Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Bab 16

Pada mulanya Mikail tidak kisah dengan kedatangan Hanna ke pejabatnya tetapi makin lama, makin rasa tidak selesa.

“Aku mesti membuat penghitungan dengan Zyla.” Kata Mikail. Dia segera keluar dari pejabatnya.

Dia tahu di mana tempat yang sesuai untuk mencari Zyla. Dia memandu keretanya dan terus menuju ke tempat yang disangkanya itu.

Sebaik sahaja dia sampai, kelihatan Zyla sedang berehat sambil mengelap peluhnya.

“Mikail!” Zyla terkejut dengan kehadiran lelaki itu di gym.

“Zyla, apa kau dah cakap dengan Hanna?” kata Mikail dengan nada yang kasar.

“Cakap apa?” kata Zyla yang pura-pura keliru. Dia dapat meneka apa yang Mikail maksudkan.

“Jangan pura-pura nak tanya pula. Kau tahu apa yang aku maksudkan.” Tajam pandangan Mikail. Mana boleh sabar jika ada orang lain masuk campur dalam urusan peribadinya. Tidak dapat di maafkan!

“Kau gila ya? Aku kata aku tak faham atau kau yang tak faham apa yang aku cakap?” putar belit Zyla. “Biar aku fahamkan kau yang aku ni tak faham apa yang kau katakan ini.” jelas sekali suara Zyla menahan kegeraman.

Zyla meninggalkan alat senaman yang digunakan sebentar tadi. Dia mahu masuk bilik persalinan perempuan.

“Zyla!” pantas Mikail menyambar lengan Zyla.

“Lepaslah! Kau tu! Aku suka kan kau sejak kecil lagi tapi perempuan tu baru je muncul dalam hidup kau, kau dah suka. Kau ingat aku ni apa?” tiba-tiba Zyla melenting.

“Zyla, kau kena faham. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Kau jangan salah faham dengan perhatian aku tu.” Jelas Mikail.

“Salahkah aku suka pada lelaki yang dah selamatkan aku? Yang buat aku rasa selamat bila bersamanya. Salah ke?” air mata Zyla mengalir. Dia rasa sangat sedih.

Mikail tersepit.

“Ikut suka kaulah!” Mikail tidak dapat teruskan kata-katanya. Dia terus berlalu.

Zyla masuk ke dalam bilik persalinan. Dia terduduk. Air mata yang mengalir tidak dapat disekanya. Dia tidak mampu. Hatinya benar-benar sedih. Bukan kehendak dia jadi begini. Sosial sehingga maruahnya menjadi taruhan dan Mikail yang selamatkannya.

Zyla terus menangis.

*****

Mikail terus ke tempat letak kereta. Dia terus masuk ke dalam keretanya. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Peluh mula mengalir di dahinya.

“Rahsia tetap rahsia. Aku tak boleh bongkar.” Mikail bagaikan menyimpan rahsia besar mengenai Zyla.

Fikirannya melayang ke peristiwa beberapa tahun lalu ketika dia menyelamatkan Zyla.

“Tak guna punya kawan!” marah Khairul.

“Qynyong, sudahlah! Mati dia nanti!” halang Mikail. Khairul merupakan sahabat baiknya tetapi dipanggil nama timang-timangan yang pelik.

“Biar dia mati! Dia cuba nak rogol Zyla. Manusia bertopeng syaitan.” Khairul menumbuk lagi wajah Ali.

“Kau pergi tengok Zyla. Dia okey tak?” arah Khairul.

“Baiklah Qynyong.” Mikail terus menghampiri Zyla. Zyla dalam separuh sedar.

“Mikail...” perlahan sahaja suara Zyla apabila melihat wajah Mikail dalam pandangan yang kabur. Dia akhirnya pengsan.

“Zyla!” panggil Mikail sambil goncang tubuh Zyla. “Zyla, pengsan!” Mikail memberitahu Khairul.

