Dia menguap, langkahnya
diperlahankan. Kenapalah kelas ditukar ke awal pagi. Susahnya nak sedar, dia
memegang perutnya. Kerana nak kejar kelas terpaksa dia tidak bersarapan. Kalau
tahu perut akan berkeroncong begini tentu sekali dia akan bersarapan. Jam sudah
hampir 8 pagi. Matahari pagi sudah mula menampakkan diri. Dia meniti tangga
untuk ke menara dia bercadang untuk membeli sarapan dan makan di kelas. Dia tak
mahu nanti dia kelaparan. Dia bertembung dengan seseorang tanpa sengaja.
“Ops! Maaf....”
Mereka terkejut.
“Irul? Kau di sini? Buat apa?” orang itu
menyapa.
“Johan?”
Dia tak tahu apa nak dijawap
dan apa yang nak ditanya. Tempohari dia berjumpa Nadiha dan hari ini dia
terjumpa Johan. Hampir 7 tahun dia tak bertanya khabar dan kehendak Tuhan
mereka bertemu hari ini.
“Johan, aku dah lewat ada kelas ni.”
“Oh! Okay, beri nombor telefon kau. Nanti
kita boleh berbual tentang hal-hal yang dah banyak kita tinggalkan,”
Dia mengangguk, lancar saja
nombor telefon bimbitnya diberikan. Setelah meminta diri, dia segera beredar.
Seleranya patah, dia berdecit. Dia menuju ke
kelas untuk pelajaran selanjutnya.
Telefon bimbitnya berbunyi, dia melihat diskrin, satu
mesej diterima. Segera dia membaca mesej itu, kemungkinan dari abang-abangnya.
- Aku Johan, kalau free kita
keluar minum malam ni. Aku belanja, banyak yang nak dibualkan.
Dia berfikir sejenak, patut
tak dia menerima pelawaan lelaki itu. Dia kalau boleh tak mahu hal silam
ditimbulkan semula. Andainya Johan dengan Nadiha, dia tak mahu mendengar kisah
mereka. Tapi, tak sampai hati untuk
menolaknya.
- Okay, kita jumpa di
Restoran Darul Ehsan, Seksyen 8. Pukul 9 malam.
Balasnya. Bodoh rasanya dia
membalas. Biarlah...kalau ada apa-apa yang menyakitkan hati, dia pasti akan
beredar. Kenapa hari ini dia akan bertemu dengan lelaki itu.
Johan menghampirinya, dia kelihatan ceria sekali.
Bahunya ditepuk berkali-kali dan Johan duduk di sisinya. Dia yang memegang
majalan Reader Digest hanya memandang teman serumahnya. Dia dan Johan menjadi
teman serumah sejak mereka bersama-sama diterima berkerja di syarikat itu.
Mereka rapat sekali dan Johan memang seorang yang peramah. Dia memandang lelaki
itu.
“Aku dah jatuh cinta. Dia cantik sangat. Tak
sangka ada orang secantik itu dengan bangunan office kita?”
“Awek mana lagi yang dah kau terjatuh hati
ni, Jo? Awek cantik, siapa? Tingkat mana?”
Johan tersengih.
“Part tersengih kerang ni yang aku tak tahan.
Siapa dia? Ceritalah, bila masa kau jumpa dia?”
Johan mengeluh dan memandang
wajah temannya.
“Nama dia aku tak pasti lagi. Tapi dia kerja
tingkat 8, atas office kita. Kecil molek, rambut panjang lurus. Kulit sawo
matang tapi halus macam kulit telur.”
“Tingkat 8?”
“Iya, tengok pada uniform. Macam kerja di
syarikat Air Asia?”
Dia terkejut.
“Esok aku akan jumpa dia dan tanya nama dia.
Kau tahu tak Irul, aku suka sangat mata dia yang bulat dan besar tu, macam mata
kucing. Aku tergoda.”
Johan menyanyi riang dan
berlalu ke bilik. Dia mencampak buku yang dipegangnya ke atas sofa.
“Hello, Nadiha abang nak jumpa petang ni boleh?” gaggang telefon diletakkan
diperaduannya.
“Bunyi dalam telefon macam mustahak nak
jumpa. Apa dia?” tanya Nadiha, ais kacangnya dijamah.
“Saja je. Macamana kerja tempat baru ni?”
soalnya.
“Okaylah. Thanks kerana rekemen Iha kerja
sana. Menarik kerja tu, jumpa macam-macam orang.”
“Kan, Iha bertuah dapat abang angkat macam
abang ni!”
“Ni nak kena puji ke? Tak payahlah, nanti
bertambah boroi perut tu tau!”
Dia memegang perutnya dan
mereka ketawa.
Johan muncul dibiliknya, wajah lelaki itu kelihatan seperti
ragu-ragu. Dia mengangkat kening. Jarang sekali wajah Johan aku begini serius.
