USAI
solat Subuh, aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk ayah.
Biasanya, ayah hanya mengambil semangkuk oats
dicampur kismis, sekeping roti dan secawan Nescafe panas sebelum ke tempat
kerjanya. Sementara menunggu air yang sedang dijerang, aku ke ruang tamu untuk
mengemas apa yang patut. Suratkhabar dan majalah yang bersepah di atas meja
kopi kususun rapi. Kubelek-belek surat-surat yang terdapat di situ. Aku
mengeluh berat. Tak ada satu pun surat
untuk panggilan temuduga.
Sebaik kedengaran cerek berbunyi
menandakan air sudah mendidih, terus aku berlari ke dapur semula. Aku membancuh
seteko air Nescafe O kegemaran ayah. Tidak lama kemudian, sarapan sudahpun siap
terhidang di atas meja makan. Ayah turun tidak lama selepas itu.
“Ayah,” sapaku. Ayah tersenyum lalu
mengambil tempat di meja makan. Manakala aku pula menolong ayah menuangkan air
Nescafenya ke dalam cawan.
“Jom, minum sekali,” ayah
mempelawaku. Aku mengangguk.
“Sure,”
jawabku. Aku bergegas ke dapur untuk mengambil sebiji cawan lagi.
“Masih tak terima apa-apa temuduga?”
soal ayah memulakan topik pada pagi itu. Aku menggeleng laju.
“Belum lagi, ayah.” Aku mengambil
tempat bertentangan dengannya.
“Dah lama sangat Aween duduk rumah
tak buat apa-apa. Risau ayah, sampai sekarang Aween tak dapat kerja. Padahal
Aween dah habis belajar berbulan-bulan. Ayah tak mahu Aween terus macam ni,
duduk rumah goyang kaki, lepas tu asyik buat aktiviti lasak aja. Bukannya bagi
pulangan pun kalau buat kerja-kerja tu. Lagi terpaksa keluarkan duit, adalah,”
omel ayah panjang. Ah, bosannya! Pagi-pagi lagi dah kena bebel.
“Alah, ayah. Bukannya Aween tak
pernah cuba
cari kerja. Dah banyak resume yang Aween
hantar kat bank-bank, company-company
besar. Cuma belum dipanggil untuk temuduga aja. Janganlah risau sangat.
InsyaALLAH, ada rezeki nanti. Cuma lambat atau cepatnya aja,” bidasku pula.
“Yang pasal aktiviti-aktiviti tu
cuma untuk memenuhi masa lapang aja. Kalau asyik terperuk kat rumah, boringlah ayah. Sebab tu Aween aktifkan
diri Aween kat kelab tu,” sambungku. Ayah memandangku sambil menjamah bubur oatsnya.
“Suka hati Aweenlah. Janji Aween
kena pandai jaga diri. Ingat, Aween tu perempuan. Kena jaga tatatertib, adab
sopan, kehormatan diri. Tambahan kita ni orang Melayu, orang Islam. Mesti berpegang
pada adat dan agama. Lagipun, Aweenlah satu-satunya anak perempuan yang ayah
ada. Kalau sesuatu perkara yang tak elok berlaku pada Aween, ayah jugak yang
akan menanggung susah,” panjang sekali nasihat ayah itu. Aku mengangguk laju.
“Yalah, ayah. Aween ingat semua tu,”
ujarku meyakinkan ayah. Serasakan, sudah banyak kali ayah mengingatkanku
tentang hal ini.
“Okey, ayah pergi dulu. Kalau Aween
nak keluar ke mana-mana, just call
ayah atau mesej aja in case kalau
ayah meeting,” pesan ayah.
“Yes,
sir! As your wish,” kataku sambil mentabik ke arahnya. Ayah ketawa kecil
lalu mengusap kepalaku. Tangan ayah kusalam dan kucium seperti selalu.
Sebaik kereta ayah meluncur pergi,
terus aku mengemas meja makan. Selesai membereskan dapur, aku bergegas ke bilik.
