Dia melangkah keluar dari
perkarangan tanah perkuburan Islam itu. 10 tahun dia tak melawat pusara ibu dan
ayahnya. Dia teramat rindu kepada kedua mereka. Telefon bimbitnya berdering
nyaring.
“Iya... sekejap lagi saya datang. Okay!”
Dia memandang keretanya,
pemandunya sudah bersedia. Dia melangkah masuk.
“Kita balik
pejabat, okay.”
Pemandu itu memandu tenang
untuk menuju ke destinasi mereka. Kaca matanya dibetulkan, dia merenung
sekeliling. Dia teringat kejadian 3 hari yang lalu, wajah yang sudah 4 tahun
tidak ditemui. Wajah yang benar-benar dirinduinya. Wajah yang ingin dilihat
setiap hari dan setiap detik. Hairan, setelah sekian lama baru mereka bertemu.
Tuhan memang adil. Disaat dia teramat rindukan wajah itu, dengan izinNya wajah
itu muncul.
“Tuan. Tuan nak balik pukul berapa?”
“Nanti saya call awak. Just stand by, okay?”
Pemandunya mengangguk. Dia
melangkah masuk ke dalam bangunan Lembayung Sutera Sdn. Bhd.
Zahirul Chairil mendekatinya, disentuh bahu adiknya.
Dia menoleh ke arah abangnya dan dia duduk di sofa yang ada di bilik itu.
“Kenapa kau kelihatan rungsing?”
“Nadiha... dia putuskan tunangnya dengan
Johan.”
Abangnya terkejut.
“Johan yang beritahu saya semalam. Dia sedih
sangat. Nadiha ni dah gila.”
“Nadiha ada call kau?”
Digelengkan kepalanya.
“Saya... Nadiha is not part of my life! After
all this year... I.”
Dia garu belakang tengkuknya,
dia rungsing. Kedudukan duduknya dibetulkan. Pintu bilik diketuk dan pintu
terkuak. Zahirul Ilham muncul ada beberapa helai kertas ditangannya.
“Nah! Faks dari Russia. Dia dah bagi sebut
harga untuk projek baru tu. tapi macam tak...”
“Macam tak berbaloi harga tu, kan?” sambung
dia.
Kedua abangnya mengangguk.
“Itulah yang Irul check semalam. Macam pelik
je?”
“Andak, cuba check lagi. Lepas tu bawa kat
angah. Hmm... ada apa-apa problem dengan stok semalam tu, Irul?”
“Pihak gudang kata okay. Tapi, kejap lagi
Irul nak ke Westport dengan Ravi dan Penny.”
Kedua abangnya mengangguk.
Dia bangun dan mengekori andaknya keluar. Dia kemudian menuju ke biliknya untuk
bersedia dengan para pembantunya.
“Bos, kita nak ke Westport sekarang?”
“Ya, Penny mana?”
“Dia dah ready. Tunggu di lif.”
Dia mengangguk dan
mengekori pembantunya.