BAB
18“JOHAN, kau
dah siapkan kerja sekolah yang Encik Shuib bagi minggu lepas tu tak?” soal
Iskandar sambil menatap Johan.
“Yang
mana satu?” soal Johan, kurang pasti.
“Alah,
kerja amali untuk subjek Kimia tulah.”
“Ohh...
kerja amali tu dah lama aku siapkan. Kenapa?”
“Tak
adalah. Saja aku tanya. Mana tahu kau lupa nak buat.”
“Abang
buat apa tu?”
Enam
pasang mata menghala ke arah hujung meja. Asyikin sudah terpacak di situ. Mata
gadis itu tertancap pada Iskandar.
“Buat
apa, studylah. Takkan nak main pulak. Adik datang dengan siapa ni?” soal
Iskandar, terkejut dengan kehadiran adik kembarnya di situ.
“Dengan
kawan-kawanlah. Tu dia orang kat sana,” ujar Asyikin sambil menunjuk ke satu
arah.
“Kak
Ila ikut sekali Ikin?” soal Afiq sambil memanjangkan leher memandang ke arah yang
ditunjuk gadis itu.
“Ada,
dia dengan Regina ada kat belakang rak buku tu. Haiza dengan Izrin pun
duduk sekali dengan dia orang,” jawab Asyikin sambil memandang sekilas Afiq
yang telah bangun meninggalkan teman-temannya.
Afiq
melangkah mendapatkan Laila di hujung rak-rak buku perpustakaan negeri.
“Aku
nak jumpa Marya kejap ya,” pamit Nazrin, turut bangun.
“Huh,
ambil kesempatan,” kutuk Iskandar sambil menjeling Nazrin yang mahu melangkah
pergi.
Nazrin
hanya tersengih sebelum menghampiri Marya. Gadis itu ralit membaca bersama
Jeslynn dan Marina tidak jauh dari mereka.
“Abang
tengah study subjek apa ni?” soal Asyikin lalu mengambil tempat
kosong yang ditinggalkan Afiq.
“Biologi.”
Iskandar
masih laju menyalin nota-nota penting daripada buku rujukan yang diambil dari
rak buku sebentar tadi.
“Ikin,
dalam kelas kau siapa yang paling pandai dalam subjek Biologi ni?” soal Danial
sambil memandang wajah gadis yang telah dikenali sejak sekolah rendah lagi itu.
“Hmm...”
Asyikin berfikir seketika.
“Dalam
kelas kita orang, boleh dikatakan semua pandai tapi paling pandai Farahlah. Dia
selalu dapat A untuk subjek ni. Tak pernah sekali pun dia dapat B.”
“Really?
Selalunya Farah dapat nombor berapa dalam kelas kau orang?” soal Adib.
Dia
sempat mengerling Johan yang mula memerah wajah. Mengerti maksud soalan itu.
Nak
menyakat akulah tu! desis hati Johan.
“Farah?
Oh, kalau kau orang nak tahu, dialah yang selalu dapat nombor satu dalam kelas
kita orang. Sejak dari tingkatan satu lagi kedudukan dia macam tu. Susah betul
kita orang nak kejar dia. Pandai sangat otak dia tu,” ujar Asyikin lagi tanpa
sebarang syak wasangka.
“Kalau
macam tu, Farah sama pandai dengan Johanlah sebab Johan pun selalu dapat nombor
satu dalam kelas kita orang,” sampuk Iskandar, turut menggiat teman yang semakin
memerah wajahnya.
“Kau
orang ni,” ujar Johan perlahan, memberi amaran.
Mereka
hanya tersengih nakal melihat reaksi kawan mereka.
“Ikin,
tanya sikit boleh?” tanya Danial pula.
Dia
menatap wajah Asyikin yang sedang membelek buku.
“Nak
tanya apa?” soal Asyikin tanpa mengangkat wajah.
“Farah
dengan Faizam tu ada apa-apa ke? Rapat semacam aje kita orang tengok. Dia orang
bercinta ya?”
“Hisy,
mana adalah. Farah dengan Faizam tu kawan baik aje. Dia orang tu memang rapat
tapi tak semestinya bercinta. Ala, bak kata orang teman tapi mesra.”
“Betul
ke apa yang kau cakap ni Ikin? Ke saja kau cakap macam tu semata-mata tak nak
orang tahu hal sebenar?” soal Adib, kurang percaya.
