Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 7

NAJMI KEHULUR HILIR MENCARI FAIL HIJAUyang diletakkannya malam tadi. Sejak duduk diapartment ini, makin tak terurusrumahnya ini. Memandangkan pejabatnya ada di Jalan Duta, terpaksalah diamenyewa rumah berhampiran dengan pejabatnya. Kalau tidak, dah lama dia dudukdirumah mak ayahnya di Kuala Selangor. Sedang rancak menggeledah ruang tamuitu, talifon bimbitnya berdering nyaring lagu katak panggil hujan. Hahhaha…

            Makinberkerut dahinya melihat nama Tasnim tertera diskrin talifonnya. Ditekan butangberwarna hijau lalu ditekupkan ketelinga. “Hello minah sengal, apa hal talifonaku pagi-pagi ni??”

            Tasnimdihujung talian hanya ketawa mengkekeh. “Tampar kau kang… Weh, aku nak jumpakau nanti pukul 3. Ada hal apa-apa tak?”

            Najmiterdiam. Berkerut-kerut dahinya memikirkan jadualnya yang disebut satu-persatu oleh Ikah. Sesekali dia menggeleng-gelengsambil mengedip-kedipkan kelopak matanya apabila wajah Ikah  pula yang muncul. Aku nak ingat jadual aku lah!Asal muka Ikah  lak yang aku nampak ni?Aduh, pening..

            “Ermm,akutak sure lah Nim. Tak apalah, nantipukul satu aku talifon kau bagi tahu. Tapi aku rasa insyallah boleh…” Najmimerebahkan duduknya diatas sofa.

            “Okay…”Setelah memberi salam talian mereka sama-sama diputuskan.

            Najmimenggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Ah, aku dah lambat sangat ni! Nanti-nantilahaku cari…

 

Najmi melangkah masuk ke dalampejabatnya, spontan matanya melihat meja Ikah  dihadapan biliknya itu. Kosong… Berjalanmerayau-rayau je minah ni. Tak reti nak duduk diam-diam ke? Teringin sangat nakganti pak guard ke? Najmi meneruskan langkah memasuki biliknya.

            Sebaiksaja dia membuka tombol pintu biliknya, tersentak dia dihadapan pintu itu. Ikah yang baru nak keluar dari bilik itu jugatersentak. Wajahnya menunduk.

            Najmimengangkat sedikit keningnya, gadis bertudung putih itu di tenung lama.“Masuk…” Arahnya dengan nada tegas.

            Berkerutdahi Ikah. “Tak payah buat muka blur macam tu, masuk…” Selamba saja Najmibersuara sambil meredah masuk kebiliknya.

            Melihatmug yang mengandungi air Nescafe yang masih berwap diatas mejanya, Najmi terdiamsekejap. Sejak setahun gadis kecil molek ni berkerja, rasanya waktubreakfastnya tak pernah terlepas. Bagus-bagus, boleh jadi orang gaji aku. Takpun jadi bini aku jer.. Wawawawawa…

            “Pukul3 nanti saya ada apa-apa appointmenttak?” Selamba saja Najmi menghirup Nescafe itu.

            Ikah terdiam sekejap, cuba menggali kembaliapa yang dicatatnya tadi didalam diary Najmi. “Pukul 12 nanti je yang EncikNajmi ada appointment dengan client. Lepas tu dah tak ada apa-apa. EncikNajmi nak saya aturkan apa-apa pertemuan ke? Boleh saya uruskan…”

            Najmimembetulkan duduknya. “Tak apa, saya ada hal sikit pukul 3 nanti. Yang awak nimuka macam orang tak cukup darah ni kenapa? Kena kejar dengan hantu ke pagitadi?” Selamba saja Najmi menyoal.

            SpontanIkah  meraba bibirnya. Pucat ke? Mana takpucatnya? Dapat bos garang macam sesumpah ni? Mati aku kalau dia tahu aku cakapdia macam tu. Sebenarnya dari semalam lagi Ikah tak sihat. Kepalanya asyikberdenyut-denyut tak henti-henti. “Ikah okey lah.. Saja tukar lipstick harini..” Gadis itu tersenyum.

Previous: BAB 6.2
Next: BAB 7.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.