Home Novel Seram/Misteri HALUSINASI
SINOPSIS / PROLOG

SINOPSIS

Satu nahas ngeri telah berlaku di Lebuhraya berhampiran Teluk Sepanggar. Kemalangan jiwa tersebut telah mengakibatkan beberapa kematian. Beberapa mangsa lagi dilaporkan hilang secara misteri. Hanya seorang mangsa terselamat dan disahkan koma akibat kecederaan bahagian tengkorak.

Maya. Demikian setual nama milik seorang gadis yang tinggal menyendiri berhampiran lokasi nahas. Gadis tersebut hidup terpulau dan terpisah dari dunia luar. Dia tidak memiliki sesiapa sebagai teman bicara selain watak-watak yang terpenjara dalam setiap nukilannya.

Ternyata karya mistiknya telah membongkar jenayah di sebalik malapetaka tersebut. Kehadiran satu suara halimunan milik mangsa yang terselamat dan kini terlantar koma menambah beban misteri yang terpanggul di bahunya. Suara itu turut mendakwa dirinya terperangkap dalam lembah suram ciptaan Maya. Ironinya, suara halimunan itu adalah watak yang terhasil dari minda Maya. Dia mengimpikan udara segar dalam dunia nyata dan hanya Maya mampu melepaskannya dari jebak mistik ini.

Persetujuan Maya untuk merungkai misteri pembunuhan itu mengundang padah pabila satu kuasa jahat mula menghantuinya. Campur tangan dari watak-watak karyanya sedikit pun tidak membantu. Maya akhirnya kecundang tanpa sempat menoktahkan perhitungan tersebut.

Sejak itu Maya jadi buruan watak ciptaannya sendiri. Watak-watak yang wujud sebagai entiti!

________________________________________________________________________________________

PROLOG

Hospital Queen Elizabeth,

Kota Kinabalu, Sabah.

Beberapa orang jururawat dan doktor menolak troli tersebut serentak menuju ke bilik ICU. Selebihnya berkejaran di belakang sambil memegang peralatan perubatan. Wajah mereka kelihatan bungkam dan tegang. Manakala pesakit yang terbaring atas troli itu pula tersentak-sentak dengan keduamata terbelalak. Darah merah bukat keluar membuak-buak dari celahan mulutnya. Sesekali kedengaran bunyi menggelegak dari batang rengkungnya. Manakala kedua tangan dan kakinya pula terikat pada tali keselamatan yang terdapat pada troli tersebut. Dia kelihatan sungguh terseksa begitu. Pergerakannya tersekat dan sinar matanya menjelaskan sesuatu yang amat mengerikan.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.