Bersiap untuk berjogging. Beginilah
rutin harianku sebaik tamat pengajian. Kadang-kala, aku akan ke gymnasium milik Shazzy. Namun hari ini,
rasa malas pula hendak ke sana.
Masih mahu melayan rajukku. Tunggu sehingga dia memujukku hari ini, barulah aku
boleh ke sana!
*****
PULANG
dari berjogging, barulah aku
membersihkan diri. Dalam pada itu, fikiranku ligat berputar, memikirkan
aktiviti apa yang boleh kubuat sepanjang hari ini. Sambil aku menyikat rambutku
yang basah, tiba-tiba kedengaran telefon bimbitku berbunyi. Aku tersenyum
meleret. Pantas kucapai telefonku yang terletak di meja sisi katil. Punat hijau
kutekan. “Helo, Shaz,” ucapku.
“Hello, sweetheart. Kat mana tu?” romantis
sekali suara Shazzy, menyapa gegendang telingaku. Ah, sejuk rasa hati ini.
“Kat rumahlah. Kat mana lagi. You masih kat PJ lagi ke?” soalku.
“Taklah. I
dah kat gym ni. Saja I balik cepat, takut you datang sini cari I,” jawabnya manja.
“Hari ni I
tak ke sanalah, sayang. Takut nanti you
tak ada, pergi melawat Fariz. Karang tak pasal-pasal you cemburu, tuduh I ada affair dengan pekerja you tu. Bukannya I tak tahu perangai you
tu, cemburu tak bertempat,” cebikku. Dia ketawa.
“Sayang, for
your information, Fariz dah keluar semalam.” Aku mencebir. Dah keluar
rupanya mamat tu! Getus hatiku.
Sungguh, memang itulah sikap Shazzy yang kurang
menyenangkanku sejak kami menjalinkan hubungan cinta. Cemburu buta. Tapi, kata
orang cemburu tu tandanya sayang. Sebab itulah aku akan sentiasa berhati-hati
melakukan sesuatu agar tidak menimbulkan sebarang curiga di hati Shazzy.
“Shaz,” panggilku lembut.
“Yeah?”
dia bersuara. Oh, dia masih di talian.
“I boringlah hari ni, Shaz. Tak tahu nak
buat apa. Any idea?” soalku manja.
“Hmm… well,
kita keluar somewhere hari ni?”
cadangnya.
“Ke mana?” soalku.
“You nak
ke mana?” soalnya pula kepadaku. Eh, dia yang ajak aku keluar, alih-alih tanya
aku balik ke mana aku nak pergi? Hisy, tak faham betul aku dengan pakwe aku sorang ni, tau! Gerutu hatiku.
“I nak ke
syurga. Boleh you bawa I ke sana?” selorohku. Dia ketawa.
“Isk! Syurga lagi? Boleh, janji kita mati bersama,”
katanya pula.
“Tak nak. I
belum lagi nak mati. I tak puas
hidup,” kataku pula. Dan sekali lagi dia ketawa. Aku turut sama ketawa.
Terhibur dengan lawak jenaka masing-masing.
“Honey, what
are you talking about? Kalau you
nak sangat ke syurga, I tak boleh nak
bawak. Hanya Tuhan aja yang boleh bawak you
ke sana, okey!”
ujarnya bersama tawa yang berbaki.
“I’m
just kidding, sayang. Okeylah, I
ingat I tak nak ke mana-manalah hari
ni. Just stay at home, tengok TV or anything,” putusku akhirnya. Entah
mengapa rasa malas pula hendak ke mana-mana hari ini.
“You tak
nak jumpa dengan I hari ni?” soalnya
sayu. Aku ketawa. Lawak dengan suaranya itu. Mengada-ngada betul!
“Kalau I
nak jumpa you, I sendiri akan ke gymnasium,
okey?” pujukku.
“Why not we
have our lunch together?” cadangnya tiba-tiba. Aku mengetapkan bibir.
Berfikir sejenak.
“Hmm… okay!
