Dia tiba di Perhentian Medan
Kidd, dia memerhati jam. Bas yang dinaiki tiba agak awal, dia mengeliat sikit
sakit pinggangnya duduk di atas bas tadi. Bunyi hon kereta membuatkan dia
menoleh. Dia tersenyum bila melihat lambaian tangan abang dan adiknya. Segera
dia melangkah ke arah kereta Proton Iswara itu.
“Lama tunggu?”
“Baru je. So, bila adik balik dari asrama?”
tanyanya.
“Pagi tadi. Elok juga adik balik, kat asrama
bukan ada apa-apa aktiviti pun.”
Si abang menekan pedal minyak
dan meninggalkan Perhentian Medan Kidd. Mereka melintasi bangunan Mahkamah dan
Perpustakaan. Dia gembira dapat pulang ke rumah. Dia pun dah berbulan tak
pulang ke rumah atuk dan nenek, kalau ada cuti dia selalu menghabiskan masa
dengan menyertai camping, seminar atau apa saja aktiviti agar dia tak perlu
pulang ke rumah. Bukan apa, dia tidak mahu membazir duit dan dia pun tak nak
susahkan nenek dan atuknya. Dia tahu kalau dia balik ke rumah tu tentu sekali
nenek dan atuknya sibuk buat itu dan ini. Dia mengeluh dan menyandarkan diri di
kusyen kereta. Mereka sudah pun masuk ke
dalam kawasan kampung. Kampung Manjoi itulah nama kampungnya, kata orang
Kampung Manjoi kampung Melayu terbesar di Asia Tenggara. Entah iya atau tidak.
Dia sudah tiba di halaman rumah, dia segera keluar dari perut kereta dan
menyalami kedua orang tua yang sudah melangkah keluar ke laman rumah.
“Lama sungguh kau tak balik, Irul. Nenek
rindu dengan kamu ni!”
“Kerja banyak ni, tambahan sekarang musim
ujian. Masak apa? Irul, lapar,” suaranya sedikit manja.
“Jom, cucu nenek. Alahai! Kasihan.... lapar
ye! Mari ke dapur, nenek buat laksa kegemaran kamu.”
Dia tersenyum dan memimpin
neneknya ke dapur.
“Alah! Manjanya... nenek tu habis hatilah
abang Irul dah balik. Sampai Alid dah
dilupakan. Siapa sebenarnya cucu bongsu? Alid ke abang Irul?”
Abang sulungnya memegang
kepala adiknya, mereka ketawa besar.
“Angah, Andak ada telefon tak tok?”
“Andak aja yang telefon tadi. Petang sat lagi
baru tiba, ada hal nak di selesaikan dulu katanya tadi.”
Si abang mengangguk dan
berlalu keluar untuk mengambil beg adiknya. Si adik pula sibuk melayari
Internet di laptop milik abangnya.
Dia menjawab panggilan telefon yang berdering dibilik,
tetapi mengeluh kerana tidak sempat menjawa kerana panggilan terputus sebaik
sahaja diangkat. Dia merengus. Dia berlalu ke radio Hi-Fi dan memutarkan
suaranya. DJ radio Red 104.9 sedang rancak berbual.
Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah yang setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara[1]
Dia membaringkan dirinya di atas
katil sambil mulutnya kumat kamit menyanyikan lagu itu. Dia mengalihkan
badannya ke kanan, kemudian dia bingkas bangun kerana selepas Maghrib akan
diadakan kenduri. Segera dia menutup radio dan berlalu untuk membantu. Sudah
lama rumah ni tak mengadakan kenduri, seingatnya kali terakhir rumah itu
mengadakan kenduri tahun lepas kerana dia dapat melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi tersebut. Dia menuju ke ruang depan, kelihatan adiknya sedang
menvakumkan karpet yang ada sebelum digulung, manakala abang-abangnya sedang
mengangkat sofa keluar.
“Angah
bila sampai tak sedar pun?”
“Baru
je, Irul. Dah kurus ni, kenapa? Tak cukup makanan ke kat Shah Alam?”
Dia hanya ketawa dengan gurauan
abangnya.
“Andak
tak datang ke?” tanyanya.
“Siapa
kata Andak tak ada...?” satu suara kedengaran dari arah dapur. Mereka bertiga
menoleh, dia meluru dan memeluk abangnya kemudian menyalami tangan abangnya
itu.
“Andak
kalau balik sini tak sah kalau tak meluru ke dapur. Tengoklah comotan di
bibirnya tu. Tah apa yang dia rasa tadi?”
