Home Novel Cinta Selagi Aku Masih Ada
Selagi Aku Masih Ada
Mya Effa
17/7/2013 01:56:21
111,657
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

FIKIRANKU agak terganggu setelah sampai di Kuala Lumpur sejak petang tadi. Esok, aku akan memulakan kehidupan lamaku semula di kota metropolitan ini. Tiada lagi suasana desa yang mendamaikan. Tiada lagi bendang yang hijau, luas terbentang. Tiada lagi udara bersih yang menyamankan. Tiada lagi air perigi yang dingin lagi menyegarkan. Malah tiada lagi wajah ibu yang sejuk bak salju dan sentiasa ceria diwarnai dengan kasih dan sayang.

Yang ada hanyalah hutan-hutan konkrit, bunyi bising kenderaan-kenderaan, udara yang tercemar. Dan yang paling membuatkan aku lebih kusut, sebaik teringatkan masalahku dengan Shazzy yang masih belum selesai lagi. Apa yang membuatkan aku lebih tertekan ialah aku tidak tahu apa punca masalah kami sehingga dia menghilang begitu lama.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata, memikirkan bagaimana aku akan memulakan hariku pada keesokan hari dan juga pada hari-hari yang seterusnya. Persoalan yang begitu menghantui fikiranku, adakah Shazzy masih lagi dengan sikap diam dirinya? Kalaulah dia tetap tidak muncul-muncul dan menjelaskan segala-galanya, aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Fikiranku sudah buntu untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kami.

Sudah hampir dua bulan Shazzy menghilangkan diri. Selama itu jugalah hidupku tak tentu arah. Sehinggalah Azhari hadir. Dialah yang membawaku keluar dari kemelut ini buat seketika dengan mengajakku pulang ke kampungnya.

*****

PADA KEESOKAN PAGINYA, aku bangun awal seperti biasa dan menyediakan sarapan pagi untuk ayah. Sebaik langsir tingkap kuselak, aku agak kaget melihat sebuah Produa Myvi berwarna kelabu kecoklatan yang terpakir di hadapan pintu pagar rumahku. Dalam hati aku bertanya, siapakah tuan punya kereta ini? Kenapa dia memakirkan keretanya di hadapan rumahku? Bukankah nanti akan menghalang ayah untuk keluar? Ketika itu, telingaku dapat menangkap bunyi derapan kaki menuruni anak tangga. Segera kutoleh. Ayah dengan wajah tenangnya menuju ke meja makan bersama blazer dan briefcase di tangannya.

“Ayah, siapa punya Myvi tu?” soalku. Ayah tersenyum. Aku mengerutkan dahi melihat ayah tersenyum tanpa menjawab soalanku.

“Kenapa ayah senyum?” soalku.

“Aween suka tak kereta tu?” soal ayah. Semakin keliru aku dibuatnya.

“Kenapa pulak, ayah?” soalku lagi.

Surprise…” ucap ayah. Aku terkedu.

Surprise?” soalku. Apa maksud ayah? Adakah kereta itu….

“Sebenarnya, kereta tu ayah beli untuk kegunaan Aween,” ucap ayah. Aku terkesima. Ah, biar betul?

“Ayah bergurau ke ni?” soalku seakan tidak percaya. Ayah menggeleng.

“Siapa kata ayah gurau? Betul, kereta tu Aween punya. Baru malam tadi sampai. Ayah ketuk bilik Aween tapi senyap aja. Ayah ingat Aween dah tidur. So ayah tak mahu kacaulah. Baru lagi tu. Plastik kusyen pun tak bukak lagi. Lepas ni, kalau Aween nak ke mana-mana, tak payah naik teksi. Lagipun, naik teksi sekarang ni bahaya,” ucap ayah lagi bersungguh.

Aku terdiam, tak terkata. Lidahku menjadi kelu. Terkejut, memang terkejut. Selama ini, tak terlintas di fikiranku yang ayah akan memberi sebiji kereta untukku. Pantas aku berlari mendapatkan ayah. Tubuh ayah kupeluk erat. Pipi ayah turut kucium bertalu-talu. “Thank you, ayah. Thank you, thank you, thank…you! Thank you so much.” Hanya itu yang mampu kuucapkan. Ayah ketawa. Gembira melihat responku yang begitu menghargai pemberiannya.

You’re welcome, sayang. Tapi, Aween kena janji dengan ayah,” ucapnya.

“Janji apa, ayah?” soalku.

