Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 22

NASRIQ termenung seketika, bilateringatkan kata-kata Aqila malam tadi rasa macam nak tercabut saja jantungnya.Tak sepatutnya Qila cakap macam tu, iya memang dulu aku pernah jatuh sayangdengan Anim sepenuh hati aku. Tapi itu dulu! Sekarang hati aku hanya padaisteri aku seorang! Tak akan ada yang lain! Mengingati kata-kata Aqila malamtadi…

            “Abang,kesian kan Anim. Kena cerai, mengandung pulak tu. Rasa macam tak percaya jeKimi sanggup tuduh Anim sampai macam tu sekali. Kesian Anim kan bang? Qila rasamacam nak tolong dia je! Anim baik dengan Qila, Qila rasa nak tolong dialah.”Beriya-iya Aqila bercakap.

            Nasriqyang sedang khusyuk membaca buku diatas katil memandang hairan kearahisterinya. “Kita memang nak tolong pun kan? Kita mampu tolong Anim denganrancangan Noni dengan Apeh tu je, benda lain kita tak mampu nak masuk campur.Kita kan orang luar. Qila pun tahukan Kimi sekarang bukan macam dulu..”

            Aqilayang sedang menyikat rambut, terkedek-kedek mendekati Nasriq lalu dudukdisebelah suaminya itu. “Kita boleh tolong dia! Sekurang-kurangnya anak Animtak terasa kekurangan. Secara kebetulan dapat tolong abang jugak.”

            Berkerutdahi Nasriq. Kusut mendengar ayat tunggang langgang Aqila. Entah apa yang mahudisampaikan entah. “Apa sebenarnya yang Sayang cuba nak cakap ni? Abanglangsung tak faham.”

            Aqilamencebik,boleh pulak tak faham?. “Abang ni, Qila rasa dah selengkap mungkinQila cakap tadi.”

            “Betulabang tak faham, maksud Qila apa?”

            “MaksudQila… Apa kata Qila pinangkan Anim untuk abang.. Secara tak langsung kita bantuAnim. Be..” Ayat Aqila terhenti.

            “Janganmerepeklah Qila!” Potong Nasriq laju!

            Aqilamenarik nafas dalam, dihembus perlahan. Dipegang erat tangan Nasriq. “Abang,Qila tahu kat hati abang ni..” Aqila menyentuh dada Nasriq. “Kat sini masih adaruang buat Anim. Anim sekarang perlukan seseorang yang bernama suami untukkuatkan semangat dia. Buat dia kuat untuk teruskan kehidupan. Anak dia jugaperlukan seorang ayah, memang kita nampak Anim seorang yang tersangat kuat.Tapi kita tak tahu hati dia.”

            Aqilaterdiam sekejap, cuba cari kekuatan untuk melafazkan sesuatu. Ditenung lembutwajah Nasriq. “Qila rela seikhlas hati Qila kalau abang berkahwin dengan Anim.Qila rela bang, bermadu dengan Anim..”

            “Janganmerepeklah Qila! Abang tak suka Qila cakap macam tu.” Nasriq bangun dan menujubalkoni didepan biliknya.

            Aqilamengeluh berat. Dihampiri Nasriq, diusap perlahan bahu suaminya itu. “Abang,Qila tak merepek. Qila ikhlas nak..”

            Lajusaja Nasriq memeluk erat  isterinya itu.Entah kenapa airmatanya mengalir lesu. “Tak! Tak! Abang tak akan kahwinmana-mana perempuan pun dalam dunia  niselain Qila! Abang sayang Qila, tolong.. Abang merayu kat Qila tolong janganbangkitkan lagi pasal ni. Abang tak akan pernah setuju.. Tak akan!” Tekad benarnada suara Nasriq itu. Sememangnya itulah yang ada dihatinya! Tidak akansesekali dia akan menduakan Aqila! Tak akan!

            Aqilamengeluh. Dia mencuba untuk senyum, walaupun senyumannya nampak sangat sumbang.Kenapalah suaminya itu tak faham dengan kemahuannya? Tak, aku akan tanyasendiri dengan Tasnim!

 “Ye, Qila tak akan ungkit lagi.. MaafkanQila.” Aqila mengelap airmata ikhlas dari wajah Nasriq itu. Terharu dan bahagiamenjalar ke hatinya. Nasriq mengangguk dan mencium ubun-ubun Aqila penuhsyahdu.

 

TASNIM tersenyum sebaik saja melihatAqila yang melambai-lambainya. Perut yang semakin membesar menyukarkannya untukbergerak. Entah kenapa perutnya besar semacam, tengok orang lain mengandung nakdekat tujuh bulan baru besar. Tapi aku baru tiga bulan lebih dah macam dua bijitembikai yang aku bawak. Hahah!

            Akumelabuhkan duduk dihadapan Aqila yang semakin hari, semakin berseri-seri.Itulah kelebihan wanita yang mengandung, mesti berseri. Cuma aku je, berserike? Entah! Tak penting bagi aku!

            “Amboi,kau sejak mengandung ni aku tengok aktif sangat kerja. Tak penat ke kakak uit?”Aqila ketawa.

