Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 23

“ARGHHHH!!! LEPASKAN AKU!!! LEPASKAN!!!”Jeritan Tasnim yang kuat itu mampu didengari oleh seluruh penghuni rumah itu.

            Noniyang tengah sedap melayan lenanya tidur diatas tilam yang empuk itu  tersentak mendengar jeritan itu dengan pantasdia meloncat dari atas katil menuju kebilik Tasnim.

            “Dik!Mengucap dik..” Jihan memeluk erat tubuh Tasnim yang terhenjut-henjut menahantangis, nafasnya bagaikan tidak teratur.

            LangkahNoni terhenti dihadapan pintu bilik Tasnim. Berdetak jantungnya melihat Jihandisitu. Alamak, Along dah balik lah pulak. Ish, lantak lah. Yang pentingsekarang Anim! Noni  menghampiri Jihandan Tasnim. Risau dia melihat Tasnim, sejak beberapa hari ni Tasnim selalumeracau macam ni. “Anim mengucap banyak-banyak Nim. Jangan macam ni.” Noniturut mengusap-ngusap bahu Tasnim yang masih dipelukan Jihan.

            Jihanbaru sahaja pulang dari Korea. Disangkanya, kepulangannya disambut dengansuasana sunyi rumah besar itu. Namun, sewaktu masuk kedalam rumah ini dia dikejutkandengan jeritan Tasnim. Dicampak segala beg yang ada dan dengan segera berlarimemasuki bilik adiknya itu. Yang peliknya  kenapa pulak adiknya itu tidur dirumah itu?Kelibat Najmi juga tak nampak sejak tadi. Jihan memandang Noni dengan seributanda tanya.

            Nonimenelan air liurnya perlahan. Gulp! Apa hal pulak abang Tasnim ni tenung aku?Kut iya pun nak bertanya, tak payahlah buat muka bengis macam tu.Takut lah!Patut ke aku pun pura-pura meracau macam Anim? Mesti banyak soalan dia yang akukena jawap ni. Matilah aku!  Ish! Merepekpulak.

            “Adiktidur dulu ek. Banyak-banyakkan berzikir.” Jihan membantu Tasnim kembalimerebahkan tubuhnya ketilam, diselimutkan adiknya itu dan dikucup dahi Tasnim.Jihan terlalu-lalu sayangkan adiknya itu! Dia sanggup kalau terus membujangsemata-mata untuk menjaga adiknya Tasnim.

            Wah,caring nya!! Best kalau dapat abangmacam ni. Bisik hati Noni.  “Noni kitaturun kejap!” Suara tegas itu menghentak lamunan Noni. Noni mengangguk perlahandan membuntuti langka Jihan yang menuju keruang tamu.

            “Setahuaku Anim tak pernah meracau macam tu. Masa arwah mak ayah aku meninggal pun diataklah meracau seteruk tu. Dia macam takutkan sesuatu, macam trauma.” SoalJihan yang kini sudah duduk betul-betul berhadapan dengan Noni.

            Nonimula gelisah. Tak senang duduk dia dibuatnya, Tasnim pernah bagi tahunya janganbagi tahu Jihan apa-apa selagi dia belum bersedia. Lagipun dia mahumenceritakan sendiri kepada Jihan bila sampai waktunya nanti.

            “Nampaknyaada benda yang aku tak tahu ni..” Keras saja nada suara Jihan itu.

            Nonimenggaru-garu lehernya, aduh apa aku nak jawab ni? Matilah aku, Anim kalau akuterlepas cakap… Kau maafkan je lah ek.

            “Apasebenarnya yang berlaku Noni?!” Soal Jihan cuba mendesak dengan sergahan.

            “Animdah bercerai!!” Oleh kerana terlalu terkejut dengan sergahan Jihan, Noni mainsembur je. Dipejam sebelah kelopak matanya, takut mahu melihat reaksi Jihan.

            “What??!!!!” Hampir saja Jihan menjeritkuat!!

 

“ENCIK! Encik! Boss tengah meeting! Encik tak boleh masuk!”Berlari-lari Fizah mengejar lelaki itu. Merah padam muka lelaki itu, jelaswajah itu penuh rasa marah. Puas dihalang! Tapi kedegilan lelaki itubetul-betul menggusarkan hati Fizah. Matilah aku, boleh kena buang kerja akumacam ni.

            Dengankasar Jihan menolak pintu bilik Najmi. Tersentak Najmi dan dua orang lelakiyang sedang berurusan dengan Najmi. Dua orang lelaki itu meminta diri untukkeluar. Tajam saja anak mata Jihan menangkap wajah Najmi yang tenang.