I pergi sanananti,”
kataku bersetuju dengan cadangannya itu.
“Eh, tak payahlah you nak susah-susah datang sini. Biar I jemput you di rumah,
okey?” tegasnya.
“No, no… it’s
okay for me. Tunggu I kat sana. Bye sayang, I love you,” ucapku penuh romantis.
“I love you
too.” Talian kumatikan.
Segera kurebahkan tubuh ke katil sambil melayani
perasaan asyikku. Ah, Shazzy… Jejaka yang kedua bertakhta di hatiku selepas
Azhari. Aku tersenyum sendirian. Lagu ‘Jangan Ada Dusta di Antara Kita’
dendangan Broery Marantika dan Dewi Yull yang kedengaran di corong radio begitu
membuai perasaanku ini. Sesekali mulutku turut sama mengikuti lirik-lirik lagu
yang cukup mendalam maksudnya itu. Aku tersenyum sendirian, mengenangkan
detik-detik pertemuan kami yang akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta.
Segalanya bermula apabila Farhana telah mengajakku
untuk menyertai KKM (Kelab Kembara Muda), sebuah kelab yang ditubuhkan untuk
para belia yang meminati aktiviti-aktiviti mencabar. Di situ, aku berkenalan
dengan Shazzy. Pada mulanya, aku sangkakan Shazzy bukanlah orang Melayu
memandangkan rupa parasnya yang tak ubah seperti lelaki berbangsa India.
Sangkaanku silap, apabila dia memberitahuku bahawa dia berdarah campuran
Melayu-India. Wajahnya banyak mewarisi wajah bapanya yang berbangsa India.
Sungguhpun begitu, dia tetap menarik pada pandanganku. Wajahnya kacak seperti
pelakon Bollywood, seorang yang trendy,
pandai bergaya dan memiliki senyuman yang cukup memikat.
Setiap kali kelab tersebut mengadakan aktiviti, dia
pasti akan ada bersama. Malah, belum pernah sekalipun aku lihat dia tidak
mengikuti sebarang aktiviti yang diadakan oleh kelab tersebut. Aku pula, sering
mengikuti Farhana yang sudah agak lama aktif dalam kelab tersebut. Akibat
terlalu kerap kami bertemu setiap kali menyertai aktiviti kelab, hubungan
persahabatan kami menjadi lebih rapat dan akhirnya dia sendiri yang datang
kepadaku dan meluahkan perasaannya terhadapku.
Pada mulanya, agak berat untuk aku menerimanya.
Takut akan terluka lagi seperti yang pernah kualami ketika bersama Azhari dulu.
Namun pepatah Melayu pernah berkata, sekeras-keras kerak nasi, apabila dicurah
air berkali-kali akan lembut jua. Akhirnya aku menerima kehadirannya sebagai
kekasih tatkala melihat kesungguhannya menawan hatiku. Aku terkulai juga di
dalam dakapan cintanya. Dan hubungan kami terus berjalan lancar sehingga kini.
Aku bersyukur kerana ikatan kasih ini tetap kukuh biarpun sudah hampir dua
tahun kami menyimpulkannya.
Malah, sejak aku mengenalinya, dia memang mempunyai
cita-cita untuk membuka perniagaannya sendiri. Atas minatnya dalam bidang sukan
dan rekreasi serta cita-citanya yang ingin menjadi seorang ahli perniagaan itu,
maka tertubuhlah ‘Mellanium Fitness
Centre’, sebuah gymnasium yang
telah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk mereka yang gemar bersenam dan
mementingkan kesihatan tubuh. Aku cukup bangga dengan kebolehannya membuka
perniagaan sendiri di usia yang terlalu muda, walaupun perniagaannya itu
hanyalah secara kecil-kecilan sahaja.
