Home Cerpen Cinta Ku Milikmu
Ku Milikmu
PurpleAdnan
30/8/2014 00:51:11
3,272
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Dia menolak troli bagasinya dan memandang sekeliling.Dia senyum bila teringat tiada siapa yang menunggu kepulangannya. Dia menyewasebuah teksi limo untuk pulang ke rumah, dia bersandar dikerusi belakang limo,dipejamkan mata. Dia dah tiba beberapa jam kemudian. Kini dia berdiri dihadapanrumah yang telah di tinggalkan 5 tahun dulu. Masih tak berubah, tetap samamacam dulu. Sebuah kereta berhenti di belakangnya, lampu kereta menyuluhwajahnya dan pemilik kereta itu menutupnya. Pintu sebelah pemandu terbuka danseorang lelaki yang lebih tua darinya keluar. Kedua mereka berpelukkan.

“Bila sampai?Kenapa tak beritahu abang, kau nak balik?”

Barudia mahu buka mulut seseorang keluar dari perut kereta, kedua beradik itumenoleh.

“Hallena?”ujarnya dan merenung wajah abangnya. Dia dapat lihat wajah abangnya berubah,kelihatan serba salah.

“Hmm...kitamasuk dulu. Umi mesti terkejut,” ujar Munzil.

PuanEzzah memeluk anaknya, air mata kerinduan gugur ke pipi.

“Maafkan Imzan,umi. Maafkan Imzan...”

PuanEzzah mengesat air matanya. Dia bersyukur dengan kepulangan anak bongsunya. Diamengangguk.

“Maaf sebabImzan tak pulang masa abah meninggal.” Suaranya kesal.

“Sudahlah yangberlaku dah pun berlaku. Hmm...kau dah makan?”

Imzan mengangguk danmemandang Hallena yang cuma tunduk dari tadi, dia hairan dengan kehadiran gadisitu di situ.

“Sudahlah. Mariabang angkat beg kau ke bilik.”

Diamengangguk dan mengekori abangnya naik ke tingkat atas, menuju ke biliknya. Diasebak bila melihat keadaan biliknya yang masih seperti dulu. Sedikit pun takberubah, di capai gitar di tepi katilnya. Sedikit berhabuk. Dia memetik taligitar, sumbang. Imzan meletakkan gitarnya di atas katil. Dia mengeluarkanpakaian di dalam beg trolinya. Munzil duduk di bangku di situ, dia kelihatansedikit serba salah.

“Kenapa abangni? Muka macam ada masalah saja?”

“Abang ada halnak beritahu dengan kau, Im.” Munzil berdehem.

“Abang nakminta maaf, Imzan. Abang dah berkahwin dengan Hallena.”

Tangan Imzan yang sedang melipat bajunya terhenti. Dia bagaikan tidak percaya denganapa yang berlaku. Matanya tak berkelip, dia mengeluh. Patutlah abangnya serbasalah dari tadi.

“Abang mintamaaf, Im. Maaf!”

Tiada apa yang dapat dialuahkan ketika itu, Munzil meninggalkan adiknya. Imzan baring di katil. Diaterkenangkan apa yang berlaku 6 tahun dulu. Tika itu dia baru sahaja tamatpengajian diploma, dia mahu berkerja sendiri. Namun, abahnya melarang. Abahnyamahu dia berkerja di syarikat keluarga. Mereka bergaduh besar sehingga abahnyamenghalau dia keluar. Uminya hampir pitam dengan keputusan itu dan abangnyacuba menasihati dia namun semua sia-sia, keputusan dah dibuat. Hallena pernahmenghalang dia pergi, namun demi membuktikan yang dia boleh berdikari tanpabantuan keluarga dia terpaksa pergi. Hallena kecewa, selama dua tahun merekaberutus surat namun selepas itu surat tulisan Hallena tidak lagi tiba. Diapasrah, patutlah dia tak berutus surat rupanya dia dah berkahwin. Imzan buka mata bila terdengar azan subuhdari surau yang berdekatan. Dia segera membersihkan diri untuk solat. Dia sudahberpakaian, dia melangkah ke dapur. Imzan terkejut dengan kehadiran Hallena.Dia serba salah dan hatinya berdebar.

“Tak bersarapandulu?” tanya Hallena. Dia menghentikan langkah dan menggelengkan kepala.

