Nadiha tersenyum, bila dia
nampak lelaki itu di situ. dia melangkah masuk ke Kelab Golf exclusive. Dia
dapat lihat wajah Nadiha, dia kelihatan terganggu. Nadiha tersenyum dan
melambai ke arah lelaki itu. Dia kemudian menghampiri lelaki itu. “Iha, disini? Atas urusan apa?”
“Perlukah Iha ada urusan kalau nak jumpa
abang?” suara Nadiha, kaca mata hitamnya dibuka.
“Hmm...Nadiha, abang sendiri tak pasti apa
yang Nadiha mahukan dari abang?”
“Abang patut tahu yang Nadiha terlalu
sayangkan abang, abang je yang tak tahu. Kenapa abang nak menutup hati dan mata
abang pada kebenaran?”
Dia mengeluh dan berlalu, set
golf dibawa bersama. Dia melangkah keluar dari bangunan itu dan menuju ke arah
Trooper miliknya.
“Iha patut dah faham segalanya. Iha, abang
tak mahu Iha membuat sesuatu yang bodoh dan gila. Mata abang sentiasa terbuka
begitu juga hati abang, tetapi perkara yang Iha buat ini membuatkan abang rasa
bersalah pada Johan.”
“Johan dah tak ada didalam cerita ni, bang.
Dia bukan tunang Iha lagi,” suara Nadiha.
“Dia bukan saja tunang Iha tapi dia kawan
karib abang. Sebagai kawan karib dia, abang juga terasa apa yang dia tengah
rasa. Iha jadi kejam kerana apa?”
“Kerana abang... Iha, cintakan abang. Hanya
abang!” suara Nadiha.
“Merepek! Apa yang kau merepek ni, Iha...
Sudahlah. Abang harap kau hentikan segala perbuatan yang gila dan
keanak-anakkan ni.”
Dia masuk ke dalam Troopernya
dan menghidupkan enjin. Nadiha merengus dan hanya memandang kenderaan milik
lelaki itu.
Dia mengeluh, rimas dengan kehadiran
Nadiha. Dia kalau boleh tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan gadis itu.
Kasihan Johan, lelaki itu cintakan Nadiha. Kalau ditanya mengenai hatinya,
serasanya hatinya cuma ada Karina. Tetapi dia tak tahu bagaimana harus
dinyatakan pada Karina, tambahan mereka sudah lama berpisah. Dia memandang
kalender tertera tarikh 10 Februari 2005. Hujung minggu ni dia dijemput ke
rumah Karina, sebenarnya Hizam sudahpun menjemputnya. Dia tersenyum sendiri.
Kalaulah Hizam atau Hanafi kenal dia, pastikah dia dijemput? Dia pun tak tahu.