Namun, sikap mudah cemburunya itu yang membuatkan
aku cukup tidak selesa sepanjang perhubungan kami. Sudah banyak kali kami
bergaduh gara-gara sikapnya yang terlalu mudah mempercayai kata-kata orang lain
dan suka membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tetapi itu cuma untuk seketika
kerana kami akan berbaik setelah perasaan masing-masing sejuk semula. Dan
hubungan itu terus berjalan lancar seperti biasa. Aku tidak terlalu ambil hati
dengan sikapnya itu, kerana aku tahu dia terlalu menyayangiku. Dia takut aku
akan berpaling kepada lelaki lain dan seterusnya meninggalkan dirinya. Dia
takut kehilanganku walaupun sudah berkali-kali aku meyakinkannya yang aku
bukanlah perempuan jenis itu.
“Jangan confident
sangat, Aween. Perasaan manusia ni mudah aja berubah dalam sekelip mata.”
Itulah antara kata-katanya yang sering kudengar setiap kali aku mempertahankan
diriku. Terasa, memanglah terasa. Seolah-olah dia tidak meyakini kesetiaanku
terhadapnya. Namun itu tidak melunturkan kasih sayangku terhadapnya. Aku akan
buktikan kepadanya yang aku seorang yang setia dalam percintaan. Aku akan
buktikannya. Itu janjiku…
*****
AKU
menahan sebuah teksi dan terus mengarahkan pemandunya untuk ke Damansara Utama.
Sesekali aku mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Masih terlalu awal.
Aku hanya terdiam sambil memerhatikan suasana lebuhraya yang tidak begitu
sesak.
“Nak turun kat mana, dik?” soal
pemandu teksi tersebut. Aku tersentak dari lamunan dan terus memandang ke
depan.
“Ah, turunkan saya dekat depan seven eleven ya, pakcik,” ujarku.
Pemandu itu mengangguk.
Tidak lama kemudian, teksi itu pun
berhenti, betul-betul di hadapan seven
eleven Damansara Utama. Segera aku mengeluarkan beg duitku dari dalam beg
silang.
“Berapa, pakcik?” soalku. Dia
menundingkan ibu jarinya ke meter teksi.
“Sembilan ringgit tujuh puluh sen,
dik,” ujarnya lembut. Aku mengeluarkan sehelai note sepuluh ringgit lalu kuserahkan kepadanya.
“Nah, pakcik. Sorrylah, saya tak ada duit kecil. Tak apalah, pakcik simpan aja
lebihnya, ya,” kataku lalu membuka pintu teksi tersebut.
“Terima kasih, dik,” ucap pemandu
itu ramah. Aku mengangguk sambil tersenyum. “Sama-sama.”
Aku terus melangkah ke blok di mana
letaknya gymnasium milik Shazzy.
Pintu gym kutarik keluar. Seorang
anak muda yang sedang bertugas di kaunter tersenyum. Aku membalas senyumannya.
“Hai, Kak Azween,” ucapnya ramah.
“Hai,” balasku.
“Bos ada kat atas,” ujarnya sambil
menunjuk-nunjuk jari ke atas. Aku mengangguk dan terus menaiki tangga ke aras
dua, di mana letaknya pejabat urusan. Dengan perlahan kuketuk pintu bilik yang
tertera nama ‘Shazmie Abd. Ghani’ itu.
“Come
in,” kedengaran suara buah hatiku dari dalam. Aku tersenyum. Pintu kayu itu
kutolak ke dalam.
“Hai, sayang,” ucapku lembut. Dia
yang sedang sibuk dengan kertas kerjanya di atas meja segera mendongak.
“Hai,” riang sekali suaranya. Pintu
pejabat kututup semula lalu melangkah ke mejanya. Kerusi di hadapannya kutarik
lalu kulabuhkan punggungku di situ.
“Sibuk?” soalku.
“Not
really. Awalnya you sampai?”
soalnya pula. Aku ketawa kecil.
“Memang saja I keluar awal tadi, takut jam.
Nanti kesian pulak you
tertunggu-tunggu,” jawabku.
