Karina melangkah keluar dari
biliknya, dia menuju ke arah salah seorang kakitangannya. Diserahkan beberapa
fail dan dia menuju ke bilik abangnya, namun dia beredar kerana ada tetamu
didalam bilik abangnya. Karina menuju ke arah pantri untuk minum air.
“Cik Karina?”
“Oh, Sara. Hmm... dah tak ada kerja banyak
ni, terasa bosan pula.”
“Biasalah cik, awal tahun. Kerja memang tak
berapa banyak kecuali bahagian pasaran
dan pengurusan serta bahagian gudang.”
Karina mengangguk dan
tersenyum. Air yang dibancuh tadi dihabiskan. Dia melangkah keluar selepas
Sara. Dia kembali ke pejabatnya.
“Cik Karina, ada panggilan telefon.”
“Ah! Sambung ke bilik saya okay,” suara
Karina dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mencapai telefonnya.
“Karina Hakim...siapa tu?”
Agak lama tiada suara di
dalam talian, Karina menrengus.
“Hello???”
“Karina Hakim?” suara di talian kedengaran. Dia terkejut mendengar
suara itu.
“Siapa ni?”
“Kawan lama, tak kenal? Saya nak jemput awak
untuk makan malam. Sudi tak?”
Karina telan air liurnya, dia
tak tahu nak respon bagaimana dengan soalan itu. Pintu biliknya diketuk, dia
tersentak.
“Boleh tak saya telefon semula. Saya sedikit
sibuk?”
“Apa kata saya telefon bimbit awak pukul 5
nanti?”
“Apa apa saja. Bye!”
“Ina, kenapa ni? Macam cemas je? Apa yang
berlaku?” suara Hanafi, abang keduanya. Karina gelengkan kepala.
“Mesyuarat petang ni tangguh esok. Angah
balik awal tau...”
Karina mengangguk cuma. Dia
merenung jam di mejanya, ada 3 jam lagi pukul 5 petang. Dia gigit bibir,
hatinya berdegup laju. Masih berdebar-debar, sebenarnya dia tidak sabar untuk
mendengar suara itu semula. Dia menarik nafas panjang, dia memujuk hati supaya
bersabar. Dia bertanya sendiri apa agaknya yang lelaki itu mahukan setelah
sekian lama. 4 tahun, satu masa yang lama.
“Cik Karina, saya tahu awak kecewa kerana tak jumpa dengan Abang
Irul tadi. Nampaknya memang takdir awak, awak dengan Abang Irul tak ada jodoh.
Janganlah terlalu berharap.”
Karina memandang gadis
dihadapannya.
“Mana awak tahu semua ini?”
Nadiha memandang gadis itu
dengan begitu sinis, dia ketawa kecil.
“Tentulah saya tahu, Abang Irul selalu
ceritakan segalanya pada saya. Sebenarnya dia tak perlukan awak, Cik Karina.
Awak sebenarnya orang luar. Walaupun awak dah berkawan dengan dia hampir 1
tahun bukan pengukur sebagai jodoh,” suara Nadiha.
Karina telan air liur.
“Saya takkan percaya selagi Irul tak berterus
terang dengan saya, Cik Nadiha. Cakaplah apa yang awak mahu... Selagi Irul tak
jelaskan dihadapan saya, jangan harap saya akan percaya. Saya takkan percaya.
Nice try, Nadiha..!”
Wajah Nadiha begitu marah.
Karina pasti Nadiha marah kerana kata-katanya tadi. Karina dapat dengan gadis
itu merengus.
“Saya tak sangka Cik Karina bodoh, bukti dah
didepan masih tak percaya,”
“Dia tak tinggalkan saya. Cuma masa
mempermainkan kami, takkan itupun Cik Nadiha tak faham.”
Nadiha tertekan. Setiap
kata-katanya dapat Karina sangkal. Dia merengus dan berlalu pergi. Karina
mengeluh, sebenarnya dia juga tak yakin dengan pendapatnya. Dia memandang
Nadiha yang sudah menjauh. Mungkin betul kata Nadiha, Irul bukan untuk dia.
Betulkah?
Dia tersedar bila telefon bimbitnya berdering, dia
menghela nafas. dia memandang skrin telefonnya, nama Irul tertera. Dia
ragu-ragu untuk menjawabnya. Deringan berhenti, Karina mengeluh dan memarahi
dirinya kerana tidak menjawab. Dicapai telefon bimbitnya dan kemudian ia
berdering, segera dia menjawabnya. Namun hampa bukan suara Irul tetapi suara
abangnya. Sebaik saja panggilan dari abangnya berakhir telefon itu berdering
lagi.
“Hai?”
Lidah Karina kelu, dia
menarik nafas.
“Hai?”
“Ingatkan dah tak sudi nak menjawab panggilan
saya?” suara di dalam talian berkata. Karina memegang dadanya, jantungnya
berdebar.
“Saya ingatkan awak melupakan saya?”
Lelaki itu ketawa, Karina
rasakan dirinya tenang. Dia rasakan semuanya indah bercahaya semula didalam
hidupnya. Segala perasaan dia terhadap lelaki itu muncul kembali, apa yang dia
rasa tika itu seperti apa yang dirasa 4 tahun dulu.
“Ina, maafkan saya kalau saya ganggu awak?”
“Eh!Tidak, sama sekali tidak? Saya... Kenapa
awak menghilangkan diri?” tanya Karina mengubah tajuk. Buat beberapa saat
mereka membisu, Karina gigit bibirnya.
“Hello?”
“Ya...”
“Ina, kalau saya nak jumpa awak...”
pertanyaan lelaki itu tergantung disitu.
“Jumpa? Saya? Bila?” Karina gigit bibir
kerana dia kedengaran seperti tidak sabar. Dia tersenyum, malu sendiri.
“Ya, jumpa awak. Apa kata awak yang tetapkan.
Saya tak kisah.”
“Saya tetapkan? Hmm... hujung minggu ni?
Keluarga saya buat barbecue dan beberapa orang kawan keluarga saya akan datang
dan juga business partner family saya jadi...?”
“Kalau awak mahu saya hadir... Okay
barangkali?”
Karina menepuk dahinya
beberapa kali. Perlukah dia jemput dia... adakah ini satu kesilapan?
“Ina, saya ada hal nanti saya call awak
lagi?” suara ditalian berkata.
“Hmm...okay?”