Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB11.1

Najmi terdiam. Astagfirullah alazim. Macam mana aku boleh tengking Anim macam tu?Ish,Kimi!! Kau ni memanglah! Najmi terus meletakkan not tiga puluh ringgitdiatas meja dan terus mengejar Tasnim yang laju berjalan sambil tak habis-habismengelap air mata.

            “Nim!Nim.. Aku mintak maaf, Aku..” Makin laju Najmi berlari mengikut gerak langkahTasnim yang mula kedepan.

            “Takpayah mintak maaf dengan aku! Aku tak nak dengar! Biar aku sorang-sorang!! Akuni kan kayu! Mana ada perasaan pun kan?! Aku ni kan mak cik bawang! Takhabis-habis nak masuk campur hal orang! Kannn???!!” Tengking Tasnim sambilmengesat air matanya yang tak kering-kering mengalir.

            Najmimencapai tangan Tasnim, digenggam erat dan ditarik lembut. Tasnim masihmenangis, tersedu-sedu dia menangis. Sikit pun tak pandang Najmi. Najmi mularasa serba salah. Dilap air mata dipipi gebu Tasnim, namun ditepis kasar olehTasnim.

            “Nim,janganlah macam ni. Aku tak sengaja nak tengking kau…” Najmi masih genggam erattangan Tasnim. Rasa bersalah sangat buat Tasnim menangis macam tu. Tapi, belum pernah tau dia tengok Tasnimmenangis. Tapi sekali menangis.. Sumpah aku tak mampu nak tengok, rasa bersalahsangat!! Biarlah ini kali terakhir aku tengok dia menangis.

            “Takpayah ambil peduli pasal aku!! Lepas ni aku tak ambil peduli pasal kau dah!!”Tasnim menahan sendunya yang tak boleh berhenti-henti tu. Aku tak tahu kenapaaku menangis beriya macam ni. Sedangkan selama ni aku kena maki hamun denganorang lain, aku boleh tersenyum lagi. Tapi bila Najmi yang tengking aku tadi, rasamacam sakit sangat hati aku. Sakit yang tak boleh aku nak buat ayat! Bayangkanorang yang kita sayang tengking kita macam tu? Uish! Aku memang tak boleh terima!!

            “Anim..Aku mintak maaf sangat-sangat. Fikiran aku terganggu sejak dua menjak ni… Bilakau bukak cerita pasal Ikah, makin kusut kepala otak aku ni.  Aku tak bermaksud pun apa yang aku cakap tadi.Kau janganlah menangis macam ni, aku rasa bersalah sangatlah.” Najmimengemaskan genggaman tangannya dengan tangan Tasnim.

            “Akutak akan ambil peduli pasal ni, kalau benda ni tak melibatkan aku! Kau ingataku suka dengan tindakkan kau nak putuskan hubungan dengan Ikah  tanpa sebab? Ikah  mula curiga yang aku goda kau, apa ni Kimi??Aku tak faham, kau nak buat drama apa sebenarnya ni? Apa kau nak sebenarnya?Kau tahukan Aku dengan Ikah  kawan baik.  Sanggup kau buat kawan baik aku macam tu?Dalam masa yang sama kau dah heret aku sekali!” Tersedu-sedu Tasnim menyusunkata.

             Najmi terdiam, sah lah Ikah  reka cerita. Nak tutup salah sendiri, Animpulak dia heret nak lengkapkan ayat karangan dia tu. Najmi melepaskan tanganTasnim. “Aku cuba untuk jatuh cinta dengan dia, makin aku cuba… Makin banyakTuhan tu nak tunjukkan siapa Ikah  yangsebenarnya. Apa perasaan kau Nim, bila kau dah betul-betul nak serius denganorang tu. Dia pulak buat benda tak baik dibelakang kau? Tak sakit hati kau?? Depanmata aku sendiri Nim, aku nampak Ikah  bersedudukkan dengan… Ah,malas aku nak ingat!”

            Tasnimterkesima. Ikah? Masyallah, tak mungkin. Ikah  yang aku kenal, terlalu baik. “Kau..” Terketarsuara Tasnim mahu menyoal.

            Najmimengeluh berat. “Terpulanglah, sama ada kau nak percaya atau tak. Lagipun akutak ada masa nak reka-reka cerita.. Kalau aku reka cerita sekalipun, takmendatangkan apa-apa faedah bagi aku pun..”

            Tasnimterduduk lesu diatas batu itu. Ya Allah… Kenapa boleh jadi macam ni? “Kalau akutahu benda ni nak jadi.. Aku..”

            Lajusaja Najmi memotong kata. “Bukan salah kau, dah benda nak jadi.. Kita tak bolehhalang.. Lagipun aku tak berapa terkilan sangat, sebab Ikah  tak pernah berjaya menghuni hati aku. Ataukata ringkas lagi terang, aku tak pernah cintakan dia pun…” Najmi menguis-nguispasir dikaki. Terasa kebas gila pipinya menahan malu.

            Tasnimterdiam. “Tapi kenapa kau..” Ayat Tasnim terhenti lagi. Teragak-agak mahubertanya kenapa Najmi sanggup buat semua tu?

            “Sebab..Err.. Itu biarlah jadi rahsia bagi aku.. Anim, aku nak mintak maaf. Takpasal-pasal kau kena tengking dengan aku tadi.” Najmi merenung lembut wajahTasnim yang masih tersedu-sedu.

Previous: BAB 11
Next: BAB11.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.