Aku bingkas bangun dan mengambil
tempat di sofa berdekatan. Aku tidak mahu mengganggunya. Biarkan dia menyiapkan
kerjanya dahulu. Kulihat dia begitu kusyuk dengan kerjanya. Namun sesekali dia
akan menoleh memandangku lalu melemparkan senyuman lebarnya, memperlihatkan
barisan giginya yang putih tersusun rapi. Ah, dia memang pandai menggoda!
“You
datang dengan apa tadi?” soalnya sambil menulis sesuatu.
“Macam biasalah, dengan teksi,”
jawabku. Dia tersenyum mendengar penjelasanku itu bersama gelengan kecil.
“Itulah, I nak jemput, you tak
nak. Kan dah
membazir duit you nak bayar tambang?”
dia mengomel. Aku mencebik.
“Alah, itu pulak yang you risaukan. Small matterlah, dear,”
ucapku. Tetapi memang betul pun kata-katanya itu. Setiap kali hendak ke sini,
pasti sekurang-kurangnya sepuluh ringgit duit aku ‘kopak’ untuk bayar tambang
teksi. Maklumlah, memang dah tak ada pengangkutan lain lagi di kawasan rumahku
itu selain dari teksi. Bas memanglah ada, tapi tak mengikuti laluan ke sini.
“Sayang, kita keluar lambat sikit,
ya. I nak habiskan kerja I ni dulu. Kalau you boring, turunlah kat
bawah tu, do something yang boleh
hilangkan kebosanan you tu,” ujarnya.
Aku menjeling.
“Ada apa kat bawah tu?” soalku acuh tak acuh.
“Kan macam-macam ada kat bawah tu? Boleh exercise,” katanya. Aku ketawa meleret.
“Time-time macam ni nak exercise? You ni merepek apa, Shaz? Tak apalah, I tunggu you kat sini
aja. Karang kalau I turun, you gosipkan I dengan budak you tu
pulak,” kataku sinis. Dia menjeling tanpa kata.
Teringat aku akan kejadian itu, di
mana suatu hari, aku telah dituduhnya mengadakan hubungan dengan Bob, seorang
budak lepasan SPM yang bekerja sementara di kaunter bawah sana. Tak masuk akal langsung! Ketika itu,
aku datang ke sini untuk membuat senaman pagi. Kebetulan pula, Shazzy tiada
kerana dia ke ibukota untuk menguruskan hal pembelian treatmill. Dan ketika dia pulang dari berurusan tersebut, dia
ternampak aku sedang berbual dengan Bob. Padahal ketika itu, tak ada apa yang
kubualkan dengan anak muda itu. Aku cuma ingin bertanyakan pukul berapakah
Shazzy akan sampai ke sini biasanya. Tiba-tiba terus dia meluru masuk dan
marah-marah. Aku dan Bob yang menjadi mangsa. Disebabkan perkara itu,
tercetuslah satu pergaduhan antara kami yang mengambil masa seminggu lamanya.
Selama seminggu aku mogok, tidak menghubungi Shazzy kerana merajuk. Akhirnya,
Shazzy sendiri yang menelefonku dan meminta maaf. Selepas itu, kami berbaik
semula.
*****
SHAZZY
telah membawaku ke A&W di One Utama. Kami hanya memesan Conny Dog, Moza
Burger, dua gelas besar float dan
juga sekeping waffle. Aku mentertawakannya
sewaktu dia menyuakan Moza Burgernya ke mulut.
“Kenapa you ketawa?” soalnya pelik.
“Tak adalah. I pelik tengok you tu.
Selalu kat McD, kan
dah biasa makan burger? Kat sini pun nak order
burger jugak? Sesekali tu cubalah pesan something
different pulak,” ujarku. Dia tersenyum.
“Oh, pasal tu ke you gelak? Well, I dah selalu sangat makan kat sini. Dah boring makan hotdog tu.
Sebab tu I order burger pulak,” jawabnya. Aku menjungkitkan kening.
“You
selalu ke sini? I tak tahupun? Dengan
siapa?” soalku bertubi-tubi.
