Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 1.1

URMMM… Rindunya kat rumah ni.Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku di Pahang. Banyaksangat halangan yang aku hadapi semasa aku belajar disana dulu. Bayangkan waktusem ke-2, aku dikejutkan dengan berita kemalangan ibupabaku? Ya Allah, masa tu terasamacam nak terbalik dunia. Rasa macam tak boleh terima sangat! Namun, Alhamdulillah…Allah maha adil, dia kurniakan aku seorang abang yang penyayang yang selalubagi aku semangat.  I love you Along! Alongsampai sekarang tak kahwin lagi. Dia cakap, nak tengok aku berjaya dan punyasuami sendiri yang betul-betul boleh jaga aku. Barulah dia kahwin. Lagi punsekarang Kak Jun masih di Mesir. Masih perlu menghabiskan beberapa semester.Along sanggup tunggu Kak Jun habis belajar, sayang punya pasal. Macam manalah Alongnak kahwin kan?

            Bilabalik ni, aku teringat pulak dengan kawan-kawan lama aku. Apalah cerita tigareptilia aku tu? Noni aku rindu gilak kat kau. Sejak SPM, enam tahun lepassemuanya menyepi. Aku pun tak tahu mereka sudah terbang ke planet mana..Harap-harap aku dapatlah jumpa kawan-kawan aku lagi.

            Baruseminggu balik aku dah kena kerja. Along beria-ia tolong carikan. Kata Along,kawannya itu amat memerlukan eksekutif pemasaran di syarikatnya. Moga-moga akudapatlah buat kerja dengan baik. Ish, teringat pulak masa zaman sekolah dulu.Waktu kami lima orang berebut-rebut nak tentu kan perkerjaan lepas habis SPMnanti……

            “Hah,kauApeh! Aku gerentilah kau jadi tukang kebun aku..” Yakin benar Noni meluahkanpendapatnya. Senyuman sudah memekar dibibirnya.

            Semuaterdiam. Hafiz pulak buat muka tak bersalah. Dia mula menggaru-garu kepalanyatanda dia amat pening dengan cadangan kekasih gelapnya itu.

            “Noni…I kan dah apply nak jadi husband You. Tak boleh meyh?” Beria-iaHafiz menggeleng-geleng sambil keningnya terangkat. Berkerut-kerut dahi Nonimendengar ayat Hafiz, juga kekasih hitam manisnya itu!

            Tasnimmenggeleng-geleng kepala, kalau dilayan merepek pasangan bahagia ni.. Mahusampai kesudah tak habis-habis. “Masalah rumah tanggalah korang ni. Hah, biaraku teka pulak, aku bakal jadi apa? Aku mestilah jadi…”

            “Biniaku..”

Tasnim terhenti dari bersuarabila kata-katanya digilis halus oleh suara si cicak (Nasriq) secara perlahan.Tasnim merenung tajam lelaki yang sedang leka menyelesaikan puzzle yangsebenarnya dari tadi lelaki itu cuba mahu selensaikan tapi sampai sekarang taksudah-sudah lagi.

“Aku tenyeh mulut kaunanti baru kau tahu Ariq. Macam boleh jer aku jadi bini kau. Mana pulak kau nakcampak Qila? Dalam mulut Kimi? Cis, suka menyampuk cakap aku. Kan aku dah lupanak cakap apa tadi?” Tasnim menyiku Noni agar membantu. Macamlah si Noni nitahu apa yang aku nak cakap tadi.. Prfff..

“Alah,macamlah aku sukasangat dengan Qila tu. Dia je lebih-lebih suka kat aku.. Kan Kimi?” Nasriqmenyiku pula Najmi yang leka mengadap buku Fiziknya. Sawan Fizik budak ni!Sampai kat jamban pun kau bawak buku tu.

Najmi yang tak berapasedar dengan perbualan mereka terpinga-pinga tak tahu. Dia membetul-betulkancermin matanya. “Gila! Tengok wayang? Aku on jer..” Tiba-tiba saja Najmibersuara emas hinggakan ayat yang dikeluarkan itu tak ada kena mengena dengankehendak soalan.

Masing-masingmembulatkan mata mereka. Si Noni menggeleng-geleng lemah. Si Apeh menghantuk-hantukkepalanya keatas begnya yang diletakkan diatas meja itu. Si Tasnim pula meraupwajahnya yang entah keberapa kali. Si Ariq pulak…nah ambik kau!

Laju saja Nasriqmembalun bahu Najmi dengan komiknya. “Uish, sakit macha! Kau ni, bila aku takjawab soalan kau.. Marah. Bila aku dah jawab. Kau lepuk aku pulak. Tak fahamaku.” Najmi mula membebel.

“Kau yang tak fahamkehendak soalan.  Aduh, Kimi uit. Sejakkau minat dengan Fizik ni, aku tengok otak kau makin parah.. Jangan Kimi, akurisau kau jadi professor klon jer nanti.” Nasriq mula bersuara.

Najmi menggaru-garukepalanya. Dia mula tersengeh. “Ouh,aku ingatkan korang cerita pasal nak tengokmovie malam ni.. Hu..hu..hu..”

“Lah, nak tengok moviemacam mana? Malam ni kan rumah Anim ada kenduri? Kan Anim? Makan free..” Hafizmencelah. Keningnya diangkat-angkat sambil tersenyum kembang.

“Hah, sengajalah korangni. Buat-buat lupa pulak. Kecik hati aku. Nasib baik Apeh ingat…” Tasnimmenepuk-nepuk bahu Hafiz.

Hafiz pula tersenyummegah. Noni mencebik. Ariq buat memek muka nak muntah. Kimi pulak buat muka takpercaya. Sejak bila pulak daya ingatan Apeh ni kuat? Hairan!

“Anim, kalau aku pakai bajumelayu malam ni. Kau pakailah baju kurung sama warna dengan aku. Alang-alangkenduri kesyukuran buat abang kau, boleh buat kenduri kahwin kita.” Nasriqmengenyit-ngenyitkan matanya.

“Ish, suka hati kau jernak ambik Anim jadi isteri kau. Langkah lengan aku dulu. Anim awek akulah.”Najmi menyiku pinggang Nasriq.

Nasriq mengherutkanmulutnya tanda dia kurang puas hati. “Eh, tak ada maknanya Encik Kimi uit. Jangankanlengan kau, langkah palang tol Plus  punaku berani..”

Previous: BAB 1
Next: BAB 1.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.