Adi
sangat lawak.
“Betul Hanna. Adi tak tipu. Memang benar-benar
berlaku,” kata Adi dengan bersungguh-sungguh.
“Tipu la.” Hanna masih ketawa. Tanpa
Hanna sedari Mikail sedang memerhatinya dari jauh.
“Hanna, dengar ni. Adi tak tipu.
Nanti Adi kenalkan kawan Adi tu pada Hanna. Anaknya kembar tiga. Comel tau.”
Asyik sekali Adi melihat wajah Hanna yang kemerahan sedikit kerana ketawa.
“Seumur hidup Hanna, Hanna pernah
jumpa kembar dua je. Kembar tiga belum lagi.” Hanna tersenyum. Rasa semput mahu
ketawa lagi.
“Betul Hanna. dia suka buat mata
macam ni.” Serentak itu Adi buat mata juling. Kedua biji mata hitam bergerak ke
tepi mata. “Comel betul.”
“Adi betul-betul lawak.” Masih bersisa ketawa Hanna.
“Betul ke Hanna lawak?” tiba-tiba
nada Adi serius. Wajahnya tepat memandang Hanna.
“Awat serius pula ni? Adi ni...”
Entah mengapa Hanna rasa lain macam sahaja dengan pandangan Adi saat ini.
Makin membara hati Mikail melihat
adegan itu. Dia mahu memberitahu hal sebenar pada Hanna yang dia M tetapi dia
tiada kekuatan itu. Akhirnya Mikail membawa diri yang luka.
“Adi tanya ni...” Adi masih menunggu
jawapan dari Hanna.
“Ya. Lawak sangat.”
“Terima kasih.” Ada senyuman ikhlas
yang lahir di bibir Adi. Hanna tersentap. Senyuman itu membuat hatinya
berdebar. Sama seperti dia bersama M.
“Sama-sama.”
“Selalunya orang jawab...” panjang
nada Adi. “Kasih diterima.” Kata Adi.
“Kasih diterima? Masalahnya kasih
Adi tu, Hanna tak terima.” Gurau Hanna.
“Kenapa pula?”
“Sebab orang tu kena tipu!” Hanna
terus berlari masuk ke dalam sebuah kedai. Adi mengejar Hanna.
Mereka berdua kelihatan seperti
pasangan yang bahagia.