“Tengoklah. Kekadang tu dengan
kawan, kekadang seorang diri. Hari ni dengan you pulak,” katanya. Aku mengangguk.
Sepi terus menyelubungi kami selepas
itu. Masing-masing begitu leka menjamah makanan masing-masing.
“You
masih belum dapat kerja?” soalnya tiba-tiba. Aku memandangnya sambil
menggeleng. Hatiku mengeluh. Pagi tadi, ayah bangkitkan soal kerja. Kali ini,
Shazzy pula. Semua mahukan aku bekerja. Padaku, tak salah kalau hendak bercuti
panjang dan berehat di rumah setelah bertahun lamanya menghempas-pulaskan otak
belajar.
“Belum. Kenapa you tanya?” soalku pula. Dia menyedut sedikit root beernya.
“Tak adalah. Sejak you habis study ni, I tengok you tak buat apa-apa. Just stay at home, lepak. Harapkan bila kelab buat aktiviti, baru you bergerak. Tak rasa boring?”
“Boring
tu boringlah jugak. Tapi nak buat
macam mana? Bukannya I tak pernah
cari kerja. Cuma tunggu untuk dipanggil interview
aja. Ada rezeki
nanti I kerjalah. Kenapa, you tak suka tengok I menganggur kat rumah?”
Dia ketawa lalu mengeluarkan sekotak rokok dari
poket seluarnya. Ditariknya keluar sebatang lalu dicucuhnya rokok tersebut
dengan highlighter yang telah
dinyalakan apinya. Begitu rakus dia menyedut rod tembakau tersebut lalu
menghembus keluar asap yang cukup menusuk ke rongga hidungku. Aku merengus
melihatnya. Kata nak jaga kesihatan tubuh, tapi merokok. Jaga kesihatan apakah
namanya itu?
“No,
it’s not like that. Well, apa kata I
offer youtolong I?” cadangnya.
Aku memandangnya dengan pandangan yang berkerut. Nak suruh aku kerja kat gymnasiumnya itu?
“Macam mana, okey tak?” soalnya lagi
sambil menyedut rod tembakau itu. Aku menghelakan nafas berat.
“You
nak I kerja dengan you?” Aku ketawa sinis.
“Sayang, you tahukan yang I ni
berpelajaran tinggi. Kalau you nak beri
I kerja sekalipun, biarlah yang
bersesuaian dengan kelulusan I.
Janganlah nak offer kerja yang
setakat taraf SPM,” kataku bersungguh. Bukan nak sombong atau bongkak, tetapi
maksudku, biarlah kerja yang ditawarkan kepadaku itu berbaloi dengan usaha kerasku
untuk memiliki segulung ijazah selama beberapa tahun ini.
“Kenapa, you fikir kerja yang I
nak tawarkan ni, terlalu rendah tarafnya dan tak bersesuaian dengan qualify yang you ada? Sayang, I tahu
dan I faham kehendak you tu, nak kerja bertaraf office, kan?” Aku mengangguk mendengar kata-katanya
itu.
“I
bukan nak suruh you jadi cashier atau bar tender. I nak you tolong buatkan akaun untuk I. Kira profit and loss setiap bulan, duit keluar masuk, okey tak?” sambungnya.
Aku terdiam, berfikir sejenak. Bagus juga, daripada aku buang masa, lebih baik
aku praktikkan apa yang pernah kupelajari buat sementara waktu ini.
“Hmm… okey jugak,” putusku.
“Nanti I bayar you,” ucapnya.
“Berapa you nak bayar I?” soalku.
“Eh, kalau ya pun buatlah kerja tu
dulu…”
“Hei, mana boleh macam tu. I nak jugak tahu berapa upah I. Nanti bila kerja dah selesai, bayaran
yang you bayar tak setimpal dengan
kerja yang I buat,” ujarku berbaur
usikan. Dia ketawa.
“Wow, demandnya! Mengalahkan orang kerja full time pulak!” Giliranku pula yang ketawa.
“Berapa you nak?” soalnya kepadaku pula.
