Hati Hanna berdebar-debar untuk
membawa Adi berjumpa dengan ibunya, Halimah. Apalah pandangan Halimah terhadap
Adi. Tapi dia bersyukur. Adi pandai melayan ibu dan ibu suka pada Adi.
“Terima kasih Adi.” Ucap Hanna. Tidak
pernah dia nampak Halimah begitu gembira.
“Adi memang nak kahwin dengan Hanna.
Jadi, kalau nak kahwin dengan Hanna, kena kahwin dengan keluarga Hanna juga.
Kena terima seadanya.” Lembut kara-kata Adi. Hanna rasa lega sangat.
“Terima kasih Adi.” Lagi sekali
Hanna ucap. Sebagai perempuan yang tidak pernah mendapat perhatian dan kasih
sayang dari sesiapa, rasa sangat gembira. Sejak Halimah sakit, dia sendirian.
Menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan ini sendiri. Dia tidak kuat, tapi
kerana ada yang masih sudi memberi secebis kasih sayang membuat Hanna terus
bertahan.
“Berapa kali terima kasih la Hanna
ni? Masih tak tahu ke kasih Hanna tu dah lama Adi approve.” Gurau Adi.
Hanna ketawa kecil.
“Ingat facebook ke nak kena
approve?” kata Hanna sambil tersenyum. Makin lama senyumannya menjadi pudar.
Dia teringat seseorang. Facebook seseorang. Lama dia tidak menjenguk facebook
M, Mr. Gangster. Tiba-tiba ada perasaan rindu pada lelaki yang botak itu.
Disebabkan M, dia suka melihat lelaki yang botak. Dia mesti sangkakan itu M.
Botak dan gelap sedikit warna kulitnya. Tidak mungkin Hanna melupakan M.
Dia teringat masa mula-mula dia
berjumpa dengan M.
“Aku dah lambat ni? Pergi tandas!”
kata Hanna. Memang sudah menjadi kebiasaannya ke tandas sebaik sahaja waktu
rehat tiba.
Hanna berlari dengan tergesa-gesa
sehingga dia tidak sedar yang dia sudah
terlajak satu tangga ketika menuruni tangga di situ.
Semua perkara berlaku dengan sekelip
mata dan begitu juga dia berada dalam pegangan seorang lelaki botak. Pegangan
lelaki itu di lengannya terasa kukuh.
Apabila lelaki botak itu yakin yang
Hanna sudah boleh berdiri dengan stabilnya, dia pun melepaskan pegangan itu.
Wajah lelaki itu sangat serius. ‘Nak
tengok senyuman pun payah. Dia tak sedar ke yang aku ada senyum pada dia. Kalau
ya pun, balaslah senyumanku ini wahai mamat botak.’ Desis hati Hanna.
Lelaki itu adalah M. Kenapa M? Sebab
semasa Hanna jatuh tangga di blok M. Maka, dia gelarkan lelaki itu M dalam
diam.
M lepaskan lengan Hanna lalu tangan
itu di masukkan dalam kocek seluar. Dia ingin berlalu ke tandas lelaki.
“Tunggulah botak!” selamba Hanna
panggil begitu pada M.
M terkejut mendengar suara Hanna.
“Kau rupanya?” Kata M.
“Kenapa dengan aku?” Hanna sedikit
keliru.
“Sebab kau aku kena botak kan rambut
di perhimpunan tadi.” Marah benar M pada Hanna.
“Aku?” Hanna menunjukkan jari
telunjuknya pada batang hidungnya.
“Sudahlah!”
M terus berlalu.
Hanna pula baru teringat yang M
dibotakkan kepala kerana warnakan rambut. ‘Warnakan rambut?’ Hanna cuba
berfikir tetapi buntu sehingga sekarang dia masih tiada jawapan.
Wajah Hanna kelat.
“Hanna
okey?” soal Adi. Dia terasa pelik sebab Hanna diam begitu lama.
Hanna
kembali ke dunia realiti. Dia perlu lupakan M untuk kehidupan dan masa depan
yang pasti.
“Hanna okey. Adi okey tak?” Hanna
tanya semula. Hanna cuba kembali ceria.
“Adi okey.” Jawab Adi sambil fokus
pada pemanduannya. “Hanna...” panggil Adi.
“Ya...” sahut Hanna.
“Terima kasih. Adi suka jumpa dengan
mak Hanna. Sejak kecil lagi Adi tak ada mak. Bila mak Hanna peluk Adi tadi, Adi
bagaikan terasa kasih sayang seorang mak meresap dalam tubuh Adi.” Jelas Adi.
Dia benar-benar terharu. Air mata yang hampir menitis, dilapnya.
Pertama kali melihat seorang lelaki
menangis hanya kerana kasih sayang seorang ibu. Sungguh penyayang Adi.
Hanna tersenyum.
“Tapi kan Adi, ayah Adi kan ada.”
Kata Hanna seperti memujuk.
“Ayah Adi? Dia sibuk bekerja dan
kerja sahaja. Sekarang sibuk kahwin.” Adi berkata tanpa perasaan.
“Dia sibuk sebab nak cari rezeki
untuk Adi juga kan?” Hanna masih mood memujuk. Dia tidak mahu Adi bersangka
buruk pada ayahnya sendiri. Begitu juga untuk diri Hanna. Dendam pada ayah
hanya akan hilang apabila Halimah sudah sembuh. Itu sahaja harapannya.
“Hanna, Adi rasa hidup Adi begitu
bermakna lepas jumpa dengan Hanna.” luah Adi. Perasaan sayang dan cinta ini
wujud apabila Hanna rajin melayan segala yang dilakukannya.
Hanna hanya diam. Dia hanya mampu
hadiahkan senyuman manis. Hatinya berbelah bagi dengan cinta monyetnya iaitu M
dan sekarang Adi, sedikit sebanyak cinta Adi masuk ke dalam hatinya.
Mereka meneruskan perjalanan.