            “Enciktak boleh ma..” Fizah yang naik semput mengejar lelaki itu menarik nafas dalam.Sempat jugalah dia menghalang dengan memblock pintu menggunakan tanggannya agarmengelakkan lelaki itu dari masuk kebilik Najmi.

            “Takapa Fizah. Awak boleh keluar.” Arah Najmi. Fizah teragak-agak namun diturutijuga. Fizah mula beredar. Dia kenal siapa lelaki itu. Ish, tak boleh jadi ni.nanti ada pertunjukkan WWF pulak kat sini. Aku kena buat sesuatu! Fizah terusmenuju kemejanya.

            Sebaikpintu ditutup, Najmi bangun dari duduknya lalu menyandar tubuhnya dibucu mejasambil berpeluk tubuh. “Ye, boleh saya bantu Encik Jihan?” Nampak tenangsungguh riak wajah Najmi. Seolah-olah tiada apa benda yang perlu dia gusarkan.

            “Bantukepala otak kau!!” Dushh!! Serentak itujuga satu tumbukan padu mengena batang hidung Najmi.

            Najmimenyentuh hidungnya yang sudah berdarah. “Kau apa hal?!!” Jerit Najmi.

            Jihantersenyum sinis. “Apa hal kau cakap?!! Dasar tak berhati perut betul kau ni!Kalau aku tahulah macam ni kau layan adik aku, sumpah aku tak izinkan dia jadiisteri kau walaupun sesaat! Setan!”

            Najmibangun. Giliran dia pula tersenyum sinis. “Kalau aku tahu adik kau tu macam tu,sumpah aku tak jadikan dia isteri aku! Perempuan murahan!” Dushhh!!! Najmi kembali terdorong kebelakang sebaik saja penumbukkali kedua Jihan mengena pipinya pula.

            “Setan!!!Berani kau cakap adik aku macam tu! Kau betul-betul nak kenalah!” Jihan mencengkamkolar baju Najmi. Baru mahu menumbuk kemuka Najmi buat kali ketiga, tangannyaterhenti sebaik saja mendengar suara itu.

            “Along!!Sudah tu!! Apa Along buat ni?!! Along nak bunuh dia pulak ke? Tak cukup lagimasalah yang ada?” Marah Tasnim, mujurlah dia sampai tepat pada waktunya.Itupun sebaik saja Fizah menalifonnya. Kalau tidak, entahlah. Along ni bukanboleh diduga tindakkan dia.

            “Jantantak guna ni kena diajar! Inilah manusia yang tak reti nak bersyukur!! Buatkeputusan guna kepala lutut! Otak dah bodoh macam nilah jadinya!” Jihan kembalimengepal penumbuknya.

            “SudahLong!! Bukan macam ni nak selensaikan masalah! Sudah tu!” Tasnim menarik tanganJihan agar keluar dari pejabat itu.

            Jihanmengeluh, ditolak Najmi ketepi. “Siap kau!! Kau tunggulah balasan kau nanti.”Ugutnya kepada Najmi yang sudah lembik dikerjakan oleh Jihan sebentar tadi.

            “Adikni kenapa? Adik nak pertahankan jantan tak guna tu kenapa? Ikut hati Alongpecah muka dia Along kerjakan!” Marah Jihan.

            Tasnimmenghentikan langkahnya. Ditenung Jihan dengan pandangan kecewa. “Along, Negarakita ada undang-undang. Tak akanlah Along nak bunuh dia? Along ingat, dengancara Along tadi tu boleh kembalikan semuanya kepada yang asal? Sia-sia Long.Benda dah jadi.” Ucap Tasnim dengan riak kesal.

            “Habistu tak akan nak biarkan je? Nak Along biarkan terus-terus dia hina adik Along?!Aku tak boleh terima..” Balas Jihan dengan nada marah.

            Tasnimmengeluh. “Along nak buat apa? Sia-sia je long, kita orang dah bercerai!! Dianak hina ke, maki ke, apa sajalah.. Adik dah tak kesah Long. Yang pentingsekarang anak adik, benda lain adik tak nak fikir!” Tasnim terus berlalu, mahumenyembunyikan airmatanya yang bila-bila masa saja akan jatuh berderai.

            “Selagibelum keluar anak tu, Along akan pastikan yang adik tak bersalah! Dan Along akanpastikan Kimi akan menyesal seumur hidup!!” Balas Jihan penuh yakin!!

            Tasnimmenahan tangisannya yang sudah tak tertahan dipendam. Makin laju gerak langkahkakinya meninggalkan Jihan dibelakang.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.