“Masih marahpada Lena?”

“Kenapaperlu marah? Lena milik abang Munzil. Lena dah jadi kakak ipar Im,” suara Imzanagak tinggi.

“Lena mintamaaf kerana tidak dapat menunggu Im. Hati Lena tidak sekuat itu!”

Imzan berlalu tanpabersuara, dia bertembung Munzil. Mereka berpandangan namun Imzan lebih duluberedar. Dia memandang isterinya, Hallena menangis di meja makan.

Imzan menanti teksi, diabenci menunggu. Hampir satu jam menunggu, dia ada mesyuarat lima belas minitdari sekarang. Dia merengus dan dari kejauhan dia terpandang sebuah teksimenghampiri dan segera di tahannya. Lega bila teksi itu berhenti, segera diamelangkah kedalam perut teksi.

“Kemana Encik?”

“Oh!Perempuan?” suara Izman.

“Kalau saya perempuan Encik tak mahu naik teksi saya?”

Laju saja gelenggan kepala Imzan, dia garu kepala.

“Maaf,hmm...boleh hantar saya ke Wisma Denmark. Saya dah lewat!” Tanpa bersuaraperempuan itu terus menuju ke destinasi. Sesekali dia melihat wajah perempuanitu melalui cermin, dia cantik dan muda.

“Okay, Encik.Dah sampai,”

“Cepatnya?Berapa tambang?”

Perempuan itu tak bersuara,Imzan memerhati meter teksi dan membayar mengikut harganya. Tanpa bersuara,pemandu teksi perempuan itu berlalu. Ganas betul perempuan ni, bisik hatinya.

Imzan lega dia dapatmembeli kereta terpakai ini. Sekurangnya dia boleh pergi ke pejabat denganmudah, tak perlu tunggu teksi. Dia berhenti dilampu isyarat. Enjin terhentitiba-tiba, Imzan mengeluh geram. Kerosakan kereta menambah geramnya. Maklumlah,kereta second hand. Dia mendail nombor telefon abangnya, namun tak berjawab.Dia mendongak ke langit, matahari memancar terik. Dia merengus dan menendangtayar kereta itu. Lega bila sebuah teksi mendekati, segera di tahan.

“Awak?”

Perempuan itu sedikit hairan, kemudian dia mengangkat kening.

“Apa khabar?Lama tak nampak?”

“Biasa sahaja.Encik nak kemana?”

“KLCC.Hmm..awak tahu mana-mana mekanik yang boleh baik kereta buruk saya tu?”

“Kedai membersaya boleh. Sepatutnya, orang macam Encik ni beli kereta baru.”

Imzanketawa, kelihatan perempuan itu sedikit terganggu dengan ketawanya.

“Sorry, sayabukan ketawakan awak. Saya memang bercadang nak beli. Awak ada kenal sesiapa?”

“Boleh, nantisaya bawa Encik jumpa dia,”

Menaraberkembar tersergam di depan mereka, perempuan itu memberhentikan teksi.

“Awak adanombor telefon, nanti senang saya telefon awak kalau saya nak balik. Lagipunkereta...”

Tanpabanyak soal perempuan itu menghulur sekeping kad. Imzan menatap kad nama berwarnabiru laut itu.

AzmiraJohan

012-26101392/05-55113641

“Okay, CikAzmira mungkin meeting saya tamat pukul lima petang.”

Perempuan itu mengangguk, dia berlalu. Imzan melangkahmasuk ke dalam bangunan kebanggaan Malaysia itu.

Imzanmengekori perempuan itu masuk ke dalam showroom. Seorang lelaki mungkinsebayanya muncul dan menyalami Imzan. Azmira membisik sesuatu dengan lelakiitu, mereka berdua kelihatan mesra. Kemudian, perempuan itu berlalu.

“SayaAznizam Johan,” suaranya dan menghulur sekeping kad nama.

“Erh!Sama nama dengan Azmira.”

Lelaki itu ketawa dan membawa Imzan sekelilingshowroom sebelum ke pejabatnya.

“Thanksfor everything, Encik Nizam.” Mereka berjabat salam.

“Perkarabiasa, memang patut Encik Imzan beli kereta baru!”

“Sampaikansalam dan terima kasih saya pada Cik Azmira,”

Aznizam mengangguk dan lelaki itu berlalu dengankereta barunya, Aznizam menarik nafas panjang.