“Janji yang Aween tidak menyalahgunakan kereta tu. Ayah beli untuk kemudahan Aween. Jangan pulak guna untuk benda lain, pergi ke tempat yang bukan-bukan,” pesan ayah. “Hisy, ayah ni. Dah berapa lama ayah kenal Aween? Aween mana gemar pergi tempat-tempat yang tak elok,” ucapku.

Hmm… good. That’s my girl. Dahlah, jom kita sarapan sekali.” Rangkulan kulepaskan. Buat kesekian kalinya pipi ayah kukucup dan ucapan terima kasih terbit lagi di bibirku.

Pagi itu, buat pertama kalinya aku meronda-ronda sekitar ibukota dengan menggunakan keretaku sendiri. Berbunga perasaanku ketika ini sambil menghayati lagu-lagu yang kupasang di CD player. Rasa bangga kerana telah memiliki kenderaan sendiri, memudahkanku untuk kemana-mana. Entah mengapa, sedang aku leka dengan duniaku sendiri tiba-tiba hatiku tergerak hendak ke satu tempat. Rasa rinduku terhadap seseorang telah membuatkan aku terus memandu ke satu destinasi yang tidak asing lagi bagiku, Namun, perasaanku yang merasa asing untuk ke sana.

Tiba di Damansara Utama, aku cuba mencari tempat untuk meletakkan keretaku. Sambil itu, mataku turut melilau, manalah tahu kereta Shazzy ada terpakir di situ. Aku terpana seketika sebaik terlihat Gen-2 miliknya terpakir di hadapan Millennium Fitness Centre. Shazzy ada di sini!

“Eh, Kak Azween! Lama tak nampak?” soalnya Fariz sebaik aku menjejakkan kaki di gym tersebut. Aku tersenyum ke arahnya.

“Saya tak ada kat sini,” jawabku.

“Akak ke mana? Bercuti?” aku mengangguk.

“Hmm… ikut kawan balik kampung. Err… Abang Shaz ada?” soalku pura-pura.

“Ada kat atas tu. Dia pun baru beberapa hari masuk kerja. Dia ada jugak tanyakan akak,” jawab Fariz. Hatiku berbunga mekar.

“Dia tanya apa?”

“Dia tanya, akak ada datang sini cari dia atau tidak,” terang anak muda itu lagi. Aku terkedu. Takkan itu sahaja yang dia tanya tentang aku?

“Itu aja? Lain?” soalku lagi. Fariz menggeleng.

“Dia ada cakap tak, ke mana dia pergi selama ni?” Fariz menggeleng lagi dengan pertanyaanku itu.

Terasa berat kakiku untuk naik ke pejabatnya. Hatiku berbelah bahagi. Bagaimanalah penerimaannya nanti? Rindu? Adakah dia merinduiku? Ah, entahlah. Aku sendiri tak pasti sama ada dia rindukan aku ataupun tidak. Bagaimana pula denganku? Adakah aku begitu merinduinya? Selama berada di kampung Azhari di Kedah, aku langsung tidak mengingatinya. Jauh sekali hendak memikirkan tentang dirinya. Ada ketikanya aku teringatkan dirinya, tetapi tidaklah keterlaluan. Hanya seimbas lalu sahaja fikiranku terkenangkan dirinya di sana.

“Azween.” Dan tiba-tiba gegendang telingaku menangkap suara itu memanggil namaku dari arah tangga. Aku terkaku. Lidahku seakan kelu untuk berbicara. Hatiku berbelah-bahagi, sama ada hendak menoleh ataupun tidak. Dalam keadaan yang gugup, aku memusingkan tubuhku mengadapnya yang sedang berdiri tegak di anak tangga. Di kala itu juga, mata kami saling bertemu. Aku agak kalut.

“Hai, sayang!” ucapnya perlahan. Aku masih terdiam terkaku. Sudah lama kami tidak bersua, tentunya masing-masing bagaikan tergamam dengan pertemuaan yang tak terduga ini. Dadaku berdegup kencang. Semakin kencang apabila Shazzy menghampiriku. Bahuku dipautnya perlahan.

“Jom kita naik atas, ke office I,” bisiknya. Bagaikan terpukau, aku mengikuti langkahnya. Lengannya masih setia memaut bahuku dan kami menaiki tangga seiring.

You ke mana selama ni, Shaz?” soalku agak keras sebaik tiba di bilik pejabatnya.

You pun ke mana? Ayah you kata dah seminggu you tak ada kat sini,” ujarnya pula. “I tanya you dulu!” Dia merenungku lalu menghelakan nafas berat.

Aween, I’m sorry,” ucapnya penuh syahdu.

I tanya, ke mana you selama ni!” tekanku lagi. Dia terdiam lagi.

