Nadiha minta diri untuk
pulang, dia cuma memerhati saja. Dua bulan sudah berlalu, dia semakin kerap
menghabiskan masa dengan Nadiha. Karina sudah tidak menelefonnya. Dia serba salah, namun dia tak tahu bagaimana
harus dia membuat keputusan. Minggu depan dia akan menghadapi peperiksaan akhir
dan dia berharap tika itu hubungan mereka akan baik semula walaupun tak seperti
sediakala, sekurangnya mereka berbual semula. Namun apa yang lebih membuatnya
rasa tak selesa adalah hubungan dia dan Nadiha. Dia tak mahu merosakkan
perhubungan gadis itu dengan Johan ditambah lagi Johan tunang Nadiha. Dia tidak
mahu merampas itu. Kasih dia pada Nadiha sudah tiada lagi. Dia mengeluarkan
telefon bimbitnya dan mencari nama Karina di dalam simpanan. Dia menekan nombor
itu namun ditekan sekali lagi untuk memutuskan panggilan itu. Dia bangun,
telefon bimbitnya berdering.
“Hello?”
“Aku ni. Kau sibuk malam ni, aku nak jumpa
kau la?” suara Johan bertanya. Dia berdecit.
“Aku nak study aja, kenapa? Penting je
bunyinya,” dia bertanya.
“Saja. Lagipun dah nak dekat exam ni, kata
orang last day enjoy!”
“Apa kau nak buat?”
“Macam nilah. Aku jemput kau malam ni.”
Dia tak tahu apa yang harus
dikatakan.
“Iyalah, aku tunggu kau malam ni.”
Dia beredar dari kerusi itu.
Dia berfikir apa yang Johan mahu darinya sehingga lelaki itu mahu berjumpa
dengannya. Dia mengharap lelaki itu tidak membuat tindakkan luar biasa. Dia
berjalan menuju ke perhentian bas untuk menunggu bas masuk ke dalam untuk ke
asramanya. Dia tahu sepatutnya dia sudah memiliki kenderaan tetapi baginya itu
bukan satu keperluan. Abang sulung dan abang ketiganya mahu memberikan dia sebuah
kereta namun baginya dia lebih selesa kalau kereta itu diberi selepas dia tamat
pengajian atau dia beli sendiri ketika dia sudah berkerja nanti.
“Hai...!”
Dia menoleh, dua orang gadis
menegurnya.
“Hai. Awak ni kawan Ina, kan?” tanyanya.
Kedua gadis itu mengangguk,
dia memandang sekeliling.
“Ina dah balik. Korang berdua bergaduh ke?
Ina, asyik muram je.”
“Rasa saya tak? Lagipun saya dan dia banyak
kerja, minggu depan dah nak final. Kemudian, Ina nak praktikal. Mana ada masa
nak jumpa.”
Mereka berdua mengangguk.
“Sampaikan salam saya pada Ina. Balik dulu,
jumpa lagi?”
Mereka berdua cuma mengangguk
dan melihat lelaki itu berlalu untuk mengejar bas yang akan masuk ke dalam
kampus. Beberapa minit kemudian Karina muncul.
“Apa yang korang berdua tengok ni?”
Karina turut memandang apa
yang kawan-kawannya memandang. Dia terkejut. Lelaki yang sudah 2 bulan dia
tidak bertegur sapa.
“Apa yang jadi pada kau dan dia. Dia muram
semacam. Sebut nama kau pun macam tak bermaya. Apa yang dah kau dan dia gaduhkan?
Ada orang ke 3 ke?” tanya Syidah. Karina senyum dan gelengkan kepalanya. Mereka
bertiga menuju ke arah kereta Karina.
“Kau cemburu dengan dia sebab dia ada teman
baru atau kau marahkan dia?” duga Ayu.
“Aku bukan girlfriend dia. Kenapa mesti nak cemburu
atau apa-apa pun. Dia nak buat apa pun itu dia punya suka. Aku bukan sesiapa
nak halang dia.”
Ayu dan Syidah mencebik.
“Lupa nak cakap, dia kirim salam pada kau.
Dia kata dia dah lama tak dengar suara kau!”
Karina agak terkejut
mendengar kata-kata temannya itu. Dia tak tahu, apa yang harus dikatakan. Enjin
kereta dihidupkan dan kereta buatan Malaysia itu meluncur menuju ke
destinasinya.
Dia masuk ke dalam perut kereta Kembara milik Johan. Johan menutup suis radionya.
Mereka keluar dari kawasan kampus. Dia mengerling ke arah temannya, dadanya
berdebar. Adakah Johan ingin bertanya mengenainya dengan Nadiha? Dia tak mahu
mereka bergaduh, ianya tak berbaloi.
“Aku rasa ini belanja makan bukanlah tujuan
utama kau mengajak aku malam ni? Johan, beritahu apa sebenarnya yang kau nak
sampaikan?”
Johan masih membisu, dia
berdehem. Mereka duduk di meja itu. Johan meneguk air sejuk yang sedia ada
dihadapannya. Seorang pelayan muncul, mereka membuat pesanan.
“Aku nak kau terima Nadiha. Aku tahu dulu kau
memberi peluang pada aku, kan?” suara Johan akhirnya.
Dia memandang Johan.
“Aku terkejut, Johan. Aku terkejut kau cakap
macam ni. Sepatutnya... sepatutnya sebagai tunang Nadiha kau mempertahankan dia
agar tak terlepas ke tangan orang lain.”
“Masalahnya, hatinya cuma tertulis nama kau.