“Jangan
jealous pulak, abang. Biasalah kuih nenekkan 1st class. Macam tak tahu.”
“Jangan
nak banyak cakap, nih tolong kemas ni!!!” arah si abang.
Mereka bertiga mengangkat tabik dan
memulakan kerja mengemas untuk kenduri malam nanti.
Kebanyakan
ahli masjid sudah pun berlalu pulang, begitu juga dengan makcik-makcik yang
menolong nenek mereka tadi. Dia melihat abang kedua dan ketiganya berbual
dengan para tetamu yang berbaki manakala abang sulungnya sibuk mengemas di
bahagian luar rumah. Dia mengeluh dan mendekati abang sulungnya.
“Hmm...
dah makan?”
“Kejap
lagi lah. Abang bila agaknya saya nak dapat kakak ipar?”
“Hai!
Apa hal tanya soalan tu pada abang?” suara abang sulungnya dan duduk di
sisinya. Dia ketawa kecil.
“Iyalah,
angah dah bertunang. Andak pun dah berpunya, cuma abang saja yang solo. Masih
bujang! Carilah. Takkan kena langkah bendul pulak?”
“Merepek
kau ni! Lelaki mana ada langkah bendul!”
Dia ketawa kecil dan menggaru kening
kirinya.
“Lelaki
tak ada langkah bendul ke!?”
Si abang cuma ketawa dengan gelagat
si adik dan menggelengkan kepalanya. Mereka mengeluh. Telefon bimbitnya
berdering, dia lihat nama Karina di skrin.
“Hello?
Ina! Hmm... kat kampung. Oh! Happy birthday... sorry tak ada hadiah, kenapa tak
beritahu awal-awal. Okay...jumpa nanti. Bye!”
Si abang berdehem, dia tersengih.
“Girlfriend?”
Dia menggelengkan kepala.
“Kawan
biasa saja, cuma dia tu perempuan.”
Dia tersengih lagi.
“Habis
tu yang tersengih tu kenapa?”
Dia tersengih lagi dan berlalu untuk
masuk ke dalam. Dia menuju ke dapur dan melihat neneknya sedang membungkuskan
makanan, mungkin wanita itu sedang membahagikan makanan untuk diberikan kepada
jiran terdekat. Dia duduk disisi wanita
itu dan melihat makanan yang sedang dibungkuskan itu.
“Banyak
lagi lauknya nenek?”
“Adalah
lebih lagi, ini semua untuk diberi pada jiran. Tak habisnya kalau letak kat
rumah ni.”
Dia mengangguk dan bingkas bangun.
“Nanti
suruh Alid datang dapur, nenek nak suruh dia hantar pada jiran-jiran. Kalau
Andak ada panggil dia sekali.”
“Okay,
nek!”
Dia menghampiri adiknya yang ralit
menonton TV dan menyuruhnya ke dapur.
“Andak,
nenek panggil ke dapur.”
“Kenapa?”
Dia cuma mengangkat bahunya sebagai
jawapan. Dia melihat abang dan adiknya menuju ke dapur. Dia pasti neneknya menyuruh
abangnya untuk menghantar lauk ke rumah saudara
mara mereka yang jauh.
Jam
sudah hampir 1 pagi, kelihatan kesemua
abangnya keletihan begitu juga adiknya. Maklumlah hari ini mereka kuat memerah
tenaga, di dapur masih kelihatan nenek sedang berkemas. Dia melangkah ke dapur.
“Apa
hal nenek masih berjaga ni?”
“Nak
kemas ni, esok boleh buat kerja lain pulak. Kenapa tak tidur lagi?”
“Belum
mengantuk lagi nek. Tak apa biar Irul teman nenek kat dapur ni, jangan risau
kalau Irul mengantuk nanti Irul masuklah bilik,” suaranya.
“Suka
hati kamulah, cu.”
Isnin
menjelma, dia terpaksa menapak ke kuliah. Cuaca mujur tidak terlalu panas,
tiba-tiba terasa begitu malas sekali untuk ke kuliah. Tambahan kerana terpaksa
meninggalkan kampung... tak bermakna rasanya pulang selama sehari. Tiada
kenikmatannya. Dia mengeluh, lenguh kakinya mendaki tangga. Nafas ditarik
dalam-dalam. Langkahnya terhenti sebaik sahaja namanya dilaung, entah siapa
agaknya melaungkan namanya. Dia menoleh, terkejutnya melihat sekujur tubuh
menghampiri. Terkebil matanya memandang keceriaan wajah orang itu. Dia telan
air liur.
