SUDAH beberapa hari aku asyik terkurung di dalam bilik. Duniaku hanyalah di dalam bilik tidurku. Malahan juga, seboleh-bolehnya aku cuba mengelakkan diriku dari bertembung dengan ayah. Aku tak mahu ayah melihat wajah kecewa anaknya ini.
Namun aku tak boleh nak mengelak lagi apabila mendapat tahu yang ayah akan berangkat ke Jepun bagi menghadiri satu seminar di sana. Nak tak nak, aku terpaksa menghantar ayah ke KL Sentral kerana ayah akan mengambil KLIA Transit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Aween okey ke ni?” soal ayah sebaik melihat wajah senduku. Aku tidak dapat membohonginya kerana ketika itu mataku masih membengkak akibat terlalu banyak menangis. Aku hanya mampu mengangguk lemah.
“Sure?” soal ayah lagi.
“Betul ayah. Aween okey,” jawabku meyakinkannya.
“Gaduh dengan Shazzy lagi?” ayah menyoal lagi. Argh, ayah telah menyebut nama itu. Tak ada apa yang mampu kulakukan selain dari mengangguk. Biarlah ayah dengan tanggapannya sendiri. Aku tak mahu mengaibkan Shazzy kerana bagiku, segala apa yang kudengarkan hari itu masih belum cukup membuktikan kebenarannya. Sedangkan aku masih lagi meragui pengakuannya hari itu. Sesungguhnya, aku sudah membuat kata putus. Aku takkan percaya dengan pengakuan Shazzy hari itu selagi aku tak dapat cari bukti-bukti yang kukuh. Apa yang kuharapkan sekarang ini adalah untuk bersemuka dengan perempuan yang kononnya sudah menjadi isterinya yang sah itu.
Ibaratkan pucuk dicita, ulam yang mendatang. Beberapa hari selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang telah mengaku bahawa dirinya adalah isteri Shazzy yang sah.
“Helo, Cik Khairul Azween,” ujarnya lembut.
“Ya, Azween bercakap. Siapa tu?” soalku pula.
“Well, sorry for disturbing. By the way, I’m Tiara.” Bagai tersentap jantungku tatkala dia memperkenalkan namanya itu.
“Well, let me guess. Kita pernah jumpa masa makan malam yang dianjurkan kelab hari tu, kan?” ujarku dalam gentar.
“Yeah, ada. Masa tu my hubbyada kenalkan you dengan I.” Aku tergamam mendengar kata-katanya itu. My hubby? Seluruh badanku menjadi kaku seketika. Di kala itu sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil di talian.
“Helo, Cik Azween. Are you okay?” soalnya. Kedengaran agak mencemaskan.
“Ah, err… yeah, fine. So, anything yang boleh I bantu?” soalku menahan kegugupan. “I nak jumpa you. Kita harus bincang,” ucapnya.
“Bincang pasal apa?” sengaja aku buat-buat tak tahu.
“Before that, I guess you dah tahu status Shazzy kekasih you tu, bukan?” soalnya. Benar-benar sinis dan menyakitkan hati.
“Yeah, he’s married, right?” aku berbasa-basi.
“Hmm… nampaknya you dah tahu. So, nampaknya kita tak perlu berjumpalah,” katanya. Aku mengerutkan dahi.
“Kenapa pulak?” soalku.
“Sebab you dah tahu. Let me tell you that, I’m his wife. And he is my husband now. So, I want you to stay away from him. Jangan ganggu rumahtangga kami,” dia memberi amaran dalam nada sombong.
Aku terkulai lemah di atas katil. Seluruh urat sendiku menjadi lembik. Aku sudah tidak dapat menggagahi diriku lagi. Pengakuan berani wanita ini benar-benar melumpuhkan seluruh anggota tubuhku.
“No! Wait, wait! Please wait a minute. I nak berjumpa dengan you. Rasanya tak ada thrill kalau kita bincang setakat dalam telefon. Tak seronok. Why not kita bersua muka? Face to face,” ujarku mencabarnya. Sepi seketika antara kami.
“What do you think, Cik Tiara? Ops, sorry! Puan Tiara,” sengaja aku mencari pasal. Biar dia sakit hati.