Bukan nama aku. Selama 7 tahun ini Nadiha merindui kau, Irul. Kau tak tahu betapa dia menderita. Aku cuma
menyelamatkan dia dari membuat perkara bodoh, tetapi tidak dapat menyelamatkan
hatinya yang masih terukir nama kau.”
“Johan,
masalahnya hati aku bukan ada dia. Memang hati aku kosong tetapi... Ianya dah
berlalu, dah 7 tahun berlalu. Kenapa mesti diulangi kembali? Sekarang kau yang
berhak memilikinya, kalau dibawa ke mahkamah sekalipun...”
“Irul, hati seseorang tak boleh diubah.
Hatinya mencintai kau bukan aku.”
“Begitu juga dengan hati aku. Tiadanya tapak
cinta untuk Nadiha. Kau tak boleh paksa aku, Johan,” suaranya. Dia tahu Johan
ingin Nadiha menjadi miliknya namun dia tak mahu melukakan hati Johan dan juga
hati Nadiha.
“Tapi...”
“Johan, kau tahu tak apa yang kau lakukan ini
akan membuatkan kau kecewa. Aku tak
mahu kau dan Nadiha kecewa. Tidak!”
“Aku lagi kecewa kalau kau tak pilih Nadiha,
Irul. Aku tak mahu kacau daun.”
“Tidak, Johan. Sudahlah aku tak mahu
bicangkan hal ini. Kalau dibincang lagi tiada jalan penyelesaian yang akan ditemui.”
Johan mengangguk, dia mengeluh dan meneruskan suapannya.
Karina termenung di dalam keretanya. Dia seperti malas
untuk keluar dari perut kereta.
Ku dambakan
kita hidup bersama
Sepasang
kekasih teman yang setia
Asalkan kau
sudi kukan bahagia
Kerna ku
pecaya jiwa kita satukan tak terpisah...[1]
Suis radionya ditutup,
dicapai beg tangannya. Karina keluar dari perut kereta. Dia menarik nafas
panjang, dia berharap peperiksaan hari ini akan berjalan dengan lancar. Dia
menolak rambutnya ke belakang, dia berjalan meniti tangga untuk ke dewan. Dia
terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya, langkahnya terhenti. Namun, dia
teruskan jua kerana baginya dia dan lelaki itu tiada hubungan kenapa pula dia
mesti susah hati. Dari tempat dia berdiri dia dapat lihat betapa tak bermaya
lelaki itu. Teruk sangatkah tekanan waktu peperiksaan yang dia hadapi? Dia
mengangkat kening dan berlalu, dia ada exam yang perlu dia hadiri.
Karina turun menggunakan tangga untuk ke cafe, dia
menyampah menggunakan tumit tinggi kerana menyukarkan dia turun. Dia mengeluh,
tali begnya asyik melurut ke bawah.
“Hai, boleh saya bantu?”
Karina menoleh, dia terkejut
dan tak tahu apa yang ingin dikatakan. Lelaki itu mencapai buku-buku yang
dipegang dan juga bekas alat tulis, Karina tidak sempat untuk menyimpannya di
dalam beg selepas peperiksaan tadi. Dia hanya membiarkan saja lelaki itu
mengambilnya, dia dapat rasakan geselan kulit mereka dan dia tersedar.
“Irul, awak ikut saya ke?”
“Kalau saya ikut awak, macamana? Awak mungkin
dalam bahaya!” suara lelaki itu. Mereka mencari meja kosong dan mereka duduk
berdua. Terkedu gadis itu, dia tidak tahu ayat penyata apa yang perlu
dikeluarkan. Meja dan kerusi kosong bagaikan tersedia untuk mereka ditengah
cafe dan mereka mendekati dan duduk serentak secara berdepan.
“Ina, saya nak minta maaf, saya tak patut
buat macam tu pada awak. Saya bersalah.”
“Irul, saya yang salah. Sepatutnya saya tak
boleh paksa awak untuk menceritakan sesuatu yang peribadi.”
Lelaki itu tunduk dan
mengangguk. Dia bangun untuk mengambil minuman, dia menghulurkan gelas minuman
kepada gadis itu.
“Saya suka tengok awak senyum, Ina. Awak
tahu, saya tak suka kalau tak dapat bercakap dengan awak. Hati saya susah...”
Mata Karina terkebil-kebil
mendengar kata-kata lelaki itu, Karina telan air liur.
“Hmm...sorry!”
Karina menggelengkan kepala.
“Saya pun tak suka kalau tak dapat berbual
dengan awak, Irul. Hidup saya jadi bosan...”
Mereka ketawa berdua, mesra.
“Hai... dah habis ke paper hari ni?” satu
suara menyapa. Mereka berdua mendongak dan wajah lelaki itu berubah.
“Iha??? Tapi...” suara lelaki itu.
“Iha saja datang, ada perbincangan tadi. Ini
kawan sekelas abang ke?”
“Tak... ermmm...”
“Saya bukan kawan sekelas dia. Cuma kawan
saja. Awak ni?”
“Saya Nadiha, kawan lama abang Irul.”
Karina mengangkat kening, dia
merenung tajam gadis itu dan memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu
kelihatan serba salah.
“Hmm... saya ada hal. Pergi dulu, jumpa lain
kali,” suara Nadiha. Ada nada sinis di dalamnya. Karina senyum kelat dan
merengus.
“Awak...”
“Irul, jadi itulah Nadiha yang awak
ceritakan. Cantik!”
“Memang... Hmm..”
Karina mengangkat kening dan
tersenyum.
[1] Julia – Exists