Sejakberkereta baru ni dia tiada langsung masalah ke pejabat. Dia menyalami uminyasebelum pergi, Hallena baru pulang dari pasar tidak ditegur. Puan Ezzahmenghampiri menantu Hallena dan menenangkannya. Imzan memandu WAJAnya tenang,jarak dari rumah ke pejabat cuma setengah jam. Dia terpandang sebuah teksidibahu jalan, lampu kecemasan berpasang. Segera diberhentikan kereta.

“Rosakke?” suara Imzan dari dalam kereta. Pemandu teksi itu menoleh, Imzan gugupmemandangnya.

“Encik,boleh hantar saya ke perhentian Pudu?” tanya Azmira. Imzan mengangguk danperempuan itu melangkah masuk. Dia memasangkan tali keledar, Imzan menghulurkansehelai sapu tangan dan membuat isyarat supaya Azmira menggosok pipi dandahinya. Mereka tiba diperhentian teksi Pudu tanpa suara Azmira melangkahkeluar dan Imzan berlalu. Azmira terpana kerana masih memegang sapu tangan miliklelaki itu. Dia senyum sendiri dan berlalu.

Diakebosanan selalunya hari minggu begini tentu ada aktiviti yang boleh dilakukan.Dia capai telefon bimbit Nokia 8250nya. Entah siapa yang hendak di telefon.Mulanya mahu dia telefon Azmira tapi apa yang perempuan tu akan kata. Dia turun dari tingkat atas menuju ke arahdapur. Hallena sedang mengemaskan dapur, dia mahu beredar bila Hallenamenahannya.

“Lenaharap antara kita tiada persengketaan. Kisah dulu Lena dah lupakan, apa yangada sekarang adalah kehidupan Lena sebagai seorang isteri.”

Imzan berlalu tanpa suara, wanita itu mengeluh. Munzilmenahan adiknya.

“Katakanyang kau masih mencintainya, Im. Katakan!”

Imzan diam tidak membalas, dia berlalu ke halamanrumahnya. Munzil mengekorinya.

“Jawab!!!”

“Yes,I still love her! Im, masih sayangkan dia. Cintakan dia, Im tak sangka abangyang akan merampas dia dari Im!”

“Kalaumacam tu, abang sanggup lepaskan dia.”

Imzan pandang abangnya dan ketawa semahunya.

“Abangsanggup lepaskan Hallena? Tak mungkin abang sebaik itu?” ujar Imzan, ketawa danberlalu.

Brekdi tekan dan brek tangan ditarik. Dia keluar dari kereta. Wajah Azmirakelihatan, setahunya Azmira cuti hari ini, bagaimana dia ada disitu? Imzan mahuberlalu bila namanya dilaung, Azmira menghampiri. Dia memakai jeans dan kemejaT, rambutnya yang selalu diikat kali ini dilepaskan.

“Carisaya?” Imzan mengangguk.

“Erk...nakkeluar minum, jalan-jalan atau berbual?” tanyanya.

“Encikni okay ke?” soal Azmira. Imzan mengangkat kening cuma.

“Okay,tunggu saya dua minit.”

Imzan mengangguk, perempuan itu berlalu dan kembalisemula menghampirinya.

“Encik?”Risau juga dia dengan gelagat lelaki itu. Dia lihat Imzan seperti serba salah.Tiada wajah ceria yang biasa dilihat.

“I’msorry...” akhirnya terkeluar juga sebaris ayat. Azmira berdecit. Air limaunipis diteguk, dia lihat Imzan menguis makanannya.

“Sukaruntuk melupakan orang yang kita cintai, walaupun dia dah punyai kehidupansendiri.” Azmira telan air liur, dia bukan pakar masalah cinta. Dia rasa tidakmampu selesaikannya.

“Cintani unik, namun untuk mencari cinta yang sejati kita tidak boleh memaksa hatiseseorang untuk menerima cinta.” Ujar Azmira, dia berharap apa yang diasampaikan dapat difahami oleh lelaki itu. Dia melihat jamnya bermakna sudahtiga jam, dia bersama lelaki itu.

“Sayarasa baik saya hantar awak balik, Cik Mira.”

“Encikhantar saya ke perhentian Pudu. Kereta saya ada di sana.”