“Kenapa pulak ni?. Rasanya baru balik date,
tapi muka macam cengkodok je. Kau dan
Nadiha kenapa? Gaduh?”
“Aku nak serius dengan dia, Irul. Dia tak
setuju. Dia kata, cintanya pada orang lain. Aku dia anggap kawan baik,” jelas
Johan.
“Kawan baik. Kenapa pulak? Hmm...setahu aku
dia mana ada kawan lelaki lain selain kau dan aku. Entahlah kalau kat office
dia.”
Johan merengus dan bersandar
di almarinya.
“Dia cintakan kau, Irul. Kau!!!”
“What the... Aku? Masyallah... Biar betul!”
suaranya. Dia memandang Johan. Temannya berlalu, dia mengekori Johan hingga ke
biliknya.
“Aku tak ada apa-apa dengan dia. Aku tak tahu
dia cintakan aku. Sumpah!”
Johan menolaknya keluar bilik
dan menghempas pintu. Dia merengus. Dia baringkan diri di katil dan merenung
siling. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon gadis itu.
“Apa yang Iha katakan pada Johan?”
“Semua yang Iha katakan adalah benar. Iha tak
mahu bodohkan diri. Cinta Iha dah lama bersemi
untuk abang.”
“Iha... Kenapa tak beritahu pada abang. Ini
Iha dah ciptakan masalah untuk kita bertiga. Iha, abang... abang dah ada
pilihan hati. Abang akan kahwin tak lama lagi.”
“Abang bohong. Tak payah nak bohong. Iha tahu
abang...”
“Iha..! abang takkan berbohong. Abang
betul-betul tak sangka Iha.. Ini semua salah abang, abang yang buat Iha rasa
begitu!” pintasnya.
Satu suara berdehem, mereka
mendongak. Seorang gadis yang bertudung litup mendekati mereka. Dia segera
menarik tangan gadis itu dan duduk di sebelahnya. Nadiha memandang gadis itu.
“Ini Intan. Ini tunang abang. Kami akan
kahwin hujung tahun ni.”
Gadis bernama Intan
memandangnya dan tunduk.
“Kenapa abang tipu Iha. Kenapa abang tak
pernah cerita fasal Intan. Abang nak tipu Iha?”
“Abang tak pernah tipu. Abang anggap Iha
macam adik abang. Abang tak sangka Iha yang tersalah anggap... Maaf!”
“Maaf??? Iha takkan maafkan abang. Jahat!!!”
Nadiha berlalu. Dia memandang
gadis disisinya. Intan menghela nafas.
“Kau tak patut hancurkan hatinya. Dia tak
patut terima berita sebegini. Kita bersepupu tapi aku tak percaya dengan apa
yang kau buat!”
“Along, aku terpaksa buat benda ni. Nanti
Nadiha mengharap dan Johan pula bersedih.”
“Irul, banyak cara lain. Kau ni tak patut kecewa
hati Nadiha. Nanti dia...”
“Takkan sampai macam tu?”
Intan menjungkitkan bahu.
Jam sudah 8:50 malam. Dia bersiap, dia hanya memakai
seluar jeans dan T-shirt biasa. Roslan memandangnya.
“Nak ke mana?”
“Jumpa kawan lama. Suhail, pinjam motor.”
Suhail mencampakkan kunci
motornya kepadanya.
“Jangan lewat. Okay! Kalau rajin tuang sekali
minyak!”
“Iyalah. Bye!!!”
Dia sudah tiba di hadapan
Restoran Darul Ehsan. Dia memandang sekeliling, nampaknya dia sedikit awal. Dia
menoleh bila ada bunyi hon kedengaran.
“Lama sampai?” suara orang itu dan mengangkat
tangan. Dia menggelengkan kepala, mereka berjabat dan melangkah masuk ke dalam
restoran itu. Mereka memesan makanan mengikut selera mereka.
“Lama kau di sini, Irul?”
“Sekarang ni aku part 4. Next semester aku part 5 dan kalau tak ada
aral melintang, aku akan graduate on time.”
Johan mengangguk.
“Kau masih kerja tempat lama?”
Dia menggelengkan kepala,
makanan yang dipesan dijamah.
“Kau pun tahu kerja kat situ, membosankan.
Lepas kau pergi, aku berhenti dari situ dan menganggur selama 7 bulan.
Akhirnya, aku kerja di sebuah syarikat import eksport. Aku jadi kerani biasa
je.”
Dia mengangguk mengikuti
cerita temannya.
“3 tahun berkerja alhamdulillah prestasi aku
okay. Bos naikkan pangkat. Aku jadi pembantu bahagian pengurusan gudang. Pihak
atasan suruh aku bantu bahagian pengawalan pengeluaran untuk satu projek besar
sebab tak cukup kakitangan, aku buat sedaya mungkin. Berjaya dan aku jadi pula
pembantu untuk bahagian pengawalan pengeluaran.”
