Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 9

CEPAT SANGAT MASA BERLALU. Tasnimmelabuhkan duduknya diatas buaian tergantung berbentuk telur itu sambil kakinyamenolak-nolak lantai agar buaian itu bergerak. Noni dengan Hafiz lagi limabulan nak tunang. Ariq dengan Qila aku tak berapa pasti, apalah kau ni Ariq!Dah dapat tunang yang baik macam Qila tu pun masih kau tak boleh nak terima.Manusia jenis apa tah kau tu..

            Ikah pulak, makin bahagia dengan Kimi. Sebutpasal Kimi, aduh pedih pulak hati aku ni. Inilah padahnya kalau simpan perasaandengan kawan karib sendiri Anim! Kimi kalaulah kau tahu yang aku dah lama jatuhcinta dengan kau…

            Tasnimterdiam, teringat kata-kata Noni semalam. Sebaik saja Tasnim menceritakanperihal kes Kimi dan Ikah  pada Noni, Nonimula merenung Tasnim lama.

            Nonimenyentuh lembut tangan Tasnim. “Nim, aku tahu.. Kau tak boleh jatuh cintadengan dia. Kau kena buang perasaan ingin memiliki yang kau simpan tu. Cinta yangkau ada ni tak boleh kau dapat Nim.. Kalau betul kau sayang Kimi… Lebih baikkau buang segala jenis perasaan kau tu pada dia..”

            Betulke Noni yang cakap tu? Haha.. Agak pelik sikit. Noni kan tak pernah serius.Sama macam Apeh.  Aku pun tak tahu apayang aku nak dalam hidup aku sekarang. Tasnim meraup perlahan wajahnya. Teringatpula kata-kata Johan a.k.a pelakon tambahan masa di restoran tempoh hari.Gara-gara aku ‘termenangis’ kat depan dia. Boleh pulak Mamat tu buat kesimpulansendiri..

“Aku tahu, kau tolongkawan kau tapi dalam masa yang sama kau korbankan perasaan kau sendiri. Memanglar kau ni seksa diri sendiri.” Lelaki itu tersengeh sinis.

Tasnim memandang Johandengan pandangan maut. “Bila pulak aku main korban-korban ni? Belum raya hajilagi lah nak korban! Aku buat ni ikhlas tau tak. Kau apa tahu?” Pantas sajaTasnim berlalu..

 Tiba-tiba ada tangan menyentuh lembut bahunya.Tasnim sedikit tersentak, hilang wajah Johan. Tasnim menoleh, senyumannyaterukir apabila Jihan melabuhkan duduk dibangku kayu disebelah Tasnim.

            “AdikAlong ni kenapa? Dari siang tadi Along tengok resah semacam je?” Jihan merenungkembali wajah Tasnim.

            “Pandai-pandaije Along ni. Anim cuma pening sikit je.. Banyak sangat kerja..” Tasnimmemicit-micit dahinya.

            “Sudah-sudahlahdik.. Sudahlah fikirkan masalah kawan-kawan adik.. Kalau boleh semua masalahmanusia kat bumi ni adik nak tolong selensaikan.. Cukuplah tu adik. Masa nipulak, adik kena fikir pasal masalah adik sendiri.. Along tahu, adik kawan yangbaik. Tapi tak semestinya adik ketepikan perihal adik sendiri.” Jihan mulabersuara memberi nasihat.

            Tasnimmengeluh, lalu tersenyum. “Adik rasa lebih tenang bila adik berjaya tengokkawan-kawan adik bahagia. Pasal adik, biarlah dulu. Bahagia itu sememangnya dahlama jadi milik adik. Sejak adik dikurniakan Along yang baik ni…” Tasnimmelentokkan kepalanya dibahu Jihan.

            “Anim,tadi Ariq talifon. Dia nak jumpa, sekarang… Kat tempat biasa. Sekarang tau! MakMun tak sempat nak tanya apa-apa bila dia dah letak talifon..” Tiba-tiba MakMun muncul sambil wajahnya kelihatan semput. Berlari kut…

            Jihandan Tasnim berpandangan sesama sendiri. “Ariq ada hal penting kut. Anim pergidulu erk Long…” Ujar Tasnim kelam-kabut bangun dan terus berlalu.

            Jihanmenggeleng-geleng lemah. Adiknya itu memang macam ni, sampai bilalah dia nakselensaikan masalah kawan-kawan dia?

Previous: BAB 8.1
Next: BAB 9.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.