Dia
bangun malas dari katil, satu hari lagi muncul di dalam hidupnya. Dia merengus,
dia bersila di atas katilnya. Rambutnya disanggulkan, dia mengeliat kecil dan
tubuhnya di rebahkan kembali ke atas tilam. Telefon bimbitnya berderingnya,
skrin telefon Samsungnya terpapar nama Mohizad dia berdengus dan membiarkan
saja ia berdering. Malasnya dia untuk bangun pagi itu, dia menguap dan bangun.
Kakinya melangkah masuk ke dalam kamar mandi. Baju-baju yang tersedia dicapai dan
dipakai. Cermin ditenung lama, kemudian
matanya menyorot ke arah jam dimeja. Dia sudah lewat.
Malang
betul pagi itu, dia bertembung dengan wajah yang paling dia benci. Benci betul
dia melihat lelaki, benci benar-benar benci. Itu sahaja ayat yang dapat
dipertuturan. Lelaki itu bukan insan yang baik tetapi lelaki jahat yang perlu
dihapuskan dari muka dunia. Benci!!!
“Nuria,
dah bangun sayang?” suara itu, dia
terasa segala isi perutnya mahu keluar bila mendengarnya. Dia masih ingat
ketika lelaki itu mula melangkah pergi dan mummy memperkenalan lelaki itu
sebagai teman lelakinya. Disebabkan hal itu, dia dan mummy hampir 2 minggu
bermasam muka. Bergaduh adalah acara wajib sebaik saja mata bertentang.
Akhirnya mereka berkahwin dan lelaki itu tinggal dirumah itu, makin besar
kepala apabila sudah tinggal disini. Keadaan rumah makin tegang dan pergaduhan
adalah manisan di meja makan. Tetapi mummy selalu menyebelahi lelaki itu.
“Sayang,
dia tetap ayahmu,” ujar mama.
Itu membuat dia tambah geram, entah
apa yang lelaki itu buat sehingga mummy boleh menyebelahi lelaki itu. Entah
ubat apa yang telah diberi pada mummy.
“Ayah...
ayah saya dah lama meninggal. Lagipun nama ayah saya Rashidi bukannya Osman!”
Setiap kali dia dan mummy bergaduh, lelaki itu pasti memujuk. Konon! Entah
jerat apa pula yang dia pasang pada mummy, memperdaya mummy. Mummy bolehlah
dengan dia minta maaflah, bisik hatinya. Meluat melihat tindak tanduk lelaki
itu. Suasana rumah sentiasa suram, kelam
dan penuh rasa amarah. Tetapi itu hal semalam, mummy pun sudah 1 bulan pergi
dan takkan kembali. Dia rasa bersalah dengan wanita itu, begitu banyak dosanya.
Kebencian untuk lelaki itu bertambah, seandainya mummy tak berkahwin dengan
lelaki itu tentu sekali mummy masih hidup. Lelaki itu tidak layak dihormati
kecuali menjadi musuh. Iya! Osman bin Jalil adalah musuhnya.
“Mari
bersarapan dengan ayah, sayang?”
Dia memandang lelaki itu, ternyata
lelaki itu sudah bersiap untuk ke pejabat. Itu tentu nak menghabiskan harta
mummy. Mummy dengan mudah mewasiatkan syarikat itu kepada lelaki itu. Firma
Widuri syarikat yang mummy tubuhkan sejak 20 tahun lalu kini dikuasai penuh
oleh lelaki itu, makin rancaklah keangkuhannya. Dia renung kopi diatas meja
itu, sepahit-pahit kopi itu pahit lagi kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.
Tanpa menjawab, Nuria berlalu. Kedengaran hon kereta dihadapan rumahnya.
“Nuria,
biar ayah hantar Nuria pagi ni?”
“Tak
payah susahkan diri. Lagipun, aku tak layak menaiki kereta tu!” ujarku. Dia
kelihatan terpukul dengan kata-kata itu. Dia melangkah mendekati Proton Savy
hitam itu.
“Hai,
sayang?” ujar pemuda di dalam kereta buatan Malaysia itu.
“Hai,
dear.”
“Kenapa
muka you merah padam, sayang?”
Dia hanya membisu, malas nak
bercakap mengenai hal itu. Nanti menambahkan sakit hatinya.
Pintu
gerbang Kolej Sri Binar dihadapan, indah dan megah. Hari itu dia dipanggil
pengetua, lelaki itu berleter kerana pelajarannya yang merosot.
“Nurialissa,
macamana awak boleh merosot ni? Tengok, CGPA awak dari 3.3 boleh jadi 1.9!”
“Prof,
jangan salahkan saya. Salahkan lelaki di rumah saya.”