“I
main-main ajalah, Shaz! You ni serius
sangat. I tak kisah berapa you nak bayar I. I ikhlas tolong you. Sepatutnya I berterima kasih kat you
sebab beri I peluang ni,” omelku
panjang. Kami ketawa serentak.
“Assalamualaikum.” Aku tersentak
mendengar seseorang memberi salam. Segera kuangkat wajah bersama kerutan di
dahi. Kurenung wajah di hadapanku ini. Macam biasa kulihat lelaki ini. Bisik
hatiku.
“Waalaikumussalam,” aku dan Shazzy
menjawab serentak.
“Azween ke?” soal pemuda itu. Aku
mengangguk.
“Ingat aku lagi?” soalnya. Aku
mengecilkan mataku. Cuba
mengingati sesuatu.
“Hafsyam ke?” soalku. Dia
mengangguk. Hafsyam merupakan sahabat lamaku. Kami pernah belajar dalam kursus
yang sama ketika aku dalam pengajian di peringkat diploma. Aku merenungnya
lama. Raut wajahnya masih seperti dulu. Cuma gaya dan penampilannya sahaja yang sudah agak
berlainan. Lebih dewasa.
“Hei, kau rupanya, Syam? Have a sit,” pelawaku. Dia mengangguk
lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Shazzy.
“Err… Shaz, ni I kenalkan Hafsyam. My
collegemate dulu sebelum I future
kat UiTM. Syam, kenalkan ni Shazzy,” aku memperkenalkan mereka. Mereka
bersalaman. Aku masih kelu. Tak tahu hendak memperkenalkan Shazzy sebagai apa.
Takkan nak kenalkan sebagai kekasih baru pula? Nampak sangat yang aku sengaja mahu
menunjuk. Ah, biarkanlah dia dengan telahannya sendiri.
“So,
kau buat apa sekarang ni?” soalku memulakan perbualan.
“Well,
aku sekarang kerja di bawah family
aku. Tapi, dalam proses nak mulakan business
sendiri,” jawabnya. Aku membeliakkan mata.
“Nak buat business sendiri? Wow,
interesting! Business apa?” soalku seolah berminat untuk tahu.
“Syarikat periklanan. Tapi, aku tak
buat seorang. Secara perkongsian,” jawabnya. Aku mengangguk.
“Hmm… baguslah tu. Dengan siapa,
adik-beradik kau jugak?” soalku lagi. Dia menggeleng. “No, dengan kawan,” jawabnya.
“Kawan? Siapa, girlfriend?” usikku. Dia tergelak.
“Taklah. Dengan Azhari,” jawabnya.
Terkedu aku mendengar nama itu. Aku memandang Hafsyam dengan pandangan yang
membundar. Ah, kenapa tiba-tiba nama itu yang disebutkannya? Nama yang sudah
lama terpadam bersih dari ingatanku semenjak kehadiran Shazzy. Baru kuingat.
Hafsyam merupakan sahabat karib kepada bekas kekasihku itu. Aku mengutuk diriku
dalam hati, bagaimana aku boleh lupa akan hal itu? “Oh, kau orang masih lagi
berhubung ke?” soalku dengan suara yang sedikit tenggelam. Hafsyam mengangguk.
Suasana sepi seketika. Aku sekadar
mengacau minumanku dengan straw, bagi
meredakan rasa gundah yang tiba-tiba hadir.
“So,
how is he now?” soalku, cuba
mengorek. Hafsyam tersenyum penuh makna.
“Kenapa tanya?” soalnya pula,
seolah-olah mahu memperangkapku. Tapi, aku takkan terjerat kerana Shazzy kini
ada bersama denganku. Aku menjeling.
“Saja nak tahu. Kenapa, tak boleh
ke?” soalku berbasa-basi. Hafsyam ketawa sambil menggeleng-geleng.
“Eh, tak adalah. Boleh aja kalau kau
nak tanya. Hmm… dia okey. Masih single
and available,” ujar Hafsyam. Sekali lagi aku mengerutkan dahi. Single and available?
