Syaa tergamam.
“Mama...”
“Oh, anak mama. Lama tak
jumpa!” Zahrah ada di dapur. Dia sedang
mengutip semua ubat-ubat yang pernah dia berikan pada Sazulee. Itu bahan bukti.
Dia harus musnahkan.
“Ni buat air untuk
siapa? Untuk mama ke?” Zahrah menghampiri Syaa.
Syaa pula, apabila
melihat Zahrah di situ, dia terkaku. Kakinya tidak dapat bergerak kerana
terlalu takut.
Zahrah menolak kasar tubuh
Syaa sehingga mug di tangan Syaa terjatuh dan pecah.
Hanna yang berada di
luar rumah terkejut. Dia berjalan masuk ke rumah Syaa.
“Kau memang bawa sial! Mug
aku juga yang kau nak pecahkan. Aku tahu bapak kau kaya, tapi tak payah nak berlagak
dengan aku!” tengking Zahrah. Dia tolak kepala Syaa dengan hujung jarinya.
“Mam yang tolak Syaa
jatuh,” Syaa menjawab.
“Aku cakap, kau menjawab!”
Zahrah menaikkan tangannya. Dia ingin menampar pipi Syaa.
Syaa pula hanya
berserah jika pipinya jadi mangsa.
Belum sempat tangan
Zahrah hinggap di pipi Syaa, tangan sudah di pegang oleh seseorang.
Zahrah tersentap. Dia merenung
tajam pada Hanna.
“Oi mak cik! Kau nak
aku telefon talian dera-dera ke? Kalau aku telefon, rasanya kau tak hidup lama
kot.” Kasar Hanna. Dia tidak pedulikan sesiapa pun.
Hanna cukup mengenali
Zahrah walaupun mereka baru jumpa sekali dan hanya sekejap saja.
“Kau siapa?!”
“Aku kawan Syaa.”
“Kau tak hormat
langsung orang tua kan? Mesti mak bapa kau tak pernah ajar cara nak hormat
orang yang lebih tua.”
Wajah Hanna membahang.
Dia marah apabila perempuan kejam itu menghina ibu dan ayahnya.
“Mak bapa jangan sebut!
Sedarpun diri tu dah tua. Cepat-cepatlah bertaubat!” sinis Hanna. Dia sendiri
tidak tahan dengan perangai perempuan tua depannya ini.
“Kau jangan masuk
campur dengan urusan aku! keluar dari rumah aku!”
“Aku tak kan keluar! Kau
tak layak duduk rumah seindah ini.” Hanna tidak boleh menahan marahnya lagi.