Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB20.2

TASNIM tersenyum mendengar bunyi enjinkereta milik suaminya. Dikerling jam di dinding, 7.55? Tak apa, aku takmarahlah. Lagipun aku tahu berita yang aku nak sampaikan ni mesti buat kan diahilang semua penat! I love youabang..

            Denganlonglai Najmi melangkah masuk kedalam rumah. Dibiarkan huluran tangan Tasnimtak bersambut. Tasnim terdiam, melihat mata Najmi yang sembab membuahkan soalandibenak Tasnim.

            “Abangnak air? Kejap, ayang buatkan air ye..” Baru saja Tasnim mahu berlalu ke dapur,laju saja Najmi bersuara.

            “Takpayah..” Perlahan saja nada suara itu.

            Tasnimmakin pelik. Didekati Najmi, dipeluk erat lengan suaminya. Kepalanyadilentokkan. “Abang penat ek? Sorry,sebab suruh abang balik awal.. Ayang tahu abang sibuk.”

            Najmimenarik nafas berat! Ditarik kasar tanganya dari pelukan Tasnim. DibiarkanTasnim tergamam dengan tingkah lakunya. “Ada apa sebenarnya ni?” soal Najmimalas.

            Tasnimmencuba mengukir senyuman. Dibiarkan saja hatinya terusik dengan tingkah Najmi.“Abang, cuba teka apa berita gembira ayang nak bagi tahu..” Tasnim masihtersenyum manis.

            “Takada masa nak teka-teka. Tak ada apa-apa kan? Penat! Nak rehat..” Najmi bangunterus menapak kearah tangga. Baru selangkah, suara Tasnim mula kedengaran.

            “Abangkenapa? Kenapa buat ayang macam ni?” Soal Tasnim dengan tangisannya. Sumpah,hatinya terluka..

            “SudahlahNim.. Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Cukup!” Bentak Najmi berang.

            TersentakTasnim dibuatnya dengan panggilan itu. Najmi tak pernah beraku kau dengannyaselama ni. “Sekurang-kurangnya abang bagi peluang untuk Anim bagitahu abang..”

            Najmimula naik berang, dia turun semula dari tangga dan menuju kearah Tasnim. Diaberdiri betul-betul di hadapan perempuan yang berjaya melukai hatinya. “Apa?Apa kau nak cakap sangat ni?”

            Tasnimyang sudah menangis tersedu-sedu itu seolah-olah kelu nak menutur kata. Diabagaikan tak kenal langsung siapa yang sedang berdiri didepannya ini. WajahNajmi nampak marah sangat!

            “Kaumemang suka buang masa aku..” Najmi terus berlalu bila Tasnim masih membisu takbersuara.

            “Sayamengandung…” Perlahan saja Tasnim mengucapkannya, namun tetap mampu singgahditelinga Najmi.

            LangkahNajmi terhenti. Dia memejam matanya rapat! Airmatanya menitis perlahan,sepatutnya berita itu adalah gembira baginya. Tapi, hatinya bagai sukar untukmenerima!

            “Abangtak gembira?” Soal Tasnim, dia teramat-amat mahukan wajah ceria Najmi saat in.Dia mahu melihat wajah gembira seorang suami yang akan bergelar ayah.

            Najmitersenyum sinis. “Patut ke aku rasa gembira? Patut ke aku rasa gembira dengan zuriat yang entah kan anak aku ataujantan lain?!!” Tengking Najmi kuat.

            Tasnimtergamam! Bergetar bibirnya, airmatanya mula mengalir deras. “Abang!!! Sampaihati abang tuduh Anim macam tu!”

            Najmiketawa mengejek. “Kau soal aku sampai hati? Tapi sampai hati pulak kau calarkanmaruah aku? Sampai hati pulak kau lukakan perasaan aku? Sampai hati pulak kauhancurkan hati aku?!!”

            “Abangjangan nak tuduh Anim macam-macam! Anim sayang abang, Anim tak akan tergamaknak hancurkan hati abang..” Luah Tasnim penuh sendu.

            “SudahlahNim! Naik jijik aku dengar ayat sayang kau tu. Aku percayakan kau, aku sayangkau sepenuh hati aku. Tapi ini yang aku dapat! Terima kasih dengan ‘hadiah’ ni,inilah ‘hadiah’ paling hebat yang pernah kau bagi!” Najmi mencampakkan CD yangditontonya petang tadi dihadapan Tasnim.

            Tasnimtergamam! CD? Dia merenung Najmi minta penjelasan.

            “SudahlahNim! Tak payah nak mintak belas kasihan, kau tengok sendiri apa yang kau dahbuat! Aku tak sangka kau yang selama ni baik,  sanggup buat benda terkeji macam tu!!” Ayatterakhir Najmi benar-benar telah membuatkan hatinya teramat terluka.

            “Abang!!Tolong, dengar penjelasan Anim dulu. Anim kena fitnah bang, tolong percayakanAnim.. Anim tak pernah buat benda terkutuk tu!” Rayu Tasnim .

            Najmimenarik nafas berat. Dipandang wajah yang dulu teramat dicintainya. “Aku cumanak tahu, perempuan dalam CD tu kau atau orang lain?” Najmi masih menatap wajahitu, dia mahukan jawapan!

            Tasnimmerenung dalam anak mata suaminya, berharap sangat agar suaminya tidak menuduhnyabukan-bukan!

            “Akucakap betul ke tak?!!” Tengkingan Najmi memenuhi ruang rumah itu.

            Tasnimtersentak mendengar tengkingan itu. Tasnim menundukkan wajahnya, tangisannyasudah memenuhi ruang itu. Melihat reaksi Tasnim, Najmi terdiam sekejap. Bergetarbibirnya, rasa mahu pitam saat itu juga.  “Aku tak tahu apa dosa aku kat kau, sampai kausanggup buat aku macam ni..” Perlahan saja ayat itu, tapi cukup berbekas dihatiTasnim.

            “Abang,tolonglahh.. Dengar dulu apa Anim nak cakap..”

            “Cukup!!Cukuplah Nim! Apa kau tak puas lagi ke nak dera hati aku?!! Aku dah penat!Penat dengan semua ni. Kalau ini yang kau nak, baiklah… Malam ni… NurtasnimHabib Binti Azman. Aku ceraikan kau dengan talak satu!” Serentak itu jugaairmata Najmi menitis deras. Laju saja langkahnya mendaki tangga menujukebilik.

            Tasnimtergamam, umpama ada guruh kuat saja baru berdentum ditepi telinganya sebaiksaja Najmi melafazkan cerainya. “Abang..” Perlahan tubuh Tasnim terduduk ditepitangga itu. Tangisannya makin menggila! Abang… Sampai hati abang buat Animmacam ni!! Abang… jangan buat Anim macam ni… Anim tak ada sesiapa lagi. Animtak bersalah. Kenapa buat Anim macam ni?

            TangisanTasnim itu sikitpun tak membuatkan Najmi berpatah balik. Dibiarkan saja Tasnimmenangis. Otaknya dah tak boleh nak mencerna apa-apa! Hatinya hancur! Tasnimdah hancurkan hatinya! Menderu laju tangisannya. Najmi bersandanr lemah dibalikpintu bilik. Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni? Apa salah aku kat kau Anim?Apa?!

Previous: BAB20.1
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.