Dia merenung tasik yang
begitu tenang, Pepsi Fire di hirup pelahan-lahan. Dia menarik nafas panjang,
sebenarnya dia seharus berterus terang pada Karina. Tetapi adakah gadis itu
mahu menerimanya setelah apa yang terjadi. 4 tahun bukan satu masa yang
singkat, macam-macam boleh berlaku. Hati bukan satu tempat yang dapat diisi dan
dibuang seperti sebuah kotak, hati adalah satu bekas yang begitu kompleks. Dia
mengeluh, dihirup lagi air tin itu. Wajah Karina muncul, wajah manis yang
begitu menghantuinya sejak dulu lagi. Dia mengeluh, memang dia perlu berterus
terang kepada gadis itu. Dia tak peduli apa nanti yang akan dikatakan oleh
gadis itu. Dia perlu lepaskan rasa resahnya. Seandainya gadis itu tidak menerimanya, biarlah sekurangnya dia sudah
berterus terang. Tin itu direnyukkan dan dia melangkah masuk ke dalam perut
kereta. Enjin dihidupkan dan dia berlalu. Dia tahu apa yang harus dia lakukan.
“Hello, Karina?”
“Maaf, Karina tak ada. Dia menghadiri seminar
3 hari di Sabah. Ada pesanan?”
Dia mengeluh, sekali lagi
masa mempermainkannya.
“Tak apalah. Saya telefon dia kemudian saja.
Terima kasih.”
Talian ditamatkan. Dia pulang
ke rumahnya, kelihatan abang sulungnya sedang menantinya di halaman rumah.
“Eh! Kau ke mana? Kelihatan macam ada sesuatu
yang sedang difikirkan? Penting, barangkali?”
Dia senyum, cuma. Kemudian
menggelengkan kepala.
“Abang, apa yang abang tahu fasal Tan Sri
Hakim Amirul?”
“Biasa saja. Dia chairman syarikat Utusan
Unggul Berhad, CEOnya pula Hazim anak sulungnya. Tan Sri Hakim Amirul ada 3 anak dan anak bongsunya perempuan.”
“Anak perempuannya kerja di syarikat tu ke?
Sebagai apa? Abang kenal dia?” dia bertanya lagi.
“Kenal mukannya saja, dia tak berjawatan
penting di situ. Kalau tak salah dia sebagai pegawai perhubungan awam.”
“Apa bisnes yang kita buat sekarang dengan
mereka?”
“Kita buat pembangunan di Sepang dengan
kerjasama syarikat dari China.. Kenapa tanya?”
Dia menggelengkan kepala.
“Sahaja tanya. Kata, kita buat perniagaan
dengan mereka.”
“Tapi sebahagian pertanyaan tadi macam
berkisar pada anak perempuan Tan Sri? Dah berkenan?” si abang memerangkapnya.
Dia tersenyum, ketawa kecil
dan berlalu.
“Irul, dah makan? Kalau belum, kakak boleh
hidangkan?”
Dia ketawa kecil,
menggelengkan kepala dan berlalu. Wanita yang juga kakak iparnya mengerutkan
dahi, dia menoleh ke arah suaminya yang melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kenapa dengan dia?”
“Rasanya dia berkenan dengan seorang
perempuan?”
Wanita itu mengangguk dan
tersenyum.
Dia terdengar abangnya berkata pada kakak iparnya, dia
senyum cuma dan masuk ke dalam biliknya. Berkenan? Karina..? Dia mengangguk.
Dia berfikir cara yang terbaik untuk dia menyampaikan hasratnya. Dulu dia cuba
namum tak kesampaian, sesuaikah kalau dia melamar gadis itu hujung minggu ni
dihadapan keluarganya tapi mungkinkah dia akan dianggap kurang ajar. Ligat
fikirannya memikir cara yang terbaik. Dia merengus, rasanya lebih baik dia
berbincang dengan kakak iparnya sebab orang
perempuan lebih tahu apa yang orang perempuan mahukan. Dia keluar dari
biliknya dan menuju ke dapur. Dia berdehem dan kakak iparnya menoleh, dia
memandang sekeliling takut-takut abang sulungnya ada di sekitar.
“Ini kenapa jadi macam ni?”
“Nak tanya pada kak long sedikit, boleh?”
tanyanya. Wanita itu mengangguk. Dia menghampiri dan mereka berdua duduk di
kerusi meja makan. Dia mengeluh.
“Ini tentu fasal perempuan?”
“Mana kak long tahu ni? Abang long bagi tau
ke?”
“Tengok muka tu pun dah tahu. Siapa perempuan
tu? Mesti cantik, maklumlah adik kakak ni hebat juga,”
Dia tersenyum dan membetul
duduknya.
“Tak... Macam ni, saya nak... Hmm...dia. Nak
lamar...”
“Oh! Tak tahu macamana nak lamar dia ke?”
Laju saja anggukkannya.
“Sebenarnya hujung minggu ni ada parti
dirumah dia. Saya ingat nak lamar dia masa tu depan family dia?”
“Hmm...mungkin tak berapa sesuai. Sebelum
jumpa dengan family dia, Irul kena berterus terang dengan dia dan minta
persetujuan dia. Kalau tika tu dia tak setuju, kan malu?”
“Eh! Betul juga, macamana boleh tak sedar
pula ni?”
Dia mengeluh, kakak iparnya
tersenyum.
“Apa kata esok Irul jemput dia datang rumah
atau Irul ajak dia keluar makan tengahari tak pun makan malam?” saran kakak
iparnya.
“Rasanya lebih baik jemput dia makan malam.
Kakak memang bijak, agaknya abang long pun buat macam ni, kan?”
Kakak iparnya gelengkan
kepala.
“Abang kamu tak seromantik itu. Tapi kerana
itulah kakak suka pada dia.”
Dia ketawa. Dia berlalu dari
dapur.
“Andak?”
Kakak iparnya turut keluar
dari dapur, dia membawa dulang air.
“Abang long mana? Dia dah tahu tak mesyuarat
esok batal sebab anak bos syarikat tu masuk wad.”
“Dah, Carolline dah beritahu abang tadi,”
suara Zahirul Amry dan menuruni tangga. Dia dan Zahirul Ilham menoleh.
“Sebenarnya elok juga tertangguh. Boleh kita
perhatikan atau tambah dalam proposal tu!”
Kedua abangnya mengangguk.
“Angah ada datang tak? Rasanya semalam dia
kata ada beberapa maklumat tambahan pada dia?” suara Zahirul Ilham.
“Entah,”
Abang yang sulung mencapai
telefon bimbitnya dan menekan nombor adik keduanya.
“Angah, balik rumah sekarang juga. Bawa
maklumat tu, okey!”