“Hal
sebenar apanya Encik Adib. Memang dah sah dia orang tak bercinta, aku nak cakap
apa lagi,” nafi Asyikin cepat-cepat.
“Jangan
kata kau orang, kami semua dulu pun mati-mati ingat Farah dan Faizam tu
bercinta. Farah kata dia tak nak kat Faizam. Faizam pun cakap benda sama. Kita
orang tak percaya mulanya. Tapi bila dah lama kenal, baru kita orang sedar
cakap dia orang tu betul. Cuma tulah, dia orang nampak macam bercinta kan?
Tambah-tambah lagi bila duduk berdua macam tu,” sambung Asyikin sambil menoleh
pada Farah dan Faizam yang duduk tidak jauh dari mereka.
Kedua-duanya
nampak berbual mesra sambil menelaah pelajaran. Membangkitkan cemburu di hati
Johan namun dia pura-pura tidak peduli dengan keadaan itu.
“Yang
kau orang banyak tanya pasal Farah dan Faizam tu kenapa? Ada yang tak kena ke
dengan budak berdua tu?”
soal
Asyikin.
Dia
mula terasa pelik dengan pertanyaan mereka.Dipandang setiap wajah yang ada di
depannya.
“Eh,
tak adalah. Saja tanya sebab kita orang ingat dia orang couple selama
ni,” sangkal Danial cepat-cepat.
“Tapi
kenapa kau orang tak tanya aje terus kat Faizam? Bukan ke dia satu sekolah
dengan kau orang? Dahlah tu, satu asrama lagi kan?”
“Macam
mana nak tanya Ikin. Nama aje satu sekolah tapi kami jarang-jarang jumpa. Dia
kan ketua pengawas, pengerusi pelbagai kelab dan persatuan pulak. Jadi
selalulah dia sibuk. Lagi pulak kami berlainan kelas dan bilik asrama. Senang
cakap memang payahlah kami nak bertegur sapa pun,” terang Adib.
Asyikin
mengangguk faham.
“Eh,
tak apalah kau orang, aku minta diri dulu ya. Nak study. Oh ya bang,
jangan lupa call mak nanti. Mak kata abang dah lama tak call.
Membebel mak nanti.”
Sempat
Asyikin meninggalkan pesanan pada Iskandar sebelum berlalu dari situ.
“Hai,
nampaknya adalah harapan kawan kita ni nak pikat Farah tu ya,” ujar Danial
sambil tersenyum lebar sebaik kelibat Asyikin menghilang dari situ.
“Bukan
setakat pikat aje Danny, nak couple pun boleh aje. Mana taknya, bunga
belum dipetik orang,” giat Iskandar sambil tersengih nakal.
“Hisy
kau orang ni, aku cepuk kepala sorang-sorang nanti baru tahu,” marah Johan
sambil menjeling teman-temannya.
“Alah
Han. Kalau betul pun kau suka, apa salahnya. Dia kan sepupu kau. Bukannya
berdosa pun kau jatuh cinta dengan dia,” giat Danial, masih tidak putus asa.
Mereka
tidak sedar yang Adib sejak tadi menatap kelakuan Laila dan Afiq. Sesekali mata
tajamnya bertembung mata Laila namun gadis itu segera mengalih arah.
Pura-pura tidak melihat. Adib tersenyum sendiri dalam hati. Senang dengan
keadaan itu.
“Ah
kau orang ni, tak habis-habis nak kenakan aku aje. Dahlah. Daripada aku melayan
kau orang, baik aku study. Ada juga faedahnya,” balas Johan.
Dia
terus merapatkan buku ke mata. Tidak peduli lagi pada teman-temannya.
“JADI betullah
Balkis tak mahu ikut ayah balik ke California?”
Nada
suara Datuk Baharin jelas menampakkan rasa hatinya ketika ini.
Balkis
pula tenang mengangguk. Tiada riak bersalah atau kesal di wajahnya. Jauh
berbeza dari riak Datuk Baharin yang telah lama diserbu kecewa dan sayu. Kecewa
dengan keputusan gadis itu. Sayu mengenangkannya yang tidak mungkin menjadi
kenyataan.
“Balkis
tak nak ikut ayah balik ke walaupun sekali? Mana tahu hati Balkis terbuka nak
menetap kat sana nanti.”