“Hmm… that’s a brilliant idea. So, bila kita boleh jumpa dan di mana?” soalnya.
“Tadi puan kata puan nak jumpa saya, kan? Lepas tu puan kata nak cancel. Let me suggest, kita jumpa kat tempat yang puan dah plan sebelum ni?” tuturku bongkak.
“Okay, as your wish. Kita berjumpa di Nando’s Atria pukul dua belas tengahari ni?” cadangnya.
“Hmm… okay. See you there,” ucapku dan terus mematikan talian tanpa memberi sebarang ucapan terakhir kepadanya.
*****
DENGAN hati yang berdebar-debar, aku memandu ke pusat membeli belah Atria yang terletak di Damansara Jaya. Entah mengapa kakiku terasa berat sekali untuk melangkah sebaik menghampiri restoran makanan segera itu.
Aku tercari-cari batang tubuh itu. Kupandang ke kiri dan ke kanan sambil melangkah lebih dalam lagi. Akhirnya aku ternampak juga kelibatnya yang sedang enak menjamu selera. Dia mengambil tempat yang terletak di bahagian luar restoran. Melihatnya yang tampak senang hati sambil menjamah ayam panggangnya itu, hatiku kian membara. Panas. Dengan pantas aku meneruskan langkahku menuju ke arah wanita berpakaian vogue itu.
“Hello, lama tunggu? Siap order makan lagi,” sapaku sinis. Dia mendongak ke atas memandangku.
“Hmm… hi. Have a sit,” pelawanya. Aku mengangguk lantas mengambil tempat bertentangan dengannya.
“Makan?” pelawanya. Aku mengangguk lesu. Bibirku tersenyum meleret.
“You tak nak order apa-apa?” soalnya lagi. Aku menggeleng.
“No, it’s okay. I tak suka makan kat tempat-tempat macam ni,” ucapku, menyombongkan diri. Dia tersenyum sinis. Benar-benar menyakitkan hati.
Setelah bersuapan beberapa kali, pantas dia menolak pinggannya ke tepi. Air coke yang berada di dalam gelas jernih disedutnya.
“Hmm… well, shall we start?” dia mula bersuara. Aku mengangguk bersama ketapan kuat di bibir.
“So, apa lagi yang you tak puas hati dan nak tahu?” soalnya. Sinis sekali nadanya. Aku menarik nafas panjang lalu kulepaskan perlahan.
“Dah berapa lama kalian berhubungan sebelum kahwin?” soalku terus. Dia ketawa kecil. Mengejek. Benar-benar memedihkan hatiku yang sudah tersedia sakit ini.
“Well, actually kami dah kenal sejak kami kecil lagi. Dia tu dulu jiran I,” katanya.
“Itu I tahu. Dia sendiri pernah beritahu pasal itu kepada I selepas dinner malam tu. Apa yang I nak tahu, berapa lama you berhubungan dengan dia? I mean semasa I dengan dia sedang serius,” tegasku.
“Hey, sis. Coollah. Jangan nak marah-marah. By the way, you tak ada hak nak marah I, sebab kami sekarang dah pun bergelar suami isteri. Suppost that I yang marahkan you sebab you masih nak menggatal dengan suami I,” ujarnya sombong. Apalagi, semakin panaslah hatiku ini. Nasib baik aku masih boleh mengawal perasaanku kini. Kalau tidak, mahu aja aku bangun dan menyimbahnya dengan air coke yang masih berbaki di dalam gelas itu.
“Excuse me? I yang menggatal? Wait, wait! I yang menggatal dengan suami you atau you tu yang menggatal dengan boyfriend I dulu?”
“Well, itu dulu. Sekarang ni, dia dah jadi suami I.”
“You tak jawab soalan I lagi, Puan Tiara,” jerkahku.
Dia mengetapkan bibir, seolah menahan geram. Aku pula terus merenungnya seakan singa yang sedang kelaparan.
“I tak ingat. Yang pasti, tak lama selepas dinner itu, kami mulai contact each other. Tapi masa tu just sebagai kawan biasa aja. Sejak dari itu, kami mulai rapat semula, seperti sewaktu kami kecil dulu. Yalah, siapa yang tak suka bila kita rapat semula dengan kawan lama, isn’t it?” terangnya. Intonasi katanya yang bongkak itu benar-benar membuatkan perasaanku meluat.
