Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Bab 8

Mikail memandu keretanya masuk di perkarangan rumah. Dia juga takut dengan mamanya. Segala perbuatan mama dia tidak mampu membalasnya. Dia hanya mampu mendiamkan diri.

“Abang...” tegur Iraa yang merupakan adik perempuan Mikail yang berusaha 21 tahun. Dia masih belajar di UITM Shah Alam.

“Mama dah sampai?” soal Mikail sambil matanya memandang pintu utama.

“Belum. Masih dalam kapal terbang kot.” Iraa sendiri pun tidak tahu.

“Mana Syaa?” Mikail terus masuk ke dalam rumahnya.

“Kak Syaa ada dalam bilik dia.”

“Dia sihat tak hari ni?”

“Sihat.”

Belum sempat Mikail melabuhkan punggungnya atas sofa, kedengaran bunyi kereta masuk di perkarangan rumah.

“Tentu mama tu.” Iraa meneka. Dia rasa bimbang.

“Iraa dan Syaa duduk dalam bilik. Biar abang yang sambut mama pulang.” Arah Mikail.

“Baiklah abang.” Iraa berlari masuk ke dalam biliknya. Iraa dan Syaa sebilik.

“Kenapa Iraa?” soal Syaa apabila melihat adiknya seperti dikejar hantu. Pucat.

“Mama dah pulang.” Kata Iraa perlahan.

“Apa?” Syaa juga merasai ketakutan yang dirasai oleh Iraa. Dia memeluk tubuhnya. Rasa menggigil seluruh tubuh.

“Kakak...” panggil Iraa. Dia tahu yang kakaknya lebih trauma berbanding dengan dirinya. ‘Mama jahat! Iraa benci mama!’ Jerit batin Iraa.

Iraa memeluk tubuh Syaa supaya lebih tenang.

“Akak nak Iraa call abang Fendi?” cadang Iraa.

“Tak payah Syaa. Akak okey.” Syaa menghalangnya. Matanya ada takungan air. Menahan air mata dari terus mengalir.

“Akak, bersabar ya?” pujuk Iraa

Sementara di luar bilik itu, Mikail juga turut merasai apa yang adik mereka berdua rasa.

“Mama...” panggil Mikail apabila wanita yang dipanggilnya mama sudah berdiri di depannya.

“Mikail Islam sayang. Mana Syaa dan Iraa? Dia tak nak sambut kepulangan mama ke?” sungguh lembut suara itu di pendengaran orang yang tidak mengenali siapa perempuan ini yang sebenar.

“Syaa dan Iraa tengah study ma,” bohong Mikail. Tubuhnya makin menggigil. Jantungnya berdenyut pantas.

“Study? Study lebih penting dari mama?” Zahrah pula yang bersuara. Masih ada kelembutan dalam sindiran.

“Syaa! Iraa!” tiba-tiba suara Zahrah menjadi nyaring memanggil kedua-dua anaknya.

Syaa dan Iraa tergamam. Iraa masih dalam kawalan lagi. Dia menarik tangan Syaa agar turun dari katil itu dan menuju ke ruang tamu.

“Kak, mama panggil. Cepat kak! Nanti nahas kita!” Iraa menarik tangan Syaa.

“Akak takut!” kelihatan bibir Syaa bergetar menahan ketakutan yang di alaminya.

“Mama, biarlah mereka.” Mikail cuba memujuk Mamanya.

“Syaa! Iraa! Mama pulang!” jeritnya makin kuat. Pantas Iraa menarik tangan Syaa.

“Cepat kak!” mereka berdua berlari ke ruang tamu. “Mama...” panggil Iraa. Dia cuba tersenyum.

Syaa hanya menundukkan wajahnya. Rasa takut apabila melihat sepasang mata yang tajam itu.

“Syaa macam tak sihat je.” Zahrah menghampiri Syaa. Lalu memeluk anak perempuannya berusia 22 tahun itu.

Makin takut Syaa rasakan. “Kau ingat aku ni apa? Aku balik kau tak sambut. Siap kau nanti...” bisik Zahrah perlahan di telinga Syaa.

Kemudian Zahrah meleraikan pelukan itu.

“Kenapa tak pandang muka mama? Mama tak cantik ke?” Zahrah membelai-belai rambut Syaa. Matanya kelihatan garang sekali.

“Mama... Mama cantik...” jawab Syaa dalam takut-takut. Dia benar-benar tidak berani.

“Mama, Syaa tak sihat tu.” Halang Mikail. Dia menarik tangan Zahrah ke kerusi. Dia tidak mahu Zahrah menyakiti adiknya lagi.