Datuk
Baharin masih tidak putus harap. Menatap Balkis mengingatkan dia pada arwah
isteri yang begitu setia menyayanginya. Lantas mencungkil rasa kesalnya semula.
Kesal kerana mengabaikan arwah isteri dan Balkis suatu masa dulu.
“Hati
Balkis belum terbuka nak ke sana ayah. Lagipun Balkis tak pernah terfikir nak
tinggalkan Malaysia. Kalau setakat nak sambung belajar kat luar negara tu
esok-esok, bolehlah lagi. Tu pun empat lima tahun ajelah. Lebih dari tu Balkis
tak mahu.”
“Tapi
cubalah faham keadaan ayah sayang. Ayah tak ada sesiapa lagi yang boleh ayah
harap untuk menguruskan perniagaan ayah tu. Takkan ayah nak benarkan orang
asing pulak ambil alih sedangkan ayah masih ada anak yang boleh bantu ayah
menguruskan semuanya.”
“Huh!
Masa ayah bawa Aunty Christina ke dalam keluarga kita, tak pulak ayah fikir dia
tu orang asing hingga ayah sanggup lukakan hati isteri dan anak ayah sendiri.
Walaupun Aunty Christina kawan baik ibu tapi tu dulu. Sebelum dia rampas ayah
dari ibu dan Balkis. Jadi apa salahnya kalau perniagaan ayah yang selama ni
asing pada Balkis diserahkan kepada orang asing macam ayah serah hati ayah pada
Aunty Christina.”
Tajam
kata-kata itu singgah di telinga Datuk Baharin. Mencucuk terus ke lubuk
kalbunya yang telah lama terluka. Wajah tegang anaknya dipandang lagi. Tiada
dendam mahupun marah terlukis di wajah itu. Sekadar kesal dan terkilan.
“Balkis
tahu keputusan Balkis melukakan ayah tapi Balkis buat keputusan ni bukan untuk
diri Balkis aje. Balkis tak mahu lukakan hati semua yang selama ni bersusah
payah menjaga dan membesarkan Balkis. Walaupun mereka tak pernah larang Balkis
tapi Balkis tak boleh tinggalkan negara ni walau apa pun terjadi.
Arwah
ibu dah lama tiada tapi jasadnya disemadikan kat sini, di negara kelahiran
Balkis. Mungkin ayah tak pernah kenang ibu dalam hidup ayah tapi Balkis takkan
sesekali lupakannya. Balkis tak dapat lagi menyentuh ibu. Jauh sekali merasa
kasih sayangnya tapi Balkis tahu ibu tetap di sisi Balkis sampai bila-bila,”
ujar Balkis sebak.
Air
mata yang mulai gugur dilap dengan hujung lengan baju. Begitu mudah mutiara
jernihnya merembes setiap kali perihal bonda kesayangan dibangkitkan.
Datuk
Baharin yang melihat turut diterpa sebak. Air mata kesal terus bertakung di
kelopak mata. Segera dia mengelap dari tumpah.
“Kalau
benar ayah sayangkan Balkis, kenapa ayah tak pulang dan menetap semula kat
Malaysia? Apa kurangnya negara kita hingga ayah terpaksa menghambakan diri kat
sana? Atau ayah terlalu sayangkan harta kekayaan ayah hingga ayah rasa tak
layak untuk tinggal kat negara kelahiran ayah sendiri?”
“Ayah
bukan tak mahu sayang tapi ayah dah biasa dengan kehidupan ayah kat sana.
Impian ayah terbina kat sana yang mana ayah takkan mungkin dapat lakukannya kat
sini. Sebab tu ayah nak Balkis ikut ayah. Ayah jamin Balkis akan bahagia sebab
Amerika jugak seperti Malaysia sayang, tak ada bezanya.”
Tersenyum
sinis Balkis mendengar kata-kata itu.
“Yakin
benar ayah yang Balkis akan bahagia kat sana, kat tempat yang Balkis sendiri
tak pernah terfikir untuk pergi melawat. Jauh sekali menetap selamanya,” balas
Balkis.
“Kalau
betul Malaysia dan Amerika tiada beza, kenapa ayah masih nak tinggal kat sana?