“You tak sepatutnya salahkan I, Cik Azween. Salah you sendiri. You yang tak pandai nak jaga hati boyfriend you sendiri. Nah, sekarang rasakanlah. Siapa suruh you buat perangai dengan Shazzy.” dia menyalahkan aku pula. Kurang ajar!
“Siapa yang buat perangai? Untuk pengetahuan you Puan Tiara, sebelum ni hubungan kami okey aja, tau! Kami tak pernah bergaduh semenjak dia accident hari tu. I yang jaga dia, temankan dia ke hospital buat fisio. Kami sentiasa habiskan masa bersama. Kami tak hadapi apa-apa masalah sampailah I balik dari camping di Pahang hari tu!” sangkalku. Dia mencebirkan bibir.
“Atau you yang sebenarnya cuba goda dia tanpa pengetahuan I?” soalku perlahan tetapi cukup menggambarkan kemarahan yang terpendam di dada. Dia ketawa.
“Really? Betul you tak ada apa-apa masalah dengan dia? Tapi dia cerita kat I, lain pulak.” Aku tergamam seketika.
“Apa yang dia cerita kat you?” soalku. Tak sangka, Shazzy sanggup bercerita tentang aku kepada wanita ini. Sampai hati dia!
“Banyak, Cik Azween. Kalau you betul-betul sayangkan dia, kenapa you sanggup tinggalkan dia sewaktu dia sedang hadapi kesusahan? Youkan tahu, kaki dia tak boleh nak banyak bergerak lepas accident tu, tetapi you sanggup tinggalkan dia di sini dan berseronok ke camping…”
“Itu bukan salah I, Puan Tiara. Kalau nak ikutkan hati ni, memang I tak mahu pergi sebab I nak jaga dia. Tapi dia yang beria-ia suruh I pergi. You ingat I senang hati di sana bila mengenangkan dia di sini? Selama ni, apa saja aktiviti yang kelab anjurkan, kami akan mengikutinya dan dia sentiasa berada di samping I. And you ingat I seronok bila dia tak ada bersama dengan I semasa camping tu?” Habis kuhamburkan semua sebelum dia menghabiskan kata-katanya itu tadi.
Dia ketawa sinis. “Itulah you. Lembap sangat. You tahu tak, sebenarnya dia sengaja berbuat begitu untuk menguji you. Dia suruh you pergi sebab dia tak nak tengok you hampa sebab you nak sangat ikuti perkhemahan tu. Dia nak tengok sejauh mana kesetiaan you berada di sampingnya. Bila you setuju, dia kecewa. Tak sangka you sanggup bersetuju untuk tinggalkannya. Sebagai teman wanita, you sepatutnya fahami dia, keraskan hati supaya tak pergi walaupun disuruh. Ini tidak! Girlfriend jenis apa you ni?” Tersirap darahku mendengar kata-katanya yang bagaikan belati tajam itu, benar-benar menusuk ke dasar jantungku. Ya ALLAH, rupanya aku ini dijadikan bahan ujiannya. Apa, selama ini tak cukup kukuh lagikah bukti yang aku telah tunjukkan kepadanya? Adakah ini satu ujian atau sengaja hendak dijadikan alasan agar kami berpisah? “And one more thing. You tahukan, yang dia tak suka tengok you berkawan atau mendekati dengan mana-mana lelaki? Tapi you buat jugak. Mana dia tak bengang?” Ah, aku dipersalahkan lagi.
“Itu lagi bukan salah I. Dia yang terlalu kuat cemburu. Well, Puan Tiara. You tak boleh nak salahkan I seratus-peratus dalam hal ini. You tak kenal siapa Shazzy sebenarnya. You jangan ingat yang you dah berkawan dengan dia sejak kecil, maka you benar-benar dah faham dengan perangainya. Dah dua tahun lebih I bersama dengannya. Selama dua tahun lebih ni, I dah masak benar dengan perangai dia tu. Terus-terang I katakan, yang I benar-benar tak tahan dengan kerenahnya itu. Kami hampir putus beberapa kali, tapi mengenangkan sayang punya pasal I cuba bersabar. Nasib baik dia dapat I yang penyabar ni, tahu tak? Kalau perempuan lain agaknya, dah lama angkat kaki. You better watch out! Jangan sampai satu hari nanti, you jadi gila sebab tak tahan dikawal dan dikongkong,” giliranku pula berlagak sombong kepadanya. Tiara merengus.
