Hanna berjalan pantas menuju ke tempat kebiasaannya. Hatinya menjadi panas
membara apabila melihat dua orang sahabatnya berjalan mengalahkan kura-kura.
“Cepatlah Sui Mei! Thilaga!
Lambatlah kau orang ni.” marah Hanna. Dia rindukan lelaki itu. Dua hari cuti sekolah
membuatkan dia tidak dapat melihat wajah M.
“Nantilah kita pergi tengok dia.
Kita pergi makan dulu. Nak tak?” cadang Thilaga. Perutnya berbunyi kerana meminta
di isi dulu.
“Mana boleh! Kena skodeng dia dulu.”
Pangkah Hanna. Dia tersenyum lebar apabila ternampak M sedang melepak di tempat
biasa.
Thilaga dan Sui Mei hanya mampu
melihat tingkah laku sahabatnya yang miang itu. Mereka menggelengkan kepala.
“Okey, jom makan!” ajak Hanna.
Selepas makan, Hanna beranikan diri lalu di depan lelaki misteri itu yang
sedang melepak.
‘Di mana? Mana lagi, di depan tandas
lelaki. Inilah lelaki. Banyak-banyak tempat, depan tandas juga menjadi pilihan
hati dan sanubari.’ Desis hati Hanna.
“Hai awak!” sapa Hanna.
Dahi M berkerut. Dia kurang senang
dengan perempuan ini. ‘Tiada perempuan yang berani bercakap dengan dia tetapi
perempuan ini, macam tak takut aje.’ M hanya mendiamkan diri.
“Nah!” tiba-tiba Hanna memberi
sejambak bunga kertas yang dipetiknya. Walaupun perbuatan itu tidak baik tapi
dia sudah meminta izin tukang kebun untuk memetiknya. ‘Okey apa macam tu.
Walaupun dia alah dengan ciptaan Allah ini tapi dia tahankan diri’
Hidung Hanna sudah merah. Sudah
berkali-kali dia bersin. Sebut sahaja bunga, memang dia tidak suka tapi demi
orang yang dikasihi, dia gagahi juga.
Wajah M berubah menjadi merah. Kawan-kawan
M yang lain sudah menahan gelak. ‘Apa kena dengan minah ni bagi aku bunga?
Bunga kertas pula tu. Bagilah aku burger ayam ke? Sedap juga. Boleh makan. Tapi
kenapa muka dia begitu. Adakah dia terharu kalau aku terima bunga dia beri?’
bisik hati M.
“Ambillah. Jangan malu-malu. Aku
suka kau, boleh tak?” kata Hanna. Dia memang berani kalau bab perasaan.’ Kalau
dia suka, dia cakap suka. Kalau tak suka, dia cakap juga tak suka. Tak payah
nak pendam-pendam. Buat masalah je pendam-pendam ni.’
“Jom blah!” ajak M. Sakit jiwa dia
tengok perempuan ini. Sejak dia menegur perempuan itu hari itu, makin kerap pula
dia hadir di depannya.
“Eh, tunggu la dulu!” panggil Hanna
tetapi M terus berlalu.
Hanna termenung. ‘Salahkah aku
terlalu jujur dengan perasaan sendiri? Dah aku suka dia. Aku luahkan la. Apa
susahnya? Sakit jiwa. Aku ni nampak macam huru-hara sikit tapi aku belajar okey
je. Sokmo nombor satu! So, dia nak apa lagi? Cakaplah!’ Stress Hanna di
buatnya.
Wajah Hanna sedih.
“Entah-entah dia malu sama lu la,
Hanna.” Kata Sui Mei. Mereka bertiga duduk di kantin sekolah semula. Hanna
membeli makanan. Begitulah dia jika kuat berfikir. Makan dan makan.
“Kenapa malu?” Hanna tidak faham.
“Aku tahu yang kau tu tak tahu nak
malu tapi jangan la sampai tak faham orang malu mengapa. Ish, minah ni!”
