Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 1

GADIS ITU MELAMBAI-LAMBAI kawan-kawannyayang masing-masing mendapatkan keluarga masing-masing sebaik saja pintu utamaKLIA terbuka. Hanya dia saja kembali memuncungkan mulutnya. Sedih tahap gaban! Alongjahat! Lebih sibukkan kerja dari aku. Macamlah tak boleh hidup kalau tak buatkerja dia tu. Hah,sekarang ni aku nak balik naik apa? Eii,sedihnya lahaiiii.Kalau arwah Babah dengan Ibu ada,mesti dorang yang sambut aku. Gadis itumelabuhkan duduknya di hujung bangku yang memang tersedia disitu..

            PakYop pergi mana pulak ni? Ni mesti kes lupalah ni. Tasnim meraup wajahnyabeberapa kali. Penatnya menunggu. Kalau jalan kaki dah sampai rumah dah ni.

            “MakCik tolong sana sikit boleh tak? Sempitlah saya nak duduk..” Muncul satu suaradengan tolakkan yang agak kuat.

 Aduh,suara sumbang mana pulak ni? DengusTasnim didalam hati. Sedap jer dia panggil aku mak cik? Ceh! “Melampau lersedara, banyak kerusi lagi kat depan tu. Nak sondol-sondol orang ni dah kenapapulak?” Tasnim mula mencerun marah.

            “Uish!Garangnya dia… Welcome my baby..” Lelaki itu berpaling sambil mendepangkantangannya.

            Tasnimterdiam seketika. Blur pulak mindanya. Ohh,no! “Along! Ish! Jahat!!!” Tasnimmendakap abang sulungnya. Terasa terlepas beban rindunya.

            Takputus-putus Jihan ketawa. “Hah, nak nangislah tu. Ingat Along tak ambik dia.”Giat Jihan lagi.

            Tasnimmelepaskan pelukkannya. “Mahunya tak! Sedih tau… Dah dekat setengah jam adiktunggu. Dah tu pulak, siap bagi tahu awal-awal lagi Along tak dapat ambik. Rasamacam malas nak balik jer malam tadi.” Gumam Tasnim sambil menampar perlahanbahu abangnya itu.

            “ManisnyalahAdik sekarang. Tak macam tahun lepas adik balik,selekeh..” Jihan cuba menggiat.

            “Along!”

            “Okey..Okey..Jom kita balik. Mak Mon dah masak special buat Adik.” Jihan membantu Pak Yopmengangkat bagasi-bagasi Tasnim.

Previous: BAB 1
Next: BAB 1.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.