“Habis tu, macam mana pulak boleh timbul soal nikah kahwin ni? Bila dia bernikah dengan you? Macam mana I boleh tak tahu pasal majlis nikah you dengan dia? Jangankan kata I, malah member-member yang lain pun boleh tak tahu? You berdua ni tak buat majlis ke?” soalku lagi sinis. Dia membatu. Kulihat wajahnya berkerut menahan geram. “Takkan marah kot, Puan Tiara? I tanya pasal majlis kahwin pun you nak marah? Kalau you bangga sangat menjadi isteri Shazzy, kenapa mesti marah? Sepatutnya, dengan bangga you patut tunjukkan I surat nikah dan gambar-gambar majlis persandingan you dengan Shazzy yang gilang-gemilang tu. Barulah I boleh percaya dan sakit hati. Besides, itu semua boleh dijadikan sebagai bukti yang mengatakan you ni memang sah isteri Shazzy. So that lepas ni, taklah I kacau suami kesayangan you tu,” kataku lagi. Bertambah kerutlah dahinya. Aku tersenyum mengejek.
“Kami tak buat apa-apa majlis, Cik Azween. Cukuplah sekadar majlis nikah. Itu dah cukup memadai. Islam pun tak galakkan buat majlis besar-besaran macam tu. Membazir,” ucapnya bersahaja. Aku membeliakkan mata. Waduh! Dia pandai berceramah agama rupanya!
“Wah, you cakap macam ustazah,” sindirku.
“Tak nak membazir ke, atau malu nak buat majlis sebab you bernikah di pejabat agama, bukan di masjid? Tanpa baju pengantin, tanpa inai di jari, hanya sekadar berpakaian biasa?” perliku lagi. Dia menghentak meja.
“Damn you! You tak sepatutnya menuduh kami macam tu!” bentaknya.
“I bukan menuduh. Tapi memang betul you dengan Shazzy kena tangkap basah di rumah you, kan?” soalku sinis.
“Shazzy yang datang ke rumah I. Sebab dia kesunyian bila you tinggalkan dia dan berseronok di Pahang sana!” marahnya. Amboi, suka-suka hati dia aja menunding jari kepada orang lain. Kesalahan sendiri tak mahu mengaku! Bentak hatiku.
“Senang aja you menyalahkan orang lain ya, Puan Tiara? Habis tu, kesalahan you tu you tak cermin? Kalau you dah tahu di rumah you tu tak ada orang selain dari you, kenapa you benarkan dia masuk? Atau you sengaja nak perangkap dia supaya you dengan dia boleh bersatu?” ejekku lagi. Dia mendengus lagi.
“Excuse me, I tak pernah perangkap dia, tau. Dia yang datang mengejut,” dia membela dirinya. Tak mahu mengaku salah lagi tu. Ah, nasib kaulah!
“Apa-apa hal sekalipun, you pun tak terkecuali membuat silap, Puan Tiara. You pun silap kerana membenarkan dia masuk ke dalam rumah you. Waktu malam pulak tu. Macam mana orang tak syak?” aku terus menunding jari menyalahkannya. Dia mulai menunjukkan muka berangnya.
“So you dah tahulah pasal kami ni? You dah tahulah semua ni, ya? Dah puaslah hati you sekarang bila dah dapat tahu cerita sebenar? Pasal itulah you belasah muka suami I sampai bengkak hari tu? Ingat, Cik Azween. Kalau suami I tak balik dalam masa seminggu ni, I takkan lepaskan you. I akan cari you sampai dapat. And one more thing, tolong jangan panggil I ‘puan’. I tak suka. Selagi Shazzy tak sentuh I, selagi itu I akan bergelar ‘cik’. You got it?” tegasnya dan terus bangun dan berlalu meninggalkan aku termangu-mangu di situ. Aku menghelakan nafas berat seraya mengusap kepalaku keras.