I ke Jakarta,” ucapnya ringkas.

What? Jakarta? You buat apa lama-lama kat sana? Kenapa tak beritahu I yang you ke tanah seberang?”

I melawat ahli keluarga di sana.”

I see. I tak tahu pulak yang you ada keluarga di sana? You tak pernah pun cerita pada I?” Aku masih tak puas hati dengan penerangannya itu.

“Memang I tak pernah cerita yang I ada aunty tinggal di sana. Lagipun, tak penting sebab I tak rapat dengan mereka. Kami ke sana pun sebab mama nak sangat ke sana untuk melawat kakaknya.”

“Habis tu kenapa tak inform I? You boleh telefon atau mesej I dari sana, kan?” Diam lagi.

“Dah empat hari I balik sini. You tahu tak, bila I balik aja kat sini, youlah orang yang pertama yang I nak jumpa. Tapi I kecewa sebab you tak ada. I tanya Farhana, ke mana you tapi dia pun tak tahu. I really miss you, sayang,” ucapnya lalu mencapai kedua belah tanganku. Aku menelan air liur. Seolah menelan segala kata-katanya itu. Benarkah dia merinduiku selama ini? Di kala itu, terbit rasa kasihan terhadap dirinya sedikit demi sedikit. Aku begitu seronok bersama Azhari di sana, sedangkan dia di sini menanggung rindu yang amat berat setelah sebulan lebih berada di negara jiran. Rasa bersalah terus menyelinap ke dalam sanubari ini.

You cari I empat hari. I cari you sebulan lebih!” Ah, susahnya hatiku ini hendak mengalah! “Please, sayang. Maafkan I sebab tak beritahu you dan biarkan you tercari-cari I di sini,” ucapnya. Aku mengeluh berat.

“Kenapa you buat I macam ni, Shaz? You tahu tak, selama you menghilang ni, I tak tentu arah? Hidup I tak tentu arah, you tahu tak? Sampai hati you buat I macam ni,” ucapku sayu.

I minta maaf,” ucapnya lagi. Aku menarik nafas dalam. Perlukah aku memaafkannya? Perlukah? Bukan mudah untuk aku memaafkannya setelah apa yang dia lakukan terhadapku selama beberapa minggu ini. Satu keluhan kulepaskan lagi bersama senyuman sinis.

“Senangnya you cakap, Shaz? You ingat dengan begitu mudah sekali I dapat lupakan segala apa yang dah you lakukan selama sebulan ni? Selama sebulan you menghilang, tanpa khabar berita. You buat I ni macam orang tak ada perasaan kat sini, menunggu kepulangan you. And then you nak I lupakannya dalam sekelip mata aja? Tak semudah itu, Shaz!” ucapku tegas. Sengaja aku ingin bermain tarik tali dengannya, melihat sejauh mana kesungguhan hatinya memujukku.

Dia mengeluh lagi. Berat kedengarannya. Dan tanpa diduga, dia melepaskan kedua tanganku lalu memegang kedua belah bahuku. Kejap sekali pegangannya. Sesekali diramasnya mesra. Aku tergamam dengan tindakan drastiknya itu. Rasa mahu meloloskan diri dari pegangannya itu.

“Sayang, please. Jangan macam ni…” rayunya. Aku merenung Shazzy dengan pandangan mata yang tajam. Seketika aku tersenyum.

I boleh maafkan you, Shaz. Tapi, dengan satu syarat,” ujarku tegas. Kali ini, dia mengangkat wajahnya memandangku.

What?” soalnya. Aku tersenyum sinis. Tak sabar nampak?

I nak you berubah. Buang segala sifat cemburu you tu. You tahu kan, cemburu tu satu hasutan syaitan laknat? You mudah terpedaya dengan hasutan mereka. Bila kita bertelagah, tak bertegur sapa, mereka bersorak gembira. Bertepuk tangan meraikan kejayaan mereka melagakan cucu-cucu Adam,” aku mulai berceramah.

“Dan lagi satu, I ada hak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, Shaz. Tak kiralah lelaki atau perempuan. You tak ada hak untuk menghalang I. Apa yang I nak, you akan sentiasa tanamkan rasa yakin dengan kesetiaan cinta I ni ke dalam hati you tu. Dengan cara tu, I yakin you mampu mengatasi perasaan cemburu you tu. Even I berkawan dengan sesiapa pun, you tetap di hati I sampai bila-bila. Tapi you janji jangan buat perangai lagi. Once you ulangi lagi perbuatan you tu, I sendiri yang akan tinggalkan you. I really mean it, Shaz. Kalau you benar-benar tak mahu kehilangan I, tolong jangan ulangi kesilapan yang sama ni. You got that?” tegasku diakhiri dengan sebuah ugutan.