Thilaga pula menyampuk. Geram betul dengan sahabatnya yang seorang. Bersedih
tak kena tempat.
Sui Mei tersenyum.
“Ya loh.Lelaki yang kau suka tu paling bermasalah dalam sekolah ini. Itu
yang kau suka?” kata Sui Mei lagi. Itulah perbezaan mereka berdua. ‘Macam mana
nak jadi pasangan bercinta ni?’ Sui Mei juga keliru.
“Aku tak kisah pun, Sui Mei. Cinta
dia yang buat aku bersemangat untuk ke sekolah setiap hari.” Hanna tersenyum.
Dia suka melihat wajah dingin M.
“Aku ingat cinta dia yang buat kau
semangat untuk belajar.” Sui Mei mengeluh.
“Bukankah aku sememangnya dah
bersemangat apabila belajar?” Hanna bertanya. “Tapi kan, takkan sebab itu je
dia tak nak terima cinta aku yang suci murni ni. Kalah minyak seri murni tau?
Hati aku lagi murni.”
“Eh, dia lelaki ma. Mesti ambil
kisah.” Kata Sui Mei lagi.
“Ye ke? Aku tak ambil kisah pun.”
Balas Hanna. Sui Mei hanya mampu mengeluh.
“Nasib la aku dapat kawan macam kau
ini. Tidak mahu mengerti.” Sui Mei terus menggigit epal merah kesukaannya.
Hanya itu yang dimakannya apabila waktu rehat.
“Mana Thilaga?” Hanna ubah topik.
“Dia ada masalah dengan geng tak
cukup sifat ma.” Kata Sui Mei. Dia baru sahaja habiskan epal merah yang
dimakan.
“Geng minah-minah perasan bagus tu?”
soal Hanna. Sui Mei hanya mengangguk. “Jom kita pergi tengok. Kasihan kawan
kita tu nanti. Dia orang tu tak boleh bagi muka sebab dah rosak sangat tu.”
Hanna dan Sui Mei mula bergerak
tetapi langkah mereka dihalang oleh M.
“M...” Mata Hanna bersinar. Dia suka
M halang-halang dia seperti itu. ‘Macam nak mengorat aku pula. Halanglah lagi.’
Hatinya berdebar hebat. Hanna mula menjadi miang mengalahkan miang keladi.
“Aku nak warning kau. Jangan
cuba-cuba nak cari pasal dengan aku.” jari telunjuk M tepat di hidung mancung
milik Hanna.
Hanna tersenyum.
“Aku cuba cari cinta dengan kau je.”
Terus terang Hanna.
“Kau sedar tak? Aku ni hodoh. Tak
berapa nak putih. Gangster sekolah. Botak pula tu! Cubalah cari lelaki yang
elok sikit.” Nasihat M. ‘Kalau perempuan ni suka lelaki lain, aku tak kan
terganggu macam sekarang ni. Cepat-cepatlah kau dapat jodoh.’ Doa M.
“Suka hati aku nak suka kau. Kalau
kau tak suka aku, aku akan buat kau suka aku.” Hanna berkata dengan penuh
yakin. Dia tersenyum lagi.
“Jom blah!” M tidak sanggup mahu mendengar
apa yang dikatakan oleh Hanna.
“Jangan pergi dulu. Kita keluar date
petang ni, nak tak?” ajak Hanna.
“Tak nak! Tata!” M melambaikan
tangannya dan terus berlalu pergi.
‘Ala M ni, aku baru nak gedik, dia
dah blah. Nasib la.’ Hanna tetap gembira dengan sapaan M.
“Kau tengok tu. M lambai tangan pada
aku. Syoknya!” Hanna melahirkan perasaan gembiranya.
“Dah mula berangan ma. Susahlah mahu
kembalikan dia ke dunia realiti.” Sui Mei gelengkan kepala.
“Eh!” terkejut Hanna melihat tubuh
Thilaga di tolak kasar oleh Bella. Pantas dia bergerak ke arah mereka.