*****
AKU telah membuat keputusan muktamat. Keputusan itu lahir dari hati kecilku sendiri. Hati yang masih pedih dengan luka semalam. Perodua Myvi kupandu tenang menuju ke Damansara Utama. Sebaik tiba di hadapan ‘Mellanium Fitness Centre’, terus kupakir keretaku ke tempat biasa kuletakkannya. Aku memerhatikan kawasan parking lotitu. Sah, kereta Shazzy tiada di situ. Malah sebelum itupun, aku telah menghubungi Fariz untuk bertanyakan sama ada Shazzy berada di situ ataupun tidak. Seboleh-boleh aku cuba menghindarkan diri dari bersua muka dengannya.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Seketika aku tersandar di dalam kereta. Mataku terpejam rapat, cuba membuang segala kelemahan yang bersarang di dalam diriku dan sekaligus mampu melunturkan semangat kental yang sering dibangga-banggakan oleh keluarga serta sahabat-handaiku selama ini. Aku harus kuat. Ya, aku harus kuat dan tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon agar kau sentiasa berada bersamaku, Tuhanku. Berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini, Ya ALLAH!
Segera aku keluar dari perut kereta. Punat kunci automatik kutekan. Keretaku berbunyi sebaik punat itu ditekan. Dengan penuh yakin aku melangkah memasuki gymnasium tersebut. Seperti biasa, Fariz menyapaku ramah dan aku tetap memberi respon positifku. Walhal, hatiku bukan main bergelora lagi.
Dengan perlahan aku menolak dedaun pintu kayu dan terus melangkah ke dalam pejabat Shazzy. Kupandang sekeliling pejabat itu dengan perasaan sayu. Hatiku mulai diserbu rasa sebak. Dengan longlai aku menghampiri mejanya. Aku menghelakan nafas berat. Suasana bilik itu masih tidak berubah walau sedikitpun. Sejak pertama kali aku memasukinya, sehinggalah kini. Susun atur perabotnya tetap sama. Tarasa aura cinta yang kami cipta selama ini masih ada lagi di bilik ini. Sesungguhnya, ini merupakan kali terakhir aku berada di sini. Fail yang menempatkan laporan kewangan yang berada di pegangan kurenung. Mujurlah aku sempat mengemaskinikannya sehari sebelum aku mendapat perkhabaran yang memeritkan itu.
Aku menghampiri mejanya. Di sudut meja itu terdapat sebuah bingkai gambar yang menempatkan gambar kami berdua. Ah, tak sanggup rasanya hendak kutatap potret itu. Aku meneruskan niat asalku ke bilik ini. Sesekali aku tersedu. Sedih dan kesal mengenangkan apa yang telah berlaku. Malah hatiku bertambah sebak sebaik mataku bertembung lagi dengan bingkai gambar tersebut di sudut meja. Dalam keadaan yang menggeletar, aku mencapai bingkai gambar tersebut. Kurenung potret yang menghiasi bingkai itu. Gambar itu diambil semasa kami menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh kelab beberapa bulan yang lalu. Kulihat Shazzy tersenyum manis sambil tangannya melingkari bahuku. Dan wajahku turut dihiasi seulas senyuman bahagia. Hatiku menjadi hiba. Segera kuletakkan semula bingkai gambar itu di situ. Biarkanlah ia di situ. Lepas ini, terpulanglah sama ada Shazzy hendak menyimpannya atau membuangnya. Aku tak kisah. Kupandang lagi suasana di sekelilingnya buat kesekian kalinya sebelum aku melangkah keluar. Kuseka airmata yang mengalir membasahi pipi bersama sendu. Selamat tinggal kenangan. Selepas ini, aku tak nak ada sebarang perhubungan lagi dengannya. Cukuplah setakat ini.
*****
“KHAIRUL AZWEEN…” Aku kaget mendengar suara itu menyebut nama penuhku. Badanku seakan kaku.
“You datang cari I?” soalnya lembut. Aku masih bungkam di situ. Seketika, dia melangkah menghampiriku. Bahuku dipautnya. Namun segera aku menempis sentuhannya itu. Dia tak ada hak untuk memegangku.
