Keranaku
ragu-ragu untuk terus terang
Bimbang aku
bimbang kau tak sudi
Tentu aku
malu bagaimana nanti harusku hadapi
Kenyataan
harap kasih
Tapi malang
tiada balasan kecewa sedih.[1]
Telefon bimbit Karina berdering nyaring. Dia tak mahu
mengangkatnya sebab dia tahu Irul yang menelefonnya. Dia berbaring di atas
katil itu, telinganya sengaja ditulikan. Namun, hatinya memekik agar dia
mengangkat telefon untuk mendengar suara lelaki itu. Dia tabahkan perasaannya
dan membiarkannya berdering dan akhirnya deringan itu berhenti. Fikirannya
begitu rungsing, sedikit sebanyak kata-kata Nadiha sudah menjadi racun. Andai
kata Nadiha memang berniat untuk membuat dia meragui lelaki itu, Nadiha sudah
berjaya. Air matanya mengalir.
Dia selesai solat Isyak, dia capai telefon
bimbitnya untuk menelefon lagi gadis itu. Tetapi talian sibuk, dia berkerut
dahinya. Hatinya rasa tak selesa, kenapa agaknya dengan gadis itu. Sudah
berulang kali dia telefon tetapi tak berjawab, sakit atau dia terlalu sibuk.
Dia menghela nafas, suara kakak ipar ditingkat bawah disahut kemudian dia
melangkah turun. Potret ayah dan ibu dilewatnya, langkahnya kemudian berhenti
dia menoleh. Rasa kerinduan pada kedua orang tuanya menular, dia mengeluh.
Suara kakak iparnya kedengaran dan dia meneruskan langkahnya. Kelihatan kesemua
abangnya ada dimeja makan dan sedang menunggunya.
“Mesti kak long masak sedap ni? Kalau tak
angah dan andak takkan balik makan.”
“Masak biasa je, cuma tambah lauk kegemaran
kau, angah dan andak.”
Wanita itu menyenduk nasi ke
dalam pinggan ipar-iparnya. Abang sulung mereka membaca doa sebelum mereka
makan.
“Abang long, Ahad ni Irul nak balik Ipoh.
Lama sangat tak balik jumpa nenek.”
“Berapa lama kau nak ke Ipoh?” suara Zahirul
Iham.
“2 hari, sebab projek kita tu tak mulakan
lagi,” suaranya.
Mereka mengangguk mendengar
penjelasan adiknya. Kakak iparnya hanya memandang.
Selesai makan malam, dia mencapai satu mug kopi panas
dan melangkah ke laman rumah. Dia mengeluh sambil memandang ke langit, malam
itu langit kelihatan mendung. Dia mengeluh lagi.
“Berat betul keluhan tu? Kenapa?”
Dia menoleh, kakak iparnya
kemudian melangkah mendekatinya. Dia mengeluh cuma. Wanita itu duduk dikerusi
berdepan dengannya dan memandang wajah adik iparnya. Wanita itu tahu ada
sesuatu yang menganggu adik iparnya. Cuma dia perlu tahu apa sebabnya.
“Kakak boleh tolong tetapi kakak perlu tahu
sebabnya.”
Dia mengeluh lagi.
“Kalau asyik mengeluh, satu apa pun takkan
menjadi. Cakaplah. Jangan mengeluh, tak baik.”
Dia memandang wajah kakak
iparnya, wanita itu bagaikan pengganti ibunya. Dia pasti wanita itu faham pada
masalahnya yang dia sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya.
“Kalau Irul ada masalah mengenai cinta atau
perempuan, kakak tak dapat nak tolong banyak. Apa yang dapat kakak kata, Irul
kena jumpa dia dan berdepan dengan dia.”
“Kakak macam membaca fikiran saya.”
Dia memandang kakak iparnya.
Wanita mengangguk.
“Kakak faham, biasalah orang muda. Kakak dulu
pun macam kau juga. Maklumlah bukan senang nak bercinta dengan orang kaya, ada
saja halangannya.”
“Tapi saya dan Karina...”
“Irul, kakak mahu kau cuba selesaikan hal ini
dengan tenang dan dengan cara kau sendiri. Ingat jangan lukakan hati orang kerana
hati sendiri akan terluka nanti,” pintas kakak iparnya. Dia mengangguk,
walaupun kakak iparnya tidak memberi nasihat secara penuh tetapi apa yang ingin
disampaikan dia fahami. Apa pun dia kena berdepan dengan Karina. Kalau boleh
dia mahu selesai sebelum dia berjumpa dengan keluarga gadis itu. Dia risau cuma
satu, Nadiha. Johan ada mengatakan gadis itu akan lakukan sesuatu. Apa agaknya
yang Nadiha ingin lakukan, harapnya bukanlah sesuatu yang bodoh. Dia bangun
untuk ke biliknya, mug yang berisi kopi turut dibawa ke biliknya. Hi-fi
dipasang dan stesen radio kegemarannya dicari.
Hanyalah
satu
Yang
bertakhta dihatiku
Hanyalah
dirimu
Yangku
sayangi oh kasih...
Hanyalah
satu
Asmara di
jiwa
Dan jangan
kau sangsi
Cintaku
hanyalah satu...[2]
Begitulah senikata lagu itu dan juga kata hatinya.
Cuma dia berharap segalannya akan lancar. Telefon bimbitnya dicapai, dia
membuka ruangan mesej. Hanya cara ini saja, kata-katanya dapat disampaikan.
- Karina, saya minta maaf
kalau benar saya bersalah. Saya minta untuk kita bertemu agar masalah dapat
diselesaikan.
Dia mengeluh. Mesej itu sudah
dihantar kepada gadis itu, diharap gadis itu membalasnya.
- Saya pun ingin mohon maaf.
Apa lagi yang perlu diselesaikan? Tapi, saya pun nak jumpa awak? Jumpa malam
esok di Red Chamber, Jalan Telawi 3, Bangsar jam 8 malam.
Itu balasan dari Karina. Red
Chamber, tempat terakhir sepatutnya mereka bertemu 4 tahun lalu. Diharap kali
ini takkan berulang perkara serupa, dia mengeluh.
[1]Semakin Hari Semakin Sayang – Dayangku Intan
[2] Hanya Satu - Nora