Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 12

BIDADARI KESAYANGAN??? Pergh! Luluh hatidan usus besarku mendengarnya. Senget punya Kimi! Yelah, aku tahulah siapalahaku ni. Tapi sejak bila dia ada ‘bidadari kesayangan’ ni? Apeh tak pernah bagitahu aku pun. Almaklumlah, Apeh tu kan mulut manusia yang tak pernah bolehsimpan rahsia. Tapi walaupun mulut dia kadang-kadang berciri-cirikan muluttempayan pecah, rahsia yang mengenai kami semua tidak disebarkan kepada orangluar. Apatah lagi nak sebarkan rahsia yang boleh memporak-peranda kan oranglain. Apa pulak yang aku tengah melalut ni? Huh!

            Esok,Ariq dah nak kahwin. Noni dengan Apeh pun dah nak kahwin. Kimi dah jumpa jodoh.Aku? Haih, membujanglah aku hingga ke akhirnya! Orang yang aku suka dahberpunya, apalah cepat sangat kau jumpa pasangan wahai Kimi uit?

            Sedangaku sedap melayan perasaan, tiba-tiba kedengaran lagu Count on me versi korea nyanyian Jay Park!

            ‘BEAUTIFULGIRL….’

 Siapa lah pulak yang puji aku ni? Tasnimtersengeh, laju saja dia mengambil talifon itu lalu dijawab.

“Ye, Cik Anim bercakap.Siapakah disana?”

“Akak! Nak tempah pizzasaiz piring boleh?” Suara bebudak kedengaran. Bunyi macam suara doremon punada.

Aku tersentak! Anaksiapa pulak ni? Banyak kau punya pizza? Nombor telefon aku ni ada macam nomborPizza Hut ke apa? “ Mak aih!! Order penampor sepiring bolehlah jugak aku bagi,ini pizza? Apa buta seni ke apa kamu ni? Wrongnumber la oii..” Tasnim sudah mahu memutuskan talian tetapi…

“Uit! Uit! Relax dulu! Hahahah!! Adoi, senak perutaku ketawa. Aku ni Apeh lah! Saja nak bergurau senda dengan kau.” Apeh mulamenyambung ketawanya.

“Ceh!! Banyak kau punyagurau senda? Aku hempuk dengan kawah kuali jiran aku kang baru kau tahu.” Tasnimsaja seriuskan keadaan.! Hahah, nak sangat bergurau dengan aku kan?

“Perghh!! Sabar, CikAnim! Sabar, kesabaran anda amatlah diperlukan pada waktu genting begini.Hahaha…” Apeh masih lagi mengusik. Alah, Anim tak akan marah punya! Aku tahu!

“Hahaha.. Memanglah kauni. Hah, mimpi apa pulak kau telefon aku di petang yang indah dan permai ini?”

“Aku nak ajak kauberdate dengan aku. Boleh tak? Aku dah tempah satu meja kat warung Mamak tepijalan tu. Hahah!” Apeh ketawa lagi.

“Ceh! Warung? Apa kesadis sangat lah pakwe Si Noni ni? Hahah!”

“Sadis kau cakap aku?Aduh! Amat kecewa sekali hamba mendengarnya! Iyelah, siapalah aku ni nak ajakkau berdate dengan aku kan? Lainlah Kimi, hemsem, macho, berduit, ber…” Apehmemilukan lagi suaranya namun laju saja dipotong oleh Tasnim.

“Sudah-sudah, sebak akumendengarnya! Hahah! Apa pulak berkait-kait dengan Kimi bagai ni? Kau jangannak perli aku eh, aku sekeh kau nanti. Ce cerita, apa sebenarnya kau nak cakapdengan aku ni?” Tersebak pun ada bila sebut nama Kimi ni! Aduh, wahailah hatisudah-sudahlah tu! Lupakan je!

“Okeylah, aku nak terusteranglah ni. Kang banyak lagi aku cakap lebih, ‘kurang’ pulak  kredit talifon kau kan?’”

“Ait, perli aku tu.. Hahah!”Tasnimketawa.

“Eh, aku tak perlilah cumasindir je. Hahaha! Weh, malam ni teman aku dengan Noni beli hadiah untuk Ariqdengan Qila tau. Dalam pukul 8.30 ke. Kita orang tunggu kat tempat biasa.” UjarApeh.

Tasnim melihat jamPocoyo nya didinding. Pukul 7.30! “Ceh, kejam punya kawan. Bukan nak bagitahuawal-awal. Insyallah! Pukul 9 aku datang.” Jawab Tasnim dengan suara sikit puntak rasa bersalah!

“Perghh!! Baik esok jekau datang.. Ikut suka kau lah, asalkan kau datang.” Balas Apeh geram.

Previous: BAB11.2
Next: BAB12.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.