“Maksud
awak, ayah awak?”
“Pembetulan,
dia bukan ayah saya. Ayah saya dah mati!” suaranya tegas.
Lelaki itu membisu, biasalah kalau
dengar kebenaran semua pasti membisu. Faham sangat! Dia kembali bersama
kawan-kawan, serasanya kehadiran mereka memberi keceriaan yang tidak dapat dia
kecapi di dalam rumah.
Lelaki
itu menunggunya pulang malam itu, dia sedikit mabuk. Pandangannya berpinar
seketika. Lelaki itu mahu memapahnya namun dia tempis.
“Jangan
sentuh, aku bukan mummy. Kau buta ke!”
Lelaki itu mengucap panjang, masih
cuba membantunya yang terhoyong hayang.
“Ayah
harap Nuria jangan lagi bergaul dengan lelaki itu, please?”
“Shut
up! Diam!”
“Hazan
bukan lelaki baik, dia...”
“Tak
boleh diam ke? Aku bukan budak kecik! Diam!”
Hempasan pintu bergema diruang
rumah.
Jam
loceng berdenting, dia memicit dahinya. Sudah jam tujuh pagi, dia mengeluh. Dia
malas bangun pagi itu, namun dia terpaksa mengagahi diri menuju ke kamar mandi.
Hari ini dia ada tugasan yang perlu diselesaikan di Kolej. Tambahan, dia sudah
diberi amaran oleh pihak HEP jika dia buat perangai atau CGPAnya jatuh lagi,
pihak kolej akan memanggil lelaki itu dan dia akan digantung. Kalau pihak kolej
memanggil lelaki itu dan menerangkan tentang dia pastinya lelaki itu akan
mencemuhnya dan mengejeknya serta berpeluang sepenuhnya membolot hartanya,
kerana itu dia memaksa diri untuk bangun dan ke kolej. Kedengaran bunyi enjin
kereta, pasti lelaki itu sudah keluar. Kemana agaknya lelaki itu pergi? Jumpa
teman wanitanya barangkali? Seawal ini dia bertemu kekasih hatinya? Hebat? Tak
hairan, lelaki seperti itu pasti berderet gundik yang menantinya. Dengan duit
milik mummy pasti dia tabur dijalanan dan perempuan-perempuan murahan yang buta
kerana duit pasti merangkak mencarinya. Memang lelaki itu manusia bertopengkan
iblis.
Hazan
lewat hari ini? Dia merenung jam ditangan. Malas betul dia menunggu lama-lama
begini.
“Ini
yang malas bercinta dengan budak luar kolej!” bisik hatinya dan beberapa saat
kereta lelaki itu muncul.
“Nuria,
marilah ayah hantar balik. Ayah pun nak balik juga, sengaja ayah lalu di sini.”
Dia berdecit dan memalingkan wajah.
“Sibuk?
Hebat sangat ke datang ambil aku kat kolej?”
“Ayah
ikhlas, sayang...”
Terasa geli geleman mendengar
kata-kata lelaki itu.
“Sudah!!!”
Dia melangkah dan menuju ke
perhentian bas, Hazan muncul. Mereka meluncur laju dan menghilangkan diri.
“Itu
kereta father you?” suara Hazan sebaik saja melepasi kereta milik Osman.
“His
not my father. Gila, siapa nak jadi anaknya. I hate him!”
“Tak
baik...”
“Amboi...
sejak bila pula you sign kontrak jadi tukang bela dia?” bicara Nuria.
Hazan ketawa kecil.
“I cakap begitu
pun salah. You ni! Okay, sekarang nak ke mana? You nak balik atau...”
“Kemana
saja. Balik, nantilah! Kalau terasa nak balik, I balik.”
Hari
minggu Nuria terasa seakan cacing panas. Dia mundar mandir di dalam biliknya,
sesekali dia duduk di katil. Nombor telefon Hazan didail beberapa kali tetapi
lelaki itu tidak menjawab, pasti lelaki itu masih tidur. Tak guna! Ke mana
aganya dia mahu pergi, kalau duduk di sini pastinya berjumpa dengan lelaki itu.
Pintu bilik kedengaran diketuk, dia mendengus.
“Sayang,
ayah nak cakap sikit. Marilah bersarapan sekali?” suara lelaki itu dibalik pintu. Entah apa
yang nak dia cakap, pastinya dia ada yang nak dibebelkan. Berlagak alim,
payah..!
“Cakap
je... tak payah nak buat baik. Geli!”
“Hazan
bukan budak baik, so ayah harap Nuria jauhkan diri dari dia!”
“Eh!
siapa kau nak halang aku? Suka hati akulah! Sibuk! Mana kau tahu Hazan jahat
atau tak???” dia berang.