You tak faham, Aween!” ucapnya perlahan. Aku mendengkil.

“Asyik I aja yang tak faham. Kenapa mesti I seorang yang kena faham you, tapi you langsung tak nak faham I!” marahku.

“Kalau macam ni, lupakanlah Shaz. Lupakan I! Lupakan hubungan kita ni! Tak guna kita teruskan kalau you tak percayakan I.” Baru aku hendak melangkah keluar dari bilik pejabatnya, pantas tanganku ditariknya. Aku cuba melepaskan tanganku, namun genggaman tangan Shazzy begitu kejap sehingga aku gagal meloloskan tanganku dari pegangannya.

Okay, fine! I akan berubah kalau itu yang you nak. Puas hati?” bentaknya. Aku tersenyum sinis.

“Kalau setakat cakap pakai air liur aja, baik tak payah, Shaz!” Kurentap kuat tanganku dan akhirnya terlepas jua dari pegangannya. Pantas kakiku melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Panggilannya langsung tidak kuhiraukan.

Entah di mana silapnya, tiba-tiba kakiku terpelecok dan terus jatuh di anak tangga di tingkat dua. Aku mengaduh kesakitan.

“Sayang!” panggilnya cemas. Kali ini, aku tak mampu lari lagi darinya. Rasa sengal dan ngilu di kaki benar-benar menyeksakan.

“Sayang, you okey ke?” soalnya sambil mengurut-urut pergelangan kakiku.

Ouch!” aku mengerang lagi.

“Sakit?” soalnya lagi. Aku mengangguk bersama kerutan di dahi.

Tanpa kuduga, dia mengangkat tubuhku naik ke biliknya lalu diletakkannya di atas sofa. “Tunggu sini, I ambilkan first aid kit,” ucapnya. Aku hanya mampu bungkam tanpa kata. Rasa terharu juga ada, mengenangkan keprihatinannya terhadapku, sedangkan ketika itu aku baru sahaja bertengkar dengannya. Dia datang semula bersama kotak kecemasan. Pergelangan kakiku diurutnya lembut. Sesekali kupejamkan mataku menahan sakit. “I benar-benar menyesal dengan apa yang telah I lakukan terhadap you. I really do. I dapat rasakan yang tindakan I selama ni membuatkan kita semakin jauh, sayang. I tak mahu you lari jauh dari I. I masih perlukan you. Maafkan I. I sedar yang you tak senang dengan sikap I selama ni. Actually I dah cuba hindarkan diri I dari terus bersikap cemburu. Tapi, I tak boleh. Perasaan cemburu tu tetap datang menghasut fikiran I sebab I terlalu sayangkan you. I tak mahu kehilangan you. I nak you sentiasa berada di samping I sampai bila-bila. Sebab tu, bila I ternampak atau terdengar you bermesra dengan lelaki lain, hati I tak senang. I takut cinta you tu akan beralih arah,” luahnya lagi. Kali ini lebih bersungguh.

“Itu tandanya, you masih tak boleh nak percayakan I. You masih ragu-ragu dengan kesetiaan dan kejujuran I selama ni. Shaz, let me tell you something. Once kalau I dah cintakan seseorang, I takkan pandang pada orang lain, you tahu tak? Tak kiralah sama ada orang tu lebih handsome ke, lebih kaya ke, apa ke, itu semua tak ada makna lagi pada I. Apa yang I tahu, dalam hati I ni cuma ada you seorang sahaja. Tak ada yang lain. Kalau you terus bersikap begini, boleh melunturkan kasih I terhadap you. Do you know that? Dan tak mustahil suatu hari nanti I akan singkirkan you dari hati I sebab I dah terlalu bosan dan rimas dengan kelakuan you yang tak menyanangkan hati tu, you got it? Ouch, sakit!” luahku pula diiringi erangan kecil.

Ops, sorry I terkasar,” ucapnya. Dia tertunduk diam sambil jemari kasarnya terus memicit-micit pergelangan kakiku. Aku terus merenungnya yang kelihatan bingung.

I sanggup berubah demi you, sayang,” ucapnya perlahan.

“Bukan sahaja demi I seorang, tapi demi kita berdua. Demi perhubungan kita,” aku memperbetulkan kenyataannya. Dia mengangguk lantas mengangkat tangan kanannya seakan berikrar.

“Okay, I swear!Demi kita berdua,” ucapnya lagi. Kali ini, barulah aku tersenyum. Dia juga melemparkan senyuman manisnya buatku.