“Hai,
seronok balik kampung? Kenduri bertunang ke? Siapa?”
“Saya?”
Dia dapat lihat wajah gadis itu berubah
dan kerutan di dahi merisaukannya.
“Awak..?”
lemah saja suaranya.
Dia ketawa kecil dan menggelengkan
kepalanya, wajahnya serasa merona.
“Bukanlah
kenduri doa selamat saja. Panik?” tanyanya.
“Awak
jahat tau. Buat terkejut saya! Eh! Ada kuliah ke?” suara Karina manja.
“Iya.
2 jam. Malas betul kelas waktu pagi. Awak nak ke mana?”
“Lab.
Nak proses gambar... hmm...okaylah saya jalan dulu. Kalau kita lunch sama, okay
tak?” tanya gadis itu.
“Lunch.
Kita ke?”
Karina mengangguk dan menunjuk dia dan
dirinya. Dia mengeluh dan berfikir kemudian dia mengangguk.
Dia dapat lihat tubuh Karina di hadapan dewan kuliah.
Segera dia menghampiri, beberapa orang teman senyum-senyum memandangnya dan ada
yang menepuk bahunya. Ada yang mengusiknya. Dia segera menarik tangan Karina
menuju ke cafe. Dia malu dilihat teman-teman sekelas, sungguh menghairankan
selalunya lelaki ingin menunjuk-nunjuk teman wanitanya terutama yang cantik
jelita macam Karina tetapi dia lain kalau boleh dia nak sorok. Entah terasa
rendah diri pula, semua kena Karina gadis kaya yang popular. Langkahnya
berderap laju dan tangannya masih dipergelangan tangan gadis itu. Dia
menghentikan langkah dan nafas ditarik sebelum dihela pantas. Baru dia
tersedar...
“Eh! Maaf terpegang...”
Karina tersipu malu dan
menggeleng cuma. Dia menundukkan kepala.
“Irul, tanya sikit kenapa mereka tadi...”
“Iyalah, mereka hairan saya kawan dengan
budak part 5, MassCom pulak tu!”
“Salah ke?”
“Tak, saya tak ramai kawan perempuan luar
dari kelas saya.”
Karina tersenyum.
“Ina, kalau saya tanya.... tolong jangan
marah!”
Karina merenung wajahnya,
kemudian mengangguk laju.
“Kenapa semua kata awak sombong. Mereka kata
saya dah ilmukan awak supaya jadi kawan saya,” tanyanya.
Karina memandang wajahnya,
dia kelihatan sedikit terkejut. Dia telan air liur, dia harap Karina tidak
salah sangka akan pertanyaannya tadi. Dia cuma ingin penjelasan. Dilihat Karina
menghela nafas berat.
“Mungkin kerana status saya.”
Status? Agaknya juga,
maklumlah anak Tan Sri la katakan. Dia tengok muka Karina serius sekali, dia
tak berani nak bersuara. Dia faham.
“Saya simpati dengan keadaan awak. Saya pun
nak minta maaf kerana menyusahkan diri
awak, Ina. Saya tak sangka...:”
“Apa yang awak cakapkan ni, Irul. Itu bukan
disebabkan awak berkawan dengan saya atau kerana awak miskin. Parent saya tak
kisah saya kawan dengan siapa. They’re great. Mereka faham... walaupun mereka
kaya bertaraf Tan Sri tetapi...”
Dia mengangguk. Dia memandang
Karina, kata-katanya tidak dihabiskan.
“Sebenarnya ini melibatkan pemikiran orang
itu sendiri. Mungkin bagi mereka orang kaya macam saya ni perlu berlagak
sombong, hidung tinggi mencecah langit. Masalahnya saya orang biasa. Bukannya
dewi!”
“Ina, kita susah nak menukarkan pemikiran
orang. Mereka hanya nampak pada luaran sahaja. Manusia lah katakan.”
Karina tersenyum. Dia
mengeluh. Sekurangnya dia sudah mendengar penjelasan gadis itu dan apa yang
difikirkan sudah dinyatakan. Tak sangka gadis seperti Karina ini begitu
terbuka. Sikap gadis itu memang sesuai sekali dengan wajahnya yang ayu, untung
sekali siapa yang memilihnya.
“Awak renung saya macam tu sekali. Apa yang
menariknya?” suara gadis itu. Dia terkejut, renungannya disedari oleh Karina.
“Ma...maaf. Saya tak sengaja, cuma sedang
berfikir. Tak ada niat lain.”