Dia berhenti agak lama dihadapan rumahnya, perlukandia melangkah masuk. Apa agaknya akan berlaku selepas ini, bodohkah dia kernamemberitahu abangnya perasaannya tadi? Dia menghidupkan enjin dan terusmemandu. Suis radio ditutup, dia berhenti di satu kawasan. Kepalanya begituberat dan dia tak mampu berfikir. Imzan pejamkan mata.

Wakil-wakildari Johan Holdings dan wakil dari bank bersalaman dengannya, dia mengeluhlega. Dia ingat dia takkan berjaya mendapat tender tersebut, mujur bosnyamemberi seratus peratus kepercayaan kepadanya. Dari tempat dia berdiri, diadapat lihat hampir kesemua wakil Johan Holding beredar dari dewan itu. Diaberlalu ke arah balkoni dan merenung jauh.

“Jauhtermenung, anak muda?” Imzan menoleh, seorang lelaki separuh abad berdiri didepannya. Imzan tersenyum dan kedua mereka berjabat salam.

“TanSri Johan. Terima kasih kerana beri peluang ini pada saya, saya takkankecewakan Tan Sri.”

“Sesekalikita kena percaya dengan kemampuan orang muda,” ujar lelaki itu dan ketawa.Imzan tunduk malu.

“Sebelumterlupa, saya nak kenalkan anak perempuan saya. Dia akan turut sama dalamprojek ini,” ujar Dato’ Johan dan memanggil anaknya. Seorang gadis menghampirimereka. Imzan terkejut melihat wajah anak perempuan Tan Sri Johan, merekabersalaman. Gadis itu mengenakan kebaya satin merah. Gadis itu tunduk, wajahnyakelihatan bersalah.

CafeStarbuck Jalan Pudu sedikit sesak. Mocha yang dipesan belum disentuh. Daripintu masuk gadis itu tercanggak mencari. Dia melambai ke arah gadis itu. Gadisitu memohon maaf kerana lewat, Imzan gelengkan kepala Azmira diperhatikan,gadis itu bukan lagi pemandu teksi yang selalu dia jumpa. Dia renung semuaperbuatan gadis itu, Azmira kelihatan tak selesa direnung begitu.

“Mira,tahu Mira salah. Tapi...”

“Sayatak salahkan Mira, apa hak saya untuk marah Mira. Mira ada alasan tersendiri,kan?” Azmira diam membisu.

“Lepasprojek ni saya akan pergi jauh. Jauh dari mereka yang telah saya lukakan hati.”

Mereka membisu tanpa bicara, Imzan tunduk begitu jugagadis didepannya. Azmira kelihatan seperti mengesat air mata, Imzan serbasalah.

“Betulawak nak pergi. Kenapa?”

“Sayaterpaksa pergi. Orang dah banyak berkorban demi saya tiba masanya sayaberkorban untuk mereka.

“Pengorbananawak akan menambah penderitaan. Ramai yang menyayangi awak.Umi sayang awak,begitu juga saya.”

Imzan angkatmukanya.

“Tolonglahjangan pergi, jangan tinggalkan saya. Saya sayang awak!”

“Sayatak mampu menyayangi awak, Mira.”

Mata mereka bertentangan dan air mata Azmira makinlaju turut dari kolam matanya. Dia bangun dan beredar dari situ, Imzanmembiarkan saja gadis itu berlalu.

Imzanturun ke tingkat bawah, kelihatan Puan Ezzah sedang memerhati sesuatu. Diaturut memerhati sama, Hallena sedang melutut memohon maaf dengan suaminya. Diasenyum dan mendekati pasangan itu.

“Abang,terimalah Lena kembali seperti sebelum kepulangan saya. Dia milik abang, antarasaya dan dia cuma satu memori.”

Munzil merenungnya dan mengangguk. Imzan berlalukearah uminya, dia menyalami uminya dan berlalu. Puan Ezzah menahan.

“Janganrisau saya tak kemana? Saya nak jemput menantu umi jumpa umi.”

Dia masuk kedalam perut kereta sebelum itu dia menekanspeed dail telefon bimbitnya namun panggilannya tiada jawapan. Imzan merengusdan segera meluncur di jalanan. Dia mencuba lagi mendail nombor telefon Azmira.Dia merengus marah, hairan kenapa panggilannya gagal. Dia menelefon rumahAzmira untuk mencari gadis itu.

“Azmiraada?” tanyanya.