Dia melangkah pula ke hadapanku. Mata kami bertaut. Jelas terpancar sinar harapan pada matanya yang galak itu. Namun, harapan apalagi yang dia mahukan? Dia sudah tak ada harapan lagi denganku. Harapannya kini hanyalah untuk hidup bahagia di samping Tiara, wanita yang sudah sah bergelar isterinya. Pandangannya beralih pula ke arah meja. Fail laporan kewangan itu dicapai lalu ditatapnya lama.
“Ini financial report untuk bulan ni. Dan ini merupakan financial report yang terakhir. Lepas ni, you carilah orang lain untuk gantikan tempat I,” ucapku menahan sebak. “Why, sayang?” soalnya lemah. Sayang? Ah, sayangnya sudah tak ada makna lagi buatku. “I dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan you, Shaz. Cukuplah. Lepas ni, I akan pergi dan takkan kacau you lagi,” ucapku dalam gentar.
“But why? Takkan pasal hal kecil ni you nak lari jauh dari I?” tekannya.
“Hal kecil you kata, Shaz? You bercinta dengan I and then you kahwin dengan Tiara, you boleh assume itu hal kecil? Huh!” rengusku.
“Sayang, I’m so sorry. I masih sayangkan you…”
“Stop!” pintasku sambil mengangkat sebelah tanganku, mengisyaratkan agar dia berhenti berbicara.
“Tak guna you nak ucapkan kata-kata sayang kepada I, Shaz. You dah ada isteri. Your wife deserves it but not me. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi, Shaz. It’s over,” ucapku lembut tetapi tegas.
Dia merengus lembut. Seketika dia meramas rambutnya yang berceracak kasar itu. Kuat sekali. “Sayang, semua ni berlaku tanpa sengaja. I sendiri tak sangka semua ni boleh berlaku. Padahal, bukan kehendak I pun,” terangnya bersungguh. Aku ketawa kecil. Sinis kedengarannya.
“Sudahlah, Shaz. I dah tak mahu dengar semua tu. Enough. Anggap aja antara kita memang tak ada jodoh,” ucapku perlahan.
Sepi antara kami. Masing-masing terdiam melayan perasaan. Entah mengapa diriku seakan digam di situ. Walhal aku sudah tersedia maklum akan bahaya yang menimpa kiranya aku terus berada di situ. Seketika kedengaran esakan halus. Lantas aku memandangnya. Kulihat ada air jernih yang menuruni pipinya. Shazzy menangis? Macam tak percaya. Selama aku mengenalinya, inilah kali pertama aku melihat airmata lelakinya. “Kenapa you menangis, Shaz?” soalku dalam nada suara yang tenggelam. Aku merenungnya yang sedang tertunduk itu. Seketika tubuhnya terjelapuk ke atas kerusi. Ah, aku tak sanggup untuk melihat dia terus bergelumang dengan airmatanya itu. Hilang rasa benci, timbul pula rasa simpati.
Bagaikan dipukau, aku menghampirinya. Kubongkokkan badanku dan memeluk bahunya. Dalam sekelip mata wajahnya tersembam di dadaku. Esakannya kian menjadi. Aku pula bagaikan sudah tidak dapat menahan diri dan akhirnya aku turut menangis sambil mengusap lembut kepalanya yang begitu kejap berada di dalam pelukanku. Buat seketika aku terlupa, insan yang kupeluk itu adalah suami orang. Aku lupa semua itu. Apa yang kuingat, insan yang kupeluk itu adalah Shazzy yang amat kusayangi selama ini.
“Maafkan I, sayang. Maafkan I. I bersalah kerana mengkhianati cinta you. Maafkan I, sayang. I tak sengaja…”
“Syyhh… jangan cakap apa-apa lagi, sayang. Tak perlu terangkan apa-apa. Semuanya dah berlaku. Dah tak boleh diundur lagi. Kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Terimalah segala-galanya dengan redha. I akan sentiasa doakan kesejahteraan you,” ucapku sayu.
Kami sama-sama menagis. Menangisi dengan apa yang telah berlaku antara kami. Menangisi ke atas hubungan yang terjalin sekian lama akhirnya menemui jalan perpisahan. Ah, biarlah. Biarlah kami menangis sekarang, melepaskan segala apa yang terbuku di hati masing-masing.