Aku menarik nafas lega. Sama sekali aku tidak menyangka yang masalah ini akan selesai sebaik aku pulang dari bercuti. Sesungguhnya aku berharap agar tiada lagi krisis yang melanda hubungan cinta kami selepas ini. Semoga Shazzy takkan mungkiri janjinya. “Okeylah, I nak sambung kerja I semula. You rehat aja di sini, ya. Tengahari ni, kita lunch sama. Rindulah,” ucapnya penuh romatik. Aku mencebir.

“Rindu aja ke? Mana ole-ole dari Jakarta? Takkan tak bawa balik apa-apa pun untuk I?” Dia tersenyum.

“Ada!” ujarnya.

“Mana?”

“Ni!” ucapnya sambil menundingkan jari ke dadanya. Aku mengerutkan dahi, kurang mengerti.

“Shazmie Abdul Ghani!”

“Ah! Shazmie Abdul Ghani, nak buat apa! At least, bawak la balik Nicolos Saputra ke, Lucky Hakim ke, atau Irwansyah ke…” gurauku. Namun dalam hati, ada niat lain iaitu untuk menguji sejauh mana pengakuannya sebentar tadi. Dia memberikan respon positif dengan ketawa.

“Kenapa, I ni tak cukup handsome ke, sampai you nakkan artis-artis Indon?”

“Tau pun!”

“Hei, I ni boleh tahan handsome apa… macam Uday Chopra!” dia perasan sendiri.

“Euw! Perasannya… Hei, dahlah! Siapkan kerja tu cepat. Nanti lambat pulak keluar lunch!” bebelku. Dia terus ketawa.

*****

TANPA KUSEDAR, aku tertidur di sofa tersebut. Aku hanya terjaga pada jam sebelas pagi. Itupun kerana telefon bimbitku berbunyi. Azhari menghubungiku untuk mengajakku makan tengahari bersamanya. Ketika itu, aku menyedari akan ketiadaan Shazzy di situ.

Sorrylah, Ari. Aween dah janji untuk keluar bersama Shazzy hari ni. Lain kali ajalah, ya. Ataupun esok, macam mana?” pujukku. Sambil itu mataku tercari-cari kelibat Shazzy. Ke mana sajalah dia ni! Kedengaran Azhari mengeluh di hujung talian.

“Hmm… nak buat macam mana, orang tu dah ada date rupanya,” tuturnya perlahan. Aku ketawa kecil.

“Macam mana krisis dengan Shazzy? Dah selesai?” soalnya lagi.

“Hmm… alhamdulillah. Semuanya dah sattle,” jawabku.

“Padanlah, suara tu ceria semacam. Rupanya dah berbaik semula dengan buah hati,” ucapnya bersama tawa kecil.

“Ari…” Aku dapat rasakan gelojak perasaannya ketika itu. Tentu dia kecewa mendengar berita ini. Namun, apa lagi yang hendak dikatakan? Shazzy sudah berjanji untuk mengubah sikapnya itu. Aku harus memberi peluang kepadanya setelah melihat kesungguhannya kali ini. Tetapi dalam masa yang sama juga, kurasakan yang aku tidak berlaku adil terhadap Azhari. Kenapa aku langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kesetiaan cintanya terhadapku, sedangkan pada Shazzy, sudah banyak peluang kuberikan.

“Ari, Aween minta maaf. Aween tak boleh nak terima pelawaan Ari kali ni. Yalah, kami baru aja berbaik. Ari faham, kan?” pujukku lagi.

“Tak apa, Aween. Ari faham. Ari tumpang gembira sebab masalah Aween dengan Shazzy dah selesai. So, esok boleh kita keluar makan sama?” pintanya lagi.

“InsyaAllah, Aween cuba. Tapi rasanya esok boleh kot, sebab Aween tak ada hal apa-apa,” tuturku.

“Hmm… tak apalah kalau macam tu. Esok, kita decide kat mana kita jumpa. Okeylah, Aween. See you tomorrow,” ucapnya sebelum mematikan talian.

Okay, bye.

Aku mengeluh berat sebaik talian diputuskan. Fikiranku mulai kacau, memikirkan Azhari. Kenapalah dengan aku ni? Bila aku berbaik dengan Azhari, fikiranku terkenangkan Shazzy. Bila aku bebaik semula dengan Shazzy, rasa simpatiku beralih arah pula kepada Azhari. Ah, serabut aku dibuatnya! Rasa hendak menjerit pun ada. Macam manalah aku hendak memboloskan diri dari kemelut perasaan ini? Aku mengeluh buat kesekian kalinya.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mya Effa