Baju-baju dialmari diselak
dan dibelek. Jam hampir 8 malam, akhirnya top lengan panjang dan skirt lurus dipilih.
Rambutnya di sanggulkan, wangian kemudian disembur ke pangkal leher. Setelah
puas segera dicapai but dari Primavera dipilih dan dia menuruni tangga ke
tingkat bawah.
“Cantiknya? Nak kemana? Date iya?” tanya
Hanafi.
Karina mencebik.
“Papa, nampaknya lepas ni kita akan tengok
adik selalu keluar malam?”
“Angah ni tau suka usik Ina. Jahat!!! Papa
tengok angah ni!”
Hanafi ketawa.
“Papa pun dah lama tak tengok Ina keluar
malam. Nak keluar dengan siapa? Orang dulu ke?”tanya Tan Sri Hakim Amirul.
“Siapa
lagi papa. Sebab dengan orang dulu je yang dia akan keluar malam.”
Kedua lelaki itu ketawa, dia
memuncungkan bibirnya. Mereka ketawa lagi. Bunyi hon kenderaan meneruja gadis
itu.
“Dah sampai pun. Ina apa kata kalau Ina
jemput dia masuk dulu?” suara Tan Sri Hakim Amirul.
“Nantilah dulu, papa. Hujung minggu ni, papa
jumpa dia. Okay? Ina pergi dulu, ya!” suara Karina dan menyalami papanya.
“Nak sorok lah tu!” suara Hanafi.
Tanpa memperduli usikkan
abangnya dia berlalu. Kereta Toyota Camry lelaki itu menanti dihadapan pintu
pagarnya. Gadis itu masuk ke dalam perut kereta itu.
“Maaf, terlambat sedikit. Ada hal dirumah.”
“Tak mengapa. Cuma lewat 3 minit saja, Ina
faham.”
Lelaki itu tersenyum dan
mereka membisu. Lelaki itu memandu tenang menuju ke destinasi, Karina
mengerling ke arah lelaki itu tetapi kemudian menoleh ke kiri. Dia tak sangka
akan bersama lelaki ini lagi dan berharap segalannya akan berjalan dengan baik.
Mereka tiba di Hyatt Regency Saujana yang berdiri gagah dan indah.
“Maaf, malam ni kita makan ala Itali?” suara
lelaki itu.
“Tak mengapa?”
Mereka beriringan kedalam
cafe. Mereka duduk berdepan dan kedua mereka saling berpandangan, Karina
berpaling. Wajahnya merona.
Saat
terpandangkanmu
Berdegup
jantungku
Cinta
pandang pertama
Panah
asmara...
Tidak
pernahku rasa begini ceria
Hanya satu
harapan
Mengapai
bahagia[1]
Karina terasa begitu bahagia, kenangan lalu bagai
terasa kembali. Kelembutan santun lelaki itu masih macam dulu. Mereka berdua
membisu, masing-masing ingin bersuara cuma masing-masing malu dan tak tahu apa
yang harus diluahkan.
“Ina, tak berubah masih cantik macam dulu.
Irul...”
“Irul pun masih macam dulu, cuma dah berkaca
mata.”
Lelaki itu membetulkan kaca
matanya.
“Apa nak buat dah tua, kenalah pakai. Ina...
erk! masih sendiri?” lelaki itu menyoal.
Karina merenung gelas minuman
kemudian mengangguk. Dia memandang lelaki itu, dia gelisah. Gelagatnya masih
tak berubah seperti dulu, masih gelisah bila berdepan dengannya.
“Saya...” kata-katanya mati disitu, dihelanya
nafas. Air liur ditelan, begitu sukar.
“Irul...mmm... Eh!”
“Kenapa begitu sukar untuk bersuara... Apa
yang begitu payah sekali, Irul? Cakaplah saja?” suara Karina.
Lelaki itu menghelakan nafas,
dia berdehem kemudian membetulkan duduknya. Dia ketawa kecil, mungkin malu. Dia
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Hati Karina berdebar melihat kotak
kecil itu.
“Ini untuk Ina.”
Kotak kecil itu diletak
dihadapan Karina. Karina gugup dan memandang lelaki itu. Matanya berkelip dan
segera dibuka kotak kecil dan dia mengeluh, lega. Anting-anting emas putih dan
mutiara dari Habib Jewel, direnung wajah lelaki itu.
“Apa ni?”
“Ini pemberian Irul untuk Ina. Sebenarnya
Irul nak lamar Ina jadi isteri Irul. Tapi, sebagai orang Melayu yang penuh
beradat Irul rasa baik Irul berjumpa dengan keluarga Ina.”
Karina memandang lelaki itu.
“Irul faham kalau Ina tak setuju. Tapi
terimalah hadiah tu sebagai tanda persahabatan kita selama ni,”
“Irul, Ina tak dapat nak memberi jawapannya
sekarang. Tapi macam Irul kata, lebih baik Irul jumpa keluarga Ina. Itu lebih
elok.”
Lelaki itu tersenyum dan
Karina tunduk malu.
Dari kejauhan ada yang memandang gelagat mereka
berdua, dia menahan marah melihat gelak tawa mereka. Dia merengus dan beredar
dari situ.
[1]Pandangan Pertama – Annuar Zain