“Imzanke?” tanya suara di talian.

“Azmiraakan ke Kedah hari ini. Dia kirim salam pada Imzan.” “Kedah? Dia naik apa?”

“Bas,dia akan bertolak sejam lagi.” Ujar suara itu lagi.

Telefon dimatikan dan sekali lagi dia cuba menelefontelefon bimbit Azmira. Dia dah tiba di Puduraya. Dia menelefon lagi dan...

“Mira,please...jangan pergi. Please? Saya di seberang jalan. Saya akan ke sana. Pleasedon’t go?”

Kenderaan yang lalu lalang menyukarnya untukmenyeberang. Dia nampak gadis itu diseberang jalan, kelihatan gadis itu sepertimelaung sesuatu. Tapi, dia tak dengar apa-apa. Dia memberi isyarat untukmenyeberang. Dia selamat tiba di pembahagi jalan, dia mahu melintas dan entahdari mana sebuah van muncul dan... Imzan sudah pun terlentang dijalanan, Azmirasegera meluru ke arahnya dan memangkunya. Mata lelaki itu terbuka danmemandangnya lemah, dia batuk dan satu cecair merah keluar. Imzan mengesatcecair itu dengan tangannya. Azmira tersedu-sedu menahan tangis.

“Jumpapun kita. Jangan menangis, please?” Imzan terbatuk lagi dan mahu memejamkanmata. Azmira mengerakkannya agar dia tidak pengsan.

“Kenapamesti begini?” ujarnya dan mengesat pipi Imzan.

“Mira,saya sayangkan awak. Saya jatuh hati dengan awak ketika awak berikan kad namaini,” ujar Imzan dan menunjukkan kad nama milik Azmira. Gadis itu tak bersuaranamun sedunya kedengaran. Imzan mengenggam tangan kanan Azmira.

“Jangantinggalkan saya...please!”

Seorang ahli paramedik menghampiri Imzan dan memeriksanya. Anggota lain muncul danmengangkatnya ke usungan.

“Cik...cik kena lepaskan tangannya.”

“Jangan tinggalkan saya. Janji...”

Azmira mengangguk, genggaman tidak juga terlerai.

“Cik..tolong lepaskan tangannya,” ujar paramedik dan memaksa Azmira melepaskan genggamantangan. Genggamannya terlerai jua...

“BP’s dropping..! His not breathing...Let’s go. Move..!” kedengaran suara ahliparamedik. Seorang anggota polis wanita memapah Azmira ke kaki lima dan gadisitu masih menangis.

Setahunsudah pun berlalu. Empat belas Februari muncul juga. Air matanya entah beberapakali dilap oleh mak andam. Direnung wajahnya yang masih disolek. Diluarkedengaran riuh rendah tetamu yang hadir, tidak disangka hari itu datang jua.Pakaian pengantin warna ungu lembut diperhatikan dan disentuh veil serta tiaradikepalanya. Mama muncul melihatnya, wanita itu lantas memeluk dan menciumdahinya. Air matanya berderai lagi.

“Semogakau bahagia, nak,” ujar mamanya dan mengesat airmata anaknya. Dia tersenyum danmenarik nafas panjang. Kasut tumit dua inci disarung dan bunga tangan dicapaidari atas katil. Paluan kompang kedengaran dan dia dah bersedia untuk turundari tingkat atas. Dia diarah keluar rumah untuk di satukan dengan pengantinlelaki. Dia berdebar, pengantin lelaki sudah pun di hadapannya. Dia mengangkatwajahnya dan memandang lelaki itu, kolam matanya mula bergenang. Renungansuaminya bagaikan memujuknya tenang dan kedua pengantin diarak ke dalam rumahdan disandingkan.

“YaALLAH, terima kasih atas rahmatmu. Aku bersyukur kerana dijodohkan denganlelaki yang aku cintai. ENGKAU peliharalah berkahwinan ini. Amin!” doanya didalam hati.

“Imzan...Mira,senyumlah sikit. Jangan malu-malu...” ada suara-suara nakal mengusik mereka.Mereka tersipu malu, Imzan memandang Azmira dan kemudian tunduk kembali.

“Alhamdulilah,kahwin juga mereka berdua, kan?” suara Munzil kepada uminya. Wanita itumengesat air mata dan memandang pasangan itu bersanding dipelamin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.