Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 8

Najmi masih gelisah. Tak senang dudukdia jadinya. Sejak kejadian petang semalam, hatinya bagai dicucuk-cucuk dengangarfu. Melihat wajah Tasnim yang selamba itu pun dia tak mampu. Apatah lagi nakmelepaskan orang yang dia paling sayang. Aku tahu la Nim! Walaupun kau buat mukablur, walaupun kau memang sentiasa blur, aku dapat baca air muka kau yangberubah bila aku cakap yang aku sayang Ikah.

            Najmimemang sudah tahu yang Tasnim mula sayang dengannya. Itupun dari mulut si Apehyang memang tak boleh simpan rahsia tu. Mula-mula aku memang tak percaya, tapibila aku faham betul-betul ayat selamba minah tu cakap kat aku. Barulah akufaham. Tapi, sumpah memang aku dah lama jatuh cinta kat si Anim tu. Tapi… Nibuat aku nak touching ni! Aku kenabuang jauh-jauh perasaan aku tu lepas aku dengar pengakuan si Cicak Kobeng ni..Nak kena cerita balik ke? Ah,aku ceritalah erk..

 

Sedang sedap aku menelan saki baki epaltu, tiba-tiba.. Tang!!! Rasa bergegar kepala otak aku. Mata aku pulak dah nampakpari-pari pegang biola keliling kepala aku ni. Sumpah sakit!! Amenda pulaklahyang tiba-tiba menyentuh kepala aku dengan ‘lembut’ tanpa memberi salam tu?

            Darijauh lagi aku dah nampak si Nasriq menghampiri aku sambil pegang bola. Siapbuat muka tak bersalah  lagi, tersengeh-sengeh.“Gila kau, tu bola tu.. Nasib baik tak bocor kepala aku. Memang sah-sah cicakkobenglah kau ni Ariq..” Aku menggosok-gosok kepala aku yang  lagi sakit nak koma!

            Nasriqketawa,dia dengan penuh rasa kebapakan itu turut menggosok-gosok kepala aku.“Kau pun satu punya banyak kerusi kat luar tu, kat tengah-tengah gelangangkecik ni jugak kau nak bersantap. Apa perut kau tu dah tak cukup oksigen kekena makan anytime? Memang buatlawaklah kau ni.”

            Akuterpaksa cover malu, aku tersenyum lalu mengkekeh. “Aku memang saja je nakduduk sini, teringin pulak nak kena rembatan Ronaldo  kau tu. Akhirnya kena jugak, hilang kepunanaku ni. Okeylah aku nak duduk luar, nanti bukan takat kepala.. Denganbadan-badan aku pulak nanti kena rembat keluar dari Studium Bumi Futsal ni.Lagi naya..” Aku pun berdiri.

            Nasriqyang mencangkung tadi pun turut sama berdiri. “Kau ada jumpa Anim tak seminggudua ni?”

            Sambilmelangkah aku sempat memandang sekilas Nasriq disebelah. Soalan zaman batu manabudak ni tanya? Bukan ke tiga hari lepas mereka bertiga sama-sama keluar makan.“Yang kita pergi makan bertiga tu apanya? Merapulah soalan kau ni..” Aku mulamelabuhkan duduk dikerusi panjang itu sambil mencapai botol mineral.

            Nasriqketawa lagi. “Lupalah pulak aku.. Kimi, agak-agak kaulah. Aku dengan Animsepadan tak?”

            Denganserta merta air yang aku minum tu tersembur keluar. Gila! Terkejut aku dengarsoalan cepumas budak sekor ni. Aku memandang Nasriq tanpa kelip. “Dengar macamnada-nada kau dah mula suka kat minah tu jerk? Owh.. Kau suka dia erk??” Akucuba menyekolahkan muka aku ketahap ceria yang mungkin. Tapi dalam hati. Dup!!Dap!! Rasa macam baru lepas lumba lari pas baton!

Nasriq tersenyum.“Bukan takat suka, dalam perancangan nak buat bini ni..” Nasriq ketawa lagi.Uish, time ni memang aku keliru tak tentu arah.. Muka Mamat ni macam main-main.Ayat dia macam serius. Mana satu daaa?

Previous: BAB 7.3
Next: BAB 8.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.