Bukan
salahmu
Bukan aku
tak mahu
Membuka
pintu hati ini
Tapi ku
perlu pulihkan semangat ku
Untuk
bercnta kali kedua[1]
Lelaki itu mendengar saja lagu dari CD penyanyi
kacukan itu. Bunyi bip ditelefon bimbitnya menyedarkannya. Dicapai telefon itu,
ada 1 mesej baru. Ditekan rupanya hanya pesanan dari peti suara. Ditekannya
nombor pin untuk mendengar pesanan suara itu. Dia terkejut mendengar suara
Karina di dalam talian. Dia cuma mendengar dan kemudian memadam pesanan itu.
Pintu biliknya diketuk, dia bangun dari kerusi
komputernya dan membuka pintu. Adik bongsunya muncul.
“Ada apa Alid?”
Zahirul Walid melangkah masuk
ke dalam bilik abangnya tanpa dijemput.
“Abang nak tanya sikit, betul ke kalau Alid
dah 25 tahun Alid kena kerja dengan company kita?”
Dia mengangguk dengan
pertanyaan adik bongsunya itu. Dia mengangkat kening tanda tanya.
“Tapi Alid tak suka nak kerja di company
kita. Alid nak buka bisnes sendiri. Bisnes yang melibatkan muzik,” suara
Zahirul Walid.
“Muzik? Jadi, Alid nak buka kelas muzik?”
Adik bongsunya mengangguk.
Dia berfikir sejenak.
“Tapi, kan Alid belajar automotif
engineering? Macamana boleh ke bidang muzik ni? Tapi, abang rasa Alid banyak
masa nak fikir benda ni. Apa yang abang tahu, itu wasiat ayah. Ayah nak semua
anaknya kerja di Lambayung Sutera Sdn Bhd ni, walau apapun kelayakkan
anak-anaknya.”
“Tapi...”
“Wasiat ayah, Alid. Fikir dulu lepas tu buat
keputusan. Lagipun ada 6 tahun lagi. Abang harap Alid bertenang dan fikir
betul-betul. Jangan buat keputusan terburu-buru, dik.”
Zahirul Walid menggaru
kepalanya dan mengeluh. Dia berlalu keluar, Zahirul Hafiz ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.
Cuaca agak panas hari ini, kipas pun seperti tak memberi erti, dia membuka
pintu balkoni. Angin malam tak bertiup, baru dia ingat sudah 3 hari tak hujan.
Tapi cuaca mendung petang tadi, dia mengeluh. Dia menarik nafas panjang dan
memandang kejauhan.
Di sebalik
kata ada rahsia
Disebalik
senyum ada makna
Kanku
bisikkan padamu
Suatu hari
bila perlu
Saat pasti
kau jadi milikku[2]
Dia tersenyum sendirian,
malam esok dia akan ke rumah Karina. Kehadirannya hanya memenuhi jemputan
orang, dah dijemput harus pergi nanti apa pula kata orang yang menjemputnya.
Berlalu lah
masa tak sanggup ku menanti
Gelora
dijiwa
Tak siapa
mengerti
Siksanya
menanggung rindu...
Sukarnya
memendam rasa kekasih...[3]
Syidah mengerutkan dahinya melihat gelagat Karina. Dia
menghampiri gadis itu. Karina terkejut dan cepat-cepat disembunyikan air mata
yang menitis.
“Menangis sendiri? Irul buat hal?”
Karina mengesat air mata yang
masih mengalir, dia memandang wajah kakak iparnya. Dia tunduk. Syidah
mendongakkan wajah adik iparnya.
“Kenapa, Nadiha dah kembali? Dia yang buat
kau macam ni?”
Dia tak sangka Syidah akan
menyebut nama wanita itu, lantas dipeluk wanita itu.
Dengarlah
kataku tiada berubah
Biarpun
bertahun kembara
Usah
dipercaya
Usah
diperdaya
Dengarlah
kataku sekali[4]
“Dulu kakak dah katakan terus terang dengan
Irul?”
“Mungkinkah dia mahu mendengarnya?”
“Dah cuba?”
Karina menggelengkan kepala dan
tunduk. Air matanya masih mengalir.
“Cuba dulu, okay. Esok! Jangan lebih dari
esok, jangan membantah! Kakak pasti Irul hanya ditakdirkan untuk kau, Ina!”
Dia memeluk kakak iparnya.
Kau yang
dimana
Aku hauskan
cinta yang lama
Jiwa merana
batin tersiksa
Meronta-ronta[5]
[1]Takut – Juliana Banos
[2]Sangsi Asmara – Hetty Sarlene
[3]Sangsi Asmara – Hetty Sarlene
[4]Dengarlah Kataku Sekali - Wallpaper
[5] Indah Di Mata
Tidak Di Hati - Wallpaper