Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 4.1

Hellofriends… Cikgu Sabri nak buku nota Akaun1. Selewat-lewatnya lepas rehat ni.Bagi kat saya eh!” Dalam riuh-rendah kelas 5 Sains Ikthisas ‘berperang’, bolehjadi senyap sebaik saja nama Cikgu Sabri disebut oleh Jessica.

            Mencicitlaju mereka mendapatkan meja dan kerusi masing-masing. Tapi Hafiz pulak datangkesebelah Noni. “Babe, mintak jasabaik kawan kau tu. Aku nak pinjam buku nota..” Muka Hafiz kesian habis.

            Tasnimmencebik, tanda tak boleh! “Itulah korang, aku dah pesan dari semalam lagi.Degil! Tak nak dengar cakap aku.. Kan.. Gulp!” Dengan sepantas mungkin merekabertiga mengikat tangan Tasnim menggunakan tali leher mereka. Noni pulakmenyumbat roti ban manis kemulut Tasnim.

            “Hah,senyap kelas kita ni. Suka membebel lah kau ni Nim.” Najmi memprotes.

            Terbeliakbiji mata Tasnim dibuat begitu oleh kawan-kawannya. Aku dah agak dah, mesti akudizalimi macam ni lagi! Tasnim yang mahu bercakap, memang tak boleh nak cakap!Roti yang disumbat oleh Noni sudah memenuhi mulutnya.

            “Akutolong lepaskan kau, lepas kita orang salin nota kau ni ye, Nim.” Nonimengenyitkan matanya.

            “Kaujangan banyak sangat bergerak. Putus pulak tali leher aku tu..” Sempat lagiNasriq berpesan sambil menjinjit buku notanya.

            Tasnimmula membalas, walaupun bunyinya tak berapa jelas tapi adalah jugak nada yangdia menyebut ‘ada aku kesah cicak!!’

            “Owh,Tasnim… Kau penyelamat kami, hanya nota kau boleh buat kami terlepas daridisidai di tepi padang macam ikan masin!” Bersemangat sungguh Hafiz bercakap.

            Tasnimkembali menutur ayat tak berapa jelas lagi, nadanya adalah macam ni.. ‘Kepalaotak kau! Lepaskanlah aku! Lenguhlah mulut aku ni biawak tanah uit!!’

            “NANTIYEE.. CIK TASNIM!!” Serentak senada satu kelas mengucapkannya.

            Huh!!Tasnim mengeluh kuat. Tasnim menyandar lemah kekerusinya. Cikgu Anum! Cepatlahmasuk.. gumam hati Tasnim. Namun seketika kemudian Jessica membawa berita baikpunya!

Previous: BAB 4
Next: BAB 4.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.