“Hebat juga kau. So, macamana pula kau di
sini?”
“Tahun lepas, pihak atasan suruh aku
melanjutkan pelajaran kemungkinan untuk aku dinaikan pangkat. Mereka suruh aku
ke Australia, aku tolak. So... here I am!”
Dia mengangguk mendengar
cerita temannya.
“Kau pula. Kenapa membisu. Takkan dah lupakan
aku dan Nadiha. Oh ya! Nadiha pun ada di sini, ambil kursus Pengurusan
Perniagaan sama dengan aku. Aku tak beritahu pun aku jumpa kau hari ni.”
Dia mengangkat kening dan
tersenyum kelat.
“Tak ada apa yang perlu dikhabarkan. Lagipun
aku pun sibuk. Lepas berhenti dulu, aku ambil diploma di KUSTEM. Lepas tu,
ambil ijazah di sini. Aku tak ada masa untuk memikirkan hal aku, aku kena
berusaha untuk diri sendiri.”
“Intan?” tanya Johan.
Dia gelengkan kepala dan
berdecit.
“Dia baru melangsungkan perkahwinan bulan
lepas. Ah! Panjang kisahnya. Aku dan dia tak serasi,”
Johan tunduk.
“Iha, masih ingatkan kau. Itu sebab dia masih
menangguhkan majlis perkahwinan kami.”
“Aku dan dia tak ada apa-apa. Dia salah
anggap dengan kebaikan aku dulu, Johan. Kau kena menyakinkan dia yang kau lebih
layak.”
“Aku tahu dia ingin jumpa kau, Irul.”
“Jangan, Johan. Nanti dia terluka lagi.
Kasihan dia!” suaranya.
Koperasi agak ramai pelajar hari ni. Maklumlah
kebanyakkan duit pinjaman sudah keluar. Dia mencapai buku untuk rujukannya, dia
berfikir patutkah dia membeli buku itu. Dia mengeluh, dia meletakkan buku yang
dipegangnya di rak kembali. Biar dia tanya teman sekelasnya sebelum membuat
keputusan. Dia berpaling dan dia terlanggar seseorang.
“Maaf tak sengaja, Cik...”
Mereka berpandangan, dia
menelan air liurnya. Gadis itu mengerutkan dahi dan turut merenung wajahnya
tepat. Agak lama baru Nadiha bersuara.
“Abang Irul?” tanya suara itu. Suara yang
sebegitu lama tidak didengari. Dia mahu bersuara tetapi ianya seakan tersangkut
di kerongkong. Dia memandang gadis itu. Dia masih sama seperti dahulu.
“Abang Irul, kan?”
Akhirnya dia mengangguk
sebagai jawapan.
“Iha, apa khabar? Erk!” tanyanya, namun
terasa kejanggalannya.
“Sihat. Lama tak dengar cerita. 7 tahun
hilang tanpa khabar? Ke mana?”
Dia terdiam, kaget. Inilah
saat yang paling dia tak mahu hadapi.
“Di sini saja. Iha, abang dah lewat. Lain
kali saja kita berbual, okay. Assalamualaikum...”
Dia berlalu, meninggalkan
koperasi itu. Dia terasa ada yang memanggil namanya, namun dia tidak menoleh.
Dia berlalu untuk pulang ke asrama, dia rasa dia tidak dapat belajar. Biarlah
dia ponteng hari ini.
Karina memanggil nama lelaki itu, mungkin mereka akan
makan bersama tenghari nanti. Dia tersenyum bila Zahirul Hafiz mula mendekati
tetapi dia hairan melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan seperti serba
salah dan gelisah. Kenapa? Dia menghampiri tetapi lelaki itu melintasi dirinya
seperti dia tidak nampak akan kehadirannya. Dia kehairanan, dan tertanya
sebabnya. Dia cuma melihat lelaki itu berlalu. Mungkinkah lelaki itu tidak ada
kelas sehingga dia terus berlalu? Mustahil dia tidak nampak kehadirannya
sedangkan dia berada dihadapan lelaki itu. Apa agak masalah lelaki itu? Karina menghela
nafas dan berlalu. Dia beredar dan menuju ke arah tempat letak kereta. Enjin
kereta GTinya dihidupkan. Dia mendail nombor telefon lelaki itu. Berdering!
“Hello, Irul. Saya di bawah ni. Saya nak
jumpa awak, boleh?” Karina bersuara dan sesekali menjengah ke tingkat atas.
“Ina, Irul sibuk sikit. Nanti Irul,
telefon Ina balik. Sorry!” suara lelaki itu di dalam talian. Karina
mengeluh. Wajahnya muram tiba-tiba.
“Okay. Jangan lupa, telefon Ina.”
Klik! talian terputus. Dia
mengeluh lagi. Dia menukar gear tangan, lepaskan brek tangan dan menekan pedal
minyaknya. Keretanya dipandu laju menuju ke rumahnya.