“Terima kasih Mikail Islam. Anak mama yang seorang ni makin kacak. Mama suka tengok.” Zahrah tersenyum manis. “Malam ni rumah kita akan ada kan parti. Jadi mama nak Syaa dan Iraa pakai cantik-cantik ya? Jangan malukan mama. Kalau tak, siap kamu!” pesan Zahrah.

Arahan Zahrah bagaikan seorang raja. Jika ingkar, hukuman matilah jawapannya. Syaa dan Iraa masuk ke dalam bilik setelah mendapat keizinan Zahrah.

“Mikail Islam. Mari ke sini?” panggil Zahrah.

“Ya mama.” Mikail Islam melutut disisi Zahrah.

“Mana papa?” soal Zahrah.

“Papa tengah berehat dalam bilik.”

“Baiklah. Mama nak pergi tengok papa.” Kata Zahrah sambil membelai rambut anak lelakinya itu.

Mikail hanya diamkan diri.

Zahrah menuju ke kamarnya. Kelihatan seorang lelaki terbaring atas katil.

“Hai sayang!”

“Kau Zahrah! Buat apa kau balik! Aku dah ceraikan kau! Kau bukan isteri aku dah!” darah Sazulee naik. Dia jadi marah sebaik sahaja melihat wajah bekas isterinya.

“Bukannya orang tahu yang kau dah ceraikan aku. Kau tu hanya lelaki tua yang pentingkan keseronokan tanpa mempedulikan anak-anak. Biarlah aku jaga anak kau.” Zahrah masih tersenyum. Dia menolak kasar tubuh Sazulee. Dia duduk di birai katil.

“Argghhh!” Sazulee geram. Badannya lumpuh selepas 2 tahun kemalangan jalan raya. Dan apa yang dia tahu, dia dipaksa makan ubat yang akan melumpuhkan lagi tubuhnya. Itu semua kerja Zahrah. Sanggup buat suaminya begitu.

“Menyesal aku kahwin dengan kau betina!” amuk Sazulee.

“Aku tak minta kau nikahi aku pun masa aku kena cerai dengan laki aku nombor dua. Tapi laki aku nombor tiga ni sangat baik. Baik sangat. Lagi pun kau dah ceraikan aku, aku pergi kahwin. Itu sebab dua bulan aku tak balik rumah.” Jelas Zahrah.

“Kau kahwin lagi! Kau memang dasar pengikis duit jantan. Aku dah tahu kenapa kawan aku ceraikan kau! Kau ni parasit dunia manusia!” makin kuat suara Sazulee.

“Ada aku kisah. Janji aku bahagia dengan apa yang aku dapat.” Zahrah tersenyum.

“Kau gila!”

“Aku ada bawa ole-ole. Laki aku nombor empat yang bagi tau. Specially for you, darling.” Kata Zahrah. Dia mengeluarkan sebotol ubat dari begnya.

Mata sazulee membulat. Dia terkejut. Aku tak nak ubat lagi. Aku tak nak!

“Ini ubat baru. Ubat ini bukan sahaja membuat tubuh kau makin lumpuh malah otak kau pun akan jadi makin lembap dan bodoh. Lama-lama nanti, kau terus jadi gila. Wah, menarik tak rancangan aku ni?” Zahrah sudah terangkan perancangannya pada Sazulee.

“Gila! Betina gila!”

“Kau makan ubat ni ya?” Zahrah sudah mencengkam mulut Sazulee supaya lelaki tua itu menelan ubat tersebut.

Sazulee menolak kasar. Dia meronta-ronta walaupun tubuhnya kaku tetapi apa kan daya. Dia tiada kekuatan.

“Mampus kau!”

“Arghh! Arrghhh!” Emosi Sazulee tidak terkawal.

Mikail yang mendengar jeritan itu segera masuk ke dalam bilik papanya.

“Papa!” dia memegang tubuh ayahnya itu. “Papa, kenapa ni? Mama kenapa dengan papa?”

“Mama tak tahu. Mama nak suapkan ubat ni. Dia marah pula. Ubat ni mama beli dari Jepun. Ubat ni boleh pulihkan orang lumpuh tapi papa Mikail ni tak nak makan.” Zahrah memulakan dramanya.

“Papa!” panggil Mikail untuk menyedarkan Sazulee. “Mama keluar dulu. Biar Mikail yang uruskan.” Arah Mikail. Zahrah segera keluar. Dia berpaling dengan senyuman yang terukir.

“Papa!”

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.