Bukan ke kedua-dua negara tak ada beza kat mata ayah? Jadi tak ada bezalah
kalau ayah tinggal kat Malaysia sebab Malaysia pun sama macam Amerika,” sambung
Balkis sinis.
Datuk
Baharin kehilangan kata. Tergamam dengan kata-kata keras itu.
“Ayah,
tak perlu cakap lantai tak sama rata kalau kita yang tak pandai menari. Balkis
faham sebab apa ayah tak mahu menetap kat sini. Tapi apa guna ayah kejar
kekayaan setinggi langit kalau hati ayah tak pernah tenang dengan semua tu.
Ayah kata impian ayah terbina kat sana, kat bumi California. Tapi ayah kena
faham. Balkis jugak ada impian Balkis sendiri, ada kehidupan sendiri. Balkis
nak terus berada di negara ni biar apa pun berlaku.
Walaupun
ke mana Balkis pergi suatu hari nanti, Balkis akan tetap pulang ke negara asal
Balkis sebab Balkis tahu darah dalam tubuh Balkis ni adalah darah anak
Malaysia. Kalau bukan Balkis, anak bangsa Malaysia sendiri yang tak bangunkan
negaranya, siapa lagi yang boleh kita harapkan kalau semuanya ingin membina
impian kat negara orang?
Balkis
minta maaf kerana terlalu biadap berbicara dengan ayah tapi Balkis lebih
suka berterus terang dari memendam rasa. Balkis tak mahu apa yang berlaku pada
ibu berlaku pada Balkis. Ini amanat ibu yang Balkis pegang hingga ke hari ini.
Tentang
jemputan ayah tu, Insya-ALLAH, suatu hari nanti Balkis akan pergi jugak ke rumah
ayah kat California tu tapi bukan sebagai pemilik. Sekadar melawat ayah Balkis
yang tak benar-benar menyayangi anaknya hingga tak sanggup untuk tinggalkan
harta kekayaannya demi anaknya yang seorang ni. Tapi Balkis tak kisah sebab
dari dulu Balkis dah biasa hidup tanpa ayah dan tetap bahagia walaupun ayah tak
ada kat sisi. Sama seperti ayah yang bahagia tanpa kehadiran Balkis dan arwah
ibu selama ni,” ucap Balkis sebak.
Datuk
Baharin kembali terkaku. Lama dia menatap gadis itu yang mengalirkan air mata
semula. Pilu dengan kata-kata sendiri.
“Balkis
minta diri dulu. Balkis perlu balik ke sekolah semula. Satu Balkis minta dari
ayah. Tolonglah jangan datang bertemu Balkis lagi. Bukan kerana benci tapi
Balkis tak mampu lagi melihat ayah buat masa ni. Berilah ruang untuk Balkis
terima ayah semula dengan hati ikhlas. Apa pun, terima kasih kerana sudi
berjumpa Balkis buat kali terakhir. Andai umur panjang kita berjumpa lagi.
Assalamualaikum,” sambung Balkis.
Usai
bersuara dia terus bangun. Meninggalkan Datuk Baharin yang masih terpaku di
tempatnya. Dibiarkan air mata duka merembes laju buat sekian kali. Namun dia
puas. Puas kerana telah meluahkan segala rasa hatinya selama ini. Balkis
menangis sendiri.
“HEI bodoh!
Mata besar kau tu letak kat mana hah? Kat lutut atau kat kepala otak kau yang
bangang tu sampaikan baju kotor aku ni pun kau tak cuci?” tengking Julia sambil
menunjal kepala Susie beberapa kali.
“Saya
minta maaf Cik Julie. Saya terlupa nak cuci baju ni,” jawab pembantu rumah itu
terketar-ketar ketakutan.
“Kau
makan apa sampai boleh lupa nak cuci baju mahal aku ni hah? Otak bangang kau tu
letak kat mana sampai boleh lupa nak buat kerja kau ni? Kalau kau nak kerja
lama kat sini, buat perangai elok-elok. Jangan sampai aku suruh daddy berhentikan
kau yang tak sedar diri tu. Dahlah miskin, bodoh pulak tu!”
Kepala
wanita berbangsa Indonesia itu ditunjal lagi buat sekian kali. Lebih kuat dari
tadi.
“Maafkan
saya Cik Julie. Saya janji takkan ulangi kesalahan saya ni. Saya akan cuci baju
tu nanti.”
