Kembalilah
kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita
berdua
Sayangilah
diri ini
Belailah
jiwa nan sepi kelayuan
Dedaunan
keguguran dahanan kerapuhan
Bunga-bunga
cinta layu di pusara[1]
Masa sentiasa mencemburui manusia, ia bagai berjalan
tidak mengenal rasa. Berlalu tanpa belas. Cuaca yang sedikit suram tidak
diperdulikan, dia melangkah keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke
dalam rumah yang begitu lama tidak dijejakinya. Dia memandang sekeliling, tiada
yang berubah. Dia tidak mahu duduk lama di situ, banyak kenangan di dalam rumah
itu. Dia mengeluh, dia beredar ke biliknya. Beberapa barangan dan fail di capai
juga beberapa pakaian dicapai dari dalam almari. Jam Tag Heuer diperhatikan ada
beberapa jam lagi sebelum mesyuarat yang akan dia hadiri akan berlangsung.
Kereta Mercedes hitam sudah menanti diluar dia melangkah masuk dan duduk
dibelakang dan bersandar tenang, diselak fail-fail yang sudah dia ambil tadi.
dia membetulkan kedudukan tali lehernya agar sempurna. Sebenarnya ini merupakan
mesyuaratnya yang pertama. Dia tidak berminat untuk menjawat jawatan di
syarikat keluarganya namun atas desakkan abangnya dia terpaksa.
“Tuan, dah sampai,” suara pemandunya.
“Okay, nanti kalau saya nak pulang atau ke
mana saja saya akan telefon awak. Pastikan telefon tu dipasang.”
Pemandunya mengangguk, dia
tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia bertemu abang dan
wakil syarikatnya serta beberapa orang pelabur asing di tingkat yang sepatutnya
kemudian beberapa wakil syarikat tersebut muncul untuk menjemput mereka. Mereka
di bawa ke lounge untuk menunggu sebelum mesyuarat bermula. Dia mencapai
majalah di rak yang ada dan dia memilih settee yang berdekatan dengan pintu.
Gadis itu mengacau minuman yang sudah dibancuh. Dia
melangkah keluar dari pantri dan menuju ke biliknya. Dia lihat keadaan sedikit
kecoh, baru dia teringat hari ini ada mesyuarat dengan beberapa pelabur asing
dan salah satu syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Dia mengeluh, dia harus lalu
dihadapan lounge. Dia tiada pilihan kerana biliknya bersebelahan lounge
tersebut. Gadis itu melintas dihadapan pintu bilik yang kebetulan terbuka. Dia
tersedar sesuatu dan berpatah balik, dia dapat lihat seorang lelaki yang duduk
di settee berdekatan pintu. Dia terkejut, lelaki itu turut mendongak dan mereka
berpandangan. Gadis itu segera berlalu dan kembali ke biliknya. Dikerutkan dahi
seperti memikirkan sesuatu.
“Tak mungkin?” suara hatinya berdetak.
Telefon berdering, dia
berlalu dan mengangkat gaggang tersebut dan perbualan berterusan. Pintu bilik
turut terkuak, seorang gadis muncul dan menghantar beberapa fail ring untuk
ditatapnya. Mesyuarat sedang berlangsung apabila dia lihat beberapa orang yang
mempunyai kepentingan sudah pun melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Dia
melangkah untuk melihat wajah yang di pandang tadi.
“Kenapa cik tak masuk mesyuarat?”
Gadis itu menoleh, dia senyum
dan menggelengkan kepala.
“Saya pembantu bos mana boleh mesyuarat
sekali. Cerita dalam akhbar semalam tu jangan lupa hantar pada saya. Bos suruh
siasatlah,” suara gadis itu.
“Bukankah saya dah hantar?”
“Sekali dalam ring fail tadi ke? Sorry, tak
tengok pun.”
Kemudian dia beredar dan kembalik
ke biliknya. Dicapai ring fail yang diterima tadi dan dia harus memulakan
kerjanya.
Dia duduk di ruang tamu, kerja-kerja pejabat yang
masih berbaki harus diselesaikan. Dia buka laptop dan menaip sesuatu yang
diperlukan untuk kerja-kerjanya. Digosok tengkuknya yang sedikit sengal,
dikeletihan namun dia perlu selesaikan.
“Kalau tak larat rehat. Angah tak suruh adik
kerja non stop,” suara abangnya di laman rumah.
“Angah ni. Kerja tak elok bertangguh, nanti
kena marah dengan bos.”
“Alah... ini ada tokoh untuk dapat anugerah
ni!” satu suara pula menyapa. Gadis itu menoleh.
“Papa ni, perli je tau.”
“Tak, papa bangga. Walaupun syarikat itu
milik kamu sendiri tetapi tanggungjawab sebegini yang amat diperlukan untuk
menaikkan nama syarikat itu.”
“Mestilah,
papa. Kita nak buat sesuatu yang dibanggakan dan mahu menyenaraikan nama di
BSKL. Betul tak angah?”
