Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB19.1

TASNIM membuka matanya yang terasaperit. Dia melihat disekeliling biliknya. Aku mimpi ke? Laju saja aku bangun dan berharap kejadian tadi hanyamimpi! Tapi sebaik saja aku melihat baju yang tersarung dibadan, aku meraungsekuat hati!! Baju yang sudah koyak itu aku genggam kuat! Ya Allah!! Aku merabatubuhku! Laju saja aku berlari ke bilik air. Perlahan-lahan aku mengesotberteleku didalam bilik air itu sambil menangis! Sumpah, aku rasa jijik sangatdengan diri aku sekarang! Abang maafkan Nim!! Maafkan Nim!! Anim tak tahukenapa boleh jadi macam ni!

            Tasnimmemegang erat perutnya. Sayang, maafkan Mama!! Sepatutnya Mamapertahankan!  Tapi Mama tak kuat! Mamatak kuat!!

            Selepasmandi laju saja Tasnim melakukan solat sunat taubat! Tasnim masih tak dapatterima kejadian tadi, sekarang dia merasakan dirinya terlalu kotor! Dia taksepatutnya berada disamping Najmi!! Ya Allah!!

            Tasnimpura-pura tidur sebaik saja mendengar bunyi deruan enjin kereta Najmi. Beberapaminit kemudian kedengaran bunyi pintu di tarik.

            Najmimengeluh berat, rasa bersalah sangat melihat Tasnim. Melihat lauk-pauk yangbanyak terhidang diatas meja membuatkan hatinya semakin diburu rasa bersalah.Didekati isterinya, disentuh dahi Tasnim. Tapi sebaik saja dia mahu mengucupnyaTasnim pantas membelakanginya.

            MaafkanAnim bang, Anim tak mahu abang sentuh tubuh jijik Anim ni. Tasnim menahan rasa,airmatanya sudah mengalir deras.

            Najmiterkedu. Semakin meneballah rasa bersalahnya! “Anim, abang tahu Anim belumtidur lagi. Abang mintak maaf, abang tak sengaja. Abang tak terniat pun  mungkir janji. Abang betul-betul mintak maaf.”Najmi menarik tangan Tasnim.

            Perlahan-lahantasnim menarik tangannya semula. Makin deras airmatanya! Sepatutnya Anim yangmintak maaf! Bukan abang!!

            Najmimengeluh. Nampaknya besar kesalahannya itu, sampaikan Anim sikit pun tak sudinak memandangnya. Najmi mula mengatur langkah keluar dari bilik, biarlah hatiisterinya itu sejuk.

            Sebaikmendengar daun pintu ditutup rapat, makin deras airmatanya! Diketap bibirnyarapat! Macam mana aku nak teruskan kehidupan aku dengan Kimi lepas ni? Aku rasamacam aku tak layak buat dia! Aku jijik! Ya Allah kau tunjukkanlah jalan yangterbaik buatku!

 

PAGI itu selepas solat subuh, Tasnimmacam biasa mencium tangan Najmi selepas solat. Ketika Tasnim mahu menarik tangannyadari pegangan Najmi,  makin kejappegangan Najmi menggenggam tangannya. Tasnim memandang suaminya denganpandangan hairan. Najmi memusingkan badannya mengadap Tasnim yang masihbertelekung.

            “Animmarahkan abang lagi?” Redup pandangan mata Najmi memandang wajah putih gebumilik isterinya.

            Tasnimmenelan air liurnya, pandangannya dialih ke kanan. Tak sanggup untuk membalaspandangan mata suaminya itu. Sesungguhnya hatinya tak kuat! Otaknya asyikterfikirkan kejadian semalam! Rasa macam nak menjerit je! “Tak.. Anim takmarah.. Anim siapkan sarapan dulu.” Perlahan saja ayatnya itu, Tasnim menariktangannya namun Najmi langsung tak mahu lepaskannya.

            Najmimula terasa lain macam. Anim tidak lagi membahasakan dirinya Ayang? “Tipu..Kalau betul-betul Anim maafkan abang, kenapa Anim tak nak pandang mata abang?”

            Tasnimmengeluh, keluhan yang menyembunyikan tangisan hatinya! Abang, tolong fahamsituasi Anim sekarang! Anim tak boleh! Makin lama Anim pandang wajah abang,makin banyak dosa yang Anim rasa! “Anim pergi dapur dulu..” Tasnim menarik kuattangannya dan terus berlalu.

            Najmimengeluh, diraup wajahnya perlahan. Ya Allah dugaan apa lagi yang melandarumahtangga ku ini? Aku yakin Anim bukan marah sebab malam tadi, tapi sebablain. Dia pun tak pasti apa, yang dia tahu Anim sembunyikan sesuatu darinya!

            Didapur,Tasnim menyandar lesu didinding dapur dan perlahan-lahan terduduk diatas lantaisambil berteleku. Dipeluk erat kedua-dua belah lututnya. Tangisannya makinberlagu sendu! Along.. Adik tak kuat! Adik semakin tak kuat bila tengok wajahsedih Kimi! Tolong adik Long.. Saat ini Tasnim amat memerlukan Jihan sebagaipenguat semangatnya! Tapi dia tak sanggup menceritakan perkara sebenarnyakepada Jihan! Dia takut kalau Jihan tak percayakannya, apatah lagi mahudiberitahu kepada Najmi! Sedangkan dia yang menghadapinya pun susah sangat nakterima inikan pulak suaminya! Tak, Kimi tak boleh tahu!! Tak boleh!

Previous: BAB 19
Next: KEJUP

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.