Terkocoh-kocoh
Susie mencapai baju yang dihumban Julia ke muka pucatnya. Takut dengan
kebiadaban anak majikannya itu.
“Kau
cuci bersih-bersih baju aku tu. Jangan sampai koyak pulak. Gaji yang kau terima
setiap bulan tu pun belum tentu boleh beli baju aku walaupun sehelai tahu. Aku
nak pakai sekarang jugak!”
“Tapi
Cik Julie, baju ni tak boleh kering kalau dicuci sekarang. Baju ni tebal
kainnya. Lagipun hari ni cuaca mendung. Tak ada matahari.”
“Amboi,
pandai melawan pulak dia ya. Hei bangang! Baju ni boleh kering atau tak, aku
tak peduli! Pandai-pandailah kau keringkannya. Lain kali, jangan jadi nyanyuk
muda-muda macam ni sampai lupa nak cuci baju aku tu. Dasar perempuan tak ada
otak, pergi cuci sekarang!” tengking Julia.
Terus
ditendang tubuh yang terketar-ketar itu. Membuatkan Susie terus tertiarap jatuh
ke permaidani.
“Bodoh!
Bangkit sekarang! Jangan nak buat-buat nak mampus pulak! Pergi cuci baju aku
sekarang jugak!” tengking Julia lagi.
Tubuh
lemah itu ditendang semula beberapa kali.
“Astaghfirullahalazim.
Julie, kenapa buat Susie macam tu? Tak baik tahu,” tegur Hanie yang
tergesa-gesa masuk ke bilik itu tatkala terdengar tengkingan Julia beberapa
kali.
Bergegas
dia mendapatkan Susie yang bersusah payah bangun berdiri.
“Apa
pulak tak baiknya? Dia tu yang bodoh sangat, langsung tak ada otak. Buat kerja
pun tak tahu. Lain kali kalau kak nak pilih pekerja, cari yang ada otak,
bukannya bodoh dan nyanyuk macam Susie ni,” ujar Julia dengan nada tinggi
sambil memeluk tubuh.
“Kalau
dah tahu dia tak ada otak, kenapa adik yang ada otak tu tak tahu nak beradab
dengan orang yang lebih tua? Dah tahu dia buat silap, maafkan ajelah. Takkan tu
pun susah nak dibuat!” sergah Zarif yang tiba-tiba muncul di situ.
Dia
dan Hanie sedang berbual-bual di bilik tidur tatkala terdengar jeritan gadis itu.
Dicekak pinggangnya seraya membalas tajam pandangan Julia.
“Abang
jangan cari pasal dengan adik ya? Dah memang Susie tu bodoh orangnya, nak buat
macam mana lagi,” dengus Julia.
Kurang
senang dengan campur tangan lelaki itu dalam urusannya.
“Kalau
adik tu pandai sangat, mana perginya budi bahasa adik tu? Hanya orang yang tak
ada budi bahasa dan adab sopan macam adik tu aje yang layak dipanggil bodoh
tahu. Bodoh serba-serbi.”
Zarif
semakin menyinga dengan jawapan biadap adiknya.
“Hisy!”
bentak Julia sambil menghentak kaki beberapa kali sebelum bergegas keluar.
Sempat
dia menjeling marah pada Zarif lalu merengus keras. Dihempas pintu bilik sekuat
hati. Menyakitkan telinga mereka yang hanya memandang.
“Susie,
saya minta maaf bagi pihak adik saya,” pohon Zarif pada pembantu rumah yang
telah lama berkhidmat di rumah mereka.
“Tak
apa tuan. Bukan silap Cik Julie tapi silap saya sebab lupa cuci bajunya,” balas
Susie.
Mengerti
dengan sikap Zarif yang jauh berbeza dari Julia sepertimana kedua-dua orang
tuanya. Kerana itu dia sanggup bertahan bekerja di rumah itu sejak beberapa
lama walaupun layanan Julia adalah sebaliknya.
“Tak
apalah, pergi sambung semula kerja awak,” ujar Zarif lagi.
Dia
memandang Susie mengangguk dan berlalu dari situ sebelum mengalihkan pandangan
pada Hanie. Isterinya hanya menarik nafas panjang. Zarif menguak rambut
tebalnya beberapa kali. Cuba memujuk hati yang masih panas dek sikap kurang
ajar Julia.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-18-ketika-hati-bercinta.html