“Mik, kita ke hospital segera. Aku risau ada apa-apa yang terjadi pada Zyla.” Wajah Khairul penuh kerisauan.

“Tapi kau akan tertinggal kapal terbang nanti.” Mikail cuba ingatkan Khairul.

“Aku...” Khairul buntu mahu membuat keputusan.

“Jangan risau. Aku akan jaga dia untuk kau. Zyla kan sepupu aku.” Mikail berkata.

“Tapi Mik, macam mana aku nak pergi kalau keadaan dia macam tu.” Jelas sekali Khairul bimbangkan Zyla.

“Tak apa. Aku akan jaga dia untuk kau. Kau pergilah dengan hati yang tenang. Nanti aku email kau.”

“Baiklah!”

Khairul menuju ke lapangan terbang manakala Mikail membawa Zyla ke hospital.

Sejak itu Zyla menukar namanya Bella menjadi Zyla Monica.

Mikail memandu tanpa tujuan. Tiba-tiba dia ternampak Hanna berjalan dengan seseorang yang tidak di kenali.

Pantas Mikail mencari tempat letak kereta. Dia mengekori Hanna. Walaupun mereka kelihatan tidak banyak bercakap tetapi hatinya cemburu melihat Hanna bersama lelaki lain.

*****

Selepas berjumpa dengan Mikail tadi, Hanna terus bertemu dengan Adi pula. Apabila berbual dan mengenali Adi, Hanna berasa senang dengan lelaki yang sentiasa tersenyum. Murah dengan gelak ketawa serta usik mengusik. Sudah lama dia tidak ketawa begitu bersama dengan lelaki kecuali M.

Mata Hanna berair. Adi sangat lawak.

“Betul Hanna. Adi tak tipu. Memang benar-benar berlaku,” kata Adi dengan bersungguh-sungguh.

“Tipu la.” Hanna masih ketawa. Tanpa Hanna sedari Mikail sedang memerhatinya dari jauh.

“Hanna, dengar ni. Adi tak tipu. Nanti Adi kenalkan kawan Adi tu pada Hanna. Anaknya kembar tiga. Comel tau.” Asyik sekali Adi melihat wajah Hanna yang kemerahan sedikit kerana ketawa.

“Seumur hidup Hanna, Hanna pernah jumpa kembar dua je. Kembar tiga belum lagi.” Hanna tersenyum. Rasa semput mahu ketawa lagi.

“Betul Hanna. dia suka buat mata macam ni.” Serentak itu Adi buat mata juling. Kedua biji mata hitam bergerak ke tepi mata. “Comel betul.”

“Adi betul-betul lawak.” Masih bersisa ketawa Hanna.

“Betul ke Hanna lawak?” tiba-tiba nada Adi serius. Wajahnya tepat memandang Hanna.

“Awat serius pula ni? Adi ni...” Entah mengapa Hanna rasa lain macam sahaja dengan pandangan Adi saat ini.

Makin membara hati Mikail melihat adegan itu. Dia mahu memberitahu hal sebenar pada Hanna yang dia M tetapi dia tiada kekuatan itu. Akhirnya Mikail membawa diri yang luka.

“Adi tanya ni...” Adi masih menunggu jawapan dari Hanna.

“Ya. Lawak sangat.”

“Terima kasih.” Ada senyuman ikhlas yang lahir di bibir Adi. Hanna tersentap. Senyuman itu membuat hatinya berdebar. Sama seperti dia bersama M.

“Sama-sama.”

“Selalunya orang jawab...” panjang nada Adi. “Kasih diterima.” Kata Adi.

“Kasih diterima? Masalahnya kasih Adi tu, Hanna tak terima.” Gurau Hanna.

“Kenapa pula?”

“Sebab orang tu kena tipu!” Hanna terus berlari masuk ke dalam sebuah kedai. Adi mengejar Hanna.

Mereka berdua kelihatan seperti pasangan yang bahagia.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.