Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 16

“PERGHH!! Hang tuah Melaka dah mai dah!Ketepi-ketepi..” Apeh membukakan pintu keretanya, agar Najmi senang untukkeluar. Almaklumlah darah gemuruh kawannya itu tak reda-reda lagi dari semalam.Nanti nak buka pintu kereta pun dia tak tahu pulak kang.

            Najmimemandang tajam Hafiz yang ada didepannya. “Ait, makan dalam bro!” SindirNajmi.

            Hafiztersengeh. “Bukan, tak terniat pun dihati bersih aku ni nak sindir. Aku cumanak cover muka gemuruh kau tu. Pucat mengalahkan nak bersunat! Cool bro! Takat nak goncang tangan tok kadije, bukan nak angkat berat 150kg besi.” Ujar Hafiz agak belagak, macamlah diapernah kahwin sebelum ni.

            Najmimenarik nafas dalam. Sumpah hatinya macam tak tentu arah, rasa macam nak panjatpokok kelapa tak turun-turun je. Ish, merepek je aku ni. Najmi melabuhkanduduknya disebelah Hafiz. Sementaran nak tunggu pengantin perempuan sampai,sempat lagi mereka berdua melepak ditepi tangga Masjid besar itu.

            “Apeh,err… Ariq tak datang ke? Sejak dia kahwin, dua kali je aku jumpa dia. Itu punpasal kerja. Err, dia marah kat aku ke?” Najmi mengeluh. Nasriq sekarang ni dah lain benar, tambah-tambah masa aku bagidia kad kahwin tiga minggu lepas. Aku perasan muka dia berubah, walaupun diaasyik tersenyum dan mengusik aku.

            Riakmuka Hafiz mula berubah. Dia menelan air liur! Gulp! “Err.. Ish! Apa kaumerepek ni? Dia okey jelah. Dia kan sekarang tengah sibuk dengan projek hoteldia kat Pulau Pinang tu. Tak payahlah nak fikir bukan-bukan.”

            “Akutahulah dia sibuk, tapi tak akanlah tak ada masa nak menjengah tengok aku?Kawan rapat kut. Kecik hati jugak lah aku rasa. Aku tahu dia marah kat akusebab tipu dia masa dia tanya kat aku yang aku pernah ada apa-apa perasaan takdengan Anim. Sumpah, aku tak terniat pun nak tipu dia masa tu. Aku tahu diasuka Anim, aku tak kisah mengalah. Tapi aku tak boleh tipu hati aku sendiri.Tapi aku sayang persahabatan kita.” Najmi mula manahan rasa. Terkilan dengansikap Nasriq yang mula berubah.

            Hafizterdiam. Sorry Kimi, aku tak sampaihati nak bagi tahu kau yang Nasriq tak akan datang ke majlis kau ni. Akusebagai orang tengah, aku kena adil. Aku tak nak sebab ni hubungan kita bertigaputus. Aku faham perasaan kau Kimi, aku pun faham apa perasaan Ariq.Kadang-kadang aku pun tak faham, Ariq seolah-olah tak professional langsung. Sepatutnyadia tak perlu nak marah bila dapat tahu yang Anim dengan Kimi nak kahwin. Akutahulah dia pernah jatuh cinta dengan Anim, mungkin sampai sekarang jugak diatetap mencintai Anim. Tapi dia kena ingat Qila isteri dia, berapa bulan lagidia orang akan dapat anak. Sepatutnya perasaan cinta tu dia kena kikis hilangdari hati dia. Tak sepatutnya Ariq menaruh apa-apa lagi harapan dengan Anim,ini tak adil kepada Qila. Erm, entahlah aku pun dah naik pening dengan masalahyang satu ni.

            “Dahlah,aku tak rasa yang Ariq nak salahkan kau. Aku tahu Ariq tu macam mana. Tak adasebab dia nak berdendam apa-apa dengan kau. Sudahlah, kita tutup buku. Yang kauni dah ambil air sembayang belum?” Hafiz menamatkan topic tersebut, kalau dibangkitkan makin panjang pulak ‘mesyuarattangga’ mereka itu.

            Najmitersenyum tawar. “Aku masuk dululah aku nak solat sunat kejap” Longlai sajagerak laku Najmi.

            Hafizmengeluh. Kesian Kimi, tak pasal-pasal pulak dia kena rasa bersalah. Sedangkanbenda ni tak akan timbul kalau Ariq lebih matang! Entahlah, makin lama.. Makinaku tak faham watak Ariq yang sebenarnya. Ariq sekarang jauh lebih berubah!Sampai aku pun rasa macam dah tak kenal kawan aku sendiri.

Previous: BAB15.2
Next: BAB16.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.