“Irul, cuba kau terangkan apa
yang terjadi?” suara kakak iparnya pagi itu. Dia mengelap tubuhnya yang basah
dek peluh. Kasut joggingnya ditanggalkan
“Maksud kakak?”
“Johan telefon tadi. Dia kata Nadiha, cari
Karina? Apa yang dah berlaku?”
Tanpa lengah dia segera capai
kunci keretanya dan berlalu. Nombor Johan di dail tak berjawab.
“Nadiha... Hello? Kau di mana?” dia bertanya
sebaik saja Nadiha menjawab panggilannya.
“Bukan hak kau untuk tahu, Irul.”
“Nadiha, jangan bertindak bodoh. Apa yang kau
dapat dengan membuat perkara bodoh. Jangan sia-siakan kehidupan kau! Nadiha!
Dengar ni!!!” suaranya tinggi.
“Diam!!! Abang tak cintakan saya jadi saya
nak bunuh diri. Daripada saya lihat hubungan abang dan perempuan bodoh tu baik
saya mati.”
“Nadiha, mengucap. Jangan jadi bodoh! Apa
untungnya membunuh diri... Iha!”
Tooot! Talian terputus.
Didail nombor Johan.
“Johan kau kat mana?”
“Aku sedang kejar Nadiha. Dia sedang
memanjat bukit di Bukit Antarabangsa, aku rasa dia nak terjun dari situ.”
“Kau di mana?”
“Aku nak masuk Bukit Antarabangsa. Aku
risau tak sempat saja!”
Dilihat jam dengan keadaan
sesak dijalanan dia pun rasa risau tidak sempat. Dia mengguna jalan lain yang
juga boleh digunakan untuk ke Bukit Antarabangsa hampir sejam lebih akhirnya
dia tiba. Pacuan 4 roda Johan dan kereta milik Nadiha ada di satu sudut dikaki
bukit itu. Dia mendongak dan dapat lihat Nadiha yang berada diteping bukit itu.
Segera dia melangkah naik.
“Jangan rapat!!! Jangan rapat!!!” jerit
Nadiha kepada Johan. Johan masih cuba untuk menenangkan gadis itu.
“Iha, apa yang kau nak lakukan. Mengucap
Iha... tak guna kau nak bunuh diri.”
“Jangan rapat!!! Biar aku mati!!! Biar!!!!”
jerit gadis itu lagi.
“Kematian kau takkan dapat simpati Iha.
Sudahlah! Jangan buat macam ni. Dosa!” suara lelaki itu.
“Iha, abang ada. Kenapa mesti buat macam ni?
Tak ada guna!” Johan memujuknya pula. Nadiha meraung!
“Biar Iha mati... Tak ada siapa yang
sayangkan Iha... Semua penipu...!”
“Johan cintakan kau sepenuh hati cuma kau
saja yang tak pandai menilai. Kau yang merasakan orang tidak menyayangi kau
sedangkan kau tak memahami hati mereka.”
“Bohong... Tipu!!! Aku tak percaya,” suara
Nadiha lagi. Dia meraung.
“Kau yang bohong pada diri kau Nadiha. Kau
yang tak mahu buka mata kau!”
“Jangan terjun Iha. Please?” pujuk Johan
lagi.
“Diam... Jangan rapat!!!” suara Nadiha
memberi amaran pada Johan yang ingin mendekati.
“Kenapa mesti bunuh diri sedangkan ada hati
yang menyintai kau?” tanyanya. Dia memandang Johan. Dia dapat lihat wajah
Nadiha seperti berfikir dan juga seperti teragak-agak.
“Jangan diharap pada hati yang tidak mahu
tetapi bukalah hati pada yang benar-benar menyintai. Kenapa perlu ambil jalan
mudah?”
“Kenapa abang tak mahu menyintai saya?” tanya
Nadiha.
“Hati bukan seperti bekas yang boleh dibuka
untuk diisi, Iha. Kita tak tahu masa dan saat bila ingin bercinta,” suaranya.
Nadiha mula menangis dan dia
tidak seimbang, dia hampir jatuh namun Johan sempat menyambar dan memeluknya.
Johan membawanya ke tengah, dia masih memeluk gadis itu. Nadiha menangis
semahunya dibahu Johan.
“Iha, biar kita menyintai pada hati yang
menyintai kita. Jangan biar hati yang ada pergi.”
Nadiha masih menangis. Johan
merenung wajahnya dan mengangguk. Dia berlalu meninggalkan pasangan itu.