“Apa cerita dia dengan budak junior
tu?” Tanpa sedar aku telah terlebih-lebih tanya. Harap-harap Hafsyam tidak
memikirkan apa-apa. Jejaka itu menggeleng. Apa maksudnya dengan gelengan itu?
Ah, malaslah nak tanya lagi. Buat apa nak tahu? Tak penting pun. Hatiku
berbisik.
“Kau pulak, apa cerita sekarang?
Masih solo?” soal Hafsyam. Pantas aku memuncungkan bibirku ke arah Shazzy.
Hafsyam menoleh ke sebelah.
“Oh,
he is your boy?” soal Hafsyam. Aku mengangguk. Begitu juga dengan Shazzy.
Hafsyam mulai menggelabah.
“Sorrylah,
Shazzy. I tak tahu you berdua ni couple. Si Azween ni pun tak cakap apa-apa kat I. So, I mengganggu ke ni?” soal Hafsyam kepada Shazzy.
“Eh, tak. Tak apa, Ifaham, kawan lama tak jumpa,” ujar
Shazzy ramah sambil menepuk-nepuk bahu Hafsyam. Aku memandang Shazzy pelik. Tak
cemburukah dia?
“So
kau pulak buat apa sekarang ni?” soal Hafsyam kepadaku setelah berborak dengan
Shazzy buat seketika.
“Aku dah nak dekat tiga bulan habis degree. Sekarang ni cuma duduk rumah ajalah
jadi penganggur terhormat. Tapi Shazzy baru aja offer aku untuk jadi part
time account assistantnya,” jawabku. Hafsyam menjungkitkan kening.
“Wow,
menariknya. Kerja bawah boyfriend
sendiri,” ucapnya.
“Kerja sambilan aja, Syam. Setakat
tolong dia buat akaun untuk perniagaannya. Tengoklah, esok bila dah kahwin
boleh jadi business partner pulak, tak gitu sayang?” lancang
sekali mulutku berkata. Sengaja aku berkata begitu. Sesekali aku mengerling ke
arah Shazzy. Ternyata dia turut terkedu mendengar kata-kata spontan yang lahir
di bibirku sebentar tadi.
“Eloklah kalau macam tu. Manalah
tahu, business makin lama makin maju
sampai jadi sebuah syarikat yang besar, cerah masa depan anak-cucu esok,” tokok
Hafsyam.
Kami terus berbual panjang
sehinggalah Hafsyam sendiri meminta diri. Aku sekadar mengangguk. Dia
bersalaman dengan Shazzy.
“Nanti bila nak buat nasi minyak,
jangan lupa jemput,” ucap Hafsyam kepada Shazzy. Aku ketawa mendengar
kata-katanya itu. Begitu juga dengan Shazzy.
“InsyaALLAH,” jawab Shazzy.
“Okey, Azween. See you,” ucap Hafsyam.
“Tak nak sampaikan salam kat Ari?”
soalnya. Aku menggeleng. Dia tersenyum seolah memerli.
“Sure
ke ni?” soalnya buat kesekian kalinya. Aku mengangguk. Hafsyam akhirnya
berlalu dari situ.
Shazzy masih merenungku dengan mata
yang tajam. Ah, dia cemburu lagikah? Getus hatiku. “Tadi I dengar ada orang tu sebut pasal kahwin,” ujar Shazzy tiba-tiba.
Aku memandangnya. Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya itu lalu tertunduk
malu.
“Ha’ah… I pun ada jugak terdengar. Siapa, ya?” sendaku. Shazzy tergelak.
“Sayang,
bila kita dah kahwin esok, I akan
kembangkan lagi business I tu. I ingat nak buka beberapa lagi cawangan. I akan jadikan you
sebagai business partner I. Kita sama-sama majukan perniagaan
keluarga kita demi masa depan anak-anak kita,” ujarnya tiba-tiba. Aku tersenyum
simpul. Rasa senang hati. Sungguh besar harapan dan cita-cita Shazzy itu.