Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 17

SELEPAS solat subuh berjemaah, Kimimeneruskan agenda agungnya! Iaitu, tidur! Sejak dua minggu aku jadi isteri dia,baru aku tahu yang lelaki bernama Mohd Najmi Azim ini suka tidur! Sikit-sikittidur! Aiyak! Tak pernah aku jumpa manusia yang hobinya adalah tidur. Hahaha!

            Aku  bercekak pinggang ditepi katil. “Abangsayang.. Bangun.. Temanlah dinda pergi kepasar.” Aku menolak-nolak bahu Najmi.

            Najmitersengeh, tapi matanya tetap terpejam! Diangguk kepalanya perlahan, laluditarik bantal peluk kesisinya semula dan sambung tidur. Terbeliak biji mataTasnim melihat Najmi tidur semula! Nak kena dia ni! Bisik hati Tasnim geram.

            Akumeloncat-loncat diatas katil dan membuatkan katil itu bergoyang! Biar runtuhsekali pun! Lagi bagus, tak payahlah Kimi nak teruskan hobi hujung minggu diani!

            Kimimengeluh. Dia meraup mukanya perlahan. Tasnim menghentikan gerakannya dan dudukdisebelah suaminya. Najmi memandang isterinya dengan wajah pelik.

            “Ayangada acara lompat tinggi ke esok?” Soal Najmi tanpa rasa bersalah.

            Berkerutdahi Tasnim. Acara lompat tinggi?? “Apa pulak acara lompat-lompat ni? Abangcakap nak teman Ayang pergi pasar.. Karang Ayang masak ikan bilis goreng jekang baru tahu.” Ugut Tasnim.

            Najmitersengeh. “Tak apa, ikan bilis goreng pun sedap kalau ayang yang masak.”

            Yelahsedap! Nak perli akulah tu. “Jomlah, pergilah mandi..” Tasnim menarik tanganNajmi agar bangun!

            “Alah,abang penatlah Ayang. Malam kang kita pergi Tesco ye..” Najmi kembalimerebahkan tubuhnya ketilam.

            Hah?Tasnim mula membelakangi Najmi, dia berpeluk tubuh. “Yelah, siapalah kita ni kan?Ada kereta, kita pergi langgar tiang. Nak jalan kaki, jauh. Tak apalah, abangtidurlah. Biar Anim pergi naik teksi je. Kalau tak ada teksi berhenti, nantiAnim jalan kaki jelah. Anim ni memang ‘suka’ jalan-jalan ni. ” Tasnim mula rasanak menangis! Entahlah sejak dua menjak ni, asyik nak nangis je. Benda remahtemeh pun nak nangis! Benci betul!

            Najmibangun kembali. Dia tersenyum. “Alolorh, sayang abang merajuk pulak dia. Meh,sini abang timang meh!” Najmi mengusik. Namun Tasnim tetap diam membatu. “Alah,abang saja je tadi. Abang dah mandilah. Nak pergilah tadi ni, tapi tengok ayangtengah sibuk basuh kain.. Abang tidurlah dulu.” Pujuk Najmi lembut.

            Najmimenarik perlahan lengan Tasnim agar memandangnya. Jelas wajah mendung Tasnim,air matanya sudah berjurai-jurai keluar. “Lah, nangis lagi… Abang main-main jelah.” Najmi mengelap lembut airmata Tasnim.

            “Ayangtak nangislah, dia yang nak keluar. Nak buat macam mana..” Tasnim mencebik!

            Najmiketawa. Dipeluk Tasnim dari belakang, entah kenapa sejak dua menjak ni Tasnimasyik sensitive je. Dia pun takfaham. “Dah, dah.. Jangan nangis lagi ek, abang tak bolehlah tengok ayangnangis. Abang rasa bersalah sangat.. Ayang ni kenapa? Asyik nak nangis je,entah-entah ada isi tak?” Najmi mengusap perut Tasnim.

            Tasnimketawa. “Ish, merepeklah. Apa kaitan menangis dengan ada ‘isi’? Entah apa-apatah abang ni. Lagipun, Awal lagilah. Isi nasi lemak pagi tadi adalah dalamperut ayang ni.” Mengkekeh Tasnim ketawa.

            “Kesitupulak dia. Ayang tak nak check ke?Mana tahu masin mulut abang ni..” Najmi masih membalas, sebenarnya hatinya jugaamat berharap sangat benda tu terjadi!

            “Takada apalah, ayang tak muntah-muntah pun.. Tak kena morning sickness pun. Abang…” Tasnim memusingkan badannya merenungsuaminya.

            Najmimengerutkan dahinya. “Kenapa? Nak muntah ek?” Gurau Najmi.

            Tasnimketawa. “Ish, bukanlah… Ayang nak tanya boleh?”

            “Sejakbila ayang pandai mintak izin nak tanya ni? Selalu main tanya je, mengalahkanwartawan Melodi. Tapi selalunya bukan tanya, ayang lebih kepada membebel.” UsikNajmi.

            Terangkatkening Tasnim mendengar ayat Najmi itu. dia cakap aku membebel? Kurang asambetul.“Macam mana abang boleh yakin yang ayang nak kahwin dengan abang? Yelah,bayangkan tiga hari sebelum kahwin baru ayang tahu. Sedangkan persiapan dahlengkap 100%. Abang tak risau ke kalau ayang menolak ke..” Tasnim menyoal.Sebenarnya dah lama dia nak soalkan cuma tak ada masa yang sesuai.

            Najmitersenyum! “Abang tahu, mesti ayang tanya punyalah soalan ni! Inilah namanyajodoh, dulu kita kawan tak pernah pun terfikir boleh jadi macam sekarang kan?Abang tahu, ayang tak akan tolak sebab ayang pun suka kata bang kan?”

            “Eh,bila masa pulak? Perasan la abang ni..:” Tasnim mencebik.

            Najmiketawa. “Sebenarnya abang dah banyak kali buat sembahyang istikarah, abang tanyapandangan Mama dengan ayah. Abang tanya Apeh dan Noni, masing-masing setuju.Abang mula-mula rasa takut jugak, takut dikecewakan. Tapi Mama pernah cakap,kalau kita ikhlas insyallah pilihan kita adalah yang terbaik.”

            Tasnimtesenyum, terharu dan bangga mula manjalar kehatinya. Najmi meletakkan telapaktangannya diatas ubun-ubun Tasnim. “Moga Allah sentiasa merahmatimu..” Dikucupperlahan dahi isterinya. Sejak mula-mula sarungkan cincin kahwin sampaisekarang, Najmi masih mengamalkan doanya itu. Moga ianya dimakbulkan Amin…

            Tasnimtersenyum. Dipeluk erat suaminya. “Ayang sayang abang!”

            Najmiketawa. “Sayang? Ermm, kena masak tomyamlah hari ni. Abang teringinlah nakmakan.”

            “Ait,mengidam ke? Tak akan dah berisi kut?” Tasnim mengusap-ngusap perut Najmisambil ketawa.

            “Adake pulak kita? Nak sindir abanglah tu ek? Gigit kang..” Najmi mencubit pipitembam Tasnim. Tasnim mendengus marah. Lama-lama kerepot pipi aku!

Previous: BAB16.1
Next: BAB17.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.