Hampir dua bulan Hanna tidak buka facebook Mr.Gangster. Hanna merenung
kosong skrin komputer ribanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi membuatkan
Hanna terkejut.
“Assalamualaikum Adi.” Hanna
tersenyum.
“Waalaikumussalam. Hanna dah mandi
dan solat isyak?” soal Adi.
“Dah. Cuma mengantuk je sekarang.”
Hanna menguap beberapa kali. ‘Macam tak senonoh pula menguap macam tu.’ Desis
hati Hanna.
“Tak apalah. Hanna rehat. Adi pun
mengantuk juga. Selamat malam.” Ucap Adi.
“Selamat malam.” Talian ditamatkan.
Hanna termenung. Separuh hatinya
masih mengharap M yang tidak pasti itu. Dia gagahi juga membuka facebook
Mr.Gangster.
Hanna terkejut.
Rindunya....–MR.Gangster-
Pertama kali dia nampak M pos
status. M rindukan siapa? Dia sudah ada perempuan yang disukai ke? Entah
mengapa Hanna rasa sedih. Mungkin inilah jawapan dalam hubungan mereka.
“Jangan
kau sangka labuhnya tudungku tanda alimnya diriku.. aku juga seperti mu yang
sedang mencari-cari sinar cahaya. Buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana
tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri,
menjaga gerak gerik...kerana Akhlak itu bunga diri dan kerana yang tertutup itu
lebih indah.
Buat
muslimah di luar sana.
Semoga terus beristiqamah.
Jangan peduli la orang nak cakap ape.
Diorang perli kata kite bertudung labuh macam 'ustazah', padahal melabuhkan
tudung/pakaian tu adalah WAJIB.
Pilih, nak redha manusia atau nak redha ALLAH?
Hanna menutup semula komputer
ribanya. Dia masih keliru dengan perasaannya. Dia rindukan M tapi dirinya
selalu bersama Adi.
Adi selalu membantu dia di kedai
buku. Dia juga mencari pekerja yang boleh dipercayai. Sungguh baik Adi.
Tetapi hatinya...
“Arrgghhhhh!” Hanna menjerit. Dia
berperang dengan perasaannya sendiri.
Hanna rasa dahaga dan segera dia ke
dapur. Termenung di situ pula.
“Asyik termenung je. Apa nak jadi?
Keputusan tak dapat buat juga. Adi atau kenangan M?” Hanna geram kerana dia
masih tidak dapat membuat keputusan. Dia mencapai air yang sudah berisi air dan
rakus meneguknya.
Hilang dahaganya.
“Buat solat istikarah.” Hanna berasa
lega. Dia kena buat solat istikarah supaya hatinya mendapat keputusan yang
tepat.
Masa berlalu.
Hanna benar-benar rasa tenang.
“Assalamualaikum.....” panjang salam
Adi sebaik sahaja terpandang wajah ayu Hanna. Perempuan itu bertudung bawal
biasa. Sangat sesuai dengan bentuk mukanya yang bujur.
“Waalaikumusalam.” Jawab Hanna.
“Cantiknya dia. Macam bidadari
syurga.” Puji Adi.
“Perli Hanna la tu.” Hanna terasa
malu.
“Rasanya jadi kot kita kahwin bulan
depan.” Gurau Adi lagi. Lelaki ini tidak habis-habis mengusiknya.
“Jadi ke?” Hanna sengaja membalas
usikan Adi.
“Mesti jadi punya.” Adi tersenyum.
“Betul kan?”
Hanna terdiam. Entah mengapa dia
terasa berat untuk menerima lamaran Adi. Adi pula perasan akan wajah Hanna yang
sudah berubah.
“Tak apalah Hanna. Adi tak kan paksa
Hanna untuk terima Adi. Adi sedar yang Adi ni banyak kekurangan. Tak layak
untuk bersama Hanna.” kata Adi dan terus berlalu keluar dari kedai buku Hanna.
“Adi...” panggil Hanna tetapi Adi
tidak berpaling lagi.
*****
“Penatnya...” Hanna menghempaskan
diri atas sofa. Terasa tubuh ini sangat penat. Hari ni banyak stok buku yang
baru tempah sampai. Di Kedai Hanna hanya ada Siti dan Hanna sahaja yang
bekerja. Hanna sepatutnya ambil pekerja lelaki tetapi dia tidak mahu.
Tudung yang dipakainya dibuka.
Rambut Hanna yang panjang di biar bebas seketika.
Kini, sudah tiga hari Adi tidak
menghubungi Hanna.
“Dia terasa ke dengan kata-kata
aku?” Hanna rasa bersalah. “Aku dah buat solat istikharah tapi aku tak nampak
Adi mahu pun M yang botak lagi comel. Aku nampak lelaki lain. Lelaki itu? Tak
mungkin pula.” Hati Hanna berdebar-debar apabila teringat akan lelaki itu..
“Aku dah lama tak jumpa dia. Rasanya
hidup aku tak ada kaitan dengan dia. Tiga kali aku solat, tiga kali muka dia
muncul.” Hati Hanna resah. “ Dia tu pelanggan aku je.”
“Arrggghhh!” Hanna rasa serabut
memikirkannya. Adi pun semakin jauh dari Hanna membuat kehidupannya rasa sunyi.
