Karina menghampiri kakak
iparnya yang sedang membaca dibilik bacaan. Dia duduk dihadapan wanita itu.
Syidah berhenti membaca dan memandang adik iparnya.
“Kenapa ni?”
“Kakak, saya dah jemput Irul?”
Syidah merenung adik iparnya.
“Tapi, papa...?”
“Itulah masalahnya. Kenapalah saya tak
fikirkan hal itu, terlupa.”
Pintu bilik bacaan dikuak,
Hanafi muncul.
“Ina, papa nak jumpa. Dia di bilik kerjanya.
Kakak, abang Ben kata malam ni dia lambat sikit sebab ada dinner dengan klien
dari Perancis,” terang Hanafi. Syidah mengangguk. Karina berlalu menuju ke
bilik kerja papanya.
“Papa nak jumpa Ina?”
Karina menolak pintu bilik
itu dan melangkah masuk.
“Ina, untuk majlis hujung minggu ni papa rasa
baik kau jemput kawan-kawan Ina. Tak adalah Ina kebosanan?”
“Papa, Ina jemput Irul???”
“Irul? Elok juga. Papa pun dah lama nak jumpa
dia. Jemputlah, boleh papa dan abang-abang kamu kenal dengan bakal menantu
lelaki rumah ni?”
Wajah gadis itu merona.
“Ish! Papa ni..!”
Gadis itu keluar dan menuju
ke biliknya, dia membaringkan diri di atas katilnya. Dicapai alat kawalan dan
menghidupkan permainan CDnya, lagu dari CD yang baru dibeli semalam di
dengarnya. Dia tak sangka papanya turut mahu dia menjemput Irul. Dia senyum
sendirian.
Redup mata
mu memandang wajahku
Jangan
menangis memang benar kunci hatiku ada padamu
Aku kembali
di matamu kini bukan kerana kamu
Bukan niat
untuk melara hatimu usah khuatir
Jika hadirku
melukakan dihati
Maafkan ku [1]
Dia ketawa kecil bila
mendengar lagu tu. Mungkinkah maksudnya sama, entahlah. Diharap kali ini
segalanya akan jadi lebih baik, lagipun lelaki itu sudah stabil dari segi
kewangan. Cuma dia risaukan Nadiha, kehadiran Nadiha mungkin akan menjejaskan
segalanya. Dia mahu yang terbaik namun apa yang terjadi adalah luar bidang
kuasanya. Karina mengeluh.
[1] Ampunkan Aku –
Def Gab C