Aisyah
bangun seperti biasa. Dia mengejut Halimah untuk solat subuh. Kebiasaan ibunya
itu akan bangun sendiri tetapi kini jam di dinding sudah menunjukkan angka
tujuh. Perlahan-lahan Aisyah membuka pintu. Dia tersenyum melihat Halimah
terlelap atas tikar sejadah.
“Ibu oh ibu...” Aisyah masih
tersenyum.
Dia menggoncang tubuh Halimah agar
tersedar. Halimah tidak memberi respon.
“Ibu bangunlah...” lagi sekali Aisyah
berkata.
Aisyah tidak percaya apa yang
hatinya rasa. Dia menggoncang tubuh Halimah lebih kuat dari tadi. Ibunya tetap
tidak sedar.
“Abang!” jerit Aisyah. “Abang!!”
Peluh Aisyah sudah mengalir deras.
Ibu baru sahaja pulang dari Mekah. Dia ingin menemani Halimah tetapi wanita tua
itu tidak mahu dia menemani kerana Aisyah baru sahaja berkahwin. Dia pergi
bersama teman barunya yang turut serta menunaikan haji.
Baru semalam Halimah pulang tetapi
jadi seperti ini pula.
“Kenapa ni sayang?” Adi tersentap melihat air mata Aisyah
mengalir.
“Ibu tak nak bangun...” air mata Aisyah
mengalir makin deras.
Perlahan-lahan Adi memeriksa nadi
Halimah. Pantas dia melepaskan sentuhan di tangan ibu mertuanya.
“Innalillahwainnailaihirajiun....
Ibu dah tak ada.”
“Ibu!” Aisyah bagaikan tidak dapat
mengawal diri. Dia menggoncangkan tubuh Halimah lagi. Dia tidak mahu percaya.
Baru semalam dia melihat senyuman manis ibunya. Baru semalam dia berbual mesra
bersama Halimah. Semuanya baru semalam dia bersama emak sehingga empat pagi.
Berbual tanpa rasa jemu. Emak tidak pula mengantuk. Rupanya ada sesuatu yang
akan berlaku.
Pantas Adi baringkan Halimah dengan
perlahan. Dia menutup wajah itu dengan kain lantas dia memeluk Aisyah. Ingin
tenangkan isterinya.
“Abang, ibu abang...” Aisyah trauma.
“Sabar sayang. Abang ada ni.”
“Tapi ibu...” Aisyah tidak dapat
menerima kenyataan. Dia benar-benar kecewa.
“Ini suratan Allah. Janganlah kita
terlalu sedih, Aisyah. Kuatkan hati.” Pujuk Adi.
“Abang...” Aisyah menangis semahunya
di bahu Adi. Dia benar-benar sedih. Ibu pergi tanpa dia sempat berkata apa. Ibu
pergi tanpa sempat dia memohon maaf sebagai seorang anak. Ibu pergi tanpa
bercerita apa-apa tentang ayah. Ibu pergi begitu sahaja. Bagaimana dia harus
menerima ini semua? Bagaimana?!
IKUTI KISAH AISYAH NASUHA(nama sebelum ni HANNA) DALAM ISTERIKU ROMANTIK....hidup yang penuh suka dan suka... antara suami dan cinta pertamanya. antara kehidupan dan kematian.....cepat2 dapatkan novel ini sementara masih ada!!! sekian terima kasih...