Adi selalu menjadi penghiburnya.
Hanna mengambil keputusan untuk
menghubungi Adi sahaja.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Hanna okey?”
tiba-tiba Adi tanya seperti itu.
Hanna tersenyum. Mesti Adi
bimbangkan dia. Kenal sangat Adi. Walaupun pun mereka baru berkenalan tapi dia
dapat rasakan Adi akan melindunginya.
“Hanna tak okey...” sengaja Hanna
berkata begitu. Dalam hati, Hanna menahan ketawanya.
“Hanna tak okey? Kenapa? Nak Adi
hantar ke hospital?” bimbang Adi. ‘Baru siang tadi aku skodeng minah ni, sihat
je.’ Bisik hati Adi.
“Sakit ni. Sakit di hati.”
“Ya Allah! Adi datang sekarang. Kita
pergi hospital.” Gelabah Adi.
Akhirnya Hanna ketawa
bersungguh-sungguh. Tidak sangka Adi akan gelabah sedemikian.
“Hanna...” panggil Adi.
“Kelakar la Adi ni. Hanna gurau je,”
kata Hanna.
“Hanna!” jerit Adi kegeraman.
“Jangan marah, nanti kena jual!”
Hanna masih ketawa.
“Seronoknya dia...” Adi menarik
nafas lega. Dia benar-benar rasa lega apabila tahu yang itu hanya gurau
semata-mata.
“Kejap Adi! Kejap! Ada call masuk
la.”
“Okey.”
“Hello...” Hanna jawab panggilan itu
dengan nada yang gembira. Panggilan itu dari sahabatnya, Laika yang sentiasa
menjaga ibunya di sana.
“Hanna, ibu awak.” Laika berkata.
“Kenapa Laika?” Hanna cemas.
“Baik awak datang ke sini. Ibu awak
cuba cederakan diri sendiri.” Jelas Laika.
“Apa?” Hanna mengucap dalam hati.
“Baiklah, saya datang sekarang!” talian ditamatkan.
“Adi, ibu Hanna cederakan diri
sendiri. Jadi Hanna nak ke hospital
sekarang ni.”
“Adi teman!” tegas Adi.
“Baiklah!”
*****
Air mata Hanna tidak berhenti mengalir dari tadi. Mata pun sudah kelihatan
sedikit bengkak. Hampir sejam lebih dia menangis.
“Sabarlah Hanna. ini dugaan Allah
untuk Hanna. Hanna kena tabah. Jika Hanna tak kuat, siapa lagi yang akan beri
semangat pada Ibu Hanna? Siapa?” soal Adi. “Hanna perlukan Ibu Hanna dan ibu
Hanna perlukan Hanna sekarang. Maka Hanna kena tabah.” Nasihat Adi.
Lega hati Hanna mendengar kata-kata
Adi. Sedikit sebanyak, dia dapat kumpulkan kekuatan diri. Dilapnya air mata
yang mengalir.
“Sabar ya?” Adi menepuk-nepuk bahu
Hanna lembut. “Ibu Hanna pasti selamat.” Adi cuba tersenyum. Hatinya juga
terusik dengan kejadian yang menimpa ibu Hanna.
“Terima kasih Adi.”
“Hanna. Adi berjanji yang Adi akan
melindungi Hanna selagi Adi mampu. Jadi, benarkan Adi menjadikan Hanna milik Adi
secara sah dan halal.” pintaAdi.
Hanna tersentap.
“Adi, tolonglah. Hanna tak dapat nak
fikir perkara itu buat masa sekarang.”
“Hanna...” Adi masih cuba memaksa.
“Kalau ibu Hanna selamat, Adi anggap Hanna dah terima lamaran Adi,” tegas Adi.
“Tapi Adi...” Hanna tidak dapat
meneruskan kata-katanya.
“Cik Hanna...” tiba-tiba muncul
doktor yang merawat Halimah membuatkan perbualan mereka berdua terhenti.
“Doktor, bagaimana keadaan ibu
saya?” soal Hanna.
“Ibu cik Hanna dalam keadaan stabil.
Kesan dari hantukkan yang kuat ke dinding membuat kepalanya luka. Jangan risau
ya cik Hanna. Ibu cik Hanna sudah dipindahkan ke wad biasa,” jelas doktor.
“Saya pergi dulu.” Dia terus berlalu pergi.
“Terima kasih doktor.”
“Terima kasih Hanna...” ucap Adi.
“Kenapa ni?”
“Sebab terima lamaran Adi.” Adi
tersenyum.
“Adi tak boleh paksa Hanna terima
Adi.” Hanna menolaknya. Dia yakin Adi bukan untuknya. Dia berubah memakai
tudung pun sebab dia yakin yang Allah hantar Adi untuk dia memakai tudung
adalah salah satu hidayah Allah. Tetapi itu tidak bermakna dia harus menerima
Adi walaupun perasaannya sedikit sebanyak ada untuk Adi.
“Hanna, bagi Adi peluang untuk
tunjukkan yang Adi mampu beri perlindungan dan kebahagiaan pada Hanna.” pinta
Adi. Adi bagaikan terdesak untuk memiliki Hanna.
Hanna mengeluh. Dia harus membuat
keputusan.