“Ayah
tahu... ayah pernah...”
Pinggan didepannya ditempis dan
jatuh berderai. Lelaki itu terkejut, dia mengurut dada.
“Jangan
nak memandai. Kau yang jahat... kau yang nak merampas harta aku jadi jangan
memandai tuduh orang,” suaranya.
“Ini
rumah aku... kau tak patut tinggal disini. Muka tak tahu malu, aku tahu kau nak
bolot harta ni, kan? Baik kau keluar dari sini. Keluar!” jeritnya lagi dan
berlalu pergi. Osman bersandar dikerusi meja makan, dia kecewa dengan kata-kata
yang dilemparkan. Selama ini dia tidak pernah berniat untuk merampas. Selama
hari ini, Dayang menyuruhnya menjaga Firma Widuri sehingga Nurialissa berusia
21 tahun. Anak tirinya itu baru mencecah 20 bermakna tinggal setahun saja untuk
dia menyerahkan tanggungjawab itu namun sebelum itu Nurialissa perlu berlatih
namun apa yang dia nampak teramat mustahil. Dia perlu berusaha, pentingnya
Hazan perlu dijauhi dari gadis itu. Tetapi, cara yang bagaimana perlu dia
lakukan? Lembut atau kasar? Tambahan, dendam gadis itu terhadapnya makin
bercambah subur. Dia tidak pasti.
Dia
menanti seperti biasa, kelibat Hazan tidak kunjung tiba. Sebuah teksi muncul
dihadapannya.
“Teksi,
cik?”
“Tak!
Saya tak naik teksi.”
Pemandu teksi itu tidak menjawab dan
berlalu pergi. Jam ditangan menunjukkan dua petang. Lelaki itu masih tidak
kunjung tiba, telefon bimbit dicapai dan didail nombor lelaki itu tidak
berjawab. Persetankanlah, jerit hatinya. Tangannya melambai ke arah pemandu
teksi yang menunggu dihujung perhentian.
“Taman
Baiduri..”
“Boyfriend
tak datang ke cik?”
“Jangan
sibuk! Hantar je saya balik, okey!” suaranya. Tangannya masih mendail nombor
telefon bimbit Hazan, masih tiada jawapan. Dia mendengus. Wang dibayar kepada
pemandu itu bila destinasinya tiba. Dia menghentak kaki, marah kerana Hazan
tidak muncul-muncul. kereta diporch dapat dilihat, dia merengus. Kalau tidak
kerana Hazan tidak mengambilnya tadi sudah pasti dia tidak pulang ke rumah.
“Nuria,
dah pulang.”
Gadis itu berlalu tanpa mendengar,
lelaki itu mengeluh. Potret di dinding diperhatikan dan dadanya diurut beberapa
kali. Beberapa minit kemudian, gadis itu muncul lagaknya seperti ingin keluar.
“Nuria,
ayah nak cakap dengan Nuria. Please, ayah harap Nuria tak keluar malam ni?
Please?” suara lelaki itu separuh merayu.
“Kau
merayu untuk aku duduk di rumah, hairan? Aku tak mahu, aku nak keluar muka kau
aku dah muak nak tengok.”
“Nuria!”
“Menengking
nampak! Kenapa? Aku kurang ajar? Kau tak layak nak nasihat aku. Sudah! Aku nak
keluar...” ujar Nurialissa. Bergema ruang rumah dengan bunyi hempasan pintu.
Lelaki itu merengus, di capai telefon bimbitnya dan memanggil seseorang.
Hazan
mendekatinya yang minum sendirian, hari ini dia tidak terasa ingin menari dan
enjoy. Kemarahan yang terpendam terhadap ayah tirinya begitu membuak-buak. Dia
terasa kalau bisa mahu sahaja dia meracuni lelaki itu, biar mati. Tetapi mana mungkin, silap perhitungan ke
kandang besi pula dia.
“Hai,
sayang. Marah nampak?”
Nurialissa menjeling lelaki itu.
Hazan ketawa kecil.
“I
tahu, you call I tadi dan I tak menjawab? Sorry, petang tadi I ada business
yang perlu diselesaikan.”
“I
tak penting ke?”
“Youlah
yang paling penting dalam hidup I, sayang.”
Nurialissa merengus dan menghirup
airnya. Hazan menghulurkan sesuatu. Dia melihat bungkusan itu, terdapat 3 biji
pil merah jambu di dalamnya. Hazan menyuruhnya menelan pil-pil itu.
“Ini
bisa buat you lupakan ayah tiri you dan masalah yang you hadapi sekarang. Ambil
dan enjoy!”