            Tasnimtersenyum. “Hidup menjanda macam nilah Qila. Kalau aku tak kuat, tak carirezeki susah pulak anak aku nanti.” Walaupun senyuman terukir dibibir Tasnim,namun sesiapa saja boleh membaca riak sedih dimuka putih gebu itu.

            Aqilamemegang erat tangan Tasnim. “Aku kagum dengan kau Nim. Kalau aku ada kattempat kau, sumpah aku tak boleh tanggung semua ni secara mendadak macam ni.Tapi kau kuat, sabar. Cemburu aku tengok kau.”

            Tasnimmengeluh berat. Luar je kuat Qila. Hati aku? Perasaan aku? Lemah sangat! “Akutahu kau jauh lebih kuat dari aku, sampaikan Ariq sayang sangat kat kau. Akukagum dengan kau sebab berjaya ubah Ariq. Sememangnya dari  dulu lagi aku nak hubungan korang macamsekarang ni. Bahagia aku tengok.” Tasnim tersenyum.

            Aqilaketawa. “Aku berlajar kuat pun dari kau jugak, kau kan sifu aku.” Usik Aqila.

            Tasnimketawa. “Pandai je kau nak bodek. Ermm, apa hal besar sangat yang kau nak bagitahu aku ni? Kau nak dapat baby baru ek?” Gurau Tasnim.

            “Ish!Ada pulak macam tu, yang ni pun tak keluar-keluar lagi. Pandai-pandai je kautu. Nim.. Ermm, aku  mintak sesuatuboleh?” Soal Aqila dengan nada yang teragak-agak.

            “Ish,macam tak biasa je kau. Mintak je lah. Aku mesti tunaikannya lah.” Tasnimtersenyum.

            “Err..Aku nak pinang kau boleh?” Soal Aqila dengan wajah yakinnya.

            Tasnimtergamam. Dia tersenyum dan akhirnya ketawa mengkekeh. “Apa benda entah kaumerepek ni Qila. Atau kau nak pinangkan aku untuk abang sulung kau yang hensemtu? Hahah! Lawaklah kau ni Qila.. Nak ke abang kau tu perempuan tak guna macamaku ni?” Gurau Tasnim.

            Aqilamenampar tangan Tasnim. “Kesitu pulak kau! Aku tak suka kau cakap macam tu,biar Kimi je yang merepek meraban cakap kau macam-macam. Tapi bukan kau.. Kimitu je bodoh tak tahu mana yang batu jalan dengan batu permata.”

            “Abangaku tu dah kahwinlah.. Atok aku single lagi. Hahaha!!” Gurau Aqila lagi,sebenarnya dia tengah tahan rasa gemuruh untuk  menceritakan sebenar-benar cerita.

            “Banyakkau punya atok? Terbatuk atok kau dalam kubur tu. Cuba cerita kat aku, kau nakpinang aku ni untuk…”

            “Nasriq!”Laju saja Aqila memotong.

            TerdiamTasnim dibuatnya. “Kau ni ada sawan tak betul ke? Alahan kau ke ni? Apa bendayang kau merepek ni?”

            “Betul!Aku bukan merepek atau meraban petang-petang ni. Aku ikhlas nak pinang kauuntuk Nasriq, suami aku..” Aqila memandang wajah Tasnim penuh mengharap.

            Tasnimmenarik tangannya yang dari tadi digenggam erat oleh Aqila. “Aku tak suka kaucakap macam ni. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Qila?” Rasa sedikit kecewadihati Tasnim, Qila tak sepatutnya buat macam ni!

            “Akutahu kau mesti marah. Tapi aku ikhlas! Aku tak sanggup tengok kau sekarang ni,aku tak sanggup tengok kau terkontang-kanting hidup sorang-sorang nak besarkananak kau tu.” Aqila mencuba untuk memujuk.

            “Selagiaku hidup, selagi itu anak aku tak akan mati kebulur tak makan. Tak cukupkeperluan. Aku mampu Qila, sara anak aku. Aku merayu pada kau, tolonglah janganbuat benda merepek macam  ni. Kalau Ariqtahu, mesti kecik hati dia. Lagipun pintu hati aku dah tertutup untuksiapa-siapa pun. Kalau kau betul-betul sayang aku, dengar cakap aku. Janganbuat benda yang boleh mencalarkan hati kau sendiri. Aku tak akan setuju dengancadangan kau ni.” Tasnim menepuk-nepuk perlahan tangan Aqila.

            Aqilaterdiam. Ditenung wajah ikhlas dimuka Tasnim. “Maafkan aku. Aku cuma nak kaudengan Ariq bahagia..” Sedih saja nada suara itu.

            “Akulebih bahagia kalau tengok kau dengan Ariq bahagia..” Tasnim tersenyumdirapatkan kerusinya menghampiri Aqila dan dipeluk tubuh itu.

            “Maafkanaku Nim. Aku akan sentiasa dengan kau macam mana Noni selalu disamping kaususah ataupun senang.” Aqila tersenyum.

            “Terimakasih sebab sudi sayang aku. Aku tak akan lupa jasa korang semua..” Tasnimmerasa terlalu terharu!

Previous: BAB21.1
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.