Pagi menjelma, hari ini dia
lebih awal dari biasa. Kakak iparnya baru melangkah turun.
“Awalnya. Abang kau pun tak bangun lagi.
Amboi ceria muka tu?”
“Kak Syidah, macamana abang lamar kakak?
Sebab setahu Ina, kak ni kawan Ina. Bila masa kakak dan abang long bercinta?
Jumpa pun 3 kali saja, telefon Ina tak tahu la.”
“Kenapa tanya ni? Abang Hazim kau terus jumpa
parent kakak dan terus lamar. Kami tak pernah keluar macam kau dan Irul. Kau
pun tahu, kan?”
“Itu yang pelik sangat tu. Tapi...”
“Kenapa tanya soalan ni? Irul dah lamar kau
ke?”
Dia tersenyum dan menjamah
roti bakar. Syidah memandang adik iparnya, dia dapat lihat Karina menahan
senyum.
“Amboi...hmm... sudah pandai dia iya. Bertuah
kau, Ina.”
“Ish...”
Mereka ketawa.
“Ada berita baik ke?” tanya Hazim, dia
menyentuh bahu isterinya.
“Mungkin rumah ni nak dapat menantu lelaki.”
Hazim memandang adiknya.
“Tak adalah. Kakak gurau je... Kak Syidah
ni... Nantilah.”
Dia termenung dikerusinya, ada kala dia senyum
sendiri. Anting-anting itu masih dilihat, dia gigit bibir. Hujung minggu akan
muncul 4 hari lagi. Dia tersenyum.
“Yes, Irul. Ina terima lamaran Irul...” dia
tunduk dan ketawa kecil. Bibirnya digigit lagi. Anting-anting itu dicapai dan
dikenakan ke cuping telinga. Dirasa ditelinganya, perasaan lega terasa.
“Cik, ada orang nak jumpa cik. Important
katanya,” suara di intercom kedengaran. Jantungnya berdegup laju, perutnya rasa
tak sedap. Dia kehairanan.
“Suruh dia masuk bilik saya.”
Hatinya tiba-tiba rasa tak
keruan. Kenapa agaknya? Pintu bilik diketuk, segera dia menyuruh orang diluar
masuk. Karina terkejut, dia bangun dari kerusi. Wanita itu melangkah masuk dan
merenung sekeliling. Tanpa disuruh wanita itu duduk, kaca mata hitamnya dibuka.
Matanya yang memakai kanta lekap tajam memandangnya.
“Cik Nadiha!”
“Lama tak jumpa, cik Karina Hakim.”
Karina begitu geram dengan
gelagat wanita itu yang sinis.
“Awak memang perempuan yang tak tahu malu,
cik Karina. Berani awak rampas milik orang?”
“Rampas? Barang apa yang saya rampas dan dari
siapa?”
“Wow! Hebat... Masih berpura-pura. Memang tak
tahu malu...!”
“Dari saya, awak rampas dari saya.”
Karina merengus, dahinya
dikerut.
“Jangan berlagak tak tahu, Karina! Kau rampas
Zahirul Hafiz dari aku dan kau berlagak macam kau tak tahu apa-apa?! Kau memang
perempuan...”
“Jaga mulut tu sikit Nadiha. Jangan celupar
sangat!”
Nadiha merengus.
“Aku dan Abang Irul akan kahwin tak lama
lagi. Patutlah dia tangguhkan tarikh perkahwinan kami rupanya kau penyebabnya!”
suara Nadiha, lantang.
“Bukankah kau dan Johan..?”
“Bukan Johan, tapi Abang Irul!”
Karina gelengkan kepala,
matanya bergenang.
“Keluar, Nadiha. Baik kau keluar sebelum aku
bertindak kasar... Keluar!!!”
“Kasihan kau kerana tidak percaya. Kasihan
sekali...!”
Karina menahan sebak. Nadiha
berlalu keluar tetapi kemudian berpaling, dia menghulur tangan kirinya.
“Lihat! Rekaannya sama kan? Masih tak
percaya? Kasihan,” ujar Nadiha dan ketawa kecil. Karina menangis, laju
manik-manik jernih itu turun dari kelopak matanya.
Mendung
berlabuh dan terbuku dihati sayu
Berlagu dan
berlalu
Oh debu
debunga pilu
Pergilah
bersama rinduku
Tinggallah
cintaku yang luka semula...
Tiada ku
duga akhirnya cinta
Didalam
senyuman dikau hancurkan[1]
Karina menangis dikatilnya, perasaannya berkecai. Dia
sebenarnya tidak mahu percaya dengan kata-kata Nadiha tadi tetapi kata-kata
wanita itu seakan betul. Dia duduk di birai katil dan kemudian bangun mengadap
meja soleknya. Rekaan anting-antingnya memang sama dengan cincin yang Nadiha
pakai. Kalaulah Nadiha tipu mana mungkin rekaan itu sama. Tetapi, apa yang dia
tahu lelaki itu tidak ada hubungan dengannya. Pening dia memikirkan hal itu.
Puas dia mencari penilaian tetapi tiada yang meragukan. Tangannya membuka
anting-anting itu dan diletak kembali ke dalam kotak kecil itu.
“Irul...
tolong Ina... Tolong!” suaranya dan menangis di meja solek itu.
Johan mengekori wanita itu. Nadiha menoleh dan dia
terkejut, Johan merentap tangan wanita itu dan memaksanya mengekori.
“Kau masih tak jemu-jemu, Iha. Kenapa kau nak
hancurkan hati orang lain. kalau kau tak suka hati kau di hancurkan kenapa
mesti menghancurkan hati orang.”
“Eh! Apa yang kau cakap ni, Johan. Hati
siapa?” Nadiha bertanya.
“Jangan kau buat bodoh. Aku tahu kau jumpa
Karina, kan?”
“Kau tu perempuan. Tahulah malu sikit. Kalau
orang tak mahu jangan terhegeh-hegeh, buat jatuh maruah saja!”
Nadiha menarik tangannya dari
pegangan lelaki itu, dia merengus dan menggosok tangannya yang berbekas akibat
genggaman kuat Johan. Dia mahu beredar tetapi kemudian menoleh dan memandang
lelaki itu.
“Kau tak ada hak untuk mempersoalkan apa yang
aku akan dan nak buat. Johan, kita tak pernah ada hubungan jadi...”
“Memang kita tak pernah ada hubungan tetapi
aku akan pastikan kau takkan menganggu Irul lagi,” Johan memintas kata-kata
gadis itu.
“Kata-kata kau takkan berkesan pada aku. Apa
pun yang kau nak lakukan aku sudah bersedia,”
Nadiha berlalu, Johan
merengus dan menumbuk angin. Wanita itu sudah berubah menjadi keras hati, dia
bukan Nadiha yang dulu dia kenali. Dia perlu menyedarkan gadis itu sebelum ada
yang tercedera. Telefon bimbit miliknya
dicapai.
“Irul, aku nak kau berjaga-jaga. Aku rasa Iha
nak lakukan sesuatu terhadap kau dan Karina,” kata Johan dan kemudian mematikan
talian. Dia mengeluh. Bagaimana agaknya mahu memastikan Nadiha tidak membuat
kerja bodoh? Dia menghela nafas dan menggelengkan kepala.
[1] Dedebu Cinta –
Misha Omar