Nurialissa ragu-ragu namun desakkan
Hazan menukar fikiran dan pil-pil itu ditelan bersama air Coke yang dipesan.
“Tak
rasa apa-apa pun? You tipu!”
“Tunggulah
dan lihat hasilnya. Jom menari dengan I, malam ni kita enjoy!”
Nurialissa mengikut dan dia berharap
masalahnya lenyap setelah pil itu ditelan. Dia mula menari mengikut rentak lagu
yang dipasang. Badannya sedikit panas namun dia teruskan menari.
Bunyi
bingit di dalam kelab itu tidak disedarinya, baginya dia lebih selesa dengan
bunyi-bunyian dari lagu-lagu itu. Suasana panas diruangan itu tidak dihiraunya.
hari ini dia terasa bertenaga sekali, sekali pun dia tidak merasai keletihan
dia terus menari. Rasa semangat terus dirasai... orang-orang disekeliling tidak
dihiraukan dan tidak perlu dihiraukan. Dia terus menari, lagu daripada Black
Eye Peas begitu membuak semangatnya. Dia terus menari dan terus menari, wajah
Hazan dihadapannya tidak kelihatan dan dia tidak kisah tika itu. Sehingga
pandangannya terasa kabur dan bunyi lagu yang didengari tidak lagi berbunyi.
Ditepuk-tepuk dahinya namun pandangannya kian kabur dan dia tidak ingat
apa-apa.
Matanya
dibuka perlahan-perlahan, dia memandang siling. Asing sekali, dia bingkas
bangun dari katil dan memerhati keadaanya. Pakaian yang dia pakai adalah baju
pesakit dihospital. Dia kehairanan dan bersedia untuk turun dari katil, pintu
bilik dibuka seorang jururawat muncul.
“Nurse,
ini... ini wad gila ke?”
Jururawat itu seakan keliru
dengan pertanyaannya.
“Ini
hospital biasa, cik dimasukkan semalam,” ujar jururawat itu dan kemudian
berlalu pergi. Dia cuba mengingatkan apa
yang telah berlaku semalam namun sedikit pun memori semalam tidak dapat
diingat. Dia mencuba dengan sekuat hatinya namun sedikit pun tidak dia ingat.
Nurialissa baring semula dan cuba mengingat hal semalam, namun sia-sia. Dia
tension. Pintu bilik terkuak, dia menoleh. Dua orang lelaki muncul, dari gaya
mereka Nurialissa dapat mengagak mereka ini anggota polis kemudian seorang
lelaki berpangkat Inspektor muncul segak dengan pakaian seragamnya.
“Selamat
tengahari cik Nurialissa. Mengikut kata doktor, awak dah sembuh dan boleh
keluar petang nanti.”
“Kenapa
encik? Apa yang dah berlaku?”
“Kami
sudah berjaya menangkap Hazan bin Kamaruddin atau dikenali sebagai Torak. Dia
amat dikehendaki oleh pihak kami.”
“Dikehendaki?”
“Hazan
adalah pengedar pil khayal di seluruh Selangor, pihak kami sudah lama
menjejakinya. Dengan bantuan ayah awak, kami berjaya memberkas lelaki itu lewat
malam semalam.”
Ayah... lelaki itu menolong pihak
polis? Dia jadi keliru.
“Dia
merupakan informer kami dan kebetulan Hazan di dalam senarai penjenayah yang
dikehendaki dan ayah awak berusaha untuk memberkasnya.”
“Saya...
ayah saya???”
“Encik
Osman bin Jalil, dia selalu membantu pihak kami untuk menangkap penjenayah. Di
dalam serbuan semalam, dia turut cedera kerana mahu menyelamatkan awak dari
Hazan dan konco-konconya.”
“Cedera???”
Pintu bilik itu dikuak, semua yang
hadir menoleh. Lelaki bernama Osman muncul. Nurialissa memandangnya. Kelihatan
dahi lelaki itu bertampal dan lengannya berbalut. Dengan langkah
perlahan-lahan, lelaki itu mendekatinya. Air jernih yang mula bertakung
dikelopak matanya mencurah. Lelaki itu senyum.
“Anak
ayah dah selamat... jangan risau,” suara lelaki itu. Nurialissa pantas memeluk
dan menangis di bahu lelaki itu.
“Ayah!!!
Ampunkan Nuria... Ayah!!!”
Osman menghela nafas, dia lega.
Akhirnya panggilan itu keluar juga dari mulut gadis itu. Panggilan yang amat
dia harap dari gadis itu. Gadis yang selama ini dianggap seperti anaknya
sendiri. Osman memanjatkan kesyukuran
kepada Ilahi kerana hari itu semua doanya sudah termakhbul.