Karina tersenyum dia tunduk.
Malu barangkali. Dia menghela nafasnya, dia perlu menjaga matanya itu. Bahaya
sekali tindakannya merenung wajah manis itu. Tapi memang rugi kalau tak
mengambil kesempatan itu, gadis itu memang cantik. Kulitnya...
“Irul?” suara Karina. Dia tersedak, gadis itu
sudah menangkapnya kali kedua.
“Saya... Awak.... Uh!!! Aduh!”
Karina ketawa kecil,
ditundukkan wajahnya lagi dan dihadang dengan tangan kirinnya.
“Uhm! Saya balik dulu. Kejap lagi ada
kelas... Maaf!”
Karina mendongak, ada calit
kerisauan di wajahnya.
“Jangan marah iya!”
“Susah nak marah dengan orang cantik. Ops!
Mmm... tak apalah. Saya minta diri dulu. Maaf!”
Karina senyum dan mengangguk.
Dia menghela nafas dan berlalu. Dia memarahi dirinya, kenapalah tak boleh
berlagak macho depan gadis itu. Selalu sangat tergeliat lidah ni. Dia mengutuk
dirinya.
“Irul, cun awek kau. Amboi...pilih orang
popular je. Oi! Susah nak jaga perempuan cun ni.”
“Memang famous minah tu. Kaya dan lawa.
Untung kau! Jaga baik-baik....”
“Tom, Adi kalau tak kacau tak sah ye!”
Mereka berdua ketawa.
“Amboi date tadi. Hebat. Ayat apa yang kau
guna? Budak MassCom tu!” suara seseorang dibelakangnya.
“Siti, jangan nak perli tau. Kawan la. Lama
dah kenal dia,” suaranya. Mereka semua ketawa, pensyarah mula masuk dan
matapelajaran yang sedang diajar berlangsung.
Dia mengadap monitor komputer, dia cuba untuk menaip
sesuatu tetapi dia tidak tahu nak mulakan ayatnya. Dia mengeluh, ditutup
laptopnya dan berlalu ke arah koridor. Roslan muncul, dia kelihatan penat.
“Penat betul muka kau?”
“Biasalah KESATRIA. Patah pinggang
aku... menyesalnya.”
Dia ketawa dengan gelagat
temannya. Apa nak buat dah naik jadi komanden ni. Nasiblah kau, Lan. Dia mula
melangkah dan menghampiri laptopnya. Akhirnya dia mula menaip, nampaknya
perenggan pertama untuk kertas kerjanya sudah bermula dan dia rasakan ide mula
mencurah masuk. Dia melihat rangka-rangka untuk kertas kerja dan jari jemarinya
menaip terus tanpa henti. Mujurlah dia sudah belajar menggunakan sistem menaip
semuanya berjalan dengan lancar.
“Irul, kau ni menaip tak sedar sekeliling.
Aku tengok kau macam dah bertapa kat katil aku tu. Amboi mentang-mentang ada
laptop tu! Oii! Udahlah, dah nak masuk Maghrib dah ni. Irul! Pekak ke apa dia
ni?” Khalid bersuara.
“Mamat ni nak berhaibernasi ke kat bawah tu?”
suara Suhail.
“Kalau iya pun nak berhaibernasi, buat
dikatil sendiri la. Oii!” suara Khalid lagi. Aziz menghampiri dan dia melihat
apa yang temannya menulis. Dia melihat muka surat yang sudah temannya taip.
“Panjangnya, kau buat kertas kerja ke buat
tesis? Masyallah sampai 22 mukasurat.”
Dia terkejut.
“Ide dah datang mencurah, beb! Apa hal. Aku
busy!”
“Busy kepala hangguk kau. Dah Maghrib!
Berhenti. Solat! Karang terlepas payah...” suara Khalid cermin matanya di cuci.
Dia mengeliat dan menggosok
tengkuknya. Dia menggaru kepalanya, dia keluar dari katilnya. Dia memandang
jam, benarlah sudah jam 7: 38 malam. Dia menguap. Dia menutup laptopnya. Tuala
disangkut ke bahunya.
“Kalau telefon aku berbunyi tak yah angkat.”
“Kenapa kau takut kitorang dengar suara
Karina ke? Bagilah peluang kitorang dengar suara awek kau!”
“Bukanlah. Bila masa Karina awek aku...
Apa-apalah korang ni! Dah aku nak mandi. Tak kuasa nak layan korang. Blah!”
Dia berlalu, biliknya riuh
mengejeknya.
[1]Luka Seribu Rindu
- Fotograf