“Hoi! Kau ingat ni sekolah ayah kau
buat. Sesuka hati tolak orang macam tu.” Hanna mengamuk. Sui Mei bantu Thilaga
berdiri semula.
“Suka hati akulah. Memang ni sekolah
ayah aku. Kau tak sedar ke?” kata Bella.
“Ops! Lupa pula.” Hanna tersenyum.
“Tapi walau bagaimanapun, kau tak berhak buat sesuka hati macam ni. Macam dah
rosak je!” kata Hanna dengan geramnya.
“Rosak apa?”
“Rosak jiwa dan mental!” Hanna
tunjuk kepalanya sendiri dengan jari telunjuk lalu digerakkan dalam gerakan
bulatan.
“Kau sengaja cari nahas dengan aku
kan?”
“Aku cari nahas dengan kau sebab kau
cari nahas dengan kawan aku.” balas Hanna. Tanpa Hanna sedari M sedang
perhatikan mereka.
“Kau diam!”
“Kenapa aku kena diam? Kau ingat aku
tak tahu apa kau buat kat luar sekolah dan paling penting luar rumah kau.”
“Apa yang aku buat?”
“Kau keluar dengan samseng jalanan,
Shahrul kan? Kau ingat aku tak kenal dia, dia tu bapak ayam. Entah-entah kau
pun dah terlibat dengan lubuk pelacuran, kan? Kau suka kan? Memang sah kau tu
dah rosak. Bertaubat la! Masa depan kau tu jauh lagi.” Nasihat Hanna.
“Kau tak payah nak sibuk hal aku!”
marah Bella.
“Hah! Ini la namanya manusia yang
sombong. Tak sedar yang diri tu banyak lakukan dosa tapi nak berlagak lagi.”
“Kau...” Bella tidak dapat membalas
kata-kata Hanna.
“Kau tahu tak, kau bertindak tak
ikut fikiran tapi ikut kata hati kau. Janji kau seronok kan? Kau tak pernah
fikirkan apa kesan pada diri kau pada masa akan datang. Kau nak tunggu ada anak
dalam perut kau, baru kau nak sedar?” tegas Hanna. Dia sebenarnya tidak sampai
hati melihat Bella terus hanyut.
“Aku tak kisah, kau pula yang
lebih-lebih, apa ke hal?!” balas Bella. Perempuan ini sudah kalis nasihat.
Langsung tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh Hanna.
Hanna ingin menampar pipi Bella. Dia
mengangkat tinggi tangannya tetapi ada orang yang menghalang dengan memegang
tangan Hanna dari belakang. Hanna tersentap.
‘M? Apa dia buat ni? Dia pegang
tangan aku. Dosa M. Jangan pegang M. Hubungan kita mesti bersih dari sebarang
maksiat. Ya M?’ Pinta hati Hanna. Rasanya tidak terluah kata-kata itu.
M merenung wajah Hanna tetapi
seketika. Dia menampar wajah Bella. ‘Apa cerita ni? M pula yang tampar Bella?
Tapi kenapa? Why?’ Hanna mula keliru.
“Aku benci kau!” Bella terus
meninggalkan mereka semua. Begitu juga M. Hanna pula masih terkaku dengan
tangan sebelahnya di atas. Gaya ingin menampar orang.
“Hanna! Hanna! Kau okey?” Thilaga
goncang tubuh Hanna.
“Hanna, M datang semula.” Kata Sui
Mei.
“Mana? Mana?!” Hanna tersedar. Kepalanya kejap pandang ke
arah kanan, kejap ke arah kiri bagi mencari kelibat M.
“Aku tipu je.” Selamba Sui Mei dan
Thilaga berjalan meninggalkan Hanna.
“Sampai hati mu teman!” Hanna
mengeluh dan terus mengejar mereka berdua.
p/s : Jaga la pergaulan kita terutamanya antara perempuan dan lelaki. perempuan pula, jagalah maruah diri, aurat kita kerana untuk kebaikan diri sendiri juga...terima kasih sudi baca, sudi like dan paling penting sudi komen....