“Along setuju,” suara Hazim yang baru saja
turun dari tingkat atas.
“Ina dah check. Tuduhan kita tak bertanggungjawab dalam akhbar semalam tu,
cuma unsur fitnah yang nak jatuhkan nama baik kita.”
“Yeah, angah dah agak dah. So... esok, boleh
kita buat PC?”
“Esok belah petang. Sebab buktinya belum
tertulis hitam putih lagi.”
Hazim dan Hanafi mengangguk.
Seorang perempuan tua dari usia Karina turun, dia memakai baju mengandung.
“Kakak, janganlah turun naik selalu. Bahaya
la!”
Hazim menoleh ke arah
isterinya yang sudah mengandung 5 bulan. Dia memapah isterinya untuk ke ruang
tamu.
“Rungsing terperap di bilik.”
Karina tersenyum dan memandang
abang sulungnya.
“Along ni pun,asyik kurung kakak di bilik je.
Bawalah berjalan ke, makan angin ke?”
Hazim merengus.
“Tak apalah Ina, asalkan dia ingat nak
temankan kakak cukuplah.”
“Amboi, kakak bela along sangat. Nanti
dia...”
Hazim mencampakkan bantal ke
arah adiknya dan tepat mengenai mukanya. Mereka semua ketawa kerana melihat
Karina marah. Dia berlalu ke dapur, diikuti oleh isteri Hazim.
“Kak Syidah, nampaknya kakak bahagia kahwin
dengan abang Ina?” suara Karina dan mengadap kakak ipar yang juga kawannya.
“Memang bahagia, kakak tak sangka. Pelik tapi
ini hakikatnya. Ina kawan kakak dan juga ipar... Hmm...”
Mereka berdua ketawa.
“Tak lama lagi, Ina ada anak saudara.”
“Ina pula bagaimana? Masih ingatkan Irul?”
Karina terdiam, dia tak tahu
apa yang ingin dikatakan. Dia terkenangkan lelaki yang ditemui semalam.
Betulkah lelaki itu Irul?
“Mengelamun?”
Karina menggelengkan
kepalanya, digigit bibirnya.
“Rustam dan Justin tu macamana? Mereka nampak
baik dan rasanya mereka sukakan Ina?”
“Rustam? Dia kawan pejabat saja, dia pernah
cakap dia nak kahwin ikut pilihan keluarga. Justin pula dia tak minat nak
convert kepada agama lain,” jelas Karina. Kakak iparnya hanya memandang.
“Farid atau Mansoor?”
“Mansoor, eh! tak naklah. Kasanova tahap melampau
tu! Farid... dia kaki minum.”
“Farid kaki minum. Jangan nak tipu?”
“Betul, dia satu geng dengan Chris dan JJ.”
“Muka baik. Sopan tapi kaki minum. Hmm..”
“Kalau dengan Saiful?” tanya Syidah lagi.
“Saiful? Dia... Entah? Ina, tak kenal dia sangat.
Jumpa pun baru 3 kali?”
“Hah! Maknanya Ina kena kenal dengan dia.
Mari kakak tolong telefon dia?” Syidah bersuara dan mencapai cordless phone di
sisi dapur.
“Eh! Jangan... jangan buat pasal, kak..!”
“Apa pula? Kan elok...”
“Ina dah jumpa Irul,” pintas Karina.
Syidah terkejut, mereka duduk
dikerusi dapur. Syidah membetulkan duduknya agar lebih selesa. Dia memandang
Karina yang tunduk, adik iparnya gelisah dan kelihatan serba salah untuk
menceritakan hal sebenar kepadanya.
“Dia???”
Karina menghela nafas,
dibasahi bibirnya. Dia tunduk lagi. Syidah sabar menanti apa yang ingin gadis
dihadapannya bersuara. Dia tahu setelah sekian lama, nama Irul disebut kembali.
“Dia ada di office tadi. Tadi kami tak
bercakap, kami pandang dari jauh je. Tapi dia memang Irul?”
“Reaksi wajahnya macamana?”
“Macam terkejut.”
Syidah menghela nafas. Hazim
muncul untuk minum air.
“Macam best je bersembang? Tentang apa?”
“Boyfriend Ina?”
“Siapa? Irul?”
Karina memandang wajah abang
sulungnya. Dia terkejut bila abangnya turut sebut nama lelaki itu.
“Eh! Abang pun tahu fasal Irul?” tanya Syidah
kepada suaminya.
“Entahlah, tiba-tiba saja sebut nama tu.
Setahu abang nama tu dulu tak pernah lekang dari mulut dia, terutama masa di
universiti. Tak tahu pula sekarang? Entah...”
“Okay, tak payah cerita dengan lanjut lagi
along.”
“Huh! Dah marah...”
Karina mencebik, Hazim
berlalu.
“Ina tak tahu. Kalau jumpa lagi...”
“Kalau jumpa lagi. Pandai-pandailah ye!
Bawa-bawalah bertegur sapa!”
Karina mencebikkan wajah.
